DAJ 22
Hari ni nak buat apa eh? Duduk rumah jelah. Bosanlah. Lagipun papa mama masih outstation kat London tu. Haih. Anak di Malaysia tak temankan, business kat London tu jugak yang ditemankan. Haih sedih.
Eh Danny. Kau tu dah besar lah. Nak kena teman konon... Ejek hati Danny. Danny menggelengkan kepalanya. Dah bila masa dia jadi perempuan ni? Hahaha! Berangan!
Danny melangkah ke dapur, dia mengambil gelas lalu membuka peti ais itu dan menuangkan segelas air sejuk. Apabila air itu diteguk, tekaknya terasa segar sekali. Yalah. Panas terik macam ni... Siapa je yang tak nak minum air sejuk?
Danny menutup peti ais itu lalu kembali ke ruang tamu. Dia melabuhkan punggungnya pada sofa yang berwarna maroon itu. Kakinya disilangkan lalu dia membuka tv. Haih. Tv pun tak ada yang menarik ke?
Baru sahaja niatnya nak menukar chanel, telefonnya berdering. Danny merengus kecil sebelum mengangkat panggilan itu tanpa memandang nama si pemanggil.
"Hello? Danny? I on the way ke rumah you. Please!!! I takut! Ada orang ekori i..."
Baru sahaja dia mahu membalas, orang yang disebelah talian itu sudah memutuskan panggilan. Mata Danny membesar apabila terpandang nama 'EvaWhore' yang dia sengaja simpan. Memang padan dengan dialah.
Serentak itu, Danny membuka bajunya. Aduh... Panas sangat ni asal?
Tanpa Danny sedari, ada sepasang mata yang berada di luar pagar rumahnya senyum gembira. Gembira dengan pintu rumah Danny tidak berkunci. Nampaknya kali ini plannya menjadi.
'Baby... Tunggu i eh' Ujar si gadis tersenyum gembira.
°°°°°°°
"Oh mak kau dilangit!" Andrea termelatah apabila telefonnya mendering. Novel yang berada ditangannya terlambung. Hish! Mengacau je orang membaca! Dia mendengus lalu memandang nombor yang mendailnya itu. Unknown?
Andrea meletakkan kembali ttelefonnya di sebelah. Tangannya kembali mencapai novel lalu dia membelek belek muka surat yang dua sengaja menyelitkan penanda buku. Ya. Dia tidak suka dengan novelnya dilipat. Buruk katanya.
Beberapa minit kemudian, telefonnya kembali berdering. Andrea mengeluh kuat sebelum menyambut panggilan itu.
"Hello?"
"Hey Ann! Whats up?!" Sapa si pemanggil. Andrea mengerutkan kening seketika. Dah kenapa pulak mamat tu panggil aku Ann? Danny ke? Tapi mustahil. Suara dia agak lembut. Familiar je suara ni. Tapi aku tak boleh ingatlah.
"Come on Andrea... Takkan you tak kenal siapa i? I Mike lah ish you ni pun!"
Siapa? Oh Mike. Hah. Cakap pasal lelaki ni, aku rasa dah lama tak jumpa dia. Walhal satu daerah je pun?
"Hello?!!! Andrea? Are you there? Kenapa tak jawab soalan saya?" Alamak. Lupa kejap yang tangan aku masih pegang telefon. Hehe.
"Ya ya... Saya ada je kat sini. Ni hah. Ada apa call saya ni?" Aku soal sambil menggaru kening yang terasa gatal. Ish. Nak potong rambutlah macam ni!
Mike tersenyum. Sebenarnya dia nak ajak Andrea lunch dengannya. Tapi dia agak takut bila terasa Andrea sekadar melayannya secara acuh tak acuh. Atau mainan perasaannya saja?
"Erm... Saya nak ajak... Erm... Awak lunch nanti. Boleh kan? Alaa boleh lah... Saya dah lama tak jumpa awak ni. Rindu" Suara Mike yang disebelah talian itu sengaja di leretkan. Andrea menelian liurnya. Aduh. Dia dah guna kelemahan aku ni!
"Err... Hehehe! Err... Mike... Saya... Er... Boleh je... Tapi masalahnya... Er... Saya..." Usik Andrea.
"Awak apa?" Sampuk Mike dengan suara yang kedengaran sayu.
Andrea tergelak kecil. Alahai... Mike ni pun... Orang cuma mengusik je... Dah monyok terus. Macam perempuan haha!
"Jam berapa?"
"Apa yang jam berapa?" Mike menyoal kembali. Andrea mengeluh perlahan tetapi jelas kedengaran Mike. Gadis itu tak sudi lunch dengan dia ke?
"Laa... Awak ni... Saya tanya awak ni... Jam berapa awak nak ajak saya lunch? At least awak bagi tahulah saya supaya saya boleh bersiap awal. Adalah awak tertunggu tunggu" Apakah dia sendiri salah dengar? Gadis itu setujuka? Kalau ya, maka dia akan menjalankan misinya pada tengah hari nanti.
"Hmm... Jam dua belas setengah macam tu. Nak saya ambilkan ke?"
"Eh... Tak payah susah susah Mike. Saya ada kereta sendiri. Lagipun saya tak nak menyusahkan siapa siapa. Hmm yalah, ni saya nak bersiap dulu eh? Lepas tu saya call awak balik"
Tanpa sempat Mike membalas kata, Andrea susahpun meletakkan telefon. Yalah. Nak buat apa lagi tunggu lama lama? Kalau orang tu ikhlas nak lunch dengan kita, kita juga tidak boleh menolak. Bukan sebab apa, mungkin orang itu ikhlas bukan atas sebab disebaliknya.
Mike yang sedang menyiapkan kerjanya terbantut seketika. Bila diingatkan perbualan mereka sebentar tadi, dia kembali senyum suka.
°°°°°°°
Mike sudah menunggu di cafe lima bintang itu. Bibirnya asyik dengan senyuman manisnya. Orang yang lalu lalang disitu hanya menandangnya pelik. Ah apa dia nak kesah!
Mike merenung sejambak bunga mawar yang berada di genggamannya. Adakah Andrea akan menerima bunga mawar ini nanti? Hatinya dipaut rasa gentar.
Beberapa minit kemudian, Andrea sampai ke destinasi seperti yang telah dijanjikan. Dari jauh, dia melihat lambaian dari Mike dengan senyuman tidak lekang dari bibir.
"Maaf Mike. Jalan jammed tadi. Itulah saya lambat sampai"
Mike mengangguk dan bibirnya masih senyum. Haih... Dah angau sangat dah ni...
Andrea yang masih membetulkan bajunya langsung tidak menyedari yang Mike dari tadi asyik merenung pada dirinya.
"Ehem... Err Andrea awak nak makan apa? Jangan risau... Saya belanja awak" Ujar Mike sambil mengangkat tangan memanggil waitress.
Waitress itu datang dengan buku order ditangan. Matanya asyik memandang kecantikkan Andrea.
Andrea tersenyum manis kearah waitress itu. Ia mengundangkan rasa cemburu Mike.
"Urm... Should I order some spaghetti? With juice orange too. Thanks" Andrea meletakkan buku order itu ke meja.
Waitress itu anggukkan kepalanya dan senyum. Cantik gadis ini!
Mike berdehem. Tanda kurang selesa layanan Andrea kepada waitress itu.
"I nak makan nasi goreng ayam. Minum... air suam"
Waitress itu senyum hambar saat Mike merenungnya tajam. Dia cepat cepat berlalu dari situ kerana tidak sanggup melihat jelingan tajam itu.
Seram!
"Andrea... " Mike memecahkan kesunyian diantara mereka. Sebelah tangannya sudah bersiap sedia memegang erat bunga mawar itu.
"Hmm?" Andrea mengangkat muka.
"Nah... For you sweetie" Mike menghulurkan bunga mawar itu kearah Andrea. Andrea tercengang. Dia tidak menyangka hari ini dia akan mendapat sejambak bunga mawar itu dari Mike.
Mike inginkan jawapan daripada Andrea. Hatinya sudah berdegup kencang.
Andrea diam.
"Andrea please say something" Gesa Mike setelah melihat Andrea yang diam membisu.
"Bagi saya masa..."
Mike mengeluh. Susah sangat ke nak terima dirinya? Dia tak mintak banyak pun, cukuplah jika Andrea sudi membuka hatinya untuk dirinya sendiri.
"Nah. It's okay Andrea. Saya harap awak akan buka hati awak nanti" Ujar Mike cukup perlahan. Sekadar menutupi hati yang kecewa. Namun ia juga cukup kedengaran pada halwa telinga Andrea.
Andrea senyum nipis. Dia bukan tidak mahu menerima lelaki itu. Tetapi, dirinya masih mempunyai hubungan dengan Lucas. Walaupun hubungan itu tergantung begitu sahaja, ia tidak bermakna dia akan menerima lelaki lain dalam masa yang sama. Jadi mana mungkin dia akan menerima lelaki sebaik Mike? Takut lelaki itu akan kecewa.
Tidak lama selepas itu, pesanan mereka telahpun sampai. Semasa mereka menjamah makanan itu, kedua duanya hanya membisu. Tidak berbual sesama diri. Yalah. Suasana masih janggal.
'Aku minta maaf Mike. Aku tak boleh terima siapa siapa dalam masa terdekat ni. Hati aku masih belum melupakan Lucas sepenuhnya.' Desis Andrea dalam hati.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top