DAJ 20
Dia duduk di sebuah Pheonix Club untuk melepaskan stress. Dimana club itu telah membawa untung kepadanya. Ya. Dia dan Eva sama sama menjual tubuh demi kekayaan diri sendiri. Kini, kekayaan telah melimpahi kehidupan mereka. Mata Yana memandang kearah beberapa lelaki berpakaian serba hitam itu. Kelihatan mereka sedang merenung tajam kearahnya.
Yana mengeluh kuat. Benda dah jadi. Nak buat macam mana? Dengan keadaan dia sekarang pun tak selamat dah. Dirinya sentiasa diperhatikan oleh beberapa orang yang sentiasa berpakaian ber-hud itu. Bukan setakat satu atau dua orang, ini dah sampaikan tujuh lapan orang kalau tak silapnya. Sudah berhari hari dirinya diperhatikan sebegitu rupa.
Hah. Inilah jadinya. Arghhhhh!!! Fikiran pun kusut. Air kencing setan itu diambil dan diteguk rakus. Selepas itu Yana secara tidak sengaja tertolak gelas itu kearah tubuh seorang lelaki. Matanya yang layu itu dikelip. Kuat sangat kesan alkohol ni. Yana merasakan dirinya mulai mabuk.
Agak sukar untuk dia menatap wajah lelaki itu kerana dia sudah separuh mabuk. Dan apa yang dia dapat lihat adalah lelaki itu sedang senyum sinis kepadanya.
Tangan lelaki itu naik ke bahunya dan serentak itu hidungnya ditekup sapu tangan dan pada masa tu lah bauan kloroform mulai menusuk ke rongga hidungnya. Matanya mulai terkatup perlahan.
Namun telinganya sempat mendengar bait bicara diantara seorang lelaki dan seorang lelaki cina. Mungkin juga jumlah kloroform itu tidak banyak. Jadi dia tidak pengsan dalam masa sesaat.
"Ini pompuan manyak lawa oh. Masih 'fresh' ka pompuan ni?"
Soalan lelaki cina itu dibalas dengan tawa sinis.
"Aiyooo... Relax Achai... Betina ni pandai layan olang. Lu apa macam? Still mau sama ini betina ka? Tapi ni betina manyak 'soi' oh... Manyak bising"
Yana mahu mengatakan sesuatu. Tetapi keadaannya sekarang tidak mengizinkan.
"Hahaha!!! Lu memang bagus maa Luraine. Wa memang suka sama olang macam lu. Jujur sama business oh... Ok macam ini ah? Wa janji sama lu gerenti big boss akan bayar lu dengan harga tinggi punya..."
"Huh. Leng chai ah... Jangan fikir senang maa. Wa tak mau harga tinggi. Yang wa mau betina ni pandai layan big boss lu. Jangan sampai dia 'kencing' sama big boss lu sudahlah. Macam ni lah leng chai. Apa kata lu bagitahu big boss yang betina ni wa kasi hadiah sama dia? Mesti dia suka punya maa..."
Yana tersentak. Hadiah? Dan siapakah lelaki yang sedang menekup mulutnya sekarang? Suaranya macam... Kenal? Tapi otak tak boleh ingat.
"Macam tu ah Luraine? Ermm kasi wa fikir dulu apa macam? Sebab lu 'machai' orang kanan big boss maa. Wa gerenti big boss respect lu punya sebab dapat sayur yang masih fresh"
Lucas diam dan tidak menjawab apa apa. Matanya tajam merenung wajah gadis yang pucat itu. Huh! Rasakan! Pandai sangat hancurkan hubungan aku dengan Ann. Sekarang? Kau terimalah nasib kau Yana. Kau dah cabar aku.
Dulu kau curangi aku kan? Tapi aku lepaskan kau. Aku tak nak ingat perkara tu tapi sekarang? Kau dah melampau Yana. Kau cabar kesabaran aku. Agaknya kau belum tahu aku siapa kan?
Hahaha. Lepas ni aku pasti kau akan terkejut besar punya.
Lucas kembali memandang wajah lelaki cina yang botak tanpa rambut itu. Wajahnya mempunyai tattoo helang. Memang ganas. Dia adalah Achai yang paling dipercayai big boss. Big boss merupakan ketua mafia di Thailand. Menjual dadah diseluruh negara... Menjual senjata api... Merampas dan merompak adalah kerja harian mereka sahaja. Berlian. Ya. Benda itu sangat berharga. Berlian yang berwarna ungu. Berlian yang berharga seratus ribu itu tidak penting bagi big boss mereka. Yang penting, adalah dadah. Itu boleh mencecah juta dalam masa sejam.
Dengan perdagangan manusia pulak, lebih lebih lagi gadis yang masih remaja. Mesti lumayan.
Lelaki cina itu senyum kepadanya. Tetapi Lucas hanya senyum sinis. Dia mahu Yana hari hari melayani nafsu kuda big boss. Hari kau dah sampai Yana. Kau tunggu.
"Ok lah. Wa cau dulu. Apa apa pun wa mau cakap telima kasih oh sama lu. Ni betina lu cakap pandai layan ka? Kalau big boss tanya sama wa apa wa mau jawab? Ni pompuan bukan fresh lagi"
"Hahaha... Lu relax saja maa achai. Takkan lu tak tau big boss tu macam mana? Nafsu kuda"
Kutuk Lucas selamba. Dan lelaki cina yang bernama Achai itu hanya menganggukkan kepalanya. Lucas menggelengkan kepalanya. Nama je badan sado. Tapi takut jugak boss marah. Ejek Lucas dalam hati.
Dan pada masa inilah Yana mulai sedar. Matanya melilau ke setiap arah dimana dia dikelilingi oleh lelaki yang ber-hud. Rasa takut mulai menguasai diri.
"Aiyaa liang moi ah... Lu sudah bangun ka? Aiyoyoo lu banyak lawa oh... Wa geram tengok lu. Kalau bukan pasal boss ah... Sudah lama wa hentam sama lu maa..." Achai mulai mengusap paha Yana. Air mata Yana mengalir deras.
"Aiyaa... Kenapa nangis? Wa tada pukul lu. Jangan begini maa... Wa banyak susah oh" Ejek Achai senyum sinis. Matanya memandang Lucas yang sudah menyilangkan tangannya di dada.
Pada masa inilah Yana terpandang Lucas yang duduk disebelahnya.
"Luc... Lucas?!" Yana menyoal terkejut. Lucas menjongketkan kening kirinya.
"How could you Lucas. Sampai hati you..."
"Kau jangan banyak cakap lah pompuan. Aku tahu ini semua muslihat kau kan?! Kau nak sangat aku dibenci Andrea kan?!" Bentak Lucas. Marah.
Yana tersentak.
"No! Itu bukan yang i mahukan! Itu semua Danny yang arah i"
"Kau jangan nak menuduh eh sial!" Lucas memarahi Yana sambil menampar kuat pipi Yana. Naik berpijar pipinya.
Achai yang melihat insiden itu terus menghalang tindakan Lucas.
"Aiyaa... Lucas ah Lucas... Jangan macam ni lah... Lu cakap sama wa tadi yang ni ah moi mau kasi big boss punya kan? Lu sudah tampar dia, losak loh dia punya muka. Nanti big boss tada mau maa"
Nafas Lucas naik turun dengan cepat. Pasal perempuan sial ni lah menyebabkan dia dan Andrea berpecah belah.
Yana kembali mendongakkan kepalanya. Dia merenung Lucas dengan wajah yang bersalah.
"Lucas... Saya merayu pada awak. Saya tahu sekarang kalau saya banyak cakap mesti awak dah tak percaya kan? Tak apalah. Yang saya nak bagitahu awak yang Danny upah saya untuk musnahkan awak dan Andrea. Apa motifnya pun saya tak tahu. Awak percayalah dengan cakap saya"
Melihat Yana yang bersungguh sungguh menerangkan situasi sebenar itu, Lucas mulai termakan bait bicara Yana.
"Danny?" Lucas pelik. Masih sukar untuk dia faham. Dah kenapa Danny yang terlibat dalam hal ini?
"Lucas. I know you dont trust me. But its okay. I cuma nak cakap yang sebenarnya Danny yang paksa i. Dia upah i untuk pisahkan you dan Andrea. I tak ada niat pun. Danny cakap kalau i tak ikut cakap dia, dia ugut i bahawa nyawa i akan melayang"
Lucas menggenggam erat tangannya. Oh. Ini sebenarnya yang kau buat Danny?! Patutlah selama ni masa aku tercakap pasal Andrea, kau mesti senyum sinis. Huh. Aku dah tahu!
Dan dia hanya memandang kosong Yana yang sudah diheret oleh Achai itu. Sayonara Yana. Hahaha.
°°°°°°°
Tubuh Danny ditolak kasar ke dinding. Wajah Danny ditumbuk sekuat hati. Amarah yang disimpan sejak kelmarin kini kembali menerpa dirinya.
"Selama ni aku anggap kau cousin aku sebab aku sayangkan pertalian darah kita ni! Tapi kau?! Bodoh! Sanggup musnahkan kebahagiaan sepupu sendiri demi kepentingan kau!" Tempelak Lucas dibiarkan berlalu. Tangan Lucas masih setia mencengkam erat kolar baju t-shirt nya. Danny senyum sinis. Apa nak ditakutkan? Tubuhnya lebih tegap dari si Lucas ni. Nak kata sado, tak. Nak kata tinggi, tak juga. Sebab dirinya lebih tinggi daripada Lucas.
"Eh kau jawab aku lah sial! Jangan jadi pengecutlah!" Ternyata tengkingan itu membuatkan Danny hilang sabar. Danny menepis tangan Lucas lalu menghayunkan penumbuknya tepat pada rahang Lucas. Lucas mengaduh sakit.
"Pengecut? Hahaha!!! Kau siapa nak cakap aku pengecut setan?! Kau tu yang pengecut! Bodoh! Sebab kau pengecutlah sampaikan kau tak berani nak terus terang kat Ann! Manusia jenis apa kau ni huh?!"
Lucas menggerakkan rahangnya perlahan kerana terasa sengal di seluruh rahangnya akibat tumbukan padu daripada Danny. Dan dirinya bagai dicabar oleh Danny sebab mengatakan dia pengecut.
"Apa kau cakap?" Lucas menyoal dengan nada terketar. Danny menyilangkan tangannya sebelum senyum sinis.
"Aku. Cakap. Kau. P. E. N. G. E. C. U. T"
Danny sengaja mengeja perkataan itu. Sengaja mahu menyimbah api.
"Kau memang sial!!!" Lucas terus meluru kehadapan tanpa mendengar sebarang balasan daripada Danny. Danny yang menyedari tindakan mengejut Lucas itu lantas mengelak. Heh. Nak main dengan bekas ketua ahli taekwondo? Kau silap besarlah Lucas.
Danny segera mengunci kesemua pergerakan Lucas termasuklah lengannya. Lupa pula yang si Danny ni pemegang tali hitam. Patutlah lincah semacam je. Tapi dia tidak peduli. Dendam tetap dendam!
Lucas meronta ronta agar terlepas. Namun apakan daya. Cengkaman Danny terlalu kuat sehinggakan tangannya sakit kerana dipulas ke belakang.
"Sebelum kau nak cari pasal dengan aku. Kau siasat dulu latar belakang aku. Bukan main redah je bodoh. Nama je ahli gangster, tapi lembik! Sial lah!" Bentak Danny seraya melepaskan tangannya dari mengunci lengan Lucas.
"Aku cau dulu. Make sure 'telur' kau dah cukup kuat baru kau datang cari aku. Aku tak lari kemana. I'll be waiting you. See you soon!"
Danny melangkah pergi dengan perasaan api membara. Dia pasti Lucas akan mencarinya semula. Dia sudah buat keputusan. Lusa dia nak balik Malaysia. Bukan sebab nak jumpa Ann ke apa ke... No. Atas urusan yang sangat sangat penting.
Lagipun. Selepas urusannya selesai nanti, dia akan melamar Andrea secepat yang mungkin. Cincin itu dimasukkan pada rantai lehernya. Rantai itu berwarna silver. Warna kegemaran Andrea. Danny senyum senang.
Manakala tanpa disedari Danny, Lucas menjeling benci. Hatinya yang panas tidak dipedulikan. Yang penting, dia harus lenyapkan Danny serta merta.
Sorry k kalau ada kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan atau lain lain...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top