DAJ 2
Kringggg!!! Jam sudahpun menunjukkan satu petang. Tinggal tiga puluh minit lagi untuk waktu habis sekolah.
Haih. Bosannya. Cikgu pun tak masuk kelas. Nak buat apa? Tidur lah jawabnya!
Suasana dalam kelas itu sangat bising. Namun Andrea boleh sahaja tidur dalam kelas. Langsung tidak menghiraukan keadaan sekeliling.
Tanpa Andrea sedari, seseorang mendekatinya dengan bibir diketap menahan tawa. Dah tahu dirinya agak cepat meledakkan tawa, janganlah nak prank orang. Haih.
"Hoi Marcella sayang!" Seseorang menyergahnya sambil tersengih. Akibat tidak tahan, orang tu dah ketawa kuat. Perutnya ditekan tekan. Agak senak.
"Eh batang monyet kau besar!" Andrea terkejut beruk dan melatah kotor terus terjatuh dari kerusi. Pinggulnya yang sakit itu diusap kuat. Matanya mencerlung garang kearah ciptaan Tuhan yang elok mentertawakan dirinya. Amboiii... Bukannya nak tolong aku. Best ya ketawakan aku?
"Hahaha! Lucu wehh kau ni Marcella"
Yana ketawa kuat sambil menekan perutnya yang senak. Matanya dikerlingkan ke sebelah melihat si gadis yang baru sahaja melatah. Wajahnya masam. Lagi lagilah dia berasa lucu.
Beberapa minit kemudian. Yana memberhentikan tawanya. Lalu tangannya naik mengusap belakang Andrea.
"Yalah yalah... Aku tak usik kau dah. Ni hah ada masalah ke sampaikan jauh termenung tu? Lepas termenung kau terus tidur ya? Lawak siot muka kau tu Mar. Dengan mulut yang ternganga besar." Soal Yana prihatin lalu duduk berhadapan dengan Andrea. Dan juga disertakan sindiran.
Andrea geleng dan mencebik. Huh. Nak prank aku lagi? Eii geramnya! Tak apa... Sabar...
"Tak adalah Yana. Tu aku tengok petani tu sedang bertungkus lumus bekerja. Kesian dia orang kan Yana? " Andrea menudingkan jari telunjuknya kearah sawah padi. Ternyata ada beberapa orang petani disitu.
Yana turut memalingkan mukanya. Sesaat itu dia tersenyum kecil sebelum menganggukkan kepala.
"Ha'ah la Mar... Kesian tu dorang... So kita tak boleh bazirkan beras. Kesian mereka tu yang bercucuk tanam. Sudahlah dibawah matahari yang panas, sanggup berjemur semata mata nak bersusah payah demi wang hmm" Ujar Yana menopang dagu menggunakan tangan kirinya. Matanya tidak lepas memandangkan kearah sawah padi itu.
Manakala Andrea hanya baringkan kepalanya menggunakan lengannya.
Tiba tiba Yana teringatkan sesuatu. Lantas dia menyeluk poket baju kurungnya. Yana mengeluarkan seutas rantai yang berwarna silver gold.
Andrea yang memerhati Yana itu mengerutkan dahi.
"Kau bayangkan Mar. Si Aaron tu dah break dengan aku kan bulan lepas? Tadi aku terserempak dia masa aku nak ke toilet. Then dia bagi aku benda ni"
Andrea tidak mengendahkan kawan kawannya yang memanggil namanya Mar. Ataupun 'Marcella'. Semua orang panggil dia Marcella. Cuma seseorang sahaja yang memanggilnya 'Ann'. Iaitu adik angkatnya, Danny.
Seutas rantai kecil yang bewarna silver. Andrea melopong. Mahal tu weh!
Yana mencebik. Andrea hanya senyum lalu mengembalikan rantai itu.
"Maybe this is Aaron's second chance"
"Tak nak lah aku. Kau ambik lah benda ni. Tak kuasa aku. Lagipun dah tak sama sama pun"
Andrea hanya mendiamkan diri. Dia tahu cerita sebenarnya. Hanya disebabkan seorang gadis, Aaron sanggup memutuskan hubungannya dengan Yana. Walhal tahun ini sudah memasuki dua tahun.
Depan mata dia sendiri melihat Aaron yang bersikap curang dibelakang Yana. Siap berpegang tangan sambil bercium sakan. Siapa yang tak kecewa?
Namun Andrea tidak mahu menceritakan hal tersebut seratus peratus kepada Yana. Cukuplah apa yang dia lihat hari tu. Tak sanggup dia nak bagitahu Yana. Sakit beb kalau Yana bersedih. Andrea juga akan terasa.
°°°°°°°°
Andrea sedang menunggu kehadiran Danny di bas stop itu. Sudah 15 minit dia menunggu, takkan lah batang hidung Danny pun dia tak nampak?
"Ehh Alvin, kau tengok tu! Seriouslah weh! Si Marcella tu!" Kedengaran jeritan seseorang dari arah kirinya. Andrea berpaling kearah jeritan tersebut.
Alangkah terkejutnya apabila mendapati lima lelaki yang sedang menuju kearahnya. Andrea hanya menundukkan kepalanya. Rasa takut menyelubungi dirinya.
'Danny cepatlah datang' Gumamnya dalam hati. Geram dengan Danny yang masih belum sampai sampai.
"Mar? You belum balik? Mana parent's you?" Soal Alvin. Tangannya naik mengusap lembut tapak tangan Andrea. Dia mahu menawan hati gadis cantik ini.
Andrea terkejut dengan tindakan Alvin. Dia menarik kasar tangannya sebelum berlalu dari situ. Soalan Alvin tadi langsung tidak dihiraukannya.
"Woii nak pergi kemana tu?!" Jerit Alvin lalu merembat kasar lengan Andrea. Andrea menggigil ketakutan.
Tolonglaj jangan apa apakan aku!
"Aku tanya elok elok ni. Asal tak jawab soalan aku sial?! Aku paling pantang bila orang tak jawab soalan aku!" Alvin kembali berang dengan sikap gadis itu. Nampak sangat gadis itu tidak menyukainya.
Andrea hanya mampu berdoa dalam hati agar dirinya tidak diapa apakan. Danny pun satu, mana dia pergi?
Melihat gadis itu hanya mendiamkan diri. Dia bertindak berani dan cuba mencium bibir Andrea.
Apabila hanya tinggal seinci lagi bersentuh dengan bibir seksi gadis itu, terdengar tengkingan seseorang.
"Woii! Pehal kau hah?! Lepaskan kakak aku sial!" Maki lelaki tersebut. Alvin yang mahu mencium bibir Andrea terbantut. Celaka! Kacau daun betullah! Alvin mendengus kuat sebelum mengeratkan cengkaman pada lengan Andrea.
Andrea yang tadi meronta ronta meminta lepas dari genggaman lelaki itu terhenti. Dia kenal suara itu!
Dia mengangkat kepalanya untuk melihat wajah bengis lelaki itu. Danny!
"Danny... Tolong kakak! Sakit lengan kakak ni... " Rayu Andrea dengan air mata yang mengalir.
Danny semakin berang melihat air mata itu. Dia mendekati lima orang jejaka itu lalu menghayunkan penumbuknya kearah wajah Alvin itu.
"Woi kau kenapa! Pompuan ni kau punya ke?! Aku punya lah! Heh kau tak nampak ke aku punya budak budak kat sini hah?! Kau baru je satu mampu ke kau nak lawan aku?! " Sinis Alvin. Bibirnya yang sudah pecah itu dibiarkan. Darah mengalir dengan banyak. Ngilu rasanya apabila di tumbuk sekuat hati oleh mamat tak guna tu.Tangan terus dimasukkan ke poket seluarnya.
"Aku tak pernah takut dengan siapa siapa termasuk jantan macam kau. Kau bawalah seratus 'telur' kau sekalipun, aku tak pernah takut" Danny bersuara mendatar. Dia memandang sinis tepat pada mata Alvin. Namun Alvin hanya membalas renungan mengejek. Dia terlupa seketika bahawa Danny adalah ketua pemegang tali hitam.
Rokok dinyalakan dan disuakan kebibir lalu tangannya menarik pergelangan Andrea ke belakangnya supaya gadis itu tidak diapa apakan.
Dia sanggup buat apa sahaja demi Andreanya! Dia sayang dan cintakan Andrea sepenuh hatinya!
Mati pun dia sanggup. Jika mati adalah satu satu caranya untuk Andrea mengingati dirinya sampai akhir hayat Andrea, dia sanggup.
Dia tidak minta banyak. Cukuplah Andrea sentiasa kenang akan dirinya jika dia sudah tiada dalam dunia ini.
Mata helangnya tajam merenung kearah lima lelaki tersebut. Kan aku dah kata pagi tadi, jangan cuba merampas Andrea dari hidup aku. Ada yang cuba buat, aku takkan berlembut.
Dia menyuruh Andrea menunggunya di kereta memandangkan dia mahu belasah lima ekor itu. Sempat dia mencium dahi Andrea lalu senyum manis. Bibirnya sempat membisik sesuatu namun ia tidak jelas pada pendengaran Andrea. Andrea seperti terdengar " I love you" tetapi dia tidak mengambil tahu. Dia anggap Danny mengarut sahaja.
Andrea hanya akur dengan arahan Danny. Kakinya ditujukan kearah kereta Danny yang terpacak disebelah bua stop. Matanya dikerlingkan kearah Danny. Danny kelihatan cukup matang dan macho.
"Aku cakap...jangan berani sentuh dia. Kenapa korang semua ni tak dengar cakap aku huh?"
Langkahnya mendekati kearah lima lelaki itu. Senyuman sinis tidak lepas dari bibir mungilnya. Lengannya mulai timbul urat urat hijau. Jelas kemarahannya sudah sampai ke puncak.
Lima lelaki itu hanya ketawa mengejek. Langsung tidak peduli mata Danny yang mulai merah.
Danny tidak menunggu lama. Dia mengambil pisau belatinya yang dia sengaja selitkan pada buku lalinya. Dia menikam perut pengikut pengikut lelaki itu sebelum dia kembali kearah lelaki yang menganggu Andrea tadi.
Lelaki itu kelihatan menggigil. Baru dia sedar yang Danny ini ada ilmu mempertahankan diri. Rasa menyesal pula cari pasal dengan mamat ni. Deaia hatinya.
"So amacam? Nak aku tamatkan riwayat kau sekarang? Aku dah pesan awal awal kan jangan sesekali ingkar amaran aku. Tapi kau degil! "
"Sedegil degil aku pun... Kau tak boleh buat apa kan?" Alvin mengejek lagi walaupun perutnya senak akibat ditikam oleh Danny. Dia cuba menahan keperitan itu.
Danny menarik kasar kolar baju Alvin. Tangan Danny yang berdarah itu dilapkan kearah wajah lelaki itu.
"Apa kau cakap?!" Danny menengking cukup kuat sehinggakan pengikut pengikut Alvin berlarian meninggalkan Alvin sendirian disitu. Gila nak tunggu lama? Belum tentu lagi kau selamat hari ni.
"Sa.. Saya min.. Minta maaf Danny, saya jan... Janji tak ganggu Andrea lagi. Tolong le.. Lepaskan saya"
Danny senyum puas. Dia tahu semua pelajar dalam sekolah ini takut akan dirinya. Termasuklah kawan kawannya.
"Memandangkan kau merayu dekat aku, jadi aku lepaskan kau untuk kali ini. Tapi kau kena ingat Alvin, tak semestinya seratus peratus aku lupakan hal ini. Tapi kau jangan risau, selagi kau tak kacau Andrea selagi itulah aku takkan kacau kau"
Dia mengelap darah yang ditangannya menggunakan sapu tangan, sebelum sapu tangan itu dibuang ke dalam tong sampah.
Empat orang yang cedera itu tidak dihiraukan oleh Danny. Dia mengorak langkah kearah keretanya.
Danny tersenyum apabila melihat Andrea yang termenung jauh itu sambil menangis.
Hatinya dicuit cuit dengan kecomelan Andrea. Walaupun Andrea adalah kakak angkatnya, rasanya tidak salah kan kalau jatuh cinta dengan kakak angkatnya sendiri?
Anak angkat je kot? Bukan kakak kandung. Apa yang susah sangat untuk Ann faham?
Rasanya tak jadi masalah!
Pintu kereta BMW milik Danny dibuka dari luar. Serentak itu juga Andrea memalingkan kepalanya dan memandang Danny yang sedang senyum manis kearahnya.
Andrea hanya senyum paksa sambil mengelap air matanya.
"Hey Ann... Janganlah nangis! Ish buruk rupanya muka kau bila nangis" Seloroh Danny sambil mengusap perlahan kepala Andrea. Kalau diikutkan hatinya sudah lama dia menarik tubuh itu ke dakapannya. Namun dia tahan, dia tidak mahu Andrea salah sangka dengannya.
Ya. Hanya dia sahaja yang memanggil Andrea 'Ann'. Nama itu sesuai baginya kerana nama Ann itu serupa nama yang manis didengar.
"Ish adik ni jahatlah! Dah keadaan kakak macam ni pun sempat lagi nak mengusik!" Marah Andrea sambil menolak kasar tangan Danny yang mengusap kepalanya.
Danny tersentak. Kakak? Adik? Takkanlah... Takkanlah Andrea hanya menganggap dirinya sebagai seorang 'Adik' ?
Amarah kembali menguasai dirinya. Sungguh, dia berang sangat apabila Andrea tidak menyimpan perasaan istimewa terhadap dirinya.
Tanggannya dikepal lalu menumbuk kuat stereng kereta mahal itu.
Sial.
Hehehe harap ada yang sudi baca hingga habis k?
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top