DAJ 19

"Ann... Nak bagitahu mama something ke?" Soal Puan Camella lembut. Andrea hanya menggelengkan kepalanya. Fikirannya kusut. Tidak tahu nak cakap apa. So better diamkan diri sahaja. Menangis? Oh semestinya tidak. Aku tak nangis. Untuk apa nak nangis? Kecewa tu adalah.

"Hmm mama bukannya apa Ann... Mama risau dengan keadaan Ann sekarang ni. Dah satu hari tak makan. Apa nak jadi dengan kamu ni?" Soal Puan Camella risau. Andrea yang tersentuh dengan bicara mamanya lantas memeluk erat tubuh itu. Puan Camella tersentak sebelum mengukirkan senyum manis. Rambut anak angkatnya itu dibelai penuh kasih.

"Dah dah... Jangan macam ni sayang... Mama tak paksa Ann. Kalau Ann tak selesa nak luahkan mama okay je. Yang penting anak mama ni ceria selalu okay sayang?" Andrea hanya sekadar mengangguk. Puan Camella menguraikan pelukkan itu dan berlalu dari bilik Andrea. Dia mahu memasak lauk kegemaran Andrea. Iaitu sambal belacan masak petai.

Andrea mengenangkan kisahnya dan Lucas. Kalaulah bekas kekasih Lucas tak datang pada malam tu, rasanya dia dah menjadi kekasih Lucas yang sah. Namun, segalanya hancur. Lucas tidak ubah seperti Danny. Danny ni suka memaksa aku. Lucas pulak mengambil berat tentang aku. Ah sudahlah. Sampaikan sekarang pun Lucas tidak menelefon kepadanya. Memang sah sah lah Lucas tu dah lupakan kau Andrea oiii!

Arghhh tidur lagi baik! Malas nak fikirkan orang yang jelas nak buang kita dari hidup dia. Aku tak nak terhegeh hegeh kat dia. Biarlah hubungan ini gantung sampai bila bila. Dan aku pasti tidak ada jawapannya.

Aku naik ke katilku yang bersaiz queen itu. Hehe tak nak la saiz king tu... Besar sangat hahaha.

Telefonnya tiba tiba berdering minta diangkat. Andrea mengerutkan kening. Eh. Siapa pulak telefon aku malam malam buta macam ni? Eh. Bukan malam. Subuh. Sekarang dah jam satu tiga puluh minit pagi. Bila aku lihat nama si pemanggil itu, amarah mulai menguasai diri. Lantas sim card itu aku cabut.

Nak main dengan aku? Kau silap oranglah Lucas. Aku bukan macam dulu lagi. Polos.

Akhirnya Andrea terlelap sehingga pagi.

°°°°°°

Lucas mundar mandir di biliknya. Fikirannya benar benar kusut sekarang ni. Apa lagi aku nak buat? Dah lah semalam Andrea tak sambut call aku. Arghhhh sial lah macam ni!

Tak apa Ann... Kau buat aku macam orang gila. Kau tak dengar dulu penjelasan aku then kau hukum aku macam aku yang bersalah dalam kes ini. Fine. Aku akan balik ke Malaysia. Aku akan jumpa kau. Masa tu kau jangan menyesal.

Lucas menggenggam kuat penumbuknya. Akibat tidak tahan, Lucas melepaskan tumbukkannya ke dinding. Luka habis tangannya sehinggakan berdarah. Darah itu tidak dihiraukan, yang paling menyakitkan hati adalah kenapa Ann sanggup buat dia macam ni. Rasa nak bunuh orang je sekarang!

Lucas mulai senyum syaitan.

°°°°°°

"Weh Dan... Betul ke apa yang kau buat kali ni? Tak takut ke Ann benci kau buat selamanya?" Ryqarl menyoal sambil menghirup kopi yang berada dihadapannya. Hmm rezeki depan mata jangan ditolak. Bak kata orang rezeki jangan dicari maut jangan ditolak. Eh. Salah alamak... Rezeki jangan ditolak maut jangan dicari. Aduhh... Memalukan betul.

Danny tersentak dengan soalan maut dari Ryqarl. Apa benarkah dirinya akan dibenci apabila Ann mengetahui bahawa sebenarnya dia yang merancang pertemuan diantara Lucas dan Yana? Serabut. Ah... Apa nak dikesahkan... Bila Ann dah sah jadi milik aku and masa tu lah aku bagitahu dia perkara sebenar.

Ryqarl senyum sinis apabila Danny mendiamkan diri. Dia tahu Danny sedang bertarung perasaan. Hah... Itulah... Siapa suruh buat benda terkutuk tu... Kan naya? Kalau ada hati nak menawan Andrea, mestilah hendak tunjukkan effort nya. Haih. Ni pun nak kena tunjuk ajar ke? Lembab.

"I'm sorry for making you feel sad. I didn't mean to. But you have to show Andrea your efforts to make her understand your feelings..."

"No Qarl. I'm just..."

"Shhhh... let me finish talking to you first. Don't you feel guilty? Because you raped her six years ago? Kau tak minta maaf dengan dia then kau mengongkong lagi kehidupan dia? Dan... Aku bukan nak tunjuk pandai dekat kau. Sebab aku anggap kau sebagai adik akulah baru aku nasihatkan kau. Buang ego kau tu Danny. Jangan sampaikan kau menyesal disuatu hari nanti"

Danny terkelu. Dia tidak tahu bahawa dirinya benar benar setan. Danny meraup kasar rambut wajahnya. Oh God! Apa aku dah buat ni?!

"That day you also told me that Lucas had applied for Andrea as his girlfriend, right? So you don't have to make things worse. You need to believe yourself to make Andrea your's" Sambung Ryqarl lagi.

Danny memandang Ryqarl tanpa membalas sebarang kata. Mulutnya bagai di gam. Padahal selama ini dia akan membalas kata dengan orang yang suka mencari pasal dengannya. Ya. Benarlah kata Ryqarl. Jangan jadi lelaki dayus.

"Lagi satu. Kau janganlah layan pompuan lain. Contohnya macam si Eva tu. Aku tengok kau dengan Eva dah banyak kali terlanjur right? Aku bukannya apa... Kalau Ann dapat tahu yang kau ni sebenarnya suka mencari perempuan untuk lepaskan nafsu kau tu, aku pasti dia akan lebih bencikan kau. Lagi lagi kau dengan dia dah kahwin ke apa ke... Ehem... Beginilah Danny, kalau kau nak aku bantu kau, kau cakap je dengan aku"

"Insaflah Dan... Kalau nak tawan hati Andrea. Perempuan mana yang suka tengok lelaki suka berfoya?"

Ryqarl pesan sekali lagi sebelum mengangkat punggungnya dan berkira mahu beredar dari situ. Namun dia terbantut seketika apabila Danny bersuara. Ingatkan dah bisu. Eh? Hahaha.

"Thanks Qarl. Kau lah kawan aku yang paling poyo dan baik hati. Aku janji aku berubah"

Apabila melihat Danny menundukkan kepalanya sambil menilik kukunya sendiri. Ryqarl senyum nipis saat dia mulai menyedari bahawa Danny bagaikan sudah insaf.

°°°°°°

"You kenapa dari tadi asyik hentak gelas tu Eva? Dah naik rimas i tengok you"

Eva mendengus geram. Sampai sekarang pun dia masih tidak dapat terima bahawa Danny telah menolak cintanya. Secara direct.

Hampir sahaja dia bunuh diri pada minggu lepas. Apa kurangnya dia? Dia cantik. Jelita. Badan ramping. Tinggi. A curl hair. Rasanya dia full of package kot?

Mungkin sahaja Danny sekadar puaskan nafsunya padanya? Ahhh tak mungkin! Jadi kenapa sepanjang mereka 'bersama' pasti Danny akan membuatkan hatinya cair. Kenapa?

Danny juga akan membuatkan hatinya tidak keruan.

Eva menolak kesemua gelas itu sehingga gelas gelas itu pecah berderai. Tiba tiba dia ketawa mengilai. Sesekali dia merintih sedih.

Yana yang menyaksikan sikap Eva itu hanya mampu menggelengkan kepala. Begitukah orang yang angau? Tapi kenapa? Bukankah kalau orang angaukan seseorang pastinya akan senyum je memanjang? Tiba tiba Yana tertangkap sesuatu. Jangan jangan lelaki yang dimaksudkan Eva tu... Danny?! Sepupu Lucas tu? Ex dia?

Fuck. Kalau aku tahu Danny adalah sepupu Lucas. Aku tak nak berkomplot sama. Yalah. Siapa je yang tak gerun bila Lucas dah marah? Macam dulu tu, dia sendiri curang dengan Lucas dengan alasan Lucas tak cukup kaya. Walhal lelaki itu memang kaya.

Arghh! Yana benar benar buntu sekarang ini. Apa lagi dia nak buat? Nasi dah menjadi bubur. Kalau Lucas tahu yang Danny mengupahnya pasti dirinya akan diseksa. Oh tidak. Dia tidak akan biarkan perkara ini terjadi.

Yana membaringkan tubuh genitnya diatas sofa berhampiran tv. Dia tidak menghiraukan Eva yang masih merintih itu. Eva dah terlebih dos. Dah tak dapat diselamatkan lagi. Haih. Cinta memang buta right?

Yana menutupkan matanya, masih segar lagi bait bicaranya dengan Danny seminggu lepas. Dimana dia sedang duduk di cafe dan pada masa itulah Danny datang menyapanya.

Flashback

Yana sedang menekan nekan sesuatu ditelefonnya. Danny menghampiri Yana dengan senyuman sinis. Yana hairan. Rasanya dia tidak ada temu janji dengan siapa siapa hari ini.

"You..."

"Diam. Aku nak minta tolong dengan kau boleh?" Ujar Danny sambil memeluk tubuh. Pelayan yang datang pun tidak dihiraukan olehnya. Sehinggakan pelayan itu sekadar mengangkat bahu dan terus meninggalkan kami.

"To.. Tolong apa encik?" Yana tergugup. Renungan tajam Danny benar benar membunuhnya!

"Tolong aku... Putuskan hubungan Lucas dengan pompuan tu. Okay?"

Yana terbeliak. What?! Dah gila ke apa mamat ni?! Asal aku?! Kang tak pasal pasal aku dihambat dek si Lucas tu macam mana?!

"You..."

"Enought. Aku tak nak dengar apa apa alasan dari kau. Kau cuma buat apa yang aku suruh. Lantak kau lah nak guna cara apa sekalipun. If you fail, I'll make sure you'll got a punishment. Atau nyawa kau akan melayang. So pilihlah" Ujar Danny bangun seraya membuang sampul surat yang berwarna coklat itu kearahnya.

Yana mengambil sampul surat itu. Agak terkejut apabila mendapati dalamnya terdapat berpuluh puluh keping not Rm100. Yana membelek belek sampul surat itu dan ia terdapat ada sekeping surat didalam.

Make sure kau buat kerja elok elok pompuan. Kalau tak aku bunuh kau. Believe it or not, it up to you. Kalau kau berjaya, aku akan bagi kau duit. Yang aku bagi tadi itu baru permulaan. Aku perhati kau dari jauh.

End of flashback

Yana mengeluh. Nak tak nak dia terpaksa membuat demikian. Ini soal nyawanya!










Oh... Rupa rupanya Yana tak sejahat yang kita sangkakan 😂 Bagaimana dengan Eva pulak? Yana cakap dia terlebih dos hahaha biasalah tu dia kan putus cinta 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top