DAJ 18
"Aku nak bunuh pompuan tu" Ujar Lucas mendatar sambil mengeluarkan sebatang rokok lalu disumbatkan ke mulutnya. Telefon yang berada ditangan digenggam kuat menahan amarah. Kalau perempuan sundal itu berada dihadapannya sekarang sudah pasti dia akan cincang empat belas kerat anggota badan gadis itu.
Lucas menghempaskan dirinya ke sofa. Danny yang memandang itu tersenyum sinis. Ya. Permainan baru sahaja bermula. Masa masih banyak. Mata Danny melilau ke seluruh sudut milik Grandma. Bayangan Andrea masih tidak kelihatan. Kemanakah Andrea pergi? Masih tidak muncul lagi bayangannya?
"Lucas... Where's Andrea? How many hours have I been here without seeing Andrea?" Danny mulai memancing jawapan Lucas walaupun dirinya dikuasai perasaan marah. Kecewa. Cemburu. Sakit hati. Down.
Lucas tersentak. Aduh apa aku nak jawab dia ni?
"Il a quitté la France. Ce matin." Lucas bersuara selamba. Ya. Itupun dia berabis menayangkan muka selambanya. Danny terdiam. Fikirkan Lucas bahawa Danny akan memarahinya. Namun tidak pula disebaliknya. Danny hanya diam membisu. Tangan pula mengeluarkan telefon dari poket seluarnya. Lalu menekan nekan sesuatu. Lucas mengerutkan dahi buat beberapa saat sebelum dia senyum kekok.
"What?" Soal Danny selepas beberapa minit berlalu. Mata helangnya tidak lepas dari memandang wajah Lucas yang sudah sedia kusut itu. Danny mahu bermain psikologi.
"Sorry. Sebenarnya aku..."
"Kau apa?"
"Aku dengan Ann gaduh. Dia balik Malaysia sebab aku Dan. Dia kecewa dengan aku. Hari tu aku confess dekat dia yang aku nak jadikan tunang aku. But entah tiba tiba ada satu pompuan mana entah datang ganggu aku. Ya. Aku mengaku. Pompuan sundal tu ex aku. Tapi itupun dua tahun yang lepas. Dia cakap dia masih sayangkan aku. Dasar pompuan sial. Tengok apa dah jadi diantara aku dan Ann?! Dia dah tinggalkan aku!" Lucas meninggikan suaranya kerana tidak dapat lagi menahan perasaan sakit hatinya. Sempat Danny senyum sinis sebelum mengatakan dia mahu tinggal di rumah Grandma selama sebulan.
"Oh I see. I feel you Luc. Poor you. But don't worry. Aku rasa Ann takkan putuskan hubungan dia dengan kau punyalah. Dia kan sayang kau?" Cei. Sayangkan kau lah sangat. Danny hampir muntah hijau selepas melihat wajah Lucas yang sudah berubah menjadi merah. Malu lah tu! Eewww sial.
Sebenarnya dia bukan apa. Saja mahu tinggal disini selama sebulan pun atas dia nak perhatikan tindakan Lucas secara dekat. Jangan haraplah Lucas akan dapat Andrea! Kalau aku tak dapat,maka orang lain pun tidak akan dapat. Ini janji aku.
Entah apa sebab dia berdendam dengan sepupu sendiri.
Sebab harta? Nope.
Sebab Lucas sudah tidak mempunyai siapa siapa untuk mengongkong hidupnya? Still nope.
Hmm. Tak payah menipulah. Pasal si Andrea tulah! Sesedap rasa dia je nak tawan hati Ann aku. Dasar sepupu tak tahu untung.
"Dan..."
Diam.
"Ermm Dan..."
Masih diam. Kaku.
"Danny!"
"Hah apa dia?" Danny tersentak bila disergah oleh Lucas. Matanya terkelip kelip lagak orang blur. Ia mengundangkan tawa Lucas.
"Danny. Aku rasalah kan,time time sekarang ni mesti Ann tak nak jumpa aku..."
'Memang pun' Desis hati Danny dengan menyambung ayat Lucas. Danny cukup menyampah dengan Lucas yang terlalu suka dengan Andrea.
"Aku kira nak tangguhkan dulu lamaran aku dekat dia. So..."
What? Lamar? Okay ini dah lebih ni.
"Hey Luc... Okay listen. Aku tak rasalah yang si Ann tu accept your proposal. Sebab apa? Sebab hati dia sedang terluka sekarang ni. Lagipun aku su..." Danny tidak dapat menghabiskan kata katanya. Memandangkan grandma baru pulang dari hospital.
"Lucas... What I've told..."
Grandma terpandang Danny yang sudah senyum serot itu. Mata grandma terus membulat bak ikan buntal.
"Hey Danny! Bila sampai? Omg makin handsome lah cucu kesayangan grandma! Dah besar pun! Hah ni sampai hati kamu ya datang pun tak bagitahu grandma" Rajuk Grandma sambil duduk di sofa. Danny sengih lalu mengambil tempat disebelah grandma sambil menggosok lembut bahu orang tua itu. Lucas hanya ketawa.
"Hey hey hey... Omg sayang... Janganlah merajuk dengan b. Alah sayang ni... Teruk benar rajuknya" Grandma sudah menjegilkan matanya. Manakala Lucas sudahpun ketawa bahak bahak. Haih. Beginilah kisahnya diantara Danny dengan grandma. Rapat je selalu. Kadang kadang sampailah grandma rimas dengan usikkan Danny. Ahaks!
"Dan... Bila nak balik Malaysia?" Soal grandma setelah rajuknya hilang. Lucas sengih. Danny hanya mengangkat kening kirinya.
"Amboiii grandma ni... Baru je nampak Danny hari ni dah halau? Sampai hati"
Serentak itu tangan ketam grandma naik mencubit paha Danny. Danny meraung kesakitan.
"Awwww!!! Apa ni grandma?! Sakitlah ishhh jari grandma tu memang jari ketam ke?" Danny membebel sambil tangannya mengusap kuat pahanya yang terasa pedih itu. Lagi kuat tawa Lucas. Danny sudah memuncungkan mulutnya manakala grandma hanya menayangkan muka tidak bersalah.
"What? Jari grandma memang jari manusia lah. Bila masanya kamu nampak grandma jadi ketam? Ni hah ada rambut lagi ni" Ujar grandma selamba. Tangannya menggenggam rambut separas pinggangnya kearah Danny. Danny menjeling geram. Huh. Tidak padan dengan umur langsung grandma ni! Macam budak budak!
Lucas dari tadi asyik menonton gelagat mereka berdua. Sejujurnya. Alangkah bagusnya jika dia dan Andrea rapat seperti Danny dan grandma. Lucas mengeluh seketika.
"Hah. Ni Lucas kenapa monyok je tiba tiba? Ada masalah ke?"
"Ala grandma. Tak payah tanya pun tahu. Dia kehilangan kitten lah tu" Danny sengaja mengusik walhal jantungnya hampir meletup. Amarahnya naik secara mendadak. Itu bukan kitten kau Luc! Kau perampas! Desis hati Danny geram.
Kan bagus kalau Ann sedar yang aku benar benar sukakan dia. Sayangkan dia lebih dari diriku sendiri. Tapi dia tak pernah faham. Malah dia ketawakan aku. Ish aku tak faham langsunglah. Apa je yang ada dengan si Lucas ni? Sampaikan aku yang ada didepan dia pun tak dipandang langsung. Alasan konon... Dia kakak angkat aku.
Bodoh! Kakak angkat je kot? Bukan kakak kandung! Arghhhhhhhhhhhh sakit hati aku!
"Danny kamu pun sama? Tiba tiba je moody? Hesyy grandma tak faham lah dengan korang berdua ni. Kalah perempuan tau? Dah dah daripada korang berdua monyok ni... Elok lah korang naik bilik. Rehat. Grandma nak masak dulu. Nanti grandma panggil" Grandma berlalu seraya mengusap kepala Danny dan Lucas. Lucas senyum nipis manakala Danny sengih sambil melayangkan flying kiss nya. Grandma menggelengkan kepala sambil senyum herot.
Usai sahaja grandma berlalu, Danny kembali menatap wajah Lucas yang kusut itu. Tanpa Lucas sedari, Danny senyum sinis sambil melihat dirinya.
"Luc. Aku masuk bilik dulu. Apa apa hal kau panggil je aku. Apa pun rilek okay? Bunga bukan sekuntum. Remember."
Danny terus berlalu tanpa memandang belakang. Lucas mengerutkan kening. Cuba menangkap ayat terakhir Danny. Seolah olah menyimpan sesuatu.
Di bilik Danny. Danny ketawa sinis. Kan aku dah cakap. Kalau aku tak dapat Ann. Jangan harap siapa siapa dapat Ann aku. Dia dapat melihat wajah Lucas yang berubah riak itu. Sorry la Lucas. Aku memang macam ni. Hahahahaha. Matanya merenung bekas torehannya yang di lengan. Bibirnya mencium bekas itu.
"Ann. I love you damn much." Danny menutup matanya lalu tertidur.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top