DAJ 17

Andrea mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia. Ya. Dia tekad. Dah beberapa tahun dia berada di negara orang? Enam tahun agaknya. Tiba tiba rindukan papa mama pulak hehe...

Rasa kecewa?

Sakit hati?

Sedih?

Marah?

Dendam?

Ya. Semuanya bercampur baur sekarang. Cuma dia lemah. Tidak tahu bagaimana untuk menghadapinya. Hubungan dia dan Lucas masih belum ada jawapannya sama ada sudah putus atau still sama sama. Ahh! Biarlah dia! Maybe dia sedang berasmara dengan ex girlfriend dia tu!

Aku menarik luggage aku kearah sebuah kerusi yang berdekatan. Aku lantas mengeluarkan telefon dan mendail nombor mama. Better call mama lah kan? Yalah. Kang tak pasal pasal aku diceramah. Balik tak tentu pasal. Eh. Ada hal lah. Sebab tu aku balik. Hehe.

"Hello sayang?"

Aku senyum. Ahh rindunya dekat mama!

"Hello mama"

"Hah. Ada apa Ann call mama ni? Ann okay ke?"

"Hehe... Ann okay je mama. But mama, Ann nak cakap something boleh?"

"Yes you can honey"

Aku senyum. Lantas aku menceritakan segalanya termasuk Lucas. Kedengaran mama hanya mengeluh halus.

"Ikut suka kamu lah Ann. Mama tak boleh masuk campur. Ini hal peribadi kamu. Mama hanya boleh doakan kamu je Ann. Mama always support you honey. Apa apa pun Ann jangan buat keputusan terburu buru. Nanti Ann menyesal. Bukan ke naya?"

"Hehe yalah mama. Ann dah fikir masak masak. Ann belum lagi putuskan hubungan Ann dengan Lucas. Cuma... Itulah... Ann nak sedikit masa. Ann nak cari masa yang sesuai untuk berdepan dengan situasi ini mama. Hehe maaflah mama... Ann belum bersedia lagi"

Aku sengih seolah olah Puan Camella dapat melihat sengihanku. Hmm maybe dengan ayat ni je yang boleh buat mama percaya dengan cakap aku. Ya. Aku tak pandai menipu.

"Ann... Lepas Ann touch down nanti bagitahu mama ye? Mama ada benda nak Ann tunaikan. Hehe"

Puan Camella terus meletakkan telefon. Amboi amboi mama ni... Nasib baiklah sayang... Kalau tak... Hehe.. Kalau tak merajuklah jawabnya!

Aku masih tertanya tanya apakah benda yang mama menyuruh aku buat benda tu? Musykil aku. Terlalu lama aku mengelamun sehingga aku sikit lagi terlepas flight. Cis. Tak guna langsung. Aku menaiki kapal terbang itu dengan keadaan selamat. Hehe... I mean... Lucas tidak tahu aku balik Malaysia. Dia masih tidur waktu aku keluar. Cuma grandma je yang tahu.

Nasib grandma menyebelahi aku. Hehe.

°°°°°°

Lucas meraup kasar mukanya. Sungguh. Andrea sanggup meninggalkan dirinya disaat dia masih belum menjelaskan hal sebenar? Dia di maklumkan oleh grandma tengahari tadi. Arghhhh! Kusutnya fikiran aku! Grandma kata, Ann sedang merawat hatinya yang terluka. So that, jangan ganggu Ann pada masa ini. But sampai bila? Sampai bila aku kena tanggung rasa bersalah? Sedangkan bukan salah aku pun?

Okay. Tidak mengapa. Kalau aku terjumpa minah setan tu sekali lagi, aku pasti akan lunyaikan dia. Ya. Im sure. Walaupun dia adalah masa laluku. So what?! Dia sendiri yang curang. Bukannya aku! Dah dekat bertunang pun. At least... Dia curang. Ah mempersetankan semua tu!

Hatiku membara. You better be careful after this Yana. Because Im watching you wherever you go.

Desis hati Lucas dengan dendam yang tak terkata.

°°°°°°

Dalam perjalanan aku dari France ke Malaysia agak tenang. Langsung tiada gangguan. But, lelaki yang disebelah aku ni asyik nak rebah kat bahu aku je. Ish! Dah tahu diri tu cepat mengantuk janganlah lewat tidur! Andrea mengomel perlahan. Dia menggerakkan sedikit bahunya supaya kepala lelaki itu menjauh darinya. Ternyata ia berjaya membuatkan lelaki itu bangun.

"Eh? Sorry sorry. I don't..." Baru saja aku nak memalingkan wajahku kepadanya, aku sudah ternganga.

"Andrea?"

"M... Mike?"

Serentak kami menyebutkan nama masing masing. Matanya bulat tanda teruja.

"Andrea!"

"Mike!"

Sekali lagi sebutan kami serentak. Dan beberapa saat kemudian mulai kedengaran tawa kami. Entah apa yang lucu tapi aku masih sengih. Aku tak sangka selepas sebulan pertemuan aku dengan Mike di pasar raya itu. Dan sekarang aku ditemukan lagi dengan Mike. Wah... Benarlah kata orang. Jodoh takkan lari kemana. Hey Ann! Sedar sikit kau tu bukannya lawa sangat! Gumamnya dalam hati.

Mike mengerutkan keningnya. Dia agak hairan dengan tingkah laku gadis comel ini. Gadis itu seolah olah sedang runsing. Entah apa yang dirunsingkan olehnya pun tidak tahu. But it so cute. Terpempan aku tengok muka dia.

Tiba tiba Andrea senyum. Aik? Apa hal pulak dia nak senyum bagai ni?

"Sorry Mike. Mesti hodoh muka saya kan? Yalah. Lepas mengelamun"

Mike ketawa kecil. Memang comel gadis ini.

"Andrea? Pinjam telefon awak?" Pinta Mike tiba tiba. Namun Andrea hanya memberikan telefonnya tanpa banyak soal.

Kelihatan Mike sedang menaip sesuatu.

"Okay done!" Katanya tiba tiba. Ish. Terkejut aku. Lantas telefon itu disuakan kembali kepadaku. Aku melihat telefon aku apakah yang dua tekan tadi. Kemudian aku ketawa kecil. Haih... Dia save number dia rupanya. Aku menggelengkan kepala.

"Awak tak marah ke?"

Aku mengerutkan dahi. Apa yang aku nak marah? Bukannya dia nak buat apa apa pun. Just save number phone kot? Chill lah. Benda kecil kot. Haha.

"Apa yang kau buat sampaikan aku nak marah kau?" Aku sengaja mengubah cara panggilan aku dekat dia. Suara aku pun mendatar. Hahaha lawak siot muka dia ni. Gelabah semacam je! Aku sekadar mengusiknya. Dan kelihatan wajahnya semakin berubah pucat. Aku tahan tawa.

"Err... Maaflah Andrea... Saya tak ada niat lain pun. Saya cuma nak kenal awak. Itu je"

Akhirnya tawaku terlepas. Sungguh, lawak sangatlah muka dia ni. Lagi lagi dia ni gugup semacam je. Mike sudah pandang aku tajam dan membuatkan ku tertelan liur. Dia ni handsome jugak but mata dia tidak boleh fight Lucas. Warna mata Lucas adalah dark brown. Warna mata Danny pulak hazel eyes. Yang bezanya cuma warna mata Mike adalah hitam. Bukan aku nak judge dia, cuma aku perasan je. Aku okay kalau nak berkawan. Tak memilih.

"Oh... Nak kenakan kita ya? Hmm tak apa nanti awak akan dapat punishment dari saya" Mike sudah sengih kambing. Aduh... Matilah. Dijualnya aku macam mana? Oh tidak! Aku tak sanggup!

"Awak jangan risau. Saya akan denda awak dengan mmemakan nasi goreng masak ayam pedas. Boleh kan? Hehe"
Mike tersengih comel. Wahai hati. Jangan lemah boleh tak? Suka hati kau je eh nak cairkan hati kau kepada mana mana lelaki?!

Andrea menelan liurnya. Perutnya sejak tadi sudah berkeroncong tanda minta diisi. Mike yang terdengar bunyi perut Andrea hanya senyum. Andrea memalingkan wajahnya kearah tingkap lantas menutup wajahnya menggunakan jaket. Omg malunya!!!

Mike asyik memerhatikan gadis cantik ini. Kalaulah dia dapat memiliki gadis yang baik hati ini... Memang dia tak makan setahun. Haha. Tak lah... Memang dia tak akan lepaskan gadis itu. Tetapi dia tahu, walaupun luaran Andrea nampak okay. Actually dalamannya... Nope. Mungkin dia mahu menutup segala kelukaan hatinya dengan senyuman. Tak tahulah. Mungkin juga dia tidak mahu orang yang disekelilingnya risau pada dirinya.

Andrea masih seperti dulu. Tidak ada yang berubah. Cuma penampilan doa je yang berubah.

Andrea yang sedang khusyuk membaca novel itu dikerling. Hmm membaca pun still lawa. Desis hatinya. Sesampainya di Malaysia nanti, dia berjanji bahawa dia akan selalu bersama dengan Andrea. Walaupun gadis itu mengatakan tidak mengapa.

"Andrea... " Mike menyeru lembut. Andrea sekadar menjongketkan keningnya. Senyuman masih setia dibibir. Mike senyum sambil menggelengkan kepalanya. Mahu meletup hatinya saat Andrea selalu sahaja tersenyum manis kepadanya. Ya. Andrea tidak lokek dengan senyuman. Tampak ayu sekali.














Hmm korang tak ada komen apa apapun kan? So saya anggap cerita saya ni okay lah ye? Hehe

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top