DAJ 1


Tahun 2007
*Andrea tingkatan lima manakala Danny tingkatan empat

"Andrea Marcella! Bangunlah ya ampun budak bertuah ni!" Marah mama gadis itu sambil bercekak pinggang. Apa tidaknya, sekarang sudah menunjukkan jam 6:33 pagi dan dia amat pasti anak perempuannya itu akan lewat ke sekolah.

"Apa ni mak?! Orang nak tido pun tak senang" Rungutnya sambil menggeliat malas. Mulutnya sibuk menguap. Puan Camella sudah bercekak pinggang sambil menjegilkan matanya.

"Kamu tahu tak sekarang dah jam berapa?! Dah jam enam setengah tau?! Hari ni cuti ke makcik?" Sindir Puan Camella tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. Hmm aku salah kutip anak kot desis hati tuanya.

Dengan pantasnya si anak membuntangkan matanya. Terkejut dengan bait bicara Puan Camella.

Wehh aku dah lambattttttttt!!!!!! Jerit batinnya. Dia segera bangun dan mencapai tuala lalu berlari kearah bilik mandi.

Puan Camella senyum herot. Haih laa anak...

°°°°°°

Tuan James Anderson hanya senyum melihat sikap anak perempuannya yang gelabah. Manakala gadis itu tidak menyedari bahawa ada sepasang mata yang asyik merenung tajam kearahnya.

"Wahhh si kakak bangun lambat harini" Usik si jejaka tersebut. Sambil menguraikan rambutnya ke belakang. Dia tidak menyukai sikap Andrea yang suka memulaukan dirinya pada pagi ini. Bukan sahaja pagi ini, setiap hari pun sama je. Ish. Geram!

"I'm sorry for late papa. Andrea terlajak tidur tadi. Nasib mama bangunkan kalau tak, tak tahulah macam mana" Andrea sengih lalu menarik sebuah kerusi dan melabuhkan punggungnya. Langsung tidak menghiraukan renungan si jejaka yang berada dihadapannya itu.

'Dah tua pun perangai macam budak budak' Si jejaka mengomel dalam hati lalu senyum senget. Matanya asyik memerhatikan gelagat gadis yang berada dihadapannya itu. Comel. Itu sahaja yang dia mampu ucapkan sekarang.

"Hmm dah dah, makan cepat. Mulai hari ni Andrea ikut je Danny pergi sekolah eh? Papa dah belikan Danny kereta BMW warna hitam"

Bagaikan tidak percaya dengan bicara Tuan James Andrew, Andrea mencubit perlahan pipinya yang gebu itu. Sakit. Rasanya dia tak mimpi. BMW? Kereta mewah tu! Tak sabarnya!!!

Danny yang melihat sikap comel Andrea itu hanya senyum suka. Kalaulah dia dapat memiliki Andrea kan bagus? Ini tak. Hati si Ann tu keras macam batu je.

"Ish Andrea ni! Kalau tak percaya sangat pergilah garaj dan tengok kereta tu. Jangan tengok kereta yang warna merah. Itu kereta papa. Hah. Lepas ni jangan cakap papa tak sayang korang pulak!" Tuan James Anderson membebel sambil senyum sinis. 'Anak angkat' nya ini sejak bila jadi 'anak blur'? Memeningkan kepala sungguh.

"Hehehe yelah papa... Andrea sayang papa sangat walaupun papa ni bukan papa kandung Andrea" Andrea senyum manis sambil melirikkan matanya kearah Tuan James Anderson.

Tuan James Anderson turut membalasnya. Puan Camella hanya senyum nipis. Alangkah bahagianya jika keluarga ini kekal sehingga akhir hayatnya.

Sememangnya Andrea ini anak yang manja. Tuan James dan Puan Camella amat menyayangi anak gadis mereka itu. Manakala anak kandungnya, Danny Adrian James merupakan seorang yang dingin. Akan tetapi mereka mulai sedar sesuatu. Semenjak mereka membawa pulang si gadis itu, Danny banyak berubah. Dari sikap yang bengis dan dingin, boleh menjadi seseorang yang manja.

Kedua dua orang ternama itu gembira melihat perubahan si anak lelaki tunggal. Sehinggakan nama penuh Andrea ditambah perkataan 'James'. Tuan James amat menyayangi Andrea seperti anak kandungnya sendiri. Sebab itulah nama Andrea menjadi 'Andrea Marcella James'.

"Papa? Papa menungkan apa tu?" Soal Andrea. Dia berkerut dahi kerana asyik melihat sengihan Tuan James.

Tuan James yang tersentak itu menjongket keningnya. Wajah Andrea yang turut tersengih itu dipandang.

"Papa lihat anak papa ni cantik. Dah boleh kahwin pun" Seloroh Tuan James. Hatinya dicuit cuit apabila melihat riak wajah Andrea berubah merah. Malulah tu hahahaha!

"Ish papa ni kan! Andrea masih mudalah! Tak nak kahwin dulu! Kalau papa nak juga tunggu Andrea habis belajar dulu" Bebel Andrea. Mukanya sudah panas.

Puan Camella ketawa lalu menyampuk.

"Nanti mama tolong cari ye?"

Lagi besar Andrea melopong. Tuan James ketawa kuat sebelum mengelap air matanya di bahagian tubir mata. Adoii lawak sangatlah anak perempuannya ini.

Danny yang melihat karenah mereka bertiga itu mulai berang. Langsung tidak suka dengan gurauan itu. Hatinya dipaut rasa cemburu. Dengan lagak dingin, dia mendengus kasar sebelum berdiri dan berlalu kearah keretanya. Makanan yang masih berada di meja itu tidak diusik.

Mereka bertiga mulai hairan dengan sikap Danny yang berubah dingin secara tiba tiba. Tuan James yang melihat sikap Danny itu hanya mampu menggelengkan kepalanya. Kesal dengan sikap Danny yang sebiji dengan sikap barannya dulu.

Danny yang elok bersandar ditepi pintu keretanya itu sambil tangannya dimasukkan kedalam poket.

Apabila teringatkan bait bicara papanya tadi, dia kembali marah.

Aku akan pastikan tiada sesiapa yang berani merampas kau dari hidup aku. Andrea Marcella aku yang punya. Siapa yang berani kacau Ann, aku pecahkan telur kau. Mandul lah kau seumur hidup.

Andrea Marcella. Seorang gadis yang cantik, dia jatuh cinta pandang pertama semasa dia berumur 9 tahun. Ya dia tahu, terlalu mentah lagi untuk merasai alam percintaan. Namun dia tepis segalanya, dia menyimpan perasaan sukanya terhadap Andrea selama enam tahun.

Dengan gayanya yang tidak berapa suka bersosial membuatkan dia terpaut dengam gadis itu. Setiap malam gila bayang jadinya kalau gadis itu awal tidur.

Haih laa dah kronik agaknya kau ni Danny.

Namun sikapnya yang peramah hanya dirumah sahaja. Kalau disekolah, wajah bengis sahaja yang akan dipamerkan. Gadis gadis lain tidak berani mendekatinya. Cuma gadis yang gedik sahaja yang berani menyentuhnya. Dasar sundal!

Dari jauh, dia melihat Andrea berjalan menuju kearah keretanya. Bibir tidak lekang daripada senyum manis.

Danny terpana seketika. Rasa amarah mula bertukar menjadi gugup. Hatinya bergetar kuat.

"Adik? Hehehe menungkan apa tu? Jom ke sekolah nak jam tujuh dah ni. Nanti tak pasal pasal kita kena halau" Ajak Andrea cuba buat lawak. Dia tahu Danny masih marah sebab itulah Danny masih merenungnya tajam.

Andrea tidak menghiraukan pandangan Danny lalu memasuki kereta mewah itu. Wah bestnya! Sayang papa!

Mata Andrea tertumpu kearah Danny yang sedang terpacak diluar kereta seperti patung cendana. Andrea mendengus perlahan sebab geram.

Mahu tidak mahu terpaksa Andrea keluar untuk mengajak Danny masuk ke kereta.

Andrea menarik lembut lengan Danny yang berurat itu. Dia takut sikap dingin Danny mendatang secara tiba tiba. Macam perempuan!

Danny hanya menurut. Namun dalam hatinya berdebar debar saat Andrea dekat dengannya. Ingin sahaja dia menarik tubuh gadis itu ke dakapannya lalu menjerit 'ILoveYou Andrea Marcella!'

Namun sayang... Dia tahu kakaknya tidak menyimpan sebarang perasaan istimewa terhadap dirinya.

Danny amat kecewa dan marah.






Enjoy

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top