部 :: Episode 2

٩(×o×°)۶ memperkenalkan cikgu gorgeous kita,

Cikgu Jo Jongjoo

"Jangan lupa vote cikgu sebagai cikgu paling kacak tahun ni."

×××

"That new club is suspicious."

━━━━━━

Buku buku nota kecil, rujukan dan segala macam jenis alat tulis, semua disumbatkan ke dalam beg.

Selepas menyelesaikan latihan terakhir untuk ulang kaji tadi, dia cuma bercadang untuk segera pulang dan berehat.

"Apa? Kelab baru dipertengahan tahun macam ni? Gila ke ape.."

"Dengar cerita orang yang tubuhkan kelab ni salah seorang dari 13 pelajar baru semalam."

"Really?! Omaigot."

Lee Seul mengalihkan pandangannya ke arah kerumunan orang ramai yang agak bising di hadapan papan kenyataan. Dia mengangkat kening.

Ada apa pula petang petang macam ni? Rusuhan politik ke?

Dia terus menukar arah jalannya tanpa berfikir panjang.

"Hey, junior. Ada ape ramai ramai ni?"

Seorang budak junior yang berdekatan terkejut bila ditanya. Nasiblah nyah.

"A-ada kelab baru ditubuhkan.. Diorang akan edarkan borang esok." jawabnya tergetar getar sambil mengarahkan jari kepada satu poster di papan kenyataan.

Seul terus melihat poster yang ditunjukkan junior itu.

"Hmm? Kelab.. Menari bersama Horangi..?"











×××

"Yeayy, semuanya sila tengok baik baik. Inilah bilik untuk kelab kita!"

Hoshi bersorak lantang lalu mendepakan tangan ditengah tengah bilik kosong yang berhabuk itu.

Untuk sesaat, tiada orang yang memberikan reaksi.

"Yeayyy!"

Seokmin yang baik hati pun balas semangat Hoshi dengan ikut bersorak untuk memecahkan suasana kekok ini.

"Yeay!"

"Yeayy!"

"Yeayyy!"

Berbalaslah dua makhluk itu tanpa disampuk makhluk lain.

"Yeay.." Jun pun nak ikut bersorak tapi dihalang oleh putera katak menggunakan tangannya. Muncung bibir kucing itu sedih sebab penjaga dia tak bagi.

"Kwon Hoshi. Sila senyap."

Woozi yang sedang kemaruk membersihkan habuk dan debu debu di situ menggunakan penyembur air memerli Hoshi selepas harimau tu memekak dengan adik dia dekat dua minit.

"Ehem. Apa apa pun.. Guys! Aku dah siapkan borang untuk kelab kita! Temgok ni-"

Selepas habis sesi bersorak, dia mengeluarkan kertas kertas yang dikoyak dari buku nota, atau sebenarnya dipanggil borang lalu diletakkan di atas lantai.

Maklumlah, terlalu miskin nak beli perabot lagi.

"Hoshi yah, pahal kau tulis guna pen je borang ni?" tanya Wonwoo yang terkijut mwoya mwoya melihat tulisan cakar rimau di atas borang untuk ahli kelab nanti.

"Haah, pastu kenapa kau print 18 helai je?!" marah Jeonghan pula lepas tak puas hati mengira kertas murahan tu.

Dahlah, cakar rimau. Lepastu, cuma 18 helai. Ada ke orang nak masuk kelab ni?

Hoshi menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Alah, takde bajetlah kau ni.. Faham faham lah siket. Nak guna printer sekolah kena bayar 20 sen kot!"

Dia terus merampas semua borang borang ditangan para member. Takut dirosak punah, habis low quality hasil kerja keras dia seorang ni. Dasar mereka taknak hargai usaha dia. Hiks-

"Baik baik, bertenang semua. Inilah jalan penyelesaian terbaik." tiba tiba pula satu satunya manusia sebenar di situ, Lee Chan a.k.a Dino cuba menenangkan semua makhluk di situ.

"Wui, hang sape. Pigi matilah manusia! Ni semua salah kau!" balas Minghao.

Dino menyorok di belakang Joshua.

"Ah, hyung! Tengok katak bercakap tu!"

Apalah. Bukan salah dia mereka semua tetiba jadi manusia. Ini semua sebab sihir misteri tu! Jangan salahkan Dino!

"Okeyy.. Kita akan edarkan borang ni esok.." kata Vernon dengan chill di tengah tengah pergaduhan manusia dan katak itu.

Dia, Hoshi dan Scoups terangguk angguk berbincang pasal kelab tanpa sedikit pun pedulikan member yang lain.

"Okeyyyy! SEMUA FIGHTING!"










×××

"Kelab Menari bersama Horangi~ Kelab Menari bersama Horangi~ maghi maghi sertai kami."

"Hai hai manusia sekalian, kami mencari ahli baru untuk jadi pasangan kami di pertandingan menari nanti. Jangan segan segan, jangan malu malu. Haa ambik borang ni isi dengan lengkap okey?"

"Ambil satu free satu. 1+1!"

"Woi Jun! Borang kita ada 18 jelah!"



"Eh apekah itu?"

Haeun terpandang tiga sosok manusia di sisi lapangan bola macam berdiri nak buat demokrasi. Yang paling kiri tu berdiri tegak macam tiang. Yang tengah tu pula terhegeh hegeh merayu kat orang.

Dan yang paling kanan tu..

"Eii, comeynya!" gadis itu berlari anak pergi ke lelaki bermuka kucing yang berdiri di sana.

"Oh? 1+1? Nah borang."

Jun menghulurkan borang kelab mereka kepada Haeun yang tiba tiba muncul di depannya entah dari mana.

"Ha? Dua borang? Untuk apa?"

"Minta satu borang, dapaf free satu borang. 1+1." terang Jun.

"Oo.. Ni kelab awak ke? Kalau saya masuk kelab ni boleh jumpa awak hari hari ke?"

Jun mengangguk.

"Okey! Bak semua borang ni. Meh saya tolong agihkan semua. Saya ni rajin." Haeun mengambil semua borang di tangan Jun sambil tersenyum kepadanya.

Jun yang tak tahu apa apa pun kebingungan melihat borang yang tiba tiba hilang di tangannya.

"Mari! Mari! Sertailah kelab.. Jap, kelab apa?"

"Kelab Menari bersama Horangi." jawab Vernon.

"Ouh, MARI MARII! JOINLAH KELAB INI. KELAB MENARI BERSAMA HORANGI."

Hoshi yang sibuk dengan urusan dia tadi terkejut bila dengar suara perempuan promot kelab mereka.

"Woi, hang sapa?!"

Haeun tersenyum lalu wink.













"Ehh, ada kelab barulah! Nak masuk nak masuk!"

"Jangan berebut rebut semua. Borang ada banyak lagi eh- SILA BEREBUT BORANG CUMA TINGGAL 5 SAHAJA."

"Bagi aku! Bagi aku!"

Angin bertiup dengan sangat kuat sehingga menerbangkan sehelai borang dari tangannya. Ia menari nari di udara mengikut hembusan angin.

"Tidakkk!" jerit Hoshi sambil cuba menggapai kertas itu yang semakin jauh terbang tinggi dibawa angin.

"Satu borang.. Sudah dibazirkan hiks-"










×××

Kim Seul memperhentikan langkahnya. Dia melihat ke bawah, ada sesuatu di kakinya.

Gadis itu menundukkan tubuhnya untuk mengambil benda itu.

Kertas?

"Apa ni?"

Seul membaca tulisan di atas kertasnya lalu mengerutkan dahi.

"Kelab menari.. bersama horangi."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top