虎 :: Episode 5

(×-×°) aha sekolah dah bukak. And popcorn pun sibuk jugak dgn kerjanya sama mcm korang (pss tp sib baik coco tak sekolah)

Sori klu selalu lambat update gaiss. Kesian anda, kesian juga popcorn hiks- Mari kita same² sejahterakan sesi persekolahan masing masing dgn kelab rimau yini ♡

Sape nk hiatus/cant spam sbb sebb sibok dgn kelas, please inform.

Btw, hepi kiming day ♥♥
6/4

"The humans and their fantasy."
━━━━━━

"Ha, anda nyah. Siapa nama anda?"

"Nama saya.."

"Wait- TU BUKAN SEO YURI KE? APE LINTAH TU BUAT KAT SINI??"

Tiba tiba dari satu pelusuk, Jinhwa menjerit dek kerana terkijut ketika melihat classmatenya gediks tu.

Kebabunan apekah ini?? Budak tu dah ada dalam kelab sorak pahal sesat kat kelab menari pulak ni? Agak agaklah kalau nak boikot kot tahulah berbakat.

"WHUT? SEO YURI? BUKAN DIA DAK DAK KELAB SORAK KE??"

"Dia buat ape kat sini? SINI HANYALAH UNTUK ORANG HENSEM DAN CANTEK JE EH-"

"Eh-?"

Semua ahli kelab berpandangan sesama sendiri. Macam pelik je ayat terakhir tu-

Yuri yang melihat kekecohan sebentar yang telah merosakkan suasana sensasi ini pun terus menepuk dahi.

Kuang ajo Bae Jinhwa, dia akan berdendam dengan manusia itu selama lamanya.

Gadis itu menarik muka sambil memeluk tubuh dengan lagak diva. Lantas rambutnya diselak dan entah dari mana datangnya pula angin bertiup yang menjadikan scene ini tampak dramatis.

"Ye, saya Seo Yuri. Ada apa apa masalah? Well, untuk pengetahuan korang aku quit Kelab Sorak sebab bosan semua member perempuan. Jadi aku masuklah sini alang alang ade ramai cogan eh-" Yuri membelek belek kukunya dengan bangga, tiba tiba terhenti percakapannya di tengah tengah.

Seluruh kelab itu pun terdiam dan memberikan reaksi dingin. Melihat reaksi itu, dia pun merengek.

"Woi, agak agak! Biarlah, aku pun nak masuk kelab ni jugak hiks-" tangis Yuri yang menjadi pusat perhatian.

"Aigu, dia ni takleh bawak jadi jodoh nie.." Go Ara menggeleng kepalanya berkali kali melihat kebodohan manusia biasa yang ada banyak kekurangan itu.

Seolmin dan Aeri yang ada disekitarnya pun turut tergeleng geleng setelah mendengar ucapan itu.

"Okey, okey. Bertenang semua. Semua masalah ada penyelesaian. Dan penyelesaian untuk masalah ni adalah dengan menghapus ingatan anda semua dan memulakan hidup baru." Dino menghentikan sebentar kekecohan kecil ini dan mula berucap.

"Sini saiya mahu perkenalkan, cheonsa kita, Yoon Jeonghan dan Hong Jisoo yang sudah hidup seabad lamanya dan seratus kali lebih tua dari kita semua. Silalah berikan tepukan." dia pun mempersilakan dua malaikat yang berubah menjadi manusia itu untuk maju ke depan.

"Ha masyeh masyeh. Well, kami memang malaikat yang sangat baik."

Agak tiba tiba perkenalan ini, tapi tetap disambut baik oleh semua hadirin yang menghadiri perjumpaan kerana ketampanan mereka.

"Wosh, ini bidadari turun dari langit ke?"

"Bukan ke bidadari tu perempuan-"

Semua orang takjub melihat betapa hensemnya mangkuk berdua itu sambil tepuk tangan.

Jeonghan dan Jisoo memang nampak baik dan hensem macam malaikat, jadi tiada siapa yang mahu menidakkan kenyataan Dino.

"Hah kamilah malaikat tu. Jadi sekarang.. Nanti- apa hyung kena buat ni Dino? Kenape kau suruh hyung berdiri kat depan? I mean- tahulah hyung hensem."

Sekali lagi, scene ini hancur dengan kata kata Jisoo. Dino menepuk dahi.

"Hyung! Padamkan ingatan dioranglah! Janganlah asyik lupa skrip! Scene hyung bukannya banyak." marah Dino dengan nada berbisik.

"Oh, okay, okay." Jisoo pun membalas dengan isyarat ok lepas faham apa yang patut dia buat.

"Yah, Jeonghan. Manusia kau ni suruh kita padamkan ingatan diorang semua ni."

"Hah? Buat apa?"

"Mana aku tau. Pape pun, jomlah buat cepat. Aku dah tak tahan nak gi toilet ni."

"Hah, okeylah. Ehem! Wahaii manusia sekalian! Kami Guardian Angel akan menghapuskan ingatan anda semua,"

Jeonghan pun menyeru manusia di depannya supaya terpukau dan termasuk dalam sihir penghapus ingatan dia.

Selepas beberapa saat, dia pun melepaskan sihir kepada semua orang di dalam bilik kelab itu.

"Ok, siap. Sekarang, mereka semua sudah tidak ingat apa apa." ucap mereka dengan bangga.

"Jap, apa korang buat sebenarnya?" Yeora mengangkat tangan dan bertanya.

"Shh! Tiada apa apa manusia. Sekarang sebahagian ingatan kau telah hilang sebahagian daripada-"

Tak sempat Jeonghan nak berlagak dengan kata kata malaikat, manusia manusia lemah itu cepat menidakkan semuanya.

"Karut apa dia ni? Ingat boleh tipu kita ke?"

"Banyak berkhayal kot."

"Takpelah.. Tak jadilah nak bawak jumpa mak nanti."

Auto down mood bekas malaikat itu. Dia mengambil beberapa langkah ke belakang dan bersembunyi di balik badan tinggi anak anjing jadian iaitu Mingyu.

"Ah! Hyung, Dino lupa! Kita bertukar jadi manusia lepas terkena sihir misteri tu! Jadi dengan kuasa magik dengan sihir pun hilang."

9 makhluk lain hanya mampu menggeleng. Lihatlah malaikat dan makhluk itu, sudah terlalu terbiasa dengan status mereka sampai lupa realiti sebenar!

Mereka sebenarnya yang hilang ingatan! Sungguh tragis.

"Eih, apa yang lama lama ni pakcik? Bilanya nak kenalkan semua ahli kalau macam ni?" Lee Seul dah mula bersuara tak puas hati.

Yelah, sebenarnya apa yang 13 jejaka itu sedang perkatakan dari tadi? Dia langsung takde idea.

"Tak mengapalah! Kita boleh berkenalan sendiri sendiri nanti. Yang penting sekarang adalah perlantikan jawatan kuasa. Hah, anda yang baru bercakap sebentar tadi! Awak dilantik jadi naib presiden." Hoshi akhirnya kembali membuka mulut dan menunjuk Seul sebagai naib presiden.

"Oh, saya..?" tersipu malu makhluk tu selepas dilantik secara rasmi oleh presiden harimau tu sendiri. Merah mukanya seperti bawang merah yang berwarna ungu.

Hoshi mengangguk. Kemudian dia menunding orang lain pula.

"Hah, kamo yang pakai baju putih tu! Jadi AJK!"

"Eh, saya? Tapi saya malas-" terkejut seketul Park Yeosoo yang tiba tiba ditunjuk sebagai ahli jawatan kuasa.

"Hah, anda juga! Jadi Setiausaha."

Sesungguhnya perlantikan ini terjadi dengan cara tidak biasa, cara siapa duduk situ dia kena!

Choi Minji sebagai setiausaha, terkelip kelip matanya kerana terkejut namun mulutnya tak mampu mengeluarkan suara untuk membantah.

"Baiklah, siapa nak jadi bendahari?"

Mata harimaunya menatap satu persatu ke arah mereka seperti mencari mangsa. Tatapan harimau rawr!

"Err, ssaya-" Lisa teragak agak nak angkat tangan.

"Hah, itu dia! Anda yang pakai earphone tu nampak macam orang kaya. Ok, jadi bendahari!"

Terpaku Lisa. Dia juga hilang kata kata. Dia angkat tangan sebenarnya sebab nak minta kebenaran pergi tandas. Apekan nasib-

Selesai perlantikan. Hoshi sebagai presiden melepaskan nafas lega.

"Baiklah, semua! Perjumpaan kita tamat disini! Korang semua boleh beredar."

Berakhir sudah acara ini, semua orang mula bangun dengan mulut pot pet. Ada yang sakit belakang sebab duduk selama 30 minit.. Memang badan orang tua betul.

"Oh, kejap. Yuran setiap manusia hanya berharga 50$ setiap bulan. Harap boleh segera selesaikan, ye." sebelum pergi, Hoshi sempat lagi bagi peringatan kepada mereka.

Dan perjumpaan itu pun selesai dengan air liur yang ditelan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top