共 :: Episode 6
Hey, popcorn tertanya tanya ape yg korang fikir akan jadi dlm af yini-? Like, tetiba nanti ade rimau lain dtg menggantikan ochi ke- salah sorang dri korang kena sumpah jadi monyet ke-
Lek lek, storyline sentiasa ada, aku just nak bace je pendapat/tanggapan korang (๑ ิټ ิ) silala jadikan ini tempat korang mencurahkan idea.
Btw new cover ! ♡
Selamat berpuasa/berbuka
“Another side.”
━━━━━━
Flashback..
"Mama mama, tengok tu ade orang pelik main atas pokok."
Seorang anak kecil menarik narik hujung baju ibunya yang sedang membawanya bersiar siar di taman.
Dia menunjuk sesuatu makhluk atau mungkin kelibat yang dilihatnya di atas pokok.
"Haah lah anakku. Heish, tula tak belajar rajin rajin masa sekolah dulu. Sekarang duduk atas pokok pulak." kata ibunya lalu menarik tangan dia menjauhi tempat itu.
"Woi, taguna punya manusia! Dia kata aku tak sekolah-"
Rupanya itu bukanlah ilusi, makhluk di atas pokok itu sememangnya ada dan dapat dilihat jelas oleh manusia.
"Tengoklah nanti, bila aku sekolah aku akan lagi pandai dari anak kau!" putera katak itu menyumpah seranah manusia yang tak menghormati dia tadi.
Lahai sediyh la direndahkan oleh manusia rendahan-
Selepas dia mengucapkan kata kata kasar itu, tiba tiba ada banyak mata mata yang memandang ke arah sini. Minghao yang gelabah sengsorang mula tertanya tanya, ada yang tak kena ke pada pokok ni sampai dijeling jeling manusia?
Tok tok tok.
Automatik dia mengetuk kayu pokok itu sebanyak tiga kali. Yelah, entah entah pokok ni dah nak tumbang ke, sebab tu manusia tu terpandang pandang takut kena hempap macam semut-
"Ada pengambaran ke? Tak nampak kamera pun.. Lagi satu, fashion ape yang model tu pakai? Nampak kuno-" seorang lagi manusia mengomel ketika melintasi di sebelah pokok itu.
Minghao yang perasan mula tengok baju sendiri.
"Eh-??"
Dan dia pun menyedarinya.
"EHHH MANUSIA BOLEH NAMPAK AKU?!"
×××
"Eh, anjing! Mana pergi sembilan ekor aku? Badan tak berbulu apa ni? Huwaa.." rengek si rubah kepada kawannya, si anak anjing.
"Eih, aku dah jadi manusia anjing! Oyeah!" bukannya ketakutan, anak anjing itu malah gembira dengan perubahan drastik ini.
Sementara tak jauh dari situ, Dino tergagap gagap ketika melihat.penampilan baru Jeonghan dan Joshua.
"Hyung.. Hyung! Sayap h-"
"Sayap gojesku sudah hilang!!"
Minghao turun dan menjejakkan kaki ke tanah. Rupanya bukan dia seorang, ada makhluk lain juga yang dapat dilihat manusia.
Malangnya mereka tidak menyedari itu, dan lebih malang lagi kerana itu banyak manusia yang melihat mereka dengan pandangan pelik.
"Ah, ni mesti sebab sihir tadi!"
Tiba tiba dia terdengar suara yang dikenali. Harimau jadian?
Dia nampak sama macam biasa. Tiada perubahan- Yela hanya manusia bertelinga harimau..
"Sihir? Ah! Letupan kecil tadi ke? Aku ingatkan naga kentut." gumam Minghao. Dia pun mendekati makhluk makhuk selain manusia seperti dirinya yang sedang terpinga pinga dengan apa yang terjadi.
"Lek, lek semua. Ini hanyalah sihir bodoh. Wait WHUT- sihir dalam pedang aku dah hilang!!"
Baru nak ayunkan pedang dengan bangga untuk tenangkan semua orang, tetiba dia sedar sihir dalam pedang kesayangan dia sudah pun tidak terasa.
"Ti-tidakkk!"
Maka kisah putera katak dan pedangnya disambung ke season 2.
×××
Kedai Bunga Grandma Fairy
Emergency meeting untuk semua makhluk fantasi malang yang terkena sihir misteri.
"Hey, ini service kedai bunga grandma fairy. Bunga kami boleh dibuat sirap dan susu strawberi. Boleh datang bila bila masa, tapi pastikan ada duit sebagai bayaran tiada baki." ucap Seokmin yang menjemput semua tetamu datang ke sini.
Mendengar perkataan sirap, Scoups encik vampire yang merupakan penggemar berat, terus bulat mata. Ini bagus untuk bawa balik kampung dan minum petang bersama keluarga!
"Bungkus untuk saya satu!"
"Baik."
Sementara itu, Minghao menoleh ke kiri kanan seperti mencari sesuatu.
"Tak silap aku tadi ada Jun si kucing juga kat taman tu.. Mana dia?"
Kalau si kucing itu pun ada, maksudnya..
Kring!
Bunyi loceng kedai berbunyi. Dan muncullah Jun si kucing yang sudah berwujud manusia.
"Hoshi! My family! Lama tak jumpa kau-" Minghao yang menunggu, namun sebaliknya dia terus menerpa ke arah Hoshi yang sedang ber horanghae.
"Eih, sape kucing miang ni? Tak senonoh betul peluk orang tak dikenali." Hoshi bergelut keluar dari pelukan itu dan menjauhi Jun.
Putih mata kucing itu apabila menyedari kembalinya dia tidak dipedulikan.
Minghao pun menupuk bahunya untuk memberi sepatah dua kata sebagai pembangkit semangat.
"Weh, aku lupa. Malaikat berdua tu dah hilangkan ingatan diorang pasal kau-"
Joshua dan Jeonghan yang sedang duduk bersenang lenang di atas kerusi bersiul dengan muka tak bersalah.
Dan akhirnya, setelah beberapa promosi dan iklan, Seokmin kembali menyambung pembuka kata untuk perjumpaan emergency ini.
"Ehem! Semua makhluk sekalian, malang tidak berbau, pada hari ini, pagi ini, satu sihir misteri telah pun berdampak kepada kita ber dua belas dan errr.. si hantu boo yang bangkit kembali, dan menyebabkan kita semua bertukar jadi manusia sejati-"
"..."
"NAMUN BEGITU JANGAN RISAUU! GRANDMA KITA MEMBERITAHU BAHAWA ADA SATU RAMUAN YANG BOLEH TUNAIKAN APA SAHAJA HAJAT. TENTU SAHAJA TERMASUK UNTUK KEMBALIKAN KITA SEMUA KEPADA FITRAH."
"Tapi macam mana nak dapatkan ramuan tu?" tanya Scoups.
"Ermm. Tak terfikir pulak sampai situ.." Seokmin menggaru kepala yang tidak gatal.
"Kerajaan penyihir ada menghantar undangan ke pertandingan menari di seluruh pelusuk bumi. Kalau tak silap, hadiahnya ialah ramuan X- Ha ni poster dia.. "
Untuk kali pertama, putera katak itu memberikan sesuatu yang berguna. Macam mana dia boleh ada poster tu, tiada siapa tahu.
"Tapi kan putera katak, disini dia tulis berpasangan. Maksudnya macam anjing dengan kucing ke?" tanya Mingyu sambil terlompat lompat.
"Hotak dia, berpasangan tu laki pompuan."
"Ouh." Mingyu berubah jadi matang.
"Sorry ah.. Dulu aku kan haiwan, mana ada akal.." luahnya.
Untuk sesaat, putera itu tersentap.
Hoshi tiba tiba tepuk tangan kerana ideanya muncul dengan cepat.
"WEYH KORANG! AKU ADA IDEA, JOM KITA MASUK PERTANDINGAN TU!"
"Okey, jadi macam mana pulak kita nak cari pasangan.." tanya Joshua.
"Hah, kalau dekat sekolah, kita boleh jumpa orang orang muda yang berbakat." Dino mencadangkan idea yang tidak bernas dan menyusahkan.
"Wuish, jadi kita semua kena menarilah ni?" tanya Jun dengan teruja.
"Aku tak kisah kena menari. Yang penting aku tak berpasangan dengan manusia-" kata Minghao pula dan membuat keputusan untuk tidak campur tangan lagi dalam mesyuarat gempar ini kerana sentap dengan ayat Mingyu.
Baik dia diam dan tidur.
"OKEY, KALAU MACAM TU JOM MASUK KE SEKOLAH SEBONGIE DAN CARI PASANGAN KAT SANA!"
"Wait, whut-?!" tiba tiba dia tak jadi nak tidur.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top