俱 :: official teaser

Sebab satu sihir misteri, semuanya jadi tak masuk akal.

Kelab yang miskin.

"Guys! Aku dah siapkan borang! Tengok ni-"

"Hoshi, pahal kau tulis guna pen je borang ni? Pastu cuma print 18 helai je? Sikitnya!"

"Alah, takde bajetlah kau ni. Faham fahamlah sikit.. Nak guna printer sekolah kena bayar 20 sen kot."

-------

Kelab yang pelik.

"Selamat datang ke kelab menari yang baru ditubuhkan dua hari lepas ini. Hah, ya memang.. Saya ialah harimau."

"Eunjae, kenapa kau nak masuk kelab ni? Macam tak betul je semua orang kat sini. Lagi lagi presiden dia."

"Entahlah, sebab aku bosan taktau nak buat apa."

-------

Kelab yang kurang pendidikan.

"Woi, siapa buang kuah teokbokki dalam tong sampah ni?!"

"Lari gaiss, naib presiden dah marah!!"

-------

Tapi akhirnya, ia tidak lain hanyalah sebuah kelab biasa.

"Mari mari beli, jualan mi goreng hari ini, Kim Mingyu yang masak. Mareyy mareyy!"

"Jap, bukan Jeonghan ke yang masak?"

--------

"Presiden! Ada kelab baru ditubuhkan nak mencabar kita! Nama dia Kelab Dance Night Away!"

"KURANG AJAR MEREKAA! MAREY KITA BERPERANG!!"

---------

Dan kisah kisah yang terlupakan disebaliknya.

"Suatu hari nanti, bila sayap saya dah kembali, saya akan bawa awak ke atas-"

"Kau nak bunuh aku ke sial?"

-------

13 lelaki
Dan 18 perempuan.

Terbentuklah kelab yang bernama,

Dancing with Tiger Club.

"Eiii, cutelah JJ couple!"

"Jeonghan Jaein ke?"

"Taklah, Jeonghan Joshua."

"..."

"Kau ni golongan fujoshi ke..?"

------

"Tapi kan, kau percaya tak yang Myungho tu sebenarnya putera elf?"

"Tak. Muka pun macam katak."

.
.
.

- Prologue -

Seoul, sebuah bandaraya maju yang menjadi ibu kota negara ini. Penduduknya ramai dan padat. Segala hal perlu berjalan dengan cepat membuatkan bandar itu sentiasa sibuk di setiap saat.

Di tengah tengah kesibukan itu, ada makhluk makhluk selain manusia yang tidak dapat dilihat pada pandangan manusia biasa.

Contohnya seperti di taman kecil ini..

"Cuaca hari ini pun sama.. Tak ada yang menarik."

Salah satunya, yang sedang berada di atas pokok. Makhluk lain memanggilnya putera katak, namun sebenarnya dia hanyalah putera elf yang pernah disumpah menjadi katak.

Dan disampingnya sentiasa ada satu penaman setia. Iaitu si kucing.

Di sisi lain, seorang vampire membetulkan topinya yang hampir di tiup angin.

"Wah, atmosfera di bumi terasa lain.." gumannya seorang diri. Maklumlah, ini kali pertama dia menjejakkan kaki ke bumi.

"Betul ke informasi yang Guardian Angels bagi kat aku ni? Mana tempatnya? Tak jumpa pun.." dia pun mengomel seorang diri di setiap langkahnya.

Tiba tiba kedengaran seekor anjing menyalak dengan sayup dari dalam semak. Tanpa berfikir panjang, dia pun mendekati semak itu.

Apabila dilihat, rupanya ia adalah seekor anak anjing. Tapi apa makhluk di sebelahnya?

Satu, dua, tiga.. Ia mempunyai sembilan ekor?! Ini bukan haiwan dari alam manusia!

Melainkan salah satu makhluk mitos yang jarang dijumpai, rubah berekor sembilan. Haiwan itu sudah diancam kepupusan sejak berabad lamanya. Dan sekarang kemungkinan ia masih wujud sangatlah sedikit.

Dan hebatnya, apa haiwan mitos ini lakukan dengan anak anjing di sini?

"Hoshi-yah! Ambil sekali bunga warna biru tu."

"Bukan kat sini tak boleh petik bunga ke?"

Dia menoleh. Ah, waktu seperti ini pun kanak kanak sering keluar dengan keluarga sendiri untuk melihat bunga. Dia tersenyum.

"Hoshi! Bukan yang tu!"

Kaki lelaki berumur awal 20-an itu dipukul oleh salah satu adiknya. Adik?

"Kan Woozi hyung dah kata! Ambil warna biru. Tengok macam bangkul Seokmin dengan Vernon ni.." dia mengangkat bakul miliknya dan Vernon yang dipenuhi bungaan berwarna biru.

Hoshi mengomel.

"Yelah, yelah."

Nanti.. Mereka bukan manusia? Vampire itu menggaru kepala sendiri.

Apa yang dia sedang lihat sekarang ni?

"Ehem."

Dia menoleh lagi.

Akhirnya, seorang manusia.. Tapi macam mana manusia ni boleh nampak dia?!

"Ahaa, saya utusan dari Guardian Angels. Marilah kita berborak dulu, sebelum tunggu atuk siput dua orang tu sampai." manusia itu menghulurkan tangan.

"Nama saya, Lee Chan. Sila panggil Dino."

"Ouh, okay.." agak ragu ragu juga dia dengan manusia ni. Sejak bila malaikat tu hantar utusan? Kenapa manusia?

"Haa.. Tudia Guardian Angel-"

Tiba tiba satu letupan besar terjadi di tengah taman itu. Semua makhluk di situ dapat merasainya, kecuali manusia biasa.

Vampire itu memejamkan mata yang silau sambil melindungi tubuhnya dengan tangan kosong.

Letupan itu tidak lama. Hanya selepas beberapa detik, semua kembali menjadi normal.

Kecuali satu sahaja hal yang tidak normal bagi mereka..

"Apa dah jadi?!!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top