乐 :: Episode 1
━━━━━━
Sebongie Highschool
"Pengetua, pengetua! Ada berita tergempar!!"
Pengetua Han cepat cepat menutup komputer selepas mendengar suara Cikgu Jo terjerit jerit dari jauh. Fuh, kena bersedia dari awal dengan kedatangan mendadak ini. Tak pasal pasal nanti kena serangan jantung.
Seperti jangkaan, Cikgu Jo terus menerpa masuk ke pejabatnya seperti dikejar hantu. Tersungkur lelaki itu ke lantai dengan lembik kerana berlari dengan kelajuan 5 km/j ke sini.
Pengetua Han membetulkan cermin matanya agar nampak sedikit bergaya dalam bayangan pembaca.
"Ada apa Cikgu Jo? Hang nampak hantu ke?"
Cikgu Jo terus bangkit dan menghadap Pengetua Han dengan nafas yang masih bergelora.
"Pengetua! Ada 13 pelajar baru yang nak bersekolah di sini! Dan, dan.. Secara serentak?! OMG!"
"Haa.. Jadi?" jawab Pengetua Han selamba.
"Jadi..? Tidak.. Tidak mungkin! Pengetua dah tahu semua ni?! Kenapa pengetua tak bagitau saya?!" Cikgu Jo menggeleng tidak percaya.
Segala usahanya berlari dengan kecepatan penuh ke sini.. Sia sia?
"Baguslah sekolah kita popular ada ramai pelajar nak masuk serentak."
Dia mengukir senyuman.
×××
"Ada 13 pelajar baru? Lelaki?! Siapa? Hensem tak? Single ke taken?"
Seluruh kelas di bangunan itu kecoh dengan berita tergempar yang sangat gempar sehingga menyebabkan berlakunya gemba bumi sementara. Semuanya sibuk meneka pelajar baru itu seperti apa.
"Aaaa kalau hensem aku nak jadi girlfriend dia!"
"Euw? Layak ker?"
"Ops, sorry. Girl friend. Ada jarak ditengah." Seo Yuri membetulkan ayatkan lalu memeluk tubuh. Bibirnya dimuncungkan tak puas hati. Dasar kawan tak nak support member sendiri! Hiks-
"Whateverlah, semua. Aku makan dulu. Selamat makan!" tiba tiba Bae Jinhwa mencelah dalam drama pendek Yuri. Dia membuka bekal makanannya yang mirip dengan kotak bento.
"Woi, Baejin! Kelas dah nak mula, kau nak makan ape lagi ni?"
"Halah, halah. Sekejap lah."
Tak sempat classmate dia nak mencegah, makhluk itu sudah selamat menyuap makanan di dalam mulutnya. Punya lapar sampai gelojoh makannya.
"Eih, tak baik nyah. Dahlah taknak kongsi dengan aku. Bak kata pepatah, sharing is caring." tangan Yena, salah satu classmate nya yang badgirl sikit dah mula meracau nak mencuri makanan Jinhwa.
"Woi, woi! Makanan aku!"
Terjadilah lagi drama kecil perebutan makanan antara mereka berdua.
Yeora hanya mampu mengukir senyuman kecil yang tak ikhlas melihatnya rakan sekelasnya. Oh tuhan, dimanakah rasa malu makhluk berdua itu?
Takpe lah, dia buat tak kenal jela.
"Shhh! Senyap semua, cikgu datang!"
Automatik, semua pelajar berlarian pergi ke tempat masing masing. Inilah yang namanya hipokrit. Lepas buat kekacauan dalam kelas, dengan sekejap semua berlakon baik. Tapi nak buat macam mana? Semua orang nak nampak berdisiplin di pandangan cikgu. Siapa tahu nanti jadi calon presiden murid..
Cikgu Jo Jongjoo, cikgu lelaki paling hotz dan gedik dalam sekolah ini, yang secara tak langsung merupakan guru kelas mereka melangkah masuk ke kelas dengan aura gediknya.
Namun dia tidak dipedulikan sesiapa kerana semua mata sibuk melihat tiga ketul makhluk misterius yang sangat bersinar sedang mengikut langkah Cikgu Jo ke dalam kelas.
"Ok, class.. Hari ini kita ada pelajar baru. Ohoo, silalah layan mereka macam biasa." ucap Cikgu Jo.
Sesaat dia sempat menjeling ke arah tiga pelajar baru disebelahnya.
Ini kan beberapa orang dari 13 orang pelajar baru tu?
Hmm, masing masing pasang muka innocent. Mesti budak budak baru belajar.
Cikgu Jo tersenyum selepas menganalisis mereka bertiga dan tersedar bahawa tiada siapa yang akan dapat menandingi kehenseman dia di sekolah. Oh tuhan sangat tidak adil~
"Baiklah, awak bertiga, sila berkenalkan diri."
Orang pertama yang mahu memperkenalkan diri, melangkah satu tapak ke depan. Dia tersenyum sinis melihat seluruh kelas.
"Hai, manusia.. Aku Xu Ming- Seo Myungho." dia mengangkat tangan sebagai tanda pengenalan walaupun nampak agak kekok.
Jinhwa mendekatkan kepala ke telinga Yena.
"Yena, aku rasa dia sesuailah dengan kau."
"Hotak kau." balas Yena pendek.
Oh, jangan haraplah dia ada masa nak layan orang macam tu.
Pelajar seterusnya pula menunduk sebelum memperkenalkan diri.
"Annyeong, nama saya, Kim Mingyu. Saya tak pernah pergi sekolah jadi, sila beri tunjuk ajar!"
Pengakuan tak tahu malu oleh pelajar bernama Mingyu itu menggemparkan kelas.
"Whut? Dia tak pernah pergi sekolah? Apa dia buat selama hidup dia?"
"Mesti budak kaya yang ada guru sendiri.. Bestlah."
"Takpelah, asalkan hensem. Masih boleh dibincangkan."
Yang terakhir, seorang pelajar bermuka ceria tersenyum polos.
"Hai, semua! Nama saya Lee Seokmin! Seronok berjumpa dengan awak!" nampaknya yang satu ini terlebih energy.
Pada waktu yang sama, kelihatan dua orang pelajar dari kelas sebelah sedang melintasi kelas mereka.
Dengan tangan yang membawa banyak buku untuk dihantar ke bilik guru ini, gadis itu tiba tiba terpanggil untuk melihat lelaki di depan kelas jiran mereka.
"Kau tengok apa tu, Ara?" soal Aerin disebelahnya.
Ara menggeleng.
"Oh takde apa apa."
Mereka teruskan perjalanan mereka menuju ke bilik guru.
×××
"Jeonghan, macam mana dengan kelas kau?"
"Bosan. Jadi aku tidur."
Seungcheol memberikan secebis roti kepada Jeonghan.
"Ambiklah. Lagipun, bukan salah kau kita tiba tiba bertukar jadi manusia macam ni."
Sebaliknya, si Chan yang mengambil roti itu. Joshua menggeleng.
Mereka berempat berehat di salah satu kerusi bangku yang ada di lapangan sekolah.
"Yah, angel! Penat kitorang cari korang. Kat sini rupanya!"
Jeonghan menjeling ke arah punca suara itu selepas terasa terpanggil dengan panggilan angel.
"Ahh, itu si harimau tu bukan? Hoshi.." gumam Jeonghan seorang diri.
Di belakang dia, ada semua makhluk yang terkena sihir misterius itu. Adik beradik bunga, rubah, katak, anjing dan..
"Termasuk dia ni? Macam mana dia boleh kena? Dia kan hantu.. Dah mati.." tanya Seungcheol sambil menunding kepada Seungkwan.
"Woi, kuang ajar punya vampire. Kau tak nampak ke aku hidup sekarang ni?" marah Seungkwan.
Nasib baik ade si Mingyu yang menenangkan dia.
"Yah, yah. Itu semua tak penting. Yang penting sekarang ni, kita kena cari pasangan untuk masuk ke pertandingan di kerajaan penyihir tu."
Hoshi menghentikan perbalahan kecil itu dan terus mengutarakan tujuan sebenar mereka di sini.
"Jadi macam mana kita nak cari ha, wahai harimau jadian." Minghao menyindir halus dek kerana tak puas hati tetiba kena berpasangan dengan manusia.
"Entah, Hoshi. Kau ada cadangan ke?" tanya Woozi pula.
"Ya, sebab tulah.."
Dia membentangkan satu kertas yang entah datang dari mana, di saat yang bersamaan nafasnya ditarik penuh semangat.
"Kita akan buka kelab!"
"Hah..?!"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top