与 :: Episode 3

Sape tak muncul lagi dlm ni dri chap 1-3 raise your unta. (×-×°)

"13 Prince Charming."
━━━━━━


Wonwoo's

Ini sudah hampir seminggu aku dan mereka yang terkena sihir misteri di taman bertukar jadi manusia.

Untuk aku yang dulunya seekor rubah berekor sembilan, perlahan lahan mula terbiasa dengan tubuh manusia yang tinggi ini.

Hari ini, aku dan Scoups, bekas vampire dulu, singgah di satu tempat di sekolah ni. Dia kata tempat ni menarik. Lagi lagi untuk rubah macam aku.

Tak silap aku, namanya perpustakaan.

Betul, disini sangat menarik. Ada sebuah benda hebat yang dipanggil buku oleh manusia. Di dalamnya tertulis pelbagai jenis cerita dari bermacam orang.

Aku sudah membaca sebuah cerita di dalam satu buku. Ianya berkisah tentang 13 putera tampan dari pelbagai bangsa dan ras.

Mereka ialah putera putera kerabat raja yang akhirnya pergi mengembara dan berjumpa antara satu sama lain dengan bantuan manusia.

Wah, tak sangka rupanya ada manusia yang menyedari kewujudan makhluk lain seperti kami.

Buku di perpustakaan ni semuanya menarik. Aku harap dapat membaca semuanya.

Aku mengambil satu buku yang dikepit oleh buku buku lain.

Tiba tiba buku itu terjatuh sebelum sempat aku menyambutnya.

Pap!

Nasib baik sempat disambut oleh seorang manusia yang kebetulan sedang lalu di depan aku.

"Ish, hati hati lain kali. Dalam perpustakaan jangan buat bising." katanya dengan suara yang tegas.

Aku hanya mengangguk sambil memeluk buku tadi. Sempat aku menjeling nametag namanya yang ada di kot baju.

"Choi Aerin?"

Dia pun pergi begitu sahaja.

Mataku mencuri pandang kepadanya sehingga dia hilang di sebalik rak rak buku.

Hmm.. Siapa dia? Aku nak tahu.

×××

"Aigu, mana si Wonwoo ni?" keluh Seungcheol seorang diri sambil terus duduk menunggu di kerusi kayu perpustakaan.

Sampai sakit belakang dia. Aish, susahnya jadi manusia.

"Hmm, sunbae.. Sebelah sini kosong kan? Boleh tak saya nak guna?"

Kerusi di sebelahnya ditarik. Dia cepat cepat menoleh.

Seeorang manusia tak dikenali sedang senyum tak ikhlas kepadanya.

"Hai.. Nama saya Kim Aeri.. Saya cuma nak tumpang duduk kat sini."

Dia tersenyum senget.

Hmm? Siapa ni?

"Oh ok. Duduklah."

Dengan gentleman nya dia bangun nak berpindah kerusi. Malangnya, bila dia melihat seluruh perpustakaan, tidak ada tempat yang tersisa melainkan di situ.

Gila. Rajin sangat ke manusia ni membaca?

Tak ada pilihan. Dia kena tunggu Wonwoo dekat sini jelah.

Seungcheol kembali duduk. Tiba tiba rasa bosan yang teramat.

Dia pun ternampak air susu strawberi yang dibawa oleh manusia sebelah dia ni.

Teringat pula air sirap buatan mak dia kat kampung. Hiks, rindu kesedapan itu.

Tanpa disedari, dah 10 minit dia tatap susu kotak tu tanpa berkelip. Kim Aeri yang disebelahnya pun dah mula buat muka tengok kepelikkan seketul Choi Seungcheol.

"Dehek? Kenapa dia ni?" bisiknya perlahan.

Dia pun mengambil susu kotaknya lalu disimpan dalam beg. Ceh, nak susu beli lah sendiri.

Bila susu kotak tu menghilang dari pandangan, lelaki itu pun tersedar dari bayangannya. Dia melihat manusia itu yang sedikit pun tak nak bagi dia peluang untuk lepaskan rindu dia terhadap air sirap.

"Hiks- Taguna." rintihnya sendiri.

Berhalu lah dia seorang diri- eh, bersama manusia tak dikenali di sebelah dia ni sambil menunggu Wonwoo yang tidak kunjung datang.







×××

"Ok, inilah 17 borang ahli kita yang sudah di hantar. Marilah kita menganalisis satu persatu."

Di dalam bilik kelab pula, si harimau dan kawan rapatnya, Woozi duduk bersila di atas lantai untuk memproses borang borang dari bakal ahli kelab mereka.

"Yah, kenapa ada 17 je? Bukan tadi ada 18 ke?"

Hoshi dah mula teragak agak sambil menggaru kepala.

"Err.. Err-"

Woozi mengecilkan mata curiga. Ada saja masalah dengan harimau jadian ni. Patutnya jangan bagi tugas ni pada harimau macam ni.

Hoshi cepat cepat membaca satu borang untuk mengalihkan topik.

"Hah, orang pertama. Ehem. Lee Nara. 'Saya nak masuk kelab ini kerana saya ingin menjadi penari yang berjaya'. Ototo, cutenyer. Eh- tak cute. Yang cute di dunia ini hanyalah, Woozi ku."

Woozi menjeling.

Dengan senang hati, Hoshi pun memasukkan borang itu di dalam kotak kosong disebelah mereka.

"Diterima!"

Sementara itu, Woozi mengambil satu lagi borang dan membacanya.

"Nama, Han Seolmin. Umur, 16. Hmm.. Muda lagi manusia ni.." Woozi menggeleng geleng sambil senyum sorang sorang.

Dia 384 tahun lagi tua dari manusia ni.

"Hshsh.. Nak buat macam mana? Diterima."

Borang itu pun turut diletakkan ke dalam kotak besar.

"Yah, ni ni. Aku pasti dia akan jadi penari yang hebat. Nama, Kim Eunjae. Sebab nak masuk kelab ni, 'saya bosan sebab taktau nak buat apa. So that's why saya masuk'. Inilah ciri ciri manusia yang akan berjaya pada masa depan! Inilah yang kita perlukan!!" jerit Hoshi secara tiba tiba.

Hampir pekak Woozi dibuatnya. Nasib baik dia sudah ditampar dengan kertas lepas itu.

"Diam lah. Buat je kerja tu."













×××

"Vernon oh Vernon, mengapa anda comel?"

"Macam mana saya tak comel, saya memang comel. Saya memang comel~"

Vernon membuat kelopak bunga di mukanya menggunakan tangan sambil tersenyum.

Beberapa pelajar perempuan pun mula berfangirling terlompat si katak di depan kelas setelah melihat ketampanan makhluk bukan manusia ini.

"Oh tuhan, hensemnya! Bunga Vernon terlalu bersinar untuk aku. Aaaa.." salah seorang diantara ramai ramai fangirl itu hampir pengsan kerana terlalu banyak diberi vitamin di petang hari.

"Haraa, kau tau tak, Vernon salah satu ahli kelab Dancing with Tiger.. Kelab baru ditubuhkan tu!"

Mata Haraa terus membulat. Tak jadi nak berlakon pengsan supaya dapat diangkat oleh Vernon.

"Betul ke?"

"Yeee. Borang dah habis. Padahal baru sehari. Cepatnya! Mesti ramai yang nak masuk. Kalaulah kita sempat-"

Kawannya sudah berhuhu di situ seorang diri menatap nasib yang tak berapa bertuah.

Mengapa?! Padahal dia dah berusaha dapatkan.

Lee Haraa tersenyum sinis. Tangannya menyusur laju ke dalam beg seperti ular.

"Tadaa!"

Mereka pun sama sama menjerit melihat kertas murahan itu.

"Takkanlah aku sia siakan peluang ni! Oyeah, nilah borang aku."

Rupanya manusia tu dah tau Vernon adalah ahli kelab Dancing with Tiger. Dia pun dah berpenat lelah berusaha semalam untuk dapatkan sehelai kertas ni hiks-

"Haraa! Tak baiklah kau patut ambik satu untuk aku!"

"Eih. Vernon aku tak dapat dikongsi." balas Haraa sombong sambil memeluk borangnya.

"Tapi kan, bukan ke last hantar borang tu pagi tadi..?" tiba tiba dia teringat sesuatu.

Automatik keheningan muncul seketika.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top