老 :: Episode 4

(× ͜ ×°)
You just an amazing person. Thank you for reading and spaming! Have a nice day ♡ and please give me cookie.

"Dye your fantasy with me."
━━━━━━

Perjumpaan pertama ahli kelab Menari bersama Rimau rawr

Pada pagi hari Rabu yang indah, sejumlah besar manusia lemah tidak berdaya melakukan perjumpaan kelab buat kali pertama dalam hidup mereka.

Lebih tepatnya, untuk 13 ketul makhluk itu.

Hoshi selaku presiden kelab, bertanggungjawab untuk memberikan sepatah dua kata ucapan pembukaan untuk ahli ahli kelab baru ini.

"Okey, Assalamualaikum semua. Salam sejahtera. Selamat datang ke kelab yang baru ditubuhkan dua hari lepas ni ehek. Saya presiden anda, Kwon Soonyoung. Atau, Hoshi. Ya memang.. saya ialah harimau."

Dia meletakkan kedua tangannya ke belakang seperti bos. Semua ahli baru yang sudi menghadirkan diri dipandang satu persatu sambil tersenyum senyum tak nampak mata.

Hiks, terharunya lain macam.

Dibaris paling belakang, dua sekawan saling berbisik bisik nak mengumpat pasal harimau tu.

"Eunjae, kenapa kau nak masuk kelab ni? Macam tak betul je semua orang kat sini. Lagi lagi presiden dia." bisik Jaein yang dipaksa ikut masuk oleh Eunjae selepas dia diberi dua borang oleh salah seorang pengedar haritu.

"Entahlah, sebab aku taktau nak buat apa." jawab Eunjae dengan muka pasrah.

Dari tadi dia duk perati je presiden yang mengaku harimau tu. Tetiba tak puas hati. Mengaku harimau padahal muka hamster.

Jaein yang nampak pun cuba nak menambah asam belacan.

"Omoo, tengoklah tu. Senyum pun dah macam tak nampak mata."

"Ish kau ni senyaplah." dapat setepek dari Eunjae.

Murunglah si Jaein itu. Tapi tu cuma sekejap, dia terus bulat mata bila nampak penampakan seorang malaikat dalam badan manusia.

"Wait, wait. Btw, sape lelaki cantik sebelah presiden kita tu? Daebak, hensemnya dia.."

Sesi membawang mereka pun diteruskan. Semua ahli baru yang berjumlah 18 orang tu duduk di lantai memandangkan masih tiada kerusi yang mampu dibeli mahupun disumbang oleh pihak sekolah.

Jap, 18 orang-?

"Maaf tau saiya baru nak hantar borang harini. Hari tu tak sempat sebab sembelit." Haraa tak henti membongkokkan badan sambil meminta maaf berkali kali kepada Hoshi.

Nasib baik alasan yang direka itu diterima. Dia pun menyerahkan borang itu dan bersorak dalam diam.

"Ah-? Ya.. "

Tapi yang peliknya dia bagi borang tu pada Vernon.

Sementara Hoshi pula terpelik pelik seorang diri. Aik, kalau macam tu.. Semuanya cukup 18 orang. Jadi apa dah jadi dengan borang yang terbang hari tu?

"Saya pun nak minta maaf. Saya hantar borang yang dah kotor dengan bekas tapak kasut. Tapi lepas awak dah terima maaf saya boleh tak jadikan saya presiden- ah, tak. Naib presiden. Boleh? Ahh tolonglah! Aku pun nak ada markah kokurikulum nanti.."

Dan muncullah makhluknya, Lee Seul yang mengutip borang terbang yang jatuh dari langit.

Bagaikan takdir, dia pun masuk kelab ini. Malahan sempat lagi dia meminta untuk dijadikan naib presiden.

"Owhsjsjs, Yena aku rasa aku dah jumpa jodoh akulah. Tengok jejaka tu, dia memiliki aura yang ghaib sampai aku terpikat auuch!"

Bae Jinhwa tergedik gedik sendiri sambil menyiku kawannya. Seorang lelaki comel yang menarik perhatiannya membuat dia tak senang duduk.

Tapi kawan dia ni tak respons pape pulak.

"Yah, Yena! Kau dengar tak-"

Disangka member, rupanya apabila ditoleh, orang yang disiku tadi ialah stranger tidak dikenali. Dia pun merah muka malu sorang diri.

Oh tuhan, jadi dimanakah Song Yena berada?

Lee Nara yang menjadi mangsa situasi kekok itu pun tiba tiba ada second hand embarrassing.

"Omona.. Sape pulak dia ni? Tiber je-" bisiknya sambil memeluk tubuh. Sheramm.

Nara menoleh kebelakang sekejap. Dan, oh tidak. Disitu ada Kim Hyunji, classmate dia yang telah menyaksikan segalanya.

Habislah. Dia akan mati sebab terlalu malu kat sini.


"Hai, Jun. Ini saya, ingat tak?"

Jun yang sedang berada di dalam dunia dia pun sedikit tersedar dengan teguran perempuan yang mengatal melambaikan tangan kepadanya.

"Ah, kalau awak lupa, nama saya Haeun. Kang Haeun." perempuan tu senyum nampak gigi.

"Woi, jangan dekat dengan manusia Jun." tiba tiba Minghao yang entah datang dari mana muncul menghalang Jun dari mendekati Haeun.

"Yah, sape lelaki ni? Sibuk je." marah Haeun.

"Jangan pedulikan orang tu. Dia ada elergik pada manusia." tiba tiba orang sebelah dia pula balas. Oh, disini rupanya, Song Yena.

"Ah, dia classmate aku." Yena cuba membetul fakta bila tengok muka Haeun yang curiga.

"Kan Minji kan? Kan?"

"Ya. Ya." Minji mengangguk berkali kali menyiakan Yena.

Tempat itu pun menjadi kecoh sebentar dengan pelbagai jenis manusia yang bermulut murai. Saling mengumpat dan mengorat sana sini.

Dan tak kurang juga, ada yang nak berkenalan sesama sendiri.

"Hai nama awak siapa? Saya Hwang Lisa."

"Saya.. Park Yeosoo."

"Oo."

"Tapi.."

"Tapi apa?"

"Tapi bukan ke kita sama kelas?"

Melihat semua benda yang kacau balau ini, Hoshi pun menepuk tangan dengan kuat untuk meraihkan perhatian.

Ja ja ja ja!

"Baik baik semua! Ini adalah perjumpaan kita untuk kali pertama. Kelab ini ditubuhkan supaya kita semua dapat menari dan pergi bertanding ke kerajaan penyihir. Kami berharap anda semua mahu membantu kami!" jerit Hoshi.

Untuk sesaat ruangan itu hening.

"Apa dia cakap? Aku tak faham."

"Entah aku pun tak faham. Aku rasa bahasa korea aku fail lah."

"Takpe. Mengarut je dia tu. Abaikan, abaikan."

Reaction yang sedikit mengecewakan tapi boleh diagak. Hoshi mengambil nafas untuk tenangkan diri.

"Okey, lepas ni.. Kita akan saling perkenalkan diri. And lepas tu, perlantikan jawatan kuasa kelab. Jap betulkan, Dino? Aku mana tau pasal kelab manusia semua ni..."

Dino mengangguk.

Setelah mendapat kepastian dari Dino, dia pun teruskan ucapannya.

"Okey! Jadi mari kita perkenalkan diri masing masing. Mula dari orang yang duduk di tengah tu. Hah, anda! Siapa nama anda?"

Hoshi cepat cepat ambil satu kertas kat tangan Mingyu lalu digulungkan. Dia pun mengarahkan kertas itu kepada target seolah olah microphone.

Manusia yang ada ditengah tengah itu pun bangun.

"Erm.. Nama saya-"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top