9. INT. BAR - DAY

9. INT. BAR - DAY

Pukul 6.30 petang. Ben dan Nuranis duduk minum di sebuah pub yang masih lengang tanpa pelanggan. Segelas beer dipesan Ben tadi sudah hampir separuh diminumnya. Nuranis masih lagi leka dengan pembacaannya tanpa menghiraukan bapanya di sebelah.

"Come on, babe. Nak try?"

Tanya Ben pada Nuranis sebelum meneguk beer dalam gelasnya.

"Tak. Tak boleh. Tak nak. Takkan. Haram."

"Okay..." 

Ben mengalihkan pandangannya ke meja kosong di sebelah. Masih lagi belum berpuas hati dengan kejadian yang berlaku tadi dan cuba mengajak Nuranis berbual.

"How could they fire me when I set the whole fucking things up?"

"Did you?"

Ujar Nuranis tanpa mengalihkan pandangan daripada bahan bacaanya.

"Amboi, takkan anak sendiri tak tahu langsung pasal ayah dia sendiri? Yeah, I do."

"I know what mom says."

"Apa dia cakap?"

"Mama cakap, you're pathetic, alcoholic loser. Ahli neraka."

"Mmm... Pandai dia pilih perkataan. Cheers!"

Ben menghabiskan baki beernya dalam satu tegukan.

"What about you? What you think?"

Sedar dirinya tidak dipedulikan, Ben mengambil buku yang sedang dibaca Nuranis.

Pasrah bukunya diambil, gadis itu menghela nafas panjang dan menjatuhkan bahunya,

"Entahlah... Dua tahun adalah waktu yang amat panjang dalam hidup seseorang remaja."

Ben meneliti buku yang dipegangnya, ternyata itu miliknya.

"Mana belajar cakap macam tu?"

Giliran Ben pula menyelak muka surat novel haram berkenaan.

"Psikiatris."

Jawab Nuranis lembut.

"Psikiatris? Mama you suruh jumpa psikiatris? Muda-muda macam ni?"

Terkejut Ben dengan jawapan Nuranis.

"No, actually dia kaunselor dekat kolej. She thought I was acting strange masa orientasi."

Jelas Nuranis sambil menghirup minuman Coca-Cola menggunakan straw terus dari botol kaca.

Ben meletakkan buku itu di atas bar, kemudian menarik bangkunya supaya lebih dekat dengan Nuranis.

"There's nothing strange about you. You're 16 years old. Tak payahlah nak jumpa kaunselor-kaunselor ni bagai."

"Believe me, I know. I know you better than anybody."

Tambah Ben, yakin.

Nuranis hampir sahaja ketawa mendengar kata-kata bapanya itu.

"Yeah. You sure do, dad. Berapa umur cakap tadi?"

"Did I say you were 16? Sorry. I meant you were, 15."

Nuranis mendengus kuat sambil menggelengkan kepala.

"Tahniah. Your daughter is a genius."

Ben mengangkat keningnya, hairan dengan jawapan Nuranis dan tidak faham dengan lawak tersebut. Dia kemudian berdiri mengeluarkan dompetnya untuk membayar minuman mereka. Tapi malangnya, cuma tinggal sekeping not RM 10.

"Babe, ada duit tak? Bayar dulu, daddy belum cucuk lagi."

Anaknya menjeling ke arah gelas beer yang sudah kosong dan menyindirnya,

"Budak kecik mana boleh pegang duit banyak-banyak."

"Takkan mama tak bagi duit belanja?"

"Well, dah habis beli... kondom?"

Itu perkataan pertama yang keluar daripada mulut gadis remaja ini.

"Seriously? Bertudung tutup macam ni pun?"

"Lebih baik daripada buang bayi."

Jawab Nuranis, yakin.

Ben hanya menggelengkan kepala,

"Haih. Remaja zaman sekarang. Fine... You ready?"

Ben memegang erat lengan Nuranis yang hairan dengan kerenah bapanya.

"For what?"

Dia tertanya-tanya.

Ben memberi isyarat supaya dia mengambil beg tangannya dan terus berlari keluar daripada restoran tanpa membayar minuman mereka.

"Shh... One, two... Three!"

Malangnya, mereka langsung terlupa akan buku haram tersebut.

THE SATANIC VERSES.

CUT TO/

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: