8. INT. OFIS - DAY

8. INT. OFIS - DAY

Benjamin duduk di kerusi bertentangan Saiful sambil sebuah salinan kontrak menukar milikan syer syarikat diletakkan di hadapan mereka. Saiful keluarkan sebatang pen Montblanc warna emas miliknya dari kocek baju.

"I have a ready buyer."

Jelas Saiful.

Merah padam wajah Ben akibat menahan amarahnya yang mengelegak naik sebaik terpandang muka depan dokumen tersebut, tanpa menyentuh helaian kontrak itu, Ben melompat bangun dari kerusinya.

"Kau tak boleh buat aku macam ni, Saiful. You can't pull this shit, dude."

Tanpa mengendahkan perasaan Ben, Saiful duduk di kerusinya.

"This, for the mutual benefit."

Helaian kontrak diselak hingga ke muka surat terakhir. Muka surat di mana tandatangan Ben Benjamin amat perlu bagi melicinkan proses pengambil alihan tampuk pemerintahan syarikat produksi ini.

"No!"

Hanya itu sahaja yang terpacul keluar dari mulut Ben tatkala dia bergegas bangun dan keluar dari situ.


8A. INT. OFIS - DAY


Terkejut dengan reaksi spontan Ben, Saiful mengejarnya hingga ke ruang kerja utama yang masih penuh dengan pekerja mereka.

"Kau terlalu mahal untuk duduk saja. Kami tak mampu."

Saiful meluahkan isi hatinya dalam nada separuh menjerit.

Langkah Ben terhenti tiba-tiba di tengah ruang antara pejabat Saiful dengan pintu keluar. Dia memalingkan wajahnya dan tidak semena-mena, meluru pantas ke arah rakannya itu sambil mengenggam penumbuk yang tersedia dilepaskannya pada bila-bila masa.

"Aku akan cekik kau, dekat sini. Depan semua orang. Right fucking here!"

"All right, let's do it then!"

Saiful menyinsing lengan bajunya dan bersedia dengan serangan Ben dalam gaya bertinju yang pernah ditontonnya dalam sebuah rancangan MMA di televisyen.

Tidak jauh dari situ, Nuranis yang duduk di sofa membaca novel ternampak perkelahian tersebut. Begitu juga dengan dua orang pengawal keselamatan yang membuat rondaan di tingkat berkenaan.

Pantas, salah seorang daripada mereka cuba mendakap Ben daripada belakang. Nuranis tersentak bangun melihat sendiri peristiwa amuk bapanya.

"Jangan pegang aku!" 

Mata Ben meliar ke sekeliling, memandang riak wajah semua orang yang berada di situ, yang tidak mempedulikannya. Di luar, jelas kelihatan menara berkembar KLCC melalui dinding cermin bangunan tersebut.

"Semua orang, dalam ni tahu. That they are sitting behind those desks, because I started an independent film company! Kita letak signboard tu, Saiful. Masih nama aku... And we changed the world."

Kelibat anaknya, Nuranis di satu penjuru berjaya meredakan emosi Ben buat seketika.

Perlahan-lahan pengawal itu melepaskan pelukannya dari tubuh Ben.

"Benda dah jadi, bro. Kau berkarat. Survival of the fittest. Kau tak mampu adapt."

Bengang jadinya mendengar petikan Charles Darwin daripada mulut Saiful. Dia masih belum mampu menerima hakikat bahawa dirinya dihalau daripada syarikat yang ditubuhkannya sendiri.

"Things change. Time changes. Orang pun kena berubah jugak."

"Bukan kita..."

Balas Ben lemah.

"You gotta go."

Tegas Saiful.

Beberapa kali Ben menarik nafas panjang cuba meredakan degup jantungnya yang kencang sebelum bersuara,

"Cukuplah, aku sendiri pun ada masalah, okay."

Ben melangkah laju menuju ke ruang pejabatnya yang sudah lama tidak dijejaki.

"All right, aku nak client list aku and I'm out of here, man. I'm fucking out of here."

"No, no, no. Kau cakap apa ni? They signed to us. To the company."

"Nama aku kat situ lah, setan!"

Jerkah Ben seraya menunjukkan tangannya ke arah papan tanda nama di dinding. 

'BENJAMIN FACTION'.

Nuranis mulai merasakan bakal berlaku lagi satu perbalahan, bertindak menarik lengan bapanya supaya pulang.

"Daddy, let's go."

"Fine, aku nak ambil barang dalam office."

Saiful terdiam sejenak memikirkan kata-kata Ben,

"No, tak boleh." 

Pantas dia meluru ke depan pintu menghalang Ben.

"Aku suruh orang kemas dan pos barang personal kau nanti. And... Kondo tu company yang punya!"

Sekali lagi, Ben terkejut dengan kata-kata Saiful.

"No, aku yang pilih. Aku yang bayar, aku punya!"

"No. Please someone take his keys."

Saiful memberi isyarat kepada salah seorang pengawal keselamatan yang langsung tidak tahu butir pertengkaran terbabit.

Pengawal itu cuba menyeluk poket Ben tetapi dihalang. Akhirnya, Nuranis sendiri yang mengeluarkan kunci berkenaan dan menyerahkannya kepada Saiful.

Ben yang kecewa hanya menggaru kepalanya dan langsung tidak mampu memarahi anaknya itu.

"I'm very sorry, Anis that you have to watch this."

Saiful merendahkan suaranya bercakap dengan Nuranis yang hanya mendiamkan diri.

"Okay, leave it there."

Putus asa dalam perjuangan mempertahankan hak miliknya, Ben memilih untuk beredar.

"Aku akan datang balik. Itu aku punya, ini semua... Aku punya."

Terlopong sahaja semua orang yang berada di situ melihat Benjamin keluar sambil dipimpin oleh anaknya, Nuranis.

gila barangkali.

CUT TO/

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: