2. INT. STUDIO - DAY

2. INT. STUDIO - DAY

Suasana dalam bilik tertutup yang menjadi pentas ujibakat sebuah rancangan realiti TV menjadi tegang, apabila salah seorang panel yang ditugaskan untuk menghakimi suara dan persembahan mereka, tiba-tiba mengherdik seorang peserta perempuan yang kelihatannya begitu menhayati bakat semula jadi yang ada dalam dirinya tidak berapa lama tadi.

Ben Benjamin, seorang pengarah dan penerbit filem tempatan yang pernah mengarah beberapa buah filem blockbuster di Hollywood lebih sedekad lalu memotong persembahan perserta di hadapannya selepas mendengar baris kedua lirik lagu 'Cindai'. 

Ternyata, kostum renang ketat merah menyala, ala Jessica Rabbit dengan cekak telinga arnab langsung tidak mampu menaikkan berahi seorang kaki botol berusia 46 tahun.

"Kau ni perfect package untuk jadi star. Tapi bukan penyanyi... Pornstar. Wonderful ass. But sorry. You sing exactly like an ass."

Terkedu gadis belasan tahun itu menjadi subjek penghakiman dua orang lelaki dan seorang perempuan dalam bilik kecil tersebut.

Akhirnya, panel lelaki seorang lagi bersuara, membela nasib peserta berangka giliran 451 yang terpampang atas stiker putih selebar dada yang mungkin pada hematnya, mempunyai impian setinggi Puncak Soekarno dan seteguh Gunung Tahan.

"Mr. Benjamin. Yes, you dah macam dewa dalam filem. Tapi ini pasal suara, lagu, melodi. Which I think is not your expertise."

Ben langsung tidak ingin berganjak daripada pendiriannya, membela caci makinya tadi,

"Then, why am I here?"

"You're too harsh on her. Lagipun, ini rancangan komersial. Rating penting. Yang datang ni semua dari background berbeza. But they have dreams..."

Balas satu-satunya panel perempuan, lewat 30-an di tengah-tengah pertikaman lidah yang berlaku.

Kenyataan rakan sejawatnya itu ditentang habis-habisan,

"Itulah sentimen yang production akan ulang, ulang dan ulang. Tarik simpati penonton. Manipulasi. Then, telco, station buat duit."

"Nama pun bisnes." 

Jawap panel lelaki kedua itu, seraya menyuruh peserta yang teresak-esak menangis di hadapan mereka keluar dahulu sementara menyelesaikan masalah dalaman industri muzik negara.

Ben bangun dari kerusi dan mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluarnya menuju ke luar melalui pintu yang satu lagi.

"You know what? Aku tak boleh duduk dalam ni lama-lama."

Tekad sudah dia untuk keluar dari situ dan melarikan diri daripada tanggungjawabnya menghakimi kotak suara sekalian peserta yang entah dari mana mereka muncul.

Pening kepala dibuatnya seluruh barisan panel dan krew produksi dengan gelagat ketua panel mereka.

CUT TO/

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: