12. EXT. DPN KONDO BEN - NIGHT

12. EXT. DPN KONDO BEN - NIGHT

Pagar sebuah kondominium mewah bernombor satu tingkat 10 sudah dirantai dengan mangga sebesar tapak tangan.

Ben keluar dari lif dan terkejut dengan kejadian itu walaupun dia sebenarnya sudah menjangka perkara sebegini akan berlaku.

Sepasang matanya terpandang akan sebuah kotak besar dengan namanya 'BENJAMIN' tertulis menggunakan marker pen warna biru.

Ben tunduk mendapatkan kotak berisi barangan peribadi dalam pejabatnya yang sudahpun dihantar pulang.

Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu yang mungkin berada dalam kotak tersebut. Segera dia membuka dan menyelongkarnya dan akhirnya terjumpa sebuah bingkai gambar kosong yang dibelakangnya terselit kunci pendua rumah terbabit.

Gembira, dia cuba menghulurkan tangannya untuk sampai ke tombol pintu.

Malangnya, tidak berjaya kerana terhalang oleh pintu gril yang sudah dirantai.

Redha, dia duduk bersila di depan pintu gril lalu menyalakan sebatang rokok.

CUT TO/

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top

Tags: