1. INT. BAR - NIGHT
Mungkin patut kita panggil ini musical-drama-komedi- fanfiction.
DA CAPO
1. INT. BAR - NIGHT
No Shoe's Bar & Bistro. Sebuah restoran makanan barat yang terkenal dengan filet salmon mentah warna merah menyala yang mereka gelarkan Monochrome in Red. Tidak lengkap rasanya sajian futuristik tersebut tanpa tegukan wain merah yang diperam hingga usia lewat remaja akil baligh.
Kurang seratus ringgit harga sebuah full-course.
Di tempat kononnya penuh kedurjanaan inilah, bertemunya dua jiwa yang sudah kehilangan segala-galanya, sekali lagi mempertaruhkan saki-baki hayat yang tinggal.
Tiada apa yang istimewa malam itu, kecuali hujan renyai-renyai turun cuba meredakan terik mentari siang tadi, boleh jadi juga langit sedang merintih sedih mendengar nyanyian seorang lelaki bertubuh gempal yang baru selesai mempersembahkan lagunya atas pentas kecil dalam bar tersebut.
"Thank you. Thank you ladies and gentlemen."
Ujar lelaki itu sambil menundukkan badannya tanda hormat kepada pengunjung mabuk yang sudah hampir hilang kewarasan mereka.
"I have a friend here tonight who like me, she's a long way from home. And if it's okay with you, I was wondering if you'd like her to play one of her songs. Is that okay?"
Hanya jeritan yang tidak tentu butirnya menjadi jawapan kepada lelaki gempal itu. Sesekali tangannya menyapu habuk yang terlekat pada stiker kecil 'ARIFF RAWKSTAR' tertampal di sisi kanan gitar akoustik miliknya.
"Yeah. Cinta, will you come up here, please."
Pemilik gitar bertampal stiker itu memalingkan wajahnya kepada seorang gadis hampir sebaya dengannya, usia dalam lewat 20-an. Katanya, umur sebegini merupakan zaman penuh gilang -gemilang seseorang manusia.
Mulut Cinta terkumat-kamit menghamburkan kata-kata kesat, tidak puas hati namanya dipanggil ketika sedang duduk di sofa tidak jauh dari pentas terbabit.
"Chh... Kejap lah."
Bisik Cinta sambil jari-jemarinya tangkas memeriksa dengung petikan tali gitar lusuh dalam dakapannya.
Ariff Rawkstar masih lagi berdiri atas pentas, kekok berhadapan penonton yang sebenarnya, langsung tidak peduli akan kewujudannya di situ.
"I think it'd be a really good idea if you'd come up here and sing one of your songs."
"I think it'd be a really fucking bad idea."
Cinta mengangkat jari tengahnya yang runcing halus tepat ke wajah Ariff tidak jauh di hadapan.
"Cinta, come on. This is Kuala Lumpur."
"So, what? It's KL not fucking New York."
Ujar Cinta dalam tutur kata bisu tanpa suara. Sejujurnya, dia langsung tidak ingin bangun dari sofa koyak yang menjadi alas pinggul sempurnanya itu.
"You want to hear it, right?"
Ariff berteriak kepada gerombolan pengunjung restoran yang tiba-tiba sahaja memberi respon pantas terhadapnya dalam tutur yang sukar difahami.
"You're gonna be amazing."
Ariff melemparkan sekuntuk senyuman sinis, sambil mengenyitkan matanya kepada sahabatnya yang masih tetap duduk di sofa.
Cinta tahu sejak awal lagi bahawa dia tidak mampu menolak pelawaan lelaki comel bertubuh gempal itu. Jadi, rancangannya hanya boleh melengahkan sahaja masa untuk dia bangun dan berjalan naik ke pentas.
Ariff turun sebaik Cinta menghampirinya, sebelum naik semula membawa bersama sebuah bangku kayu supaya sahabatnya itu tidak perlu berdiri ketika melakukan persembahan sebentar lagi.
"Hi. This is a new song. So, it might be kind of rough. It's for anyone who's ever been alone in this city."
Gadis ayu itu merendahkan kedudukan mikrofon di depannya supaya selesa dia menyanyi tanpa perlu bangun.
Beberapa kali dia menarik nafas panjang, cuba meredakan degupan jantung yang semakin laju sebelum jari tangan kanannya bersedia memetik tali-tali gitar yang bakal memantulkan suara hatinya dalam runut melodi tersusun.
Sehingga sampai saat itu, langsung tidak terlintas dalam fikiran bahawa hidupnya berubah dek petikannya itu.
Ariff dan Cinta berpandangan sesama sendiri buat beberapa ketika, langsung tidak peduli akan pendengar mabuk di hadapan mereka.
"Cheerio!"
Jerit Ariff.
[INTRO TO SONG ONE]
CUT TO/
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top