Bab 30
"Do you, Park Jimin take this woman to be, no matter what may come upon your couple's future, do you promise to love, respect, honor, and consider each other to stand by her side for all the days of your life?"
"Yes. I do."
———
Berapa lama masa berlalu? Yeana angkat bahu sendiri. Mungkin sebulan, seminggu, dua minggu, atau tiga minggu. Nafasnya dihela secara perlahan sambil membelek jari manisnya yang sudah bersarungkan cincin kahwin.
Tuala kecil yang digunakan untuk mengelap rambutnya yang basah itu diletakkan ke tepi. Kini perhatiannya ditumpukan kepada cincin yang berada di jari manis. Cincin itu baru lima jam tersarung pada jarinya.
Kemudian dia mengalihkan pandangan ke pintu bilik air. Pintunya dikuak dan Jimin keluar dari bilik air sambil memegang tuala mandi. Lelaki itu sudah mandi dan menyalin persalinan kotnya dengan seluar tracksuit dan baju tee berwarna kelabu.
Mereka masih menginap di hotel disebabkan Jimin perlu uruskan sesuatu esok hari dengan pihak hotel. Hendak atau tidak, Yeana terpaksa menurut. Dah insaf sikit lepas jadi isteri Jimin semula. Ingkar karang, derhaka pula. Haha.
Sekali lagi Yeana menarik nafas. Dia bangun dari katil dan berlalu ke sofa yang terdapat dalam bilik itu. Besar biliknya. Ala-ala suite. Sofa pun dah serupa katil bujang besarnya. Muat kalau Yeana nak tidur disitu. Katil lagilah. Saiz King.
"Nak pergi mana pula tu?" Soal Jimin apabila melihat Yeana bangun dari katil. Dia pula mula naik ke atas katil.
"Tidur. Penat." Jawab Yeana malas.
"Atas sofa tu?" Tanya Jimin lagi dan Yeana mengangguk. Lelaki itu akhirnya mendengus kecil.
Niatnya mahu beristirehat atas katil terus mati dan lelaki itu bangun dari katil. Yeana dihampiri. Pergelangan tangan isterinya ditarik lembut menuju ke arah katil yang berada di tengah-tengah bilik.
"Ada katil. Nak tidur atas sofa tu buat apa? Teringin tulang patah riuk?" Kata Jimin sambil masih menarik pergelangan tangan Yeana.
"Awak tidur ajelah kat katil tu sorang." Cebik Yeana. Berusaha melepas pegangan Jimin pada tangannya.
"Please, Yeana? Jangan degil sangat. Saya penat tahu. Kalau nak degil, tunggu esok-esok. Lagipun katil ni besar, banyak ruang. Buat tembok bantal dekat tengah-tengah pun awak still akan ada ruang besar untuk tidur nanti."
Yeana diam. Tiada modal lagi untuk melawan kata-kata Jimin. Lagipun dia juga penat. Mereka berdua naik ke atas katil dan pegangan Jimin pada pergelangan tangannya dilepaskan lembut. Yeana memasukkan kakinya ke dalam gebar tebal itu dan membelakangi Jimin. Tangan kirinya dimasukkan bawah bantal. Mata dipejam paksa.
Sebenarnya dia tersentap dengan ayat Jimin. Dahi wanita itu berkerut menahan rasa. Huh... Kenapa dia mudah tersentap? Hormon orang mengandung!
"Yeana?" Panggil manusia disebelahnya. Yeana pejam mata sekejap menahan hidung yang pedih.
"Apa?"
"Boleh peluk tak?"
Yeana mengeluarkan hela nafas kecil melalui mulut dan mencelik mata. Kelopak mata dikelip-kelipkan beberapa kali. Hisy... Macam tahu-tahu aje dia tengah menangis mamat ni.
"Kalau saya kata tak, awak tetap peluk saya."
Jimin tersenyum. Telefon pintarnya serta-merta dilempar keatas meja kecil yang berada bersebelahan katil. Dan terus menerpa mendapatkan belakang tubuh Yeana. Tersentak kecil wanita itu. Menyesal pula bagi jawapan tadi. Patutnya dia dah pura-pura tidur.
"Hmm... Bau awak tak pernah berubah sejak dulu lagi."
Nafas Yeana seperti terhenti di pangkal jalan bila Jimin menjalarkan hidungnya menghidu ceruk leher Yeana. Semena-mena badan Yeana jadi kaku. Jantung tak payah tanyalah. Sedap buat acara olimpik.
Badan Yeana makin ditarik mendekat serupa wanita itu adalah bantal golek. Ringisan kecil keluar dari mulut Yeana apabila kakinya ditindih. Ya Tuhan... Peluk macam nak kasi Yeana putus nyawa aje si Jimin ni.
"Jimin saya tak boleh...bernafas!" Sikunya menolak-nolak badan Jimin. Jimin melonggarkan sedikit pelukannya dengan tawa kecil.
"Yeana," Seru Jimin lagi.
"Apa lagi awak nak?" Dengus Yeana bersama nada kasarnya.
"Bila check up?" Tanya Jimin.
Check up. Dia sangat nantikan hari itu. Dah lama dia tunggu masa untuk teman Yeana buat pemeriksaan pranatal di klinik. Lepas tu bawa Yeana pergi beli barang bayi. Wow... Jauhnya dia berangan. Jimin tersengih lebar.
"Entah." Jawab Yeana sepatah. Tu pun bunyi macam blur. Semerta dahi Jimin mengerut.
"Kenapa entah?" Tak puas hati pula Jimin dibuatnya.
"Sebab saya belum daftar klinik untuk check up lagi." Polos suara isterinya menjawab. Jimin memejam mata sekejap. Muka reda habis.
"Esok saya bawa awak pergi daftar klinik lah. Lepas tu pack barang-barang awak dekat apartment Hyerin." Kata Jimin. Yeana membisu. Matanya semakin kuyu. Penat.
"Okey..."
Matanya terus terkatup dengan haba hangat daripada badan Jimin yang menjadi selimut malamnya.
–
Hidungnya berkali-kali ditekup dengan telapak tangan sendiri. Sesekali Yeana mengerutkan dahi apabila telapak tangan dialihkan daripada hidung sendiri. Bau ubat dimana-mana.
Figura manusia yang badannya berbalut kot putih seakan-akan membuat pandangan Yeana berpinar. Dia benci dengan persekitaran di sekelilingnya itu. Cukup tak suka bila datang ke tempat orang sakit ini.
"Park Yeana,"
Sebaik mendengar namanya diseru, cepat-cepat Yeana angkat punggung. Jimin ditinggalkan di kerusi yang terdapat di luar bilik doktor itu. Dan Yeana mengikuti jururawat yang menyeru namanya tadi untuk masuk ke dalam salah sebuah bilik doktor.
"Duduk."
Yeana patuh. Dia mengambil tempat pada kerusi yang terdapat di hadapan meja doktor wanita itu. Beg silangnya diletakkan atas riba. Berdebar pula dia nak bersemuka dengan doktor depan dia tu. Dahlah muka nampak garang.
"Park Yeana, nak daftar pranatal?"
"Ya."
Jari-jemarinya digenggam. Rileks Yeana... Rileks.
"Awak tulis dalam borang ni, kandungan awak dah berusia 16 minggu. Maknanya kandungan awak dah masuk trimester pertama."
Yeana menelan liur kesat. Doktor yang berada dihadapannya kusyuk membaca isi borang yang dia isi awal tadi.
"Kenapa baru sekarang awak nak buat pendaftaran pranatal, Puan Park?" Habis berkata, Yeana dipandang. Yeana diam.
"Se... Sebab saya baru tahu yang diri saya hamil, semalam!" Yeana merenggut bawah bibir. Benci betul bila doktor garang yang interviu pesakit ni. Buat Yeana kecut aje.
"Selama tiga bulan lalu awak tak sedar dengan simptom-simptom kehamilan awak? Muntah, pening, morning sickness, alahan. Takkan tak ada?"
"Err... Ada. Tapi saya tak sangka pun diri saya hamil masa tu." Yeana tersengih sekilas. Namun cepat-cepat dipudarkan apabila doktor dihadapannya maintain dengan muka ketat.
Kening doktor wanita itu naik sebelah. Kemudian menggeleng kecil. Mungkin tengah pasrah dengan jawapan yang Yeana bagi. Kertas borang Yeana tadi diletakkan atas meja. Kemudian dia mengambil satu buku berwarna merah jambu dan mula menulis sesuatu ke atas buku tersebut.
"Keluarkan kad pengenalan awak dan suami awak."
Cepat-cepat Yeana menyelongkar beg silangnya yang diletak atas riba. Kad pengenalan Jimin dan dirinya dicabut dari dompet. Selepas itu diletakkan dihadapan doktor tadi. Nasib baik sempat minta kad pengenalan Jimin sebelum masuk tadi. Kalau tak kalut aje dia nak keluar balik bersemuka dengan suaminya itu.
×××××
Wedding dorg saia skip eh. Saia bagi momen sweeeet kit 😳. Jadi sekarang jimin&yeana dah kahwin pun, dah husband&wife hohohoho 😁.
Vote&love, thanks 💛.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top