Bab 28

Jungkook berjalan menuju ke arah pintu rumahnya yang berjarak hanya lagi tiga buah rumah. Sambil berjalan, lelaki itu bersiul dan memandang kiri dan kanan. Sunyi aje bangunan apartmen yang dia huni sejak dua tahun lalu tu. Hari kerjalah katakan. Semua orang mesti pergi kerja.

Dia pun macam tu juga. Tapi disebabkan ada barang penting yang tertinggal dekat rumah, Jungkook terpaksa balik rumah semula.

Pintu gril yang melindungi pintu utama rumahnya itu dibuka. Setelah memasukkan kata pin pada pintu utama rumah, laju Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah bujangnya itu. Kunci kereta diletakkan atas coffee table yang terdapat di ruang tamu. Kemudian dengan bergegasnya lelaki itu berjalan ke kabinet yang berada di sudut ruang tamu.

Tengah gigih dia mencari, tiba-tiba suara keluhan kasar seseorang yang berpunca dari luar rumah buatkan tangannya serta-merta terhenti. Kabinet tadi ditutup semula. Perhatiannya lagi tertarik untuk tengok siapa yang berada di luar sana.

Jungkook mengeluarkan kepalanya disebalik pintu. Badan masih setia dan teguh berdiri di dalam rumah. Bola mata lelaki itu berjalan kiri dan kanan untuk mencari.

"Eergh... Habis baju aku! Dahlah busuk nak mati. Geli!"

Suara perempuan. Jungkook keluarkan badan lagi bila masih belum menjumpai punca suara itu.

"Tahi kucing betul mamat tu! Kalau dah tahu tak boleh minum banyak tak payahlah minum."

Dahi licin dan putih mulus Jungkook berkerut seribu. Macam familliar aje suara tu? Macam pernah dengar aje.

Untuk memuaskan hati, Jungkook akhirnya keluar dari rumahnya. Teguk liur lelaki itu sebaik bebola matanya menangkap susuk tubuh yang betul-betul berada di sebelah pintu rumahnya. Atau kata lain, pintu rumah jirannya. Dari atas hingga bawah dia teroka figura itu. Tak salah. Memang dia.

Memang Hyerin.

Bagai tahu Jungkook sedang seru namanya dalam hati, gadis itu menoleh ke sisi. Merinik peluh di dahi Jungkook dibuatnya apabila mata gadis itu menikam iris mata coklat tua miliknya. Anak mata masing-masing tertanam teguh sesama sendiri. Suasana rasa makin menjunam sepi.

Semena-mena, Hyerin membawa langkahnya menghampiri Jungkook yang masih membatu dihadapan pintu rumahnya. Jungkook undur setapak. Sambil mata turun melihat ke arah fabrik baju kemeja putih gadis itu dibahagian dada. Ada tompokan kekuningan. Macam muntah.

"Kau!"

Serentak dengan lantunan suara jeritan Hyerin, mereka berdua sudah pun masuk ke dalam kediaman Jungkook. Berdiri sedikit ke dalam dari pintu gril rumah lelaki itu. Jungkook teguk liur lagi.

Biarlah orang nak kata dia penakut pada perempuan, sebab sekarang ni dia memang dilema ketakutan. Gadis dihadapannya itu sangat menggerunkan. Seolah-olah dia sedang marahkan Jungkook.

Kasut flat yang dipakai Yeana, segera dilepaskan. Lenguh benar rasanya tumit kaki tu. Tak tahulah berapa jam berlalu, dah petang agaknya. Baju kahwin punya pasal.

Jimin... Dia punya cerewet mengalahkan perempuan betul. Tak habis-habis Yeana mengutuk Jimin dalam hati. Sudahlah badan banyak yang rasa lenguh. Tak tahu ke orang tengah bawa satu lagi nyawa?

"Nah."

Kon aiskrim coklat itu dihulurkan dihadapan Yeana. Siap pembalut dah dibuka sekali. Laju Yeana menerima huluran Jimin. Tadi dia ada beritahu Jimin, yang dia teringin makan aiskrim perisa coklat. Lepas tu, tak mahu jenama aiskrim lain. Nak jenama aiskrim Corneto juga.

Seluruh pelosok bangunan kompleks beli-belah itu Jimin teroka semata-mata hanya mencari satu kon aiskrim Corneto. Tak tahulah apa pasal Corneto seakan-akan tak wujud di bumi Korea Selatan hari ni. Payah sungguh nak jumpa.

"Kenapa beli satu aje?" Tanya Yeana sambil menjilat aiskrim coklat itu. Jimin yang masih dengan mengahnya, cepat-cepat angkat kepala.

"Lah... Awak nak berapa? Kenapa tak bagitahu kalau nak lebih tadi." Jawab Jimin. Jangan disuruhnya beli sekali lagi sudah.

"Bukan nak lebih. Cukuplah ni. Cuma... Kenapa awak tak beli untuk awak punya?"

Jimin sembunyi senyumannya. Tahu apa maksud pertanyaan Yeana tadi. Jimin kontrol riak muka. Buat-buat mengah semula.

"Saya nampak awak makan pun saya dah kenyang, sayang." Permukaan perutnya yang terlapik dengan fabrik kemeja kelabu itu sengaja diusap-usap. Yeana tayang riak jengkel dan mengguling bebola mata.

Alahai... Klise benar jawapan mamat ni. Sumbat kon aiskrim ni dalam mulut tu karang, tercekik tak sudah.

"Lepas... Hmph!"

Yeana buat betul-betul. Kon aiskrim yang berada ditangannya tadi disua ke mulut Jimin sebelum sempat lelaki itu tuturkan kata. Besar dan bulat mata sepet Jimin. Ngilu yang amat terkena pada gigi.

"Ngilu lah Yeana!" Jimin menjerit kecil. Yeana buat muka tak kesah.

"Habiskan." Kata Yeana dan bangkit dari bangku kayu panjang yang terdapat di luar sebuah kedai permainan itu. Kasut flat tadi dipakaikan semula ke kaki.

Tinggalkan Jimin seorang diri yang masih termangu duduk di bangku kayu panjang tadi. Kelopak mata Jimin terkerdip beberapa kali dengan kon aiskrim yang semakin mencair di tangan. Hanya ada satu gigitan sahaja yang Yeana makan. Jimin melihat tangannya, cairan aiskrim tadi semakin terleleh ke tangan. Kelam-kabut lelaki itu mencari tong sampah.

"Haish!" Jimin mengutuk sendiri. Kesal dengan perbuatan Yeana.

Selepas membuang aiskrim tadi, susuk tubuh Yeana yang sudah jauh beberapa tapak darinya segera dikejar. Biadab. Dahlah sumbat aiskrim dalam mulut sampai rasa ngilu, lepas tu tinggalkan macam tu aje. Huh... Teman hidup siapalah tu!

Fikir sepuluh kali Jungkook untuk keluar dari biliknya. Pintu bilik yang sedikit terbuka itu membolehkan dia terus melihat ke arah ruang tamu rumah bujangnya. Di atas sofa, ada Hyerin sedang duduk. Jungkook merenggut bawah bibir perlahan melihat ke arah gadis itu. Kemudian kepalanya tertunduk sedikit melihat tangan sendiri. Di tangannya ada sehelai baju tee putih miliknya.

Nak lagi straight to the point, baju tee yang berada ditangannya itu untuk diberikan kepada Hyerin yang tengah menunggu di sofa sana.

Tapi itulah... Dia segan nak hampiri Hyerin. Dia sendiri pun pelik kenapa dia jadi penyegan tak tentu pasal bila berhadapan dengan sahabat Yeana tu. Patutnya dia tak perlu pun rasa semua tu. Nak-nak lagi sekarang ni mereka di rumah Jungkook.

Jungkook berdehem perlahan. Masih statik berdiri memerhati Hyerin dari balik pintu. Kemudian wajahnya diraup kasar beberapa kali. Tak boleh nak alih pandangan dari terus melihat Hyerin. Mana taknya, gadis itu dengan tak kesahnya menanggalkan kemeja putih oversize yang dipakainya tadi. Hanya meninggalkan singlet putih, yang sangat mengikut saiz badan langsingnya.

Itulah sebabnya Jungkook segan nak hadap Hyerin. Tak pasal-pasal pula dia ngap. Dahlah dalam rumah dia pula tu.

Hisy... Hisy... Hisy...

Lelaki itu menggelengkan kepala untuk beberapa kali. Tepis segala hasutan yang boleh menaikkan nafsunya. Nafas ditarik panjang dan dihembus. Jungkook menggenggam tombol pintu bilik.

Kau dekat, kau bagi dan lepas tu settle.

Jungkook mengangguk. Yakinkan dan kuatkan diri sendiri. Dan selepas itu, Jungkook menghampiri gadis itu yang sedang berada di ruang tamu. Baju tee tadi dihulurkan kepada Hyerin. Gadis itu menyambut huluran Jungkook dan senyum nipis.

"Baju ni aje yang kecil sikit. Boleh?"

"Bolehlah. Asalkan tak pakai baju."

Jungkook mengalihkan pandangannya ke arah lain sebaik Hyerin mula menyarungkan bajunya ke tubuh langsing gadis itu. Bibirnya diketap rapat.

Selamba betul minah ni. Pakai baju selamba macam Jungkook tu tak ada depan dia. Kalau perempuan lain, mesti sibuk tanya tandas dekat mana. Tak pun menjerit melalak kalau lelaki ada depan dia orang. Seganlah, malulah, apalah.

Drama lebih.

"Aku minta maaf sebab terjerit dekat kau tadi. Aku geli sebenarnya dengan baju aku tu. Tak tahan nak tanggal."

Amboi, hujung ayat tu... Menguji iman dan perasaan seorang lelaki bernama Jeon Jungkook betul. Jungkook menggeleng dan mengukir senyum kelat.

"Tak apalah. Saya okey."

Hyerin menarik nafas pendek. Mula menyelesakan badannya yang tersarung baju lain. Hyerin boleh tahan cerewet dalam bab pakaian. Tak suka pinjam baju, pinjamkan baju dekat orang. Apatah lagi guna baju lelaki. Tapi dengan baju Jungkook, tak tahulah macam mana dia boleh turunkan rasa jijik dia untuk guna pakai baju lain. Selesa aje pakai. Wangi pula tu.

Guna Downy kut? Tak pun Softlan. Haha.

"Nanti aku pulangkan semula baju kau ni, okey?" Hyerin senyum manis. Memancar-mancar pada pandangan Jungkook. Apakah!

"Tak payah pulangkan pun tak apa..." Kata Jungkook perlahan. Macam menggumam sendiri. Jari pun mula menggaru kening tanda gelisah. Terlepas pula kata hatinya itu.

Hyerin ketawa plastik. Ketawa yang dibuat-buat menunjukkan yang telinganya tak dengar pun apa yang Jungkook katakan tadi. Mamat ni, betul atau tak? Orang nak pulangkan baju dia sendiri, dia tak mahu.




×××××

Part kook la bah yang paling saia sukaaaaa. Haha okbai 💛💜.

Vote&komen, thanks ❤.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top