Bab 27

"Yeana masih tak dapat datang ke?" Soal Taehyung sebaik sahaja bersemuka dengan Shuhua. Gadis itu mengangguk tanpa bunyi. Sibukkan diri membelek kek yang berada di dalam peti kaca.

Taehyung mencekakkan tangan ke pinggang sambil merenggut bawah bibir. Kepalanya tertoleh ke sana sini. Risau semacam. Gelisah tak tentu pasal.

"Habis tu hari ni macam mana?" Taehyung bersuara gelisah. Shuhua tegakkan tubuh semula dan memandang Taehyung pelik.

"Macam mana apa bendanya? Kerja ajelah macam biasa. Tu pun susah ke?" Ujar Shuhua mudah. Kedua tangannya dikibas-kibas.

Dia tahu kenapa Taehyung gelisah tak tentu pasal macam tu. Sebabnya kafe tengah tak cukup kaki tangan. Dua orang staf cuti serentak. Yeana cuti, Haneul pun turut cuti sekali.

Pasal Yeana, Shuhua memang dah tahu dari awal lagi. Haneul pula pergi ke China untuk tengok pameran lukisan. Benda biasa bagi orang gilakan art, mana-mana yang terdapat pameran sekelip mata aje terbang guna pesawat untuk ikut sama dalam pameran.

"Kalau banyak customer, nak handle macam mana?"

Shuhua menjeling Taehyung sekilas. Alah... Alah... Kerja macam tu pun nak kecoh. Tak bersyukur kafe banyak customer yang datang. Alih-alih nanti dapat bonus besar juga.

"Ini hari Isnin cik abang. Bukannya weekend. So, kafe mestilah lengang sikit sebab hari berkerja. Pagi dan tengah hari aje kita kena kerah tenaga sikit." Jawab Shuhua tenang.

Sudah setahun dia menjadi kaki tangan kafe, walaupun cuma sebagai pekerja part-time. Semuanya Shuhua dah sedia maklum. Bila kafe akan ramai, dan bila kafe akan lengang. Walaupun pada mulanya dia cuma ditugaskan untuk jadi pemerhati.

Lainlah lelaki bernama Kim Taehyung. Gelabah tak ke sudah biarpun dah berkerja lebih dari dua bulan. Tsk!

"Awak tahu tak kenapa Yeana tak datang? First time nampak dia cuti lebih sehari."

Shuhua sekadar menjongket kedua bahunya tanda tak tahu. Sebenarnya dia tahu aje Yeana pergi ke mana, dengan siapa. Tapi Shuhua malas nak cerita dekat Taehyung. Bila cerita nanti, mesti bertambah soalan yang diutarakan.

Taehyung... Jangan disangka dengan luarannya yang nampak nerd. Mulut boleh tahan becok. Mamat kecoh!

"Hisy... Bilalah nak ambil staf baru kafe ni." Bebel Taehyung perlahan sambil maju ke mesin pembuatan kopi. Shuhua gelak kecil.

Macamlah dia seorang aje yang kerja dalam kafe tu. Nasib baik sangatlah, Shuhua ada kelas batal hari ni. Bolehlah kerja full time.

Usapan lembut yang mengenai pipi mulusnya buatkan Yeana tergerak sedikit. Geli. Untuk beberapa saat, benda yang mengusap pipi wanita itu berhenti mengusap. Tapi nampaknya tangan gatal manusia itu tak tenang selagi Yeana tak celik mata.

"Bagi aku tidur tenang sikit, boleh tak Hyerin? Aku penat lagi tahu. Dahlah semalam aku kena hadap perangai setan si Jimin tu." Mamai lagi suaranya. Sempat lagi kutuk. Gebar ditarik hingga ke paras kepala.

Bila wajahnya sudah tertutup, kini tapak kakinya pula yang terkeluar mula diserang oleh usapan tadi. Yeana mendengus kuat. Tak tenang betul!

"Jung Hyerin!"

Suara gelak kecil yang kedengaran itu semakin buat hati Yeana tak puas. Serta-merta gebar yang menutupi wajah paginya dibuka. Untuk 0.3 saat, tubuh Yeana mengeras seketika sebelum...

"PARK JIMIN!!"

"Wow... Wow... Rileks."

Disebabkan Jimin datang mendekat sedikit ke arahnya, Yeana menarik gebar dan mengecilkan diri di sudut kepala katilnya. Muka pagi yang tadinya putih kini berona merah. Bukan malu, tapi marah.

"Rileks apanya! Awak buat apa masuk dalam bilik saya ni?!" Marah Yeana. Tapi tahu-tahu ajelah perangai aci redah Jimin. Bukannya dia nak kesah.

"Masuk bilik isteri pun salah?"

"Belum isteri lagi!"

"Bakal isteri?"

"Ya tuhan dah tak betul agaknya mamat ni!" Kata Yeana. Main lepas. Tak peduli pun kalau Jimin nak terasa.

"Hei... Cakap baik sikit. Saya ni nak jadi suami awak. Hormat sikit." Suara Jimin sedikit tegas.

Yeana mencebik. Tak kesah pun! Dah kau yang pandai-pandai terjah masuk bilik aku, buat apa nak rasa hormat kalau diri sendiri tak pandai nak hormat orang. Tepuk sikit untuk Yeana.

"Apa-apalah. Pintu dekat sana. Sila keluar dan biarkan saya tidur dengan tenangnya." Kata Yeana lagi sambil jari telunjuknya melurus dihalakan ke arah pintu bilik yang terbuka sedikit.

Mata mengantuk lagi. Kerja... Hari ni dia tak datang sebab dia kena pergi ke satu tempat. Tapi Yeana terlupa pergi mana dan dengan siapa. Amnesia sekejap. Kantuk mata yang terasa macam ada gorila tengah duduk bertenggek atasnya buat kepala Yeana lambat akses dia perlu ke mana hari ni. Tak pedulilah! Yang penting dia nak sambung jadi sleeping beauty balik.

Deheman perlahan daripada Jimin buat Yeana tersedar dari lamunan kecilnya. Menyempat pula mengelamun.

Toleh sahaja memandang Jimin yang tengah sedap duduk atas katilnya, mahu juling biji mata Yeana sebaik sinaran cahaya daripada objek yang terdapat dipegangan Jimin dihalakan padanya. Nombor 9.08 itu menjengah pandangan Yeana.

"Dah pukul 9 lebih. Saya kata apa semalam? Saya tunggu awak tepat-tepat pukul 9 dekat luarkan?"

Yeana diam sebentar. Pukul 9... Pukul 9... Hmm...

"Takkan lupa pula? Hari ni kita nak pergi cari baju."

Bebola mata kuyu Yeana terus membulat. Alahai... Nak pergi cari baju kahwin dengan Jimin ke? Macam mana pula dah boleh terlupa. Mulut Yeana terkumat-kumit. Kutuk diri dalam hati agaknya. Tak pun, kutuk Jimin.

"Habis tu? Awak tunggu apa lagi dekat sini? Keluarlah. Bagi saya siap."

"Siap ajelah. Saya tunggu dekat sini." Usik Jimin. Senyum tu memang lain macam. Meluat aje Yeana tengok.

"Gila."

Wanita itu bangun dari katil dan berjalan menuju ke arah pintu bilik dan membukanya dengan luas. Jimin masih dengan sengih turun dari katil Yeana dan berjalan menuju ke arah pintu. Sempat lagi rambut bangun tidur Yeana diacakkan sebelum dia memecut lari. Mengelak dengan tendangan kaki Yeana.

Keluar dari bilik, telinga Yeana terus dijamah dengan bualan Jimin dengan sahabatnya Hyerin di ruangan dapur. Siap dijamu dengan sarapan. Bab-bab makan ni semua, memang bestfriend Jimin agaknya. Beleklah dalam mana-mana part dalam jalan cerita hidup duda hottie ni, mesti ada punya part makan.

Yeana berjalan menuju ke peti ais. Jus yang Hyerin buatkan untuk dirinya itu diambil lalu diteguk. Agak tak sopan bila dipandang. Tapi Yeana tak peduli.

"Kau ni! Sopanlah sikit."

Teguran Hyerin, Yeana endahkan. Penutup botol tadi dipulas semula untuk menutup muncung botol. Dan diletakkan ke dalam peti ais semula. Kalau ikutkan bayangan hati, nak aje masukkan Jimin sekali dalam peti ais. Masukkan dalam freezer. Biar beku terus.

"Roti? Nasi?" Hyerin palingkan tubuh ke belakang. Melihat keberadaan Yeana yang sedang berdiri.

"Tak naklah. Tak selera nak makan." Yeana geleng kepala.

"Itu kau. Tak apalah kalau tak makan. Tu anak kau... Takkan nak bagi kebulur pula."

Yeana menjuih bibir tanda bengang. Sengajalah tu! Biar Jimin dengar. Lambat-lambat Yeana mengambil tempat di sebelah Hyerin. Apa yang Hyerin letakkan diatas pinggannya, dia hanya perhati. Kemudian Yeana jamah sedikit. Cukuplah untuk hentikan bebelan Hyerin dan Jimin.

"Kau kalau pilih baju karang, pilih yang mahal-mahal tau. Biar mamat ni bayar." Kata Hyerin dan menilik Jimin yang duduk berhadapan dengannya.

Yeana ketawa perlahan.

"Tengoklah. Hari ni kau gerak kerja malamkan? Ikutlah sekali."

"Hisy, tak mahulah aku. Aku nak pergi bar."

"Bar?"

Yeana dan Jimin berkata serentak. Awal pagi datang bar? Hyerin mengeraskan tubuh sebentar. Hanya bebola matanya sahaja yang melingas memandang Yeana dan Jimin silih ganti. Alamak... Alamak!

"Bar... Barbie! Aku nak pergi beli patung Barbie. Alah... Kau pun tahukan aku ni minat Barbie." Hyerin sengih panjang. Tutup perkara yang hampir bocor.

Lengan Yeana diusap. Minta kena percaya. Pipi kanan Yeana ternaik. Hyerin minat Barbie? Bukan Hyerin benci Barbie ke?



×××××

Saia minat barbie — uhuk 💛.

Vote&komen, thanks 💜.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top