Bab 26

Huluran ibu Yeana disambut bersama senyum lebar. Bersinar-sinar mata Jimin melihat hidangan makan tengah hari yang terhidang dihadapannya itu. Beruntung sangatlah, mereka tiba di rumah keluarga Yeana tepat-tepat waktu makan tengah hari.

Siap kena pelawa makan sekali. Yeana dekat rumah Jimin tadi minum aje. Itu pun tangan terketar-ketar nak pegang cawan. Silap pegang, cawan mahal mama Jimin cun aje berderai atas lantai.

"Kenapa nak balik sini tak bagitahu? Boleh mama masakkan makanan yang kamu suka."
Pertanyaan tu dituju buat Jimin. Bukan untuk Yeana. Jimin senyum lebar. Buatkan meluat Yeana makin melebihi puncak gunung Everest. Sekarang ni aku ke dia anak tuan rumah ni?

"Tak apa, ma. Kita orang sengaja balik tak bagitahu. Nak surprisekan mama dengan papa."

Yeana gelak palsu dalam hati. Surprise lah sangat! Tahu tak aku ni tak sedap mandi pagi tadi disebabkan dengan surprise kau tu? Huh!

Anak matanya hanya memerhati gelagat Jimin. Lelaki itu duduk berhadapan Puan Choi, manakala Yeana pula bersebelahan ibunya. Ayah Yeana seperti biasa, duduk di hujung meja sendirian. Kiri dan kanannya ialah Puan Choi dan Park Jimin.

"Hmm... Makin segak." Komen Tuan Choi setelah menilik bekas menantunya itu.

Jimin sengih bak kerang busuk. Tapi dalam hati, bangga. Komen ayah Yeana boleh diambil kira sebagai pujian. Walaupun ketika itu dia hanya memakai pakaian santai. Baju kemeja hitam dan jeans hitam. All black.

"Kerja apa sekarang?"

"Err...uruskan syarikat harabeoji dekat Seoul..."

"Oh... Dah jadi pegawai lah ni!"

Tu dia. Kembang setaman. Jimin senyum nipis dan mengangguk perlahan.

Tidak lama, Yeana terasa bahu kirinya disenggol perlahan. Wajah ditoleh memandang si ibu disebelah. Puan Choi sedang tersenyum kecil. Tapi pada pandangan Yeana, senyuman ibunya itu ada udang disebalik batu. Dan-dan kening anak perempuannya itu pun seakan bercantum kerana berkerut.

"Nak sambung balik ke?" Bisik ibunya perlahan. Bagi Yeana seorang sahaja yang mendengar.

"Sambung?" Soal Yeana pelik.

Kemudian Yeana mengikut bola mata ibunya yang menghala ke bawah meja. Di bawah meja, kedua jari telunjuk ibunya disatukan.

Alah, macam orang nak usik dan sakat yang kau tengah bercinta atau tidak dengan lelaki yang kau tengah rapat.

Yeana dengan malasnya mengguling bebola mata. Mama ni kan, macam boleh bau aje tujuan kami berdua balik Busan.

"Nantilah ma..." Kata Yeana perlahan. Malas melayan si ibu yang sudah teruja menunggu jawapan.

Apa seronok sangat ke kalau dapat getback dengan Jimin? Yeana pandang Jimin yang sudah mula makan dihadapannya itu. Sambil berbual bersama ayah Yeana.

Jimin segak. Kacak, hmm... Ya. Gentleman ke tak? Tak payah duduk atas meja bulat pun nak bincang. Kadang terlebih sampai buat orang ter-fake hope. Pandang pun tak jemu. Sekali pandang, mesti siang malam tak tenang kalau tak pandang lagi. Tanyalah dekat perempuan-perempuan yang ter-on crush dekat duda hot seorang ni, mesti setuju punya. Haha.

"Papa dengan mama selalu tunggu kamu datang sini. Tapi kami faham, kamu mesti tak mahu datang sini lagi."

Bebola mata Yeana teralih ke arah ayahnya. Cuping telinga terasa macam ada ulat bulu yang datang sibukkan diri menjadi parasit bila dengar suara ayahnya itu. Oh... Gelinya.

Dan... Tunggu Jimin datang? Haha! Patah sejuta hati Yeana mendengarnya.

"Eh! Mana ada macam tu. Taklah... Saya sibuk dekat overseas sambung study. Lepas balik sini, terus uruskan syarikat harabeoji dekat Seoul tu. Balik Busan pun jarang." Jelas Jimin. Sedapkan hati ibu bapa Yeana yang sedang pasang persepsi.

Kedua ibu bapa Yeana mengangguk bersama. Haih... Tu muka lega apa pasal pula tu. Macamlah anak sendiri tak balik jenguk. Alah... Alah... Padahal bekas menantu aje pun!

Yeana berdehem agak kuat dan panjang. Saja sebenarnya. Nak bagitahu yang dia pun wujud juga dalam rumah tu. Duduk bersama dekat meja makan.

"Kamu berdua duduk dekat Seoul, mesti selalu jumpakan?" Yeana berpaling pula ke sebelah kiri. Tak tahulah dah berapa kali leher Yeana bersenam hari ni. Asyik teleng-teleng ke sana sini.

Disebabkan Yeana malas membuka mulut, Jimin dipandang. Minta tolong jawabkan. Lagipun Yeana sedikit merajuk, dari tadi asyik Jimin. Jimin, Jimin dan Jimin. Nak sangat dengar suara Jimin kan?

"Tak sangat. Baru aje ni. Dalam dua ke tiga bulan lalu...?" Hujung bicaranya sambil memandang Yeana. Minta kepastian.

"Hmm..." Yeana menggumam pelan.

Tak lama lepas tu, sesi beramah mesra-lepaskan-rindu-yang-berkurun  tamat seketika. Yang kedengaran cuma bualan kosong Jimin dan ayah Yeana. Mana datangnya rasa debar Yeana, wanita itu mengangkat muka sekali lagi. Dan ya, Jimin sedang berdehem untuk sedapkan kotak suara. Tabiat lelaki itu, bila nak suarakan benda serius mesti sedapkan kotak suara dengan berdehem.

"Kami berdua balik sini sebenarnya, ada tujuan."

Suara Jimin yang kedengaran sedikit serius itu mengangkat kepala ibu dan ayah Yeana. Keduanya berpandangan sesama sendiri. Sama-sama tertanya apa yang ingin bekas menantu mereka ingin katakan.

Yeana duduk mencangkung di sebelah Jimin yang sedang berbaring di atas sofa. Lengan kanan lelaki itu diletakkan atas dahi. Matanya terkatup rapat. Deru nafasnya lembut. Dada Jimin juga naik turun secara perlahan. Sudah sejam Jimin terlelap atas sofa di ruang tamu rumah keluarganya.

Bila pandang lama-lama, muka lelaki itu jelas nampak lesu dan letih. Tapi semua tu tak kelihatan bila Jimin celik mata. Dia sembunyikan baik-baik. Tak nak bagi orang nampak yang dia sedang dalam penat.

"Yeana." Seruan namanya yang lembut itu semerta buatkan Yeana terus tegakkan tubuh.
"Ya...ya ma..."

Dengan laju kakinya dihayun menuju ke arah ibunya yang berjarak sedikit jauh dari ruang tamu. Puan Choi tersenyum seraya mendepakan sedikit tangannya. Kemudian bahu anak tunggalnya itu dirangkul dan dibawa menuju ke luar rumah.

Di luar, ada ayahnya sedang duduk di meja bersama dengan cawan kopinya. Riak muka? Tak marah, tak serius dan biasa-biasa saja. Yeana duduk pada kerusi yang berada bersebelahan ayahnya. Puan Choi pula mengambil tempat di kerusi lagi satu.

"Mana Jimin?"

"Tidur atas sofa. Letih sangat, kut..."

Air kopi yang terhidang itu, Tuan Choi sisip sedikit. Buku setebal dua inci berkulit tebal itu ditutup dan diletakkan atas meja.

"Kenapa... Boleh sampai mengandung pula ni, Yeana?" Soal Tuan Choi. Nada suaranya kedengaran mendatar, tapi masih tersalut ketegasan.

Yeana telan liur sekejap. Bersedialah untuk disoal siasat Choi Yeana!

"Err... Pa..."

"Tak guna pun kami berdua nak cuci telinga kamu berdua. Bebel panjang berjela-jela. Yeana dengan Jimin bukannya budak-budak tadika. Tahu mana baik dan buruk. Pandai buat masalah, pandai-pandailah tanggung sendiri, ya?"

Tegas! Aura seorang peguam yang sudah lama menghilang, datang menjengah semula di wajah tua ayahnya. Buatkan Yeana sekali lagi meneguk liur kesat. Kalaulah Yeana masih belasan ketika ini, mahu longgar segala skru lutut melihat muka bengis ayahnya. Nasib baik muka tu dah berkedut, jadi bengis yang Yeana bayangkan tak berapa nak terlihat. Amboi... Sempat lagi ya, Yeana?

"Kalau Yeana rasa boleh terima Jimin semula, kahwin dengan dia. Besarkan anak sama-sama. Tapi ingat, jangan ulang perangai lama. Malu sikit." Celah ibunya. Yeana mencebik dalam hati. Sindir!

"Jumpa esok."

Kaki kanan yang baru ingin mencecah tanah itu terhenti pergerakannya, sebaik suara yang persis sebuah arahan masuk ke peluput telinga Yeana. Yeana mendengus. Apa lagi ni dey?!

"Nak buat apa pula, jumpa esok?"

"Kita pergi cari baju kahwin."

"Hisy... Tak naklah! Saya kerja." Laju Yeana membangkang. Kepala tergeleng beberapa kali.

"I don't care. Pukul 9 esok saya tunggu depan pintu apartment awak." Sempat hujung bibir lelaki itu menaik senyum sinis. Menunjukkan yang dia betul-betul memaksudkan kata-katanya.

Hempasan yang sedikit kuat kedengaran ketika pintu sebelah penumpang ditutup, sedikit pun tidak mengusik rasa gerun pada lelaki itu. Nasib baik tak tercabut pintu kereta mahal orang. Cermin gelap itu diturunkan untuk melihat susuk tubuh Yeana yang masih pegun berdiri di sisi kereta. Mendengus-dengus nafas wanita itu dikeluarkan.

"Set alarm baik-baik tau!"

Laung Jimin dari dalam kereta. Dan kemudian meluncur pergi sebelum Yeana dapat membalas apa-apa. Maunya pecah cermin kereta karang kena baling. Haha.


×××××

Lamanya tak updatee. Taktau la kalau masih ada yang sudi baca.

Vote jangan lupaaaaa. Thanks ❤.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top