Bab 25
Hari ini, hari Ahad. Hari cuti buat semua pekerja. Hari bangun lewat. Tetapi tidak Yeana. Hari yang sepatutnya hari kerja untuknya itu terpaksa dijadikan hari cuti. Awal pagi lagi telefon berdering bingit minta diangkat. Bila Yeana angkat, ada satu arahan yang terpaksa dia ikutkan. Terpaksa okey, terpaksa.
Pelik macam mana Jimin boleh menelefon dirinya. Tapi nak hairan apanya. Jimin pernah pegang telefon Yeana. Tak hairan kalau lelaki itu sudah siap-siap bertukar nombor dengan Yeana.
Bila tertera nama ‘Future Husband’ di skrin, cun aje telefon landing atas tilam. Future husband kepala otak anda. Tak ingin aku!
"Bawa baju lebih tak?"
Wajahnya ditoleh ke sisi kiri. Yeana diamkan persoalan Jimin. Tangan dilipat kemas ke dada. Marah ni, marah. Suka hati aje minta orang tak payah kerja hari ni. Bila bantah, mulalah guna kuasa veto big bos dia. Apa dia ingat, dia majikan Yeana ke apa?
"Buat apa nak bawa baju lebih, balik hari ni jugakan?"
"Kita ni nak balik Busan. Mana tahu awak nak stay dekat rumah keluarga awak lama sikit ke..."
Jimin kerling Yeana disebelah sekilas. Kemudian pandangan ditumpukan semula pada jalan raya. Yeana geleng kepala.
"Tak ada maknanya nak stay. Esok saya kerjalah." Kata Yeana.
"Hisy... Kalau macam tu berhenti kerjalah." Ujar Jimin bersahaja. Buatkan Yeana menoleh memandang lelaki itu yang sedang tenang memandu kereta.
"Senangnya awak suruh saya berhenti, habis tu nanti saya nak makan apa kalau tak kerja?"
"Apa susah, lepas ni awak jadi isteri saya. Sayalah yang sara hidup awak, makan minum awak. Nak risau apanya."
Jawapan petik jari Jimin.
Yeana layangkan bebola mata dan mendengus perlahan. Tak serik-serik penuhkan kepala Yeana dengan benda-benda yang berkait kahwin ni. Pening tahu tak.
"Kita nak jumpa keluarga siapa dulu ni?" Yeana tukar topik. Bertanyakan tentang tujuan mereka berdua datang ke Busan.
Tak... Tujuan Jimin sebenarnya. Dia yang ajak Yeana. Dia yang buat perancangan last minute untuk membawa Yeana pulang ke kampung halaman mereka berdua.
"Saya. Sebab mama tahu, yang saya balik Busan hari ni. Awak okey, kan?"
Kepala dianggukkan perlahan. Makin tebal risau Yeana. Mama... Nak ke mama terima Yeana semula jadi menantu mama?
–
Puan Park yang sedari tadi hanya mendiamkan diri, bingkas bangun dari duduknya diatas sofa. Jimin dan Yeana, termasuk Tuan Park mengangkat muka serentak.
Hati Yeana makin gusar. Makin tak sedap bila hujung mata menangkap riak muka bengis ibu Jimin. Telapak tangan mula keluarkan peluh.
"Park Jimin, mama nak bercakap dengan awak. Berdua."
Perkataan ‘berdua’ ditekankan. Jimin akur. Dia bangun dari sofa yang terdapat di ruang tamu dan mengikuti ibunya ke bilik kerja ayahnya yang agak terlindung dari ruang tamu. Yeana tinggal berdua bersama Tuan Park di ruang tamu.
Apalah agaknya ibu Jimin hendak kata pada Jimin, ya? Marah kah dia? Itu memang pasti. Bila Yeana jejak kaki masuk ke vila keluarga Jimin, Puan Park asyik perhati dirinya tak henti. Perhati sampai berkerut dahi. Maksudnya memang tak lainlah tu. Kedatangan Yeana memang tak dialu-alukan.
"Minum, Yeana. Jangan kesahkan mama tu." Pelawa Tuan Park. Yeana senyum kelat.
Nasib baik, ayah Jimin tak sekepala dengan ibu Jimin. Bila Yeana muncul depan pintu, ayah Jimin terlebih dahulu pelawa masuk. Gembira bukan main dengan kedatangan bekas menantunya itu.
–
Pintu bilik kerja suaminya itu ditutup dengan sedikit kuat. Sehingga berdentum bunyinya. Jimin memandang ibunya yang sudah pasang muka bengis. Rambut hadapan yang terjuntai, Jimin raup ke belakang dengan jari-jemari.
"Apa ni, Park Jimin? Kenapa kena bawa perempuan tu datang sini?"
Julat suara Park agak meninggi.
"Ma, please..."
"No! Jawab soalan mama. Kenapa balik sini, tiba-tiba bawa perempuan tu? Kan dah cerai!"
Jimin hela nafas. Hati gatal hendak menjawab tengkingan ibunya. Tapi lelaki itu tahan dan sabar. Gila nak tinggi suara dengan orang tua?
"Ma... Saya balik, sebab nak bagitahu yang saya nak kahwin semula dengan dia. Yeana mengandungkan anak saya."
Puan Park ketawa palsu. Seakan-akan sedang mengejek kata-kata daripada anak sulungnya itu.
"Jadi awak nak kata, yang awak buntingkan bekas isteri awak lah? Park Jimin?"
Jimin angguk kepala tanpa bunyi. Lagi besar dekahan ibunya. Puan Park tepuk tangan.
"Tak masuk akal langsung! Tak ingat apa yang dia dah buat dekat awak dulu? Tak serik lagi nak rasa isteri abaikan awak? Makan minum awak dia tak pedulikan?"
Puan Park mencerlung tajam. Sungguh dia tak boleh nak terima dengan alasan anak sulungnya itu.
"Benda tu dah berlalu, ma. Yeana tak macam dulu lagi. Dia dah berubah, dah tak pergi kelab lagi. Tak bersosial macam dulu."
"Berubahlah konon? Park Jimin, mama suruh awak tinggal di Seoul tu, untuk cari pengganti. Yang awak pergi cari Yeana semula, kenapa?!"
Tempikan ibunya semakin menguji tahap kesabaran lelaki itu. Nafasnya dilepaskan sedikit kasar. Puan Park langsung tidak mengendahkan. Yang dia tahu, segala ketidakpuasan hatinya terluah.
"Saya tak boleh nak cari pengganti lain. Saya nak Yeana seorang aje. Mama marah, suka hati mama. Cukuplah saya ikut cakap mama lima tahun. Minta saya ceraikan Yeana." Ujarnya sebelum mencapai tombol pintu bilik kerja Tuan Park.
Ibunya ditinggalkan sendirian. Puan Park mendengus geram. Keras kepala anak sulungnya itu memang tak boleh nak dibawa bincang.
–
"Tahu tak Min dah lama nak jumpa dengan Nana. Rindu sangat!"
Tubuh Yeana didakap kemas oleh seorang gadis umur dua puluh dua tahun. Erat. Yeana hanya mampu senyum kelat. Pelukan gadis itu hampir buat nafasnya terhenti. Ketat ya ampun.
"Min dah besar. Cantik." Kata Yeana sebaik pelukan terlerai. Rambut bekas adik iparnya itu diusap lembut.
Terpegun sendiri Yeana saat dirinya diterjah oleh gadis itu. Hampir tak cam itu siapa. Kali terakhir dia berjumpa gadis itu lima tahun lalu. Masih berumur enam belas tahun.
Park Hwamin senyum tersipu-sipu. Sama dengan perlakuan Yeana, matanya meneroka segenap rupa wanita itu. Tak sangka, rupa paras bekas kakak iparnya itu makin cantik. Hwamin turut pegun.
"Dah besarlah dia. Itulah yang dia tunggu, supaya boleh kerja dekat sekolah tarian papa." Tuan Park mencelah sambilan menyelak buku yang terdapat di tangan.
"Min kerja?" Gadis dihadapannya itu dipandang. Hwamin mengangguk.
"Min kerja dan uruskan sekolah tarian papa, abang pula uruskan syarikat harabeoji."
Yeana terangguk perlahan. Oh, patutlah muka Jimin selalu ada aje kat Seoul. Rupanya uruskan syarikat datuk dia. Huh! Kenapa tak uruskan sekolah papa aje?
"Abang nak uruskan sekolah papa, tapi mama tak bagi. Mama kata baik abang uruskan company harabeoji." Ujar Hwamin seakan tahu mimik muka Yeana yang nampak seperti tertanya.
"Mama kata ada bagusnya, sambil-sambil tu bolehlah cari pengganti Nana." Sambung Hwamin lagi tanpa sedar. Buatkan Yeana yang sedang meminum minumannya tersedak kecil.
Gadis itu membesarkan matanya. Sedar akan keterlanjuran katanya. Lantas tangan menekup mulut. Alamak.
Tuan Park yang duduk di sofa berdehem perlahan. Hujung matanya sesekali menjeling ke arah anak bongsunya itu. Hwamin tersengih.
"Oh! Nana datang sini...dengan siapa?" Persoalan Hwamin buat Yeana angkat muka tegak. Lidah kelu sekejap. Err...
"Yeana, jom." Suara Jimin yang datang entah dari pelusuk mana, memalingkan wajah adiknya. Makin tertanya gadis itu. Abang dengan Nana?
"Eh, sekejap... Nana datang sini dengan abang ke?" Abang dan bekas kakak iparnya itu dipandang silih ganti.
Riak muka tak payah nak agak, curiga semacam. Mana nak tahu tujuan Yeana datang ke situ, kalau nampak aje Yeana di ruang tamu bersama ayahnya sedang berbual, terus diterjah. Tak adanya nak tengok kiri, kanan, atas bawah.
Lambat-lambat, Yeana mengangguk dan tersengih. Dia bingkas bangun dari duduknya. Sebab riak muka Jimin tu macam tak sedap dipandang dah.
"Alah... Dah nak balik ke? Stay lah dekat sini. Min rindu dengan Nana..." Pujukan Hwamin menggelengkan kepala Jimin.
"Tak bolehlah. Abang nak bawa Nana jumpa keluarga dia. Kau duduk rumah, teman papa." Kata Jimin dan dengan sengaja mengacak-acakkan rambut adik perempuannya.
Buatkan Hwamin menepis tangan Jimin laju. Sedap tangan dia aje nak usik. Hisy!
×××××
Sorry la kalau bosan ke apa 😩.
Vote&komen, thanks 😂💞
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top