Bab 23

Jam yang terlingkar pada pergelangan tangan dilihat sekilas. Pukul 4.23 petang. Berkali-kali nafas dihembus keluar. Tangan kanan diletakkan pada kerusi batu bagi menampung kepalanya. Yeana pejam mata semula. Menunggu kedatangan Hyerin.

Dan dia harap lepas ini, bukan sesiapa yang muncul sebaik dia mencelik mata nanti. Teringat pula dia pada wanita mengandung tadi. Huh... Makhluk apa tu? Siang-siang hari muncul, paling tak logik boleh pula mereka berbual mesra. Pasal kandungan pula tu.

Yeana merasa sesuatu. Seperti ada orang yang duduk sama dengannya atas kerusi batu itu. Perlahan-lahan, mata dibuka. Dalam berani dan takut, dia gagahkan juga matanya dicelikkan. Kalaulah wanita mengandung tadi muncul semula, memang dia lari maraton lepas ni. Haha.

"Jimin."

Nama bekas suami terluncur keluar. Mata Yeana membesar. Dipandang kiri dan kanan. Kemudian memandang Jimin semula. Tangan gatal mahu menyentuh muka lelaki itu, mahu memastikan yang itu manusia sebenar atau bukan. Tapi terbantut bila Jimin mula bersuara.

"Lama ke awak tunggu? Maaflah. Hyerin tak dapat datang. Katanya nak balik rumah terus, sakit perut kata dia." Jimin berkata. Tapi main hentam.

Dia tak peduli. Asalkan Yeana percaya. Wanita itu mula pasang muka curiga. Macam tak betul aje cakap dia ni. Kalau pun Hyerin balik rumah terus, boleh kut dia singgah Yeana di taman. Nampak sangat lelaki dihadapannya ini berbohong.

"Macam mana awak tahu Hyerin nak jumpa saya?" Soalan Yeana buat Jimin mengeras sebentar.

"Tadi... Kami terserempak. Dia bagitahu saya, nak pulangkan telefon awak ni. Dia kata lagi, awak urgent nak guna." Jawapan yang tak masuk akal. Jimin telan liur perit.

Urgent? Lagi buat Yeana tak percaya. Boleh aje Hyerin pulangkan bila Yeana pulang ke rumah nanti. Yeana senyum sinis. Telefon miliknya yang berada di pegangan Jimin diambil. Tapi Jimin menjauhkan tangannya yang memegang telefon daripada Yeana. Seakan-akan sedang bercanda. Membuatkan wanita itu mendengus. Apa masalah lelaki ni?

"Bagi balik telefon saya." Yeana keluarkan suara bernada arahan. Dingin. Tegas dan keras.

Giliran Jimin pula tersenyum sinis.

"Boleh. Tapi awak kena teman saya. Barulah saya bagi."

Yeana terasa ingin hempuk Jimin pada kerusi batu itu. Suka pula dia ugut-ugut. Ingat Yeana ni apa? Perempuan yang gedik, buat-buat nangis lepas tu nak kena pujuk? Eh helo? Nak sangat perempuan perangai macam tu, sila berhambus.

"No. Saya tak nak ikut awak. Saya nak balik rumah." Kata Yeana. Emosi makin tak tertahan. Kalau dia tak kesahkan air muka, sudah lama telinga Jimin pekak dengan jeritannya.

Tangannya masih terkapai mencapai telefon yang berada di tangan Jimin. Tak putus asa. Jimin mendapat akal. Kalau dengan ugutan lisan Yeana masih berkeras, mungkin dengan ugutan perbuatan Yeana akan menurut. Tangan Yeana yang terkapai itu direntap, cepat lelaki itu menarik badan Yeana dekat dengannya.

Buatkan wanita itu serta-merta masuk dalam pelukan Jimin. Terbuka luas kedua mata Yeana. Meronta dalam pelukan Jimin, tapi lelaki itu berkeras. Dan dengan sengaja, dagunya dilabuhkan pada bahu Yeana.

"Apa awak buat ni? Lepaskan saya!"

"No. Awak setuju ikut saya, barulah saya lepaskan. Kalau awak tak nak, kita macam ni sampai esok."

Rontaan Yeana terhenti. Makin luas pula matanya. Gila. Duduk macam tu sampai esok? Park Jimin gila. Dalam rela tak rela, Yeana terpaksa setuju. Gila nak berpelukan macam tu depan orang awam lama-lama.

Mana nak letak muka nanti kalau ada mulut yang mengata? Mulut orang, mana nak duga. Kutip duit sendiri yang jatuh pun, boleh dikata curi duit orang yang tercicir.

Jimin meleraikan pelukan. Lerai sahaja pelukan, Jimin bangun dari duduk. Tangan di hulur di hadapan Yeana.

Tapi Yeana cuma endahkan huluran Jimin. Wanita itu turut bangun dari kerusi batu itu dan menggamit beg silangnya lalu disangkut pada bahu. Jimin dijeling sekilas. Dia berjalan mendahului Jimin. Penat melayan karenah lelaki itu.

Susuk badan Yeana dikejar. Jimin berjaya berjalan beriringan bersama Yeana menuju ke keretanya yang terparkir pada bahu jalan.

"Awak ada mengidam apa-apa tak? Bagitahulah, biar saya bawa awak pergi cari makanan yang awak nak."

"Shut up, Jimin."

Lebar senyuman Jimin. Hingga menjadi sepet matanya kerana ketawa.

Pintu kereta sebelah penumpang ditutup rapat. Jungkook menunduk seketika. Kemudian ditegakkan semula badannya untuk melihat gadis yang berada di dalam kereta itu. Senyum digariskan pada bibir. Senyum kekok. Gila tak kekok. Sudahlah senyum dia tu tak terbalas pun oleh Hyerin. Gadis itu teguh dengan muka tiada reaksi.

"Terima kasih sebab tolong hantarkan. Susah-susah aje." Ucap Jungkook. Sedaya upaya ton suara dijaga supaya tak bergetar.

Hyerin sekadar mengangguk. Jungkook dipandang. Anak matanya tepat memandang ke arah lelaki itu. Bagai ingin berbicara. Jungkook menunggu. Anak tekak tidak henti menerima air liur.

Pandangan Hyerin, lain macam. Tak pernah dia menerima pandangan seperti itu. Nampak kosong, tapi masih...menggoda? Tsk!

"Aku tak minta apa sebagai ganti. Cuma belanja aku bila aku datang ke bar kau nanti, boleh?"

Terkebil-kebil Jungkook pada diriannya. Beg sandang yang disandangnya hampir jatuh terlorot. Terkejut dengan bahasa gadis itu yang bertukar.

Sopannya bahasa? Dengan Jimin guna awak-saya, dengan aku pula... Aku-kau? Kenapa lain? Kenapa tak sama? Kenapa dia buat aku macam berkawan dengan gengster? Kenapa?

Persoalan Jungkook memang tak ada jawapan. Mahu bertanya pada tuan punya badan? Haha. Memang tempah jelingan maut. Pertama kali, dia gerun pada perempuan.

"Boleh ke tidak?" Suara Hyerin menerjah semula. Jungkook mengangguk beberapa kali.

"Boleh. Awak datanglah bila-bila. Saya belanja."

"Okey."

Hyerin menarik senyum miring. Cuma beberapa saat, wajah tidak beriak mula mengganti semula. Sempat jugalah Jungkook terima senyuman tu sebelum tingkap dinaikkan semula. Kemudian kereta itu meluncur pergi semula selepas menghantar Jungkook.

"Cold hearted." Komen Jungkook.

Temankan minum? Itu cuma auta semata-mata. Jimin memang licik. Tahniah buat dirinya yang berjaya membawa Yeana datang ke sebuah restoran. Nak lari pun, memang tak ada guna. Sebab Jimin bijak keluarkan ayat ugutan. Yang buat Yeana tak terdaya hendak membantah.

Daging stik yang sudah siap dipotong menjadi kecil itu diletak dihadapan Yeana. Jimin tersenyum, Yeana cemberut. Jengkel, rimas, sakit hati!

"Makanlah. Makanan dekat sini sedap-sedap tau." Kata Jimin. Makin membuak-buak sakit hati Yeana.

"Saya nak balik."

Jimin senyum miang.

"Cium saya dulu."

Harey! Boleh jadi mental bercakap dengan Jimin. Ingat dia cakap saja-saja ke? Tidak. Tengoklah dekat taman tadi. Selamba badak dia tarik Yeana. Boleh jadi kali ni dia buat lagi. Depan orang ramai. Nak-nak lagi tempat duduk mereka berdua di dalam restoran itu terbuka. Apa-apa perlakuan mereka, mesti jadi tumpuan utama. Siapa yang pilih tempat duduk?

Park Jimin.

"Hisy!" Yeana mendengus kuat. Kancing gigi diketap rapat-rapat.

"Badan awak makin susut Yeana."

"Badan saya, bukan badan awak. Nak kesah apa?"

"Mestilah kena kesah. Awak mengandungkan anak saya kut."

Yeana berdecit. Bila sebut pasal kandungan, mesti akan melarat. Rasa nak pecut lari. Seram bila Jimin mula sentuh pasal kandungan. Lagi seram bila dia ungkit pasal...

"Awak memang tak nak kahwin dengan saya ke? Sekurang-kurangnya buatlah demi anak."

Tengok. Memang tak lain dia akan ungkit. Muka pula penuh dengan harapan. Walaupun nampak macam biasa-biasa.

"Awak tak takut kahwin semula dengan saya?"

"Kenapa pula? Nanti lepas kahwin, awak bertukar jadi Hulk ke? Nak fight dengan saya?"

Kali ni Yeana terasa hendak gelak. Tapi ditahan. Biarpun lawak Jimin kedengaran hambar, tapi berjaya buat otot muka Yeana menaik membentuk tawa. Yeana berdehem. Buat muka ais semula.

"Tak takut, saya abaikan awak lagi?"

Suapan Jimin terhenti. Tapi mulut masih mengunyah makanan di dalam mulut. Seketika, bibirnya terherot sedikit. Macam berfikir. Yeana yang melihat melarikan bebola mata. Ya tuhan... Dia nak acah comel depan aku apa hal?!

"Orang boleh berubah, takkan awak tak berubah langsung? Tengoklah awak sekarang, banyak dah berubah. Makin matang. Mesti perangai awak dulu pun, dah tak ada kan?" Ujar Jimin mendatar.

Kemudian disua semula makanan ke dalam mulut. Yeana dipandang. Wanita itu mengeraskan tubuh. Mungkin sedang kumpul kosa kata nak berbalas bicara dengan Jimin.

"Kalau datang balik perangai tu?"

"Itu kalau, sayang. Takkan awak sampai hati buat saya macam tu bila anak dah lahir nanti. Sampai tak hati awak buat saya macam tu nanti?"

Lambat-lambat, Yeana menggeleng. Makin sedap hati Jimin. Nampak peluang dia untuk ajak Yeana kahwin semula makin cerah.

"So, kita kahwin?"




×××××
Promote 📖 :

Our Little Baby | jjk by -itsbaby
×××××

Terima kasih sebb tak lupaaaa vote&komen. Even ff ni slow macam ciput, author update lambat, yeana nak terima pinangan jimin lambat. Terima kasih banyak banyak huaaa 😭😭💕. Sayang banyakkk 💕💕.

Vote&komen. Thanksss ❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top