6 - Cyberhuman

C y b e r h u m a n
-------------------------
" Salah ke jadi manusia biasa? "  - Ali
.
.
.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

.

"KEPALA  otak dia, memang taklah!" Suara-suara sumbang mula menidakkan termasuk penjaga gerai berdekatan. Gila ke apa manusia nak perintah mereka? Padahal Cyberhuman lagi hebat dari mereka!

   Alicia dan segelintir Cyberhuman yang lain ada bersiap-sedia mengeluarkan kuasa mereka, berjaga-jaga dengan apa yang akan berlaku? Ali seorang sahaja terpinga-pinga, masih memproses apa yang Analogman sampaikan.

   Ali lantas teralih ke arah perbualan Moon serta kawannya yang lain. Moon menggesa Zass yang telah mengeluarkan kad berwarna kelabu sinar. "Cepatlah, Zass. Beritahu M.A.T.A."

   Kata-kata Moon berjaya didengari Analogman. Segera Analogman meninggikan suaranya. "Kalau kau orang cuba melawan atau panggil pelindung pengecut itu, aku akan letupkan pasar ini dengan bom yang aku tanam semalam."

   "Eleh, cubalah. Kita orang tak takut pun." Moon sengaja memcabar Analogman. Tindakan Moon itu ditegur Alicia dan Khai. Moon memberi riak tidak memahami. "Apa?"
  
  "Oh, kau nak sangat tengok darah lagi sekali, ya?" Analogman menyeluk alat kawalan dari poketnya. Belum sampai jarinya pada butang tersebut, alat kawalan itu telah tercampak jauh ke rumput. Apa lagi? Ali terus memijak alat itu sehingga hancur.

   "Budak kurang ajar!"

   Ali yang terhegeh-hegeh mahu mengeluarkan yoyonya terhenti saat satu kapak terjatuh di hadapannya. Kapak itu ditarik oleh graviti kesan dari bom pemberat Alicia. Ali terundur beberapa langkah ke belakang bersama air muka yang tergamam.

   Comot terbang di hadapan Ali, mempertahankan tuannya. Ali ini pun satu, memang tahap Alicia nak tepuk dahi sendirilah. Pandai melawan, tetapi tak pandai nak pertahankan diri.

   Alicia menurunkan senjatanya. Dahinya berkerut memandang Ali. "Ali, kau nak mampus ke?"

   Ali tidak mempedulikan Alicia sebaliknya dia sambung menceramahi Analogman. Comot yang menghalang permandangannya ditolak lembut ke bawah. "Kamu pasti ke perbuatan kamu ini betul? Dengan paksa mereka untuk yakin manusia dan Cyberhuman ini boleh bekerjasama, atas apa yang kamu lakukan?"

   Moon turut menyampuk. "Entahnya, mana sama. Manusia tamak daripada kami. Manusia lemah daripada kami. Kami ini menangis pun tak pernah, jatuh maruahlah kalau angkat seorang raja yang lemah!"

   Analogman tidak fokus sangat pada celaan yang lain kerana terganggu dengan aura Ali. Bukan aura kesembilan belas atau sejuta. Rasa macam ada yang tak kena pada budak ini. Bibirnya melepaskan ngomelan yang dapat didengari. "Kenapa aura kamu ni... lain macam?"

   "Lain macam? Tak akan dengan kaum sendiri tak kenal?" Berdesing telinga Ali apabila pertanyaan itu masuk ke dalam telinganya. Segera matanya ditoleh ke belakang. Semua mata di situ kini tertumpu pada seseorang...

   Jet.

   Nafas Ali terasa tersekat serta degupannya seperti sudah tidak didengari. Jangan kata, Jetlah orangnya yang mendengar rahsianya semalam?

   "Kalau kau orang nak tahu, Ali ini sebenarnya manusia!" Selamba Jet melaungkan maruah Ali tanpa rasa bersalah. "Dia berpura-pura jadi Tekno. Dia penyamar tak bermaruah di sini!" Jarinya ditujukan ke arah Ali.

   Kaki Ali terkaku tegak, matanya hanya memerhati sahaja mata orang yang menilai dirinya. Rasa cemas membuatkan lidahnya terkunci untuk mempertahankan diri. Ada yang tak percaya, ada yang terus menelan berita itu bulat-bulat.

   "Iya iya sahaja. Ali itu pembeli tegar air dekat kedai kita orang. Tak mungkin manusia yang beli air kami!"

  "Eh, dia bukan anak pengaruh raja ke? Ha, mesti pengaruh raja itu manusia juga kan!"

  "Jadi, pengaruh kerajaan kita ada yang  manusia? Ergh, jijiknya! Patutlah kerajaan ini aku rasa macam tak maju sahaja."

  "Entah betul ke tidak apa yang dikata budak itu."

  Jet cuba menyakinkan mereka semua. "Betul, aku dengar masa dia selamatkan manusia dekat sekolah kita orang. Kalau kamu semua tidak percaya, boleh tanya pada budak sekolah kita orang."

   Ali teragak-agak untuk alihkan ke arah kawan-kawannya, adakah mereka akan memandangnya dengan penuh jijik. Belum sempat Roza mengangguk, Khai mencelah. "Tak, Ali Cyberhuman macam kami. Kau sengaja fitnah dia sebab kau setakat boleh terbang, kan?"

   "Walaupun Ali selalu dapat markah rendah, tak bermaksud kau boleh suka hati label dia manusia." Terasa sekejap hati Ali mendengar kata-kata Alicia. Alicia ini nak bela aku ke nak kutuk aku.

   Iman juga turut bersuara. "Betul, Ali kawan kami."

  Moon berpeluk tubuh, lagak tubuhnya bagaikan berlagak sahaja. "Entah, kita nak hadap manusia, kita sendiri bergaduh. Kalau betul Ali ini manusia, cubalah buktikan."

   Tiba-tiba, segi tiga berwarna merah muncul pada hujung kiri IRIS. Ali pun bangang pergi menghadap ke arah bahaya. Satu tumbukan terkena pada hidung Ali sehingga terbaring budak itu. Nasib Ali sempat menahan kepalanya dari terhantuk.

   Jangankan amaran, peluang pun tidak diberi. Rudy yang menumbuk Ali tadi merampas IRIS darinya. Dia menilik IRIS itu seraya badannya mengunci pergerakkan kaki Ali.
 
   "Sekejap, jangan pegang!" Ali cuba bangun malangnya dia kepalanya rebah semula ke tanah. Dia memejam mata menahan rasa berdengung dalam kepalanya.

   Comot mengerang marah, kucing itu terus mencakar pipi Rudy sampai menerbitkan darah. Rudy mengaduh perlahan. Jet yang perasan perkara itu laju menangkap kucing terbang itu. Kucing itu meronta-ronta marah.
  
   "Hey! Lepaskan mereka!" Iman menjerkah perbuatan mereka. Tangannya berura-ura ingin melemparkan besi tajamnya pada Jet, namun risau terkena Comot pula.

   "Kejap, apa kau nak buat dekat Ali?" Moon telah mara ke hadapan demi menghalang Rudy. Namun, dia dan Rudy sama-sama terkedu ketika IRIS itu tidak semena-mena berubah kepada alat yang bulat. Bukan ke itu cermin mata yang biasa? Ingatkan boleh lipat.
 
   Rudy menekan tengah butang itu. Ali terlalu berdebar sehingga tidak mampu menelan air liur sendiri. Rudy menguntum senyum saat IRIS mengatakan, penggunanya tidak sama. Rudy mengangkat IRIS tinggi-tinggi. "Nampaknya betullah kata Jet. Dia ini manusia. Rupanya dia bergantung pada benda ini selama ni!"
 
   Comot terlepas dari pelukan Jet lalu kepala Rudy menjadi sasaran. Terperanjat Rudy kerana serangan secara drastik itu. Serta-merta Comot di kepalanya dibaling ke udara. Mengambil peluang, Rudy kemudian ditolak Ali sekuat mungkin. Ali pantas merampas IRISnya dari Rudy. Hembusannya menjadi tidak teratur. Dia mengalih mukanya ke belakang.

  Nada Moon bertukar tidak percaya. "Ali... kau, manusia?"
 
   Huh?
 
   Analogman menepuk tangan berkali-kali. Mukanya menampakkan seperti dia seronok menonton drama ini. "Aku ada satu cadangan. Daripada kamu semua pulaukan manusia ini selepas ni, apa kata buat perlawanan di Koloseum Cyberhuman malam ni?"
 
   "Kita buat perlawanan satu lawan satu. Kalau manusia ini menang, manusia akan jadi raja kau orang. Kalau Cyberhuman menang, aku akan tak akan ganggu kamu semua lagi." Analogman memberi buah fikirannya secara terbuka kepada mereka semua.
 
   "Analogman, kau pasti ke? Budak ini macam lemah semacam aku tengok." Salah seorang konconya menyanggah cadangan Analogman itu secara berbisik. Tadi baru kena tumbuk, dah K.O.

   "Kau tak boleh buat sesuka hati dengan koloseum Cyberhuman." Alicia membidas idea mengarut Analogman. Lagipun firasat hatinya mengatakan, bukan senang-senang orang tua ini akan mengalah.
 
   "Kalau macam itu, aku jadi lawannya." Rudy menawar diri selaku tentangan Ali pada perlawanan malam ini. Serta-merta, ianya mendapat sorakan dari Cyberhuman kecuali Alicia, Moon, Khai dan Iman.
 
   Analogman menyambung menjawab pertanyaan konconya yang tergelanda ini. "Tak apa, lagipun Cyberhuman ini terlalu yakin semuanya akan berpihak pada mereka. Dan mereka sukakan kekejaman pada manusia."
 
   Ali menggengam IRISnya. Dadanya naik dan turun. Dia langsung tidak berani memandang mata sesiapa pun. "Apa aku nak buat ni?"
 
   Tanpa disedari, Khai memegang bahunya. "Kita orang ada."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top