5 - Cyberhuman

C y b e r h u m a n
-------------------------
" Salah ke jadi manusia biasa? "  - Ali
.
.
.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

.

"ALI!" Moon tersenyum ceria, melambai-lambai sekuat hati. Berapa gelas susu yang Moon minum sampai bertenaga macam itu?

   "A...apa?" Ali memandang remaja perempuan itu dengan pandangan aneh. Dia dapat merasakan yang dia tidak sepatutnya berada di situ berdasarkan senyuman Moon yang tiba-tiba itu.

   "Kami nak ikut kau!"

   "Pergi pasar!" Khai pula muncul dengan R.O. di sisi. "Yo!" Luka-luka dan lebam pada wajahnya sudah hilang. Mungkin Khai menggunakan posyen penyembuh berkualiti tinggi?

   "Hah?" Ali terkejut. Dia melangkah satu tapak ke belakang, sedia untuk melarikan diri. Ah, selama ini aku balik seorang diri sahaja! "Aku... aku sibuk!"

   "Pak!" Tidak sampai lima langkah, Khai sudah berjaya mencapai bahunya. "Ala, jomlah." Bahu Ali dirangkul lalu diheret ke luar kelas. "Wei, kau orang! Jom!"

   "Jom!"

   Ali tergamam melihat kumpulan remaja itu. Semuanya pelajar-pelajar popular di sekolah. Roza, Alicia, Jet, Zass, Bulat, Chris, Mika dan... Rudy?

   Berkerut dahi Ali melihat si landak kelabu itu. "Kenapa kau pun ada dekat sini?"

   "Kau fikir aku nak ke pergi dengan kau?" Rudy menjeling tajam. Entah mengapa Ali merasakan bahawa perasaan tidak suka Rudy kepada Ali berganda. Ali hanya mampu mengeluh.

   "Kenapa ramai-ramai pula ni?" Ali memandang Iman. "Pasar tak bukalah. Semalam kan ada serangan Analogman."

   "Kita pergilah dekat bahagian yang belakang. Bahagian belakang kan tak kena bom." Khai memberi cadangan.

   Ali mengeluh lagi. "Ha, iyalah..." Jika semalam mereka hanya berempat, hari ini mereka berdozen bilangannya. Ali pula yang berasa pelik dengan sebab mereka mahu ke pasar. Aku yang setiap hari pergi pasar pun tak seteruja mereka (Rumah dekat dengan pasar).

   "Aku nak tengok kesan letupan tu." Mudah sahaja jawapan Alicia. Roza dan Mika mengangguk, bersetuju dengan alasan remaja itu.

   "Saja." Chris tersengih. "Kau tak kisah kan?"

   "Err... okay?" Ali membuat muka. "Kau?"

   Zass memandang Ali, lama. Dia membuat isyarat yang langsung tidak difahami Ali. Iyalah, bukan budak Ali ini faham pun bahasa isyarat. Moon terus mencelah apabila melihat Ali yang terpinga-pinga itu.

   "Zass kata dia nak ikut. Mungkin sebab semalam kita tak ajak dia kot? Maaf, Zass!" Moon menyatukan tangannya lalu menunduk sedikit pada lelaki itu. Zass membuat isyarat yang bermaksud tidak mengapa.

   "Kau faham dia, Moon?" Ali membuat muka teruja.

   "Kau je yang lembap semacam." Rudy menyibuk dengan kata-kata tajamnya. Riak teruja Ali berubah menjadi masam. "Sibuk je landak ni," bisiknya.

   "Woah!" Chris berubah jakun melihat suasana di pasar. Riuh, walaupun tragedi berdarah itu berlaku semalam.

   "Mana pentas tu?" Alicia berdiri di sisi Ali. Wajahnya jelas menunjukkan dia tidak kisah dengan benda selain daripada pentas. Mungkin dia lebih tertarik akan khabar perlawanan semalam.

   "Tsk! Fikir aku ni apa? Carilah sendiri," omelnya. Langkah kaki Ali berubah menuju ke arah pentas diikuti Comot. Dia orang pergi tanya aku macam aku pula pemilik tanah pasar ini.

   "Jauh lagi ke?" tanya Mika pula.

   "Tak jauh, dekat je!" jawab Moon. "Ha, tu tempatnya!" Jari telunjuk Moon menunjuk ke satu arah. Sebuah pentas besar jelas kelihatan di hadapan mereka.

   "Elok je aku tengok?" Jet menyilangkan tangannya pada tubuh. Kening diangkat. "Kau biar betul? Ke semalam tu... angan-angan kau nak jadi hero je?"

   "Eh, tak baiklah cakap macam tu." Iman menepis kata-kata perlian Jet. "Memanglah dah elok. Cyberaya kan maju. Mestilah semuanya dapat diselesaikan dengan cepat. Lagi-lagi pasar ni kawasan awam yang hampir semua orang lalu."

   "Betul!"

   "Ha, tu pentasnya. Pergilah tengok."

   "Eh, kau nak pergi mana?" Khai menyoal Ali yang mula berjalan pergi.

   "Pergi mana lagi? Baliklah." Ali mengerutkan dahi. "Kau orang dah sampai dekat pentas. Aku pun baliklah. Nak buat apa lagi?"

   "Alah, nantilah! Kita jalan-jalan dulu!" Moon membuat muka comel. "Kau kan penunjuk jalan."

   "Aku juga?" Ali menuding jari pada dirinya sendiri. Dia melepaskan keluhan apabila rakan-rakan satu sekolahnya mengangguk laju. "Iyalah."

   Meskipun dia langsung rasa tidak sedap hati fasal ini. Macam akan ada benda buruk yang berlaku kepadanya. Baru tiga langkah ke hadapan, asap tiba-tiba berkepul di udara, diiringi satu suara yang tidak lagi asing dalam hidup Ali biarpun mereka baru bertemu semalam.

   "Selamat petang, semua..."

   Mata Ali terbeliak luas melihat gerangan yang membuat kemunculan di atas pentas itu. Malah, bukan seorang... siap dikelilingi oleh konco-konconya lagi! Ali menunding tajam ke arah Analogman. "Kau... kau lagi!"

   Analogman yang baru menjatuhkan tongkatnya, perasan akan kehadiran budak-budak yang melawannya semalam. Nampaknya tidak serik-serik lagi datang bertentang mata dengannya. Dia tersenyum sinis mendengar bisikan-bisikan kuat yang bercampur.

  "Eh, dia bukan ke yang buat kehancuran dekat sini, semalam?"

  "Dia orang tak serik agaknya lepas kena belasah dengan pahlawan M.A.T.A."

  "Oh, jadi ini ke yang bom pentas ini semalam? Nampak lemah dan tua je." Analogman kelihatan tidak terasa hati apabila menangkap kutukan tidak bertapis dari Jet. Budak-budak...

   "Nampaknya tak ada orang balas ucapan selamat petang tu, jadi aku terus sahaja ke topik asal. Pernah ke kau jadi manusia? Betapa ramai yang terbunuh dan dipenjara, hanya kerana kami tiada kuasa macam kau orang semua." Riak wajah Analogman seakan menahan marah semasa perbicaraanya.

  "Disebabkan suatu kesilapan, kau orang merasai tiada nilai kemanusiaan sebagai hukuman."

   Mika merasa bengang mendengarnya. "Sekurang-kurangnya, kami tak lemah dan depresi macam kaum kau orang! Manusia ini hanya tahu mengalah dan menangis je!" Sempat Chris menarik Mika, menyuruh menenangkan diri. Ganas betul perempuan ini.

   "Eh, rasanya kau tak ada di sini semalam." Analogman mengarahkan tongkatnya ke arah Mika. "Kalau kau terlupa, mari aku ingatkan pada kamu semua tentang hal semalam... manusia yang kau selalu pandang rendah selama ini yang membuatkan pertumpahan darah di sini."

   "Cyberhumanlah yang sebenarnya paling lem..." Analogman berhenti berkata saat Mika meluru ke arahnya bersama sebuah penumbuk. Laju konconya di sebelah membaling kapak, membelah kaki mekanikel Mika.

   "Mika!" Ali tergerak kaki satu langkah melihat Mika jatuh tersembam ke tanah. Namun, langkah Chris dan Roza mendahului Ali untuk menarik Mika dari situ.

   Kapak yang dilemparkan tadi kembali pada tangan pemiliknya semula. Fuh, pakai niat sahaja ambil barang. Analogman berdecit kasar. "Tch, budak-budak menyusahkan..."

  "Kapak dia ada unsur kuasa?" Otak Neuro Alicia menganalisis berdasarkan apa yang dilihatnya. Walau begitu, dia sendiri terkejut. "Nampaknya... dia ini bukan manusia biasa."

   Selalunya yang tentera setiap mukasurat buku teks, manusia ini golongan yang tamak dan lemah. Malah, emosi mereka senang dimanipulasikan. Namun, ini lain dari apa yang dia sering pelajari.

   Ali mengumpulkan keberanian untuk bertanya. "Apa yang kau nak, ha? Tak cukup lagi ke apa yang kau dah buat semalam?"

  "Oh, kau lagi. Nampaknya kau masih lemah dan bodoh macam semalam." Cuma pandangan mengejek sahaja dilemparkan ke arah Ali. Nada Analogman berubah saat dia teringat sesuatu. "Ah, terima kasih ingatkan aku kepada topik asal aku."
  
   "Aku nakkan kau orang naikkan darjat manusia. Hanya disebabkan kau ada kuasa, bukan bermakna kami ini LEMAH." Tongkat Analogman diketuk kuat memukul kayu pentas. "Jadikan manusia raja... dan aku janji masa depan kerajaan Cyber akan menjadi cerah."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top