2 - Cyberhuman

C y b e r h u m a n
-------------------------
" Salah ke jadi manusia biasa? "  - Ali
.
.
.

[ P e t a  C y b e r h u m a n ]

.

"WEI, Ali! Kau balik ikut pasar, kan?"

   Ali menoleh ke belakang. "Err... Iya? Kenapa?"

   "Nak ikut!"

   Tercengang remaja itu. Pandangannya beralih ke sisi lelaki yang menegurnya tadi. Seorang remaja perempuan tersenyum lebar, teruja dengan kata-katanya tadi.

   "Maksud kau?"

   "Kami nak ikut awak pergi ke pasar, boleh?" Satu suara lembut membuatkan Ali sekali lagi berubah arah pandangan.

   "Eh... bukan kau orang selalunya terus balik rumah ke?" tanya Ali sambil menggaru sisi kepalanya. Selalunya mereka bertiga akan balik ke rumah mereka terus. Maklumlah, orang kota.

   Moon mencebik. "Alah, bukan selalu pun! Bosanlah! Lepas sekolah terus balik rumah! Kalau ikut kau, boleh pergi pasar! Kau mesti dah terbiasa, kan? Bolehlah tunjukkan tempat-tempat menarik kepada kami!"

   Khai dan Iman mengangguk kepala mereka, tanda bersetuju. Ali menghembus nafas, perlahan. "Iyalah. Aku pun, memang nak beli sesuatu."

   "Yeay!" Moon terus memeluk Iman. "Tak sabarnya! Hah, Iman! Kau bawa duit tak?" Becok mulut Moon berbicara. Belum keluar sekolah lagi, dah teruja lain macam. Kalau dah sampai depan pasar ni, rasanya mengalahkan ayam yang riuh sekampung!

   "Kenapa kau orang nak pergi pasar?" Ali yang berasa ingin tahu langsung tidak menyembunyikan perasaannya. "Aku peliklah. Kau orang ni macam tak pernah pergi pasar langsung." Buat kali kedua, Ali berterus-terang dengan tiga sekawan itu.

   Khai tersengih dan Moon tersengih manakala Iman hanya tersenyum mendengar kata-kata Ali.

   "Bukan tak pernah pergi. Lama tak pergi! Kali terakhir aku pergi pun, masa aku kecil dulu. Umur aku enam tahun kot masa tu! Manalah aku ingat," jawab Khai. Matanya memandang ke arah kiri dan kanan apabila tiba di pintu pagar sekolah. "Kalau bukan Moon yang ajak, rasanya bertahun lagi kot barulah aku jejak pasar tu."

   "Betul tu. Aku ni dah lama sangat nak pergi pasar. Cuma, mak aku tak bagi." Suara Moon berubah menjadi sedih. Satu saat kemudian, wajahnya kembali ceria. "Tapi, sekarang kau kan ada!"

   Ali mengerutkan dahi. "Kenapa tak pergi sendiri je?" Kali ini wajah Iman dicari, meminta penjelasan.

   "Kami kan perempuan. Tak manis keluar sendirian tanpa keluarga. Keluarga kami pula sibuk. Kali ini kami dapat keluar pun, sebab ada Khai," jelas Iman. Moon yang sudah jauh ke depan dipandang. "Ini pun hampir tiga hari kami pujuk keluarga kami, lagi-lagi ibu Moon."

   "Uish, tegas juga eh keluarga kau orang ni." Ali sendiri berasa gerun. Tidak dapat dibayang bagaimana rasanya jika keluarganya begitu. Terus teringat dia kepada seorang lelaki yang bergelar ayah itu. "Ayah aku, tak adalah tegas mana. Dia bagi  aku buat apa yang aku nak, asalkan bukan benda yang pelik-pelik."

   Moon terus menoleh ke belakang apabila mendengar kata-kata Ali. Kakinya laju melangkah ke arah remaja itu lalu, "Seronoknya kau! Kalaulah keluarga aku pun macam tu."

   Khai menggeleng. "Ish, tak baiklah kau cakap macam tu, Moon. Keluarga kau cuma risaukan kau je."

   Ali bersetuju. Dia memandang ke hadapan. "Kita dah nak sampai. Kau orang nak beli apa?"

   "Makanan!" Moon terjerit kuat. Pandangan asing orang ramai dibiarkan sahaja. "Ali, Ali. Jomlah beli makanan dulu!"

   Khai, Iman dan si penunjuk jalan tidak berbayar, Ali, hanya pasrah mengekori remaja perempuan itu.  Akhirnya, satu jam dihabiskan dengan memburu makanan.

   Tepat jam tiga petang, mereka berempat terduduk di atas sebuah bangku berdekatan pentas yang berada di tengah-tengah pasar. Masing-masing memegang sebungkus dua plastik berisi makanan. Tidak kurang juga dengan secawan air sirap limau yang berais.

   "Eh, poster apa ni?" Ali menundukkan tubuhnya, mengutip sesuatu yang berada di atas lantai. Khai yang berada di sisinya turut mengintai sama, apa yang tertulis pada poster itu.

   "Oh, ini kan poster pertandingan kuasa tu. Kau nak sertai ke, Ali?" tanya Khai. Pertanyaannya menarik perhatian Moon dan Iman yang sibuk mengunyah makanan.

   "Erm... aku..." Ali berkira-kira, mahu jujur atau tidak. Selepas menarik nafas dalam-dalam, dia membuat keputusan mahu mendedahkan kenyataan sebenar kepada rakan-rakannya itu. "Aku tak boleh masuklah. Ayah aku tak bagi sebab aku ni ma..."

   "Perhatian! Perhatian!"

   Kata-kata Ali terpotong oleh suara lantang itu. Semua orang memandang ke arah pentas besar di perhimpunan antara pasar itu. Kelihatan seorang lelaki tua yang memegang tongkatnya di situ.

   Ada yang mula berbisik, mengatakan lelaki tua itu mengalami masalah mental. Ada yang meninggalkan tempat itu seolah-olah apa yang akan berlaku bukanlah satu masalah bagi mereka. Namun, kebanyakan mereka mula menumpukan perhatian, mahu mendengar apa yang bakal lelaki tua itu ucapkan.

   "Sudah puluhan tahun aku hidup di bandar Cyberhuman." Lelaki tua itu mula berbicara. Dahinya berkerut, menunjukkan ada sesuatu yang dia tidak suka. "Sejarah antara dua bangsa sudah lama aku kaji. Tetapi, aku masih tak faham. Kenapa..."

   Orang awam tertanya-tanya, apa yang cuba dilakukan lelaki tua itu apabila dia menyeluk tangannya ke dalam kot yang disarung pada tubuhnya.

   "...kenapa cyberhuman terlalu kejam terhadap bangsa manusia! Dekad demi dekad, apa yang aku lihat tetap kekejaman! Kau orang semua tindas bangsa manusia! Hanya kerana kesilapan seorang raja, seluruh bangsa kau jatuhkan hukuman? Di mana keadilan yang selama ini kau orang tegakkan!" Lelaki tua itu lantang bersuara. Tongkatnya diketuk kuat menandakan dia sedang marah.

   "Aku sangka dengan kebijakan yang kau orang ada, kau orang mampu bebaskan diri daripada fikiran kolot tentang manusia. Ternyata aku salah! Kau orang langsung tidak berubah. Sekolah dan akademi mula mengajar bangsa kau orang betapa buruknya bangsa kami... sedangkan kau orang sendiri tidak sedar betapa teruknya bangsa cyberhuman yang kau orang agungkan." Lelaki tua itu mendengus. Dia mengeluarkan tangannya lalu diangkat ke udara.

   "Tak... Tak... Tak..."

   Beberapa biji bola kecil melantun di atas lantai. Orang awam yang berdekatan dengan bebola itu menapak ke belakang. Masing-masing dapat merasakan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku.

   "Aku mahu kau orang sedar! Sekarang, rasakan apa yang bangsa aku rasa!"

   BOOOMM!

   "ARGHH!"

   Darah mula memercik ke merata tempat. Ali, Khai, Iman dan Moon yang asyik mengunyah makanan terus berdiri. Bungkusan di tangan terjatuh ke atas tanah.

   "Lari!"

   BOOOOOM!

   BOOOOM!

   Mayat bergelimpangan di sana sini. Semua yang berdekatan perhimpunan panik mengambil langkah. Seorang kanak-kanak kecil terdiam kaku. Dia membeku di tempat dia berdiri. Langkah lelaki tua itu terhenti di hadapannya. Sebiji bebola kecil yang menjadi punca letupan tadi dihalakan ke wajah si kecil itu.

   "Selamat malam, budak." Lelaki tua itu tersenyum.

   Gedebuk!

   "Aduh!" Lelaki tua itu tersembam ke atas tanah. Dia mengusap pinggangnya yang terasa sakit. Matanya mencerlung memandang si pelaku. "Huh, budak-budak cyberhuman memang langsung tak pandai nak hormat orang tua!"

   Tongkatnya dicapai. Dia berdiri dan sekali lagi mengeluarkan bebola kecil. Kelakuannya terhenti apabila budak lelaki yang menolaknya menjerit kuat.

   "Ke... Kenapa atuk nak bunuh Cyberhuman!" Dia memekik kuat. Budak kecil yang nyaris dibunuh tadi dipeluk erat. Tangisan si kecil itu pecah dalam pelukannya. Tubuhnya turut menggigil ketakutan, namun dia perlu memastikan budak kecil itu selamat.

   "Huh! Kau pun Cyberhuman?" Lelaki tua itu mencekik leher Danish, budak lelaki tadi. Tubuh Danish yang masih kecil itu terangkat sedikit, membuatkan dia sesak nafas. Air mata mula bertakung. Danish takut.

   "Lepaskan Danish!" Sekali lagi lelaki tua itu dirempuh kuat. Kali ini dia tercampak jauh sedikit kerana yang merempuhnya itu seorang remaja lelaki. Mata Ali terbuntang melihat gerangan yang menentang lelaki tua itu.

   "Danish bukan Cyberhuman! Danish manusia!" Viktor yang tiba-tiba muncul lantas memeluk Danish. Si kecil tadi turut dibawa ke dalam pelukan.

   "Huh, kau pun?"

   "A... Abang Viktor manusia! Ja... Jangan cederakan kami! Jangan cederakan cyberhuman juga!" Danish menjerit, biarpun dia masih ketakutan.

   Lelaki tua itu mendengus. "Kalau kau manusia, sepatutnya kau sokong aku! Bukan mereka yang kotor tu!" Bom dicampak ke udara.

   Danish dan Viktor merasakan nafas mereka terhenti. Mata mereka terkunci pada bebola kecil yang seakan-akan terapung di udara itu.

   Mungkin, itu kali terakhir untuk mereka terus berada di dunia itu.

   Atau... sebaliknya.

   Ali menyeluk poketnya, mengambil yoyonya. Kakinya sudah digerakkan laju, menuju ke satu perubahan besar yang dia bakal lakukan.

   "Ali!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top