16 - Cyberhuman

C y b e r h u m a n
-------------------------
"Hanya kau sahaja yang dapat ubah masa depan manusia." - Viktor
.
.
.

[ P e t a C y b e r h u m a n ]
.

"APA KAU NAK DENGAN IRIS, HA?"

Wajah Ali yang putih bersih itu bertukar merah padam. Nafasnya tidak teratur dek laungannya tadi. Dia mengepal penumbuk lalu dihala ke arah hadapannya.

"Kau fikir aku buta, aku tak tahu ke!" Ali menyambung. Yoyonya dipusing beberapa kali sebelum dilambung sekali lagi.

Niki segera bangun dan cuba melepaskan diri. Tetapi percubaan kali keduanya itu gagal lagi dek kerana seekor kucing kelabu yang menerkamnya.

"Tsk!" Niki mendesis sakit. Darah yang mengalir pada pipinya disentuh perlahan. "Kucing punya kucing." Niki menjeling Comot yang kembali ke sisi Ali. 'Renungan' Ali membuatkan Niki berasa seram sejuk. Dia tanpa sedar menggosok lengannya.

"Ah!" Niki terbongkok semula. Dia menggigit bibir, cuba menahan daripada mengeluarkan bunyi sakit sekali lagi. 'Belakang aku mesti lebam ni,' desisnya di dalam hati.

"Hei, jawablah soalan aku!" Yoyo Ali dililit pada kaki Niki lalu ditarik kuat. Niki terbaring sekali lagi. Ali dengan pantas mencekik Niki dengan 'renungan kosong'nya. "Jawab."

"Ergh! Erghhh!" Niki mula meronta. Bukannya dia lemah, tetapi remaja lelaki itu yang tiba-tiba seperti mendapat kekuatan! Wajah Niki mula pucat. Tangannya menarik dan menolak Ali agar dia dilepaskan.

Kakinya lantas melutut perut Ali membuatkan remaja lelaki itu terduduk ke belakang. Niki mengambil kesempatan itu dengan memanjat balkoni lalu bersedia untuk melompat. Namun satu suara menyebabkan perbuatannya terhenti.

"Apa jadi ni!" Puan Ong tiba-tiba muncul dengan kerutan di dahi dan senduk di tangan. Tangannya yang lagi satu dicekak pada pinggang, gaya mak-mak yang sibuk di dapur tetapi terpaksa pergi ke ruang pergaduhan anak-anak.

"Hah, gaduh ke?" Danish pula menyelit di sisi wanita itu. Kepalanya menjenguk ke arah hadapan. Di tepi mulutnya masih ada sisa serbuk kerepek yang dimakan. Keningnya dijungkit, "Niki dengan abang Ali, dah kenapa? Orang senyap, kau orang bergaduh pula. Aunty rotan baru tahu." Senyap-senyap Danish hulur sebatang rotan kepada Puan Ong.

Niki menjeling budak lelaki itu. "Eh, ikut suka aku lah." Nafas dihembus perlahan. "Tak ada apalah, aunty." Senyuman pahit diukir. Pipinya yang terasa pedih disentuh lagi. "Tsk!"

Puan Ong menggeleng kepalanya. Rotan yang Danish hulur diambil lalu dia menyambung ayatnya. "Haiya, bergaduh pun janganlah sampai bertumbuk. Kan dah berdarah tu." Puan Ong menarik tangan Niki supaya dia turun daripada balkoni lalu dibawa masuk ke dalam rumah. "Luka kamu tu perlu dirawat. Ali pula, pergilah mandi lagi. Habis comot badan kamu tu," tegur wanita itu.

Ali merenung lama figura dua wanita itu. Dia yang tadinya tegang terus menenangkan diri. "Baik, aunty." Akur sahajalah, dia hanya tetamu. Langkahnya lemah sahaja kembali ke bilik Viktor. Danish dan Comot mengekori remaja lelaki itu.

"Niki tu... memang pelik dan ganas sikit. Nanti abang bincanglah dengan dia. Mungkin dia...ada sebab. Niki yang Danish kenal tak merepek tanpa sebab." Dengan berhati-hati Danish memberi nasihat. Wajah Ali dilihat sepintas lalu. "Abang okay ke?"

Ali mengangguk sahaja. "Jumpa sekejap lagilah, Danish. Abang nak mandi lagi." Ali kemudiannya menghilangkan diri ke dalam bilik Viktor. Danish menjungkit bahu. Bukan hal dia pun, kalau tersalah kata nanti niaya dia. Baik diam sahaja. Langkah kakinya terus dibawa ke tingkat bawah semula.

Hampir tiga puluh minit kemudian, barulah Ali muncul semula di ruang tamu. Pandangannya tajam menjeling Niki. Comot yang terbang di sisinya turut membuat bunyi sedikit, tanda amaran buat Niki.

"Makan dululah. Kalau mahu bergaduh, lepas makan. Kalau bergaduh sekarang..." Puan Ong mengeluarkan rotan tadi. Senyumannya bertukar menakutkan. "Seorang dapat satu." Dia menggelengkan kepala melihat reaksi remaja lelaki dan perempuan dewasa itu. "Sambung pergaduhan kau orang sekejap lagi."

Niki dan Ali akur lagi. Yalah, kalau bergaduh, dapat makan rotan. Kau orang nak ke tanggung pedihnya? Danish kemudiannya turut ikut sama ke meja makan. Lauk yang dimasak Puan Ong semestinya menaikkan seleranya, lebih-lebih lagi Ali yang sudah lama tidak menjamah makanan panas.

Di meja makan, suasana sunyi sahaja. Niki langsung tidak bersuara, apatah lagi Ali. Comot pula setia di sisi Ali, sambil mengerjakan semangkuk makanan kucing. Ia masih dengan rupa berjaga-jaganya.

Usai makan, pinggan dibasuh dan meja dikemas. Beranilah kau tak kemas, sudahlah buat sepah dekat rumah orang! Niki dan Ali kembali ke ruang tamu. Puan Ong pula naik ke biliknya dan Danish melepak di bilik Viktor. Sempat Puan Ong sangkut rotannya di ruang tamu. Kini, tinggal mereka berdua sahaja, jika dikecualikan Comot.

"Ehem..." Niki berdehem sedikit. Matanya meliar memandang sekeliling. "Kau...anak Aliya?" Terus ke tujuannya tanpa belok-belok. Niki memejam matanya, menunggu jawapan daripada remaja lelaki itu.

"Mana kau kenal mama aku?" Ali bertanya keras.

Niki tiba-tiba kecut perut, entah mengapa. Dahinya dikejutkan sedikit sebelum dia membuka mulut. "Aku... em." Niki diam seketika. "Kawan mak kau." Niki kembali bersuara. Dia melihat wajah Ali, mahu mengetahui reaksi Ali.

"Mama tak pernah sebut tentang kau pun." Ali membalas laju. Dia menggenggam I.R.I.S. di tangan. Otaknya ligat mengenang tahun-tahun yang lalu. "Ayah pun tak ada kata apa-apa tentang perempuan bernama Niki."

"Memanglah. Aku dan Aliya... Kawan lama." Suara Niki berubah kekok. Dia menggaru pipinya yang tidak ditampal kapas. "Ayah kau pula, mana kenal aku. Aku dan Aliya terpisah sebelum Aliya jumpa ayah kau."

"Kawan lama?" Wajah Ali berubah sedikit. "Jadi... kenapa kau nak I.R.I.S.?" Benda berbentuk bulat itu dibawa ke atas meja. Ia tidak diletakkan, namun kekal digenggam. Risau Niki cuba mengambilnya lagi.

"Aku cuma nak pastikan yang benda tu, ciptaan Aliya. Aliya seorang perempuan yang genius, aku pasti Aliya mampu reka benda-benda macam ni." Niki teringat beberapa rekaan lalu milik Aliya. Dia kembali fokus kepada Ali. "Jadi, kau anak Aliya, kan?" Niki meminta kepastian sekali lagi.

Ali menghembus nafas. "Lain kali tanyalah baik-baik. Tak adalah aku kena serang kau sampai macam ni." Dia diam. "Jadi uh, aku... em... Ali kena panggil Niki, mak cik?"

"Bam!"

Ternaik bahu Ali mendengar bunyi kuat itu. Mujur tak patah je meja kayu tu. Ali memandang Niki yang dia pasti berada di hadapannya.

"Mak cik..." Niki memejam mata dengan penumbuk yang sudah bersedia untuk dilayangkan. "Beranilah kau panggil aku mak cik, nanti aku tu..."

"Ehem..."

Niki dan Ali lantas menoleh ke arah tangga. Mereka dapat melihat wajah Puan Ong yang sedang tersenyum. Agak menakutkan ya. Terus mereka berdua diam dan buat-buat tidak tahu.

"Err, aku jumpa kau esok jelah. Aunty, Niki balik dulu ya. Terima kasih, maaflah susahkan dan buat sepah dekat rumah aunty." Niki tersenyum kekok. Selepas berbalas kata sedikit dengan Puan Ong, barulah Niki bergerak meninggalkan rumah pokok itu.

Ali yang ditinggalkan sendiri bersama Comot hanya merenung pintu rumah. "Heh, kawan mama..." Ali tergelak sedikit. "Tak sangka aku boleh terjumpa kawan mama di tengah-tengah hutan ni. Kan, Comot?" Belakang badan kucing itu dibelai kembut.

Ali mengangkat Comot lalu dibawa naik ke tingkat atas. "Sekarang ni, bila Viktor dah balik?" gumam remaja lelaki itu.

•||••||••||•

Niki mengetuk pintu rumah kayu di hadapannya itu. Apabila ia terbuka, barulah Niki melangkah masuk ke dalam. Bungkusan makanan yang dibawa dari rumah Puan Ong dihulur kepada seorang lelaki yang baru muncul.

"Apahal kau lambat, Niki? Merayap eh?" Lelaki itu tersenyum sinis. "Kita sibuk dekat sini, kau sibuk bersiar-siar entah ke mana."

"Tsk, aku ambil makanan daripada aunty lah. Nak harap kau orang? Kebuluran lah aku!" Niki membidas semula sambil menjeling lelaki itu. Dia terus melangkah laju lalu melabuhkan punggungnya di atas sebuah sofa.

"Eh, Niki! Kau dah balik!" Seorang lagi lelaki memunculkan diri dengan semangkuk buah di tangannya. Siap berapron lagi! "Bila kau balik?"

"Tahun lepas." Niki menjawab malas. "Kau apahal tanya macam aku ni baru balik bercuti? Aku pergi rumah aunty je pun. Bukannya jauh sangat." Dahinya yang berkerut-kerut itu bertambah kerutannya apabila mendengar jawapan balas lelaki kedua itu.

"Lah iya ke? Bukan kau keluar bergayut macam tarzan lagi? Yalah, kau dengan monyet pun dah macam keluarga, itu yang aku ingat kau jumpa ahli keluarga kandung kau tadi." Dengan selamba lelaki itu mengunyah buah selepas melontar kata-kata minta disepak itu

"Kau kan, Andik!" Niki pantas membuka kasutnya lalu dibaling ke muka lelaki bernama Andik itu. Setepek kena! Habis bercap muka lelaki itu, memang puaslah hati Niki! Surya, lelaki pertama tadi terus tergelak terbahak-bahak.

"Pak!"

Tawa Surya mati. Dia merenung sahaja kasut Niki yang sudah selamat mendarat pada mukanya. "Haih." Mengeluh jelah, "Kalau sambung gaduh, kita yang mampus, Andik oi. Baik diam biarkan si tarzan ni menang."

"Pakkk!"

....

Suasana kembali sunyi dan aman selepas sepuluh minit. Kini, Niki, Surya dan Andik berada di meja makan yang tidaklah terlalu besar dalam rumah kayu tempat mereka menjalankan kerja itu.

"Hah, kali ini aku tanya betul-betul. Apahal kau lambat?" Surya menoleh memandang Niki yang asyik menyumbat makanan ke dalam mulut. Kebulur lah tu.

"Awu... wawan..."

"Eeee, tak senonoh lah kau, Niki!" Plastik dicampak ke muka Niki. Andik membuat muka jijik. "Telanlah dulu baru cakap!"

Niki menjeling. Baki makanan di dalam mulutnya ditelan. Tangannya mencapai secawan gelas berisi air masak sebelum diteguk perlahan. "Hah... aku lawanlah tadi!"

Andik dan Surya lantas menoleh memandang Niki dengan wajah aneh. Mereka berdua berpandangan sebelum kembali melihat Niki, meminta penjelasan.

"Ah, aku jumpa anak kawan aku dulu. Sebiji ikut muka mak dia budak tu! Aku ternampak satu ciptaan ni, aku fikir tu mungkin ciptaan kawan aku jadi aku ambillah. Nak cek." Niki menggenggam sudu di dalam tangannya. "Tapi, aku tak sangka pula budak tu pandai lawan."

"Kenapa pula kau tak sangka?" Andik menyampuk.

"Budak tu tak boleh tengok. Dengar cerita sebab terlibat dalam sesuatu, macam tulah." Niki menyambung suapan makanan. Dia mengerutkan dahi lagi. "Lepas aku dah sedia nak cau tu, tiba-tiba tangan aku kena tarik. Sudahlah jatuh terlentang, mana tak sakit belakang aku! Dekat balkoni lagi tu, sempit!"

Andik dan Surya menggeleng kepala.

"Kau ni, tak kesian ke. Dah lah tu anak kawan kau. Dia ada masalah lagi tu. Boleh kau merompak dari dia? Sudahlah tu budak lagi. Kau tu dah jadi mak cik, tahu?" Andik membalas dengan nada sedikit marah.

"Itulah. Buatnya budak tu tak pandai lawan? Ataupun barang tu benda kenangan dia. Agak-agaklah." Surya turut mencelah sama. Tangannya dihempas sedikit ke atas meja. Sikit jelah, kuat-kuat nanti runtuh pula meja.

"Ish. Mana ada!" Niki memandang ke arah lain. Ada perasaan bersalah mula menyelinap ke dalam hatinya. Dia mengerutkan dahi. "Ha, iyalah iyalah. Esok aku minta maaf!"

"Minta maaf je tak cukup kalau tak ikhlas, mak cik oi!"

"Setuju, setuju!"

Niki mencebik. "Sibuk jelah monyet dua ekor ni."

Surya dan Andik terus ketawa. Bukan selalu boleh kenakan si Niki!

Niki membuat muka. "Kau dengan budak tu, sama je! Ada ke patut panggil aku mak cik? Aku muda lagi okay!"

Terletus tawa besar Surya dan Andik. Kalau tadi tahap bukit, kali ini persis gunung meletus! Sampai berair mata mereka berdua.

"Ma... mak cik?"

"Niki, sedarlah kau tu dah tua!"

"Ahahahahahaha!"

Niki terus bangun daripada duduknya. Beberapa barangan yang boleh dibaling terus Niki campak kepada mereka berdua.

"Naik tekanan darah aku kalau layan dua ekor ni!" Niki memekik kuat. "Dahlah, aku cau!"

Surya dan Andik buat tidak kisah. Lantak lah Niki, kami nak gelak dulu!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top