14 - Cyberhuman
C y b e r h u m a n
-------------------------
"Hanya kau sahaja yang dapat ubah masa depan manusia." - Viktor
.
.
.
[ P e t a C y b e r h u m a n ]
*Ada penambahan baru pada peta
.
"ALANG-ALANG kita dah dekat pasar ni, kita belikan baju untuk abang sekalilah." Danish yang turut mengunyah makanan bersuara, memandang Ali. Eh, bukannya Ali nampak dia pun. Pandangan beralih kepada Viktor. Keningnya dijungkit.
"Hmm... bolehlah. Baju aku pun bukannya muat untuk kau. Kau tu, pendek sangat. Dari dulu sampailah sekarang, pendek! Kau tak membesar ke, Ali?" Viktor mula membebel. Entah dari mana remaja lelaki itu mendapat skil untuk membebel persis mak-mak. Yang pasti, Danish agak penat mendengarnya.
"Sudah-sudahlah tu abang Viktor. Berdengung telinga Danish ni. Kalau sekali-sekala, terhiburlah juga. Ini hari-hari, macam mana telinga Danish tak terjatuh lagi pun Danish tak tahu," rungut budak lelaki itu.
Viktor berdecit. "Kau ni, banyak bunyi betullah. Abang bagitahu tok kau baru kau tahu," ugutnya. "Sudahlah orang suruh kutip barang, kau pergi merata pula. Mujur tak jauh. Kalau hilang, abang akan pastikan kau kena sebat."
Ternaik bahu Danish mendengarnya. Angin sejuk menyapa belakang leher. Peluh dingin pada dahi dilap perlahan. "Abang jangan bergurau macam ni, bang. Seram Danish."
"Kau fikir abang bergurau ke?" Viktor menghela nafas. "Sudahlah, layan Danish ni, esok pun belum tentu kita balik. Hah, Ali. Jomlah. Kita kena balik cepat. Risau nanti hari nak lewat. Takut ada binatang buas je dalam perjalanan kita nanti," kata Viktor, yang merujuk kepada binatang magis dan binatang mistik yang mendiami Hutan Sakti itu.
Meskipun mereka jarang menunjukkan diri, ianya tidak bermakna mereka boleh menjatuhkan pengawasan mereka. Cyberhuman sendiri memerlukan skuad untuk memburu binatang itu, apatah lagi mereka yang manusia ini.
"Em... sekarang dah petang ke?" Ali bertanya kekok. Kadangkala Ali tidak mampu untuk membezakan waktu. Kalau dia tahu pun, itu sebab bahang matahari dan waktu malam yang terasa dingin.
"Iya maa. Sudah petang. Kena cepat sikit. Binatang dalam hutan tu kebanyakannya aktif waktu malam. Kau tak pernah jumpa ka?" Viktor mengerutkan dahinya. Takkanlah empat tahun di dalam hutan, sekalipun Ali tidak terserempak? Pergi mana budak seorang ni?
"Err, entahlah. Aku mana tahu. Ada juga aku dengar bunyi-bunyi aneh, tapi selalunya aku dan Comot bersembunyi. Tak beranilah aku nak jenguk. Kalau aku tengok pun, bukannya aku nampak. Buat tambah masalah je nanti." Ali membalas selamba. Tangannya meraba perlahan matanya. Dia melepaskan keluhan berat.
"Banyak yang kau dah lalui ya, Comot. Aku harap lepas semua ni habis, hidup kau bahagia." Dia tersenyum lembut. Bulu kucing itu diusap perlahan.
"Kau ni...buat drama sedih pula. Orang dah pandang ni. Jomlah, cepat. Makin meleret pula drama dekat sini. Haih... hancur harapan aku." Viktor membuat muka sedih ala-ala lelaki yang sudah kehilangan segalanya. Walhal dia cuma kena marah sahaja nanti. Bukannya teruk sangat sampai kena halau kampung.
"Eh, ni beli baju. Kau ada duit ke? Aku sehelai sepinggang je." Ali tiba-tiba menahan langkah kaki lelaki berdua itu. Danish pula mengeluh.
"Kalau hari-hari Danish kena mengeluh macam ni, Danish yakin tak lama lagi Danish jadi pak cik." Budak lelaki itu menggumam perlahan. Dia menarik tangan Ali. "Abang Ali tak payah risaulah. Kos ditanggung abang Viktor yang 'kaya'. Kerja abang Ali hanyalah ikut dan akur sahaja."
Ali ternganga. "Kau kaya, Viktor!"
"Hehe... ini Viktor lah." Lelaki itu mengusap hidungnya tanda bangga. Kemudian dia tersedar. "Ish, banyak betul gangguan. Dah, cepat! Nanti terlupa pula."
"Baik..."
Sesudah mereka bertiga membeli-belah barang-barang keperluan Ali dan manusia yang tinggal di Hutan Sakti, mereka kembali semula ke titi yang menjadi penghubung dua 'alam' itu.
"Pasti ke semua dah cukup?" Viktor sekali lagi menyoal Danish. Karang dah sampai rumah, ada pula barang tertinggal. Mahunya diketuk kalau begitu!
"Saya pasti, kapten!" Danish menjawab kuat, cukup untuk mereka bertiga dengar.
"Jom masuk. Nanti orang nampak," kata Viktor. Dia memandang sekeliling. Tiada orang. Sejak kebakaran rumah Ali, tidak ramai yang datang ke kawasan titi itu. Biarlah, yang beruntung pun manusia juga. Mudah untuk mereka keluar masuk hutan.
"Em, jauh ke kau orang tinggal?" Ali memecah kesunyian perjalanan mereka. Tangannya menggenggam beberapa beg kertas berisi barang. "Aku hairan lah. Kalau kau orang tinggal dalam hutan ni, macam mana aku boleh tak terserempak eh?"
Viktor sekadar menjungkit bahu. "Manalah aku tahu. Kau yang jalan. Tapi dari tempat kita berjumpa tadi, tak adalah jauh mana," jawabnya.
"Oh..." Ali kembali diam. Otaknya ligat berfikir.
"Ha, abang Ali pernah nampak rumah pokok tak?" Danish pula bertanya, teruja. Dia dapat merasakan kepalanya dihempuk Viktor. Budak lelaki itu terus tersedar.
"Err, tak..." Ali menjawab kekok. Macam mana dia nak tengok rumah pokok kalau kehidupannya selama ini di bandaraya serba maju?
"Le... lepas ni abang dapat tinggal dalam rumah pokok sebenar!" Danish cuba menutup topik 'melihat'. Jelingan maut Viktor dapat dirasainya. "Maaf." Dia berbisik perlahan.
Langkah Ali terhenti. "Rumah pokok sebenar?"
Viktor mengangguk. "Iya. Kami tinggal di dalam rumah pokok. Lebih kurang macam gambar yang kau selalu tengok dulu."
Minda Ali terus memaparkan beberapa gambaran rumah pokok yang sering dilihatnya di Internet. Kepalanya terangguk-angguk. "Impian sekali seumur hidup ni."
Viktor dan Danish menggelengkan kepala melihat gelagat remaja lelaki itu. "Dah nak sampai. Pastikan kau lindungi kepala kau." Pesanan Viktor membuatkan Ali tertanya-tanya.
"Kenapa pula?"
Viktor dan Daniah diam sahaja. Beberapa minit kemudian, Ali dapat mendengar bunyi derapan langkah yang agak laju mendekati mereka. Baru sahaja dia mahu bertanya, satu bunyi yang agak kuat kedengaran.
"Pak!"
"Aduh, aduh! Sakitlah! Perlahanlah sikit!" Viktor mendesis kesakitan. Tangannya naik mengusap kepala yang dihempuk kuat. Dia menjeling tajam figura lelaki dewasa di hadapannya.
"Kau lambat." Lelaki itu menarik telinga Danish. "Kau pun." Riak wajah Danish yang sudah berubah itu langsung dia tidak endahkan. "Kau pergi beli barang ke buat barang?"
"Alah, maaflah, bang. Viktor lewat sebab jumpa kawan Viktor. Perkenalkan. Ini, Ali." Mahu melarikan diri daripada bebelan lelaki itu, Viktor pantas mengenalkan mereka berdua.
Lelaki itu mengalihkan pandangannya. "Dari mana kau jumpa budak ni?"
Viktor menggaru pipinya. "Dalam hutan..." Eh, terasa macam jumpa budak sesat pula. Tak pun tarzan. Erk!
Ali dapat merasakan yang lelaki asing itu berasa ragu-ragu dengannya. "Hai, bang. Nama saya Ali. Saya tinggal dalam Hutan Sakti selama empat tahun. Jangan risau, saya manusia."
Lelaki itu mengangguk. "Nama aku Ramli. Tu kucing kau ke?" Dia langsung tidak menegur Ali perihal anak matanya. Faham, ianya mungkin isu sensitif.
"Ha'ah. Nama kucing saya, Comot."
"Meow." Kucing berwarna kelabu itu mengiau sekali. Ia kembali ke pelukan Ali, tidak selesa dengan pandangan Ramli.
"Hah, sudah. Meh sini semua barang tu. Nanti aku dan bapa aku agihkan semua sama rata. Terima kasih untuk hari ni." Ramli yang bertubuh agak sasa itu dengan mudahnya mengangkat kesemua barang yang berada dalam tangan mereka. Sempat pula dia mengusik Viktor. "Balik cepat Ah Boy. Mama kau tunggu tu."
Viktor terus mencampak batu kerikil yang berada di kakinya. "Dasar abang Ramli!" omelnya geram. "Okay, jom. Jumpa esok, Danish!"
"Jumpa esok!"
Kini, tinggal Ali dan Viktor berdua. Jika dikecualikan Comot si kucing lah. Viktor menguap besar. "Aku mengantuklah. Jom, Ali. Kau mesti tak sabar nak tidur dalam rumah pokok kan? Jangan risau, terbaik punya!"
Ali tersengih. "Iyalah, Ah Boy."
Viktor mencebik. "Tak guna kau, Ali." Langkah mereka ke rumah pokok yang didiami keluarga Viktor diiringi tawa Ali dan amarah Viktor. Comot hanya mengiau. Iyalah, takkan Comot bercakap pula? Melompat dua orang itu nanti.
...
Nota Si Kacang
UWAAAAAAAA! Maaf, lambat sangat! Rys terlupa kewujudan seorang Ali sebab asyik kejar si Joyah (kucing) dekat kampung. Maaf ya, chapter ni pun serabai 😩
Apa-apa pun, pada yang nak bersekolah tu, dah sedia ke dengan buku atas meja? //menangis//
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top