13 - Cyberhuman

C y b e r h u m a n
-------------------------
"Hanya kau sahaja yang dapat ubah masa depan manusia." - Viktor
.
.
.


[ P e t a  C y b e r h u m a n ]


.

SISA roti yang selesai dikunyah ditelan perlahan-lahan. Air matanya turun seiring dengan setiap mamahannya. Ali yang duduk di antara Viktor dan Danish diperhati risau oleh dua manusia itu.

   "Abang Ali okey tak?" Danish bertanya polos. Yalah, tiba-tiba menangis semasa makan. Terdiam juga dia dibuatnya.

   Ali menyengguk laju. Kepalanya diangkat sedikit demi sedikit. "Terima kasih kau orang. Maaflah sebab nangis tadi." Pipinya yang basah itu dikesat perlahan.

   "Tak adalah. Makanlah. Asalkan kau tak keracunan makanan sudahlah." Viktor menyedut nafas lega. Dia berdiri menyandar pada batang pokok itu.

   "Meow." Comot memanjat riba Ali, mungkin kucing itu sendiri juga lapar. Meleleh air liur kucing itu melihat roti di tangan Ali.

   "Kau pun lapar ke Comot? Kejap en..." Ali mencubit rotinya lalu diletakkan di atas ribanya. Comot terus menjamah roti itu. Nampaknya kelaparannya dua kali lima sama dengan Ali.

   "Sedap ke, Comot?"

   "Meow!"

   Dari jauh, kelihatan tiga budak perempuan dan seorang lelaki berjalan berdua-dua di dalam kerumun penjalan pasar itu. Cumanya hanya perempuan berambut pendek itu berjalan ke mendahului mereka.

   "Dah 4 tahun kita cari Ali, tapi tak jumpa-jumpa pun." Moon mengeluh berat sambil tangannya diregangkan dari belakang.

   Khai menoleh ke belakang. "Daripada kita duduk goyang kaki je, baik kita usahakan sesuatu, kan?" Batu pasir itu disepak beberapa kali. "Lagipun... kalau kita tak cari, siapa lagi nak cari dia?"

   Iman mengetap bibirnya. "Erm, tak apa ke kalau kita masuk hutan Sakti senyap-senyap?" Moon pantas menampar perlahan bahu Iman, meminta Iman untuk memperlahankan soalannya.

   "Selagi kita tak bagitahu orang, semuanya akan okey je." Alicia di hadapan sekali membalas. Matanya meliar memerhati kawasan pasar itu. Lama juga dia tidak menjejak kaki ke sini sejak...

   Kawasan perhimpunan itu dipandang.

   Ya, sejak kejadian itu.

   "Oh, okey." Iman hanya akur sahaja.

   Mereka berempat di situ berhenti seketika. Seolah terkena sumpahan... semuanya memandang ke arah perhimpunan yang menjadi peristiwa bersejarah yang tercatit pada setiap jiwa Cyberhuman.

   Renungan itu terhenti tatkala Alicia menyambung langkahnya diikuti Khai. Iman yang ingin mara ke hadapan berpaling ke arah Moon yang masih terkaku. "Moon, sini!"

   "Oh, okey!" Moon lekas bergerak mengekori kawannya. Tidak semena-mena fikiran Moon membuahkan satu pertanyaan saat melihat tubuh Alicia dari belakang.  "Alicia, kenapa kau nak ikut kita orang cari Ali, en?"

   Mata Alicia yang redup membulat mendadak. Angin yang datang  entah dari mana meniup rambut penjalan kaki di situ. Alicia membetulkan rambutnya, kekok. "Kenapa kamu tanya?"

   "Tak adalah. Saja je tanya. Selama ini kita orang tengok kau ni pendiam je." Moon turut memperbaiki rambutnya. "Tiba-tiba bila kita orang nak cari Ali, kau pun nak ikut serta. Padahal sebelum ni kau tak rapat mana pun dengan Ali."

   Khai dan Iman memandang wajah Moon serentak. Selamba betul tanya Alicia macam itu. Siap betulkan rambut lagi!

   Alicia memusingkan kepalanya ke belakang. "Anggap sahajalah aku ada terhutang budi dengan dia." Alicia membiarkan mereka bertiga terpinga-pinga dengan jawapan yang diberikan.

   Alicia mengigit bawah bibirnya. Seluarnya dinaikkan sedikit. Jelas ada kaki besi yang menampung separuh pergerakannya.  Mustahil dia hendak ceritakan peristiwa yang menghantui hidupnya.

   "Alicia, walau papa dah larang kamu masuk perkhemahan ni, kamu masih masuk juga?"

   Alicia teragak-agak untuk melihat biasan cermin itu. Dia tahu pasti ayahnya akan menelefonnya melalui cermin poket ini. Namun, walau sebanyak mana dia tahu, ianya tidak dapat mengatasi ketakutannya pada ayahnya sendiri.

  "Apa kamu nak jadi ni, Al..."

   "Tapi papa..." Alicia merasa bengang. "Saya bukannya budak kecil lagi. Saya anak pahlawan Rama. Saya pun besar akan jadi pah..."

   "Siapa benarkan?"

   Alicia terkedu.

   "Ada ke pahlawan yang tak dengar kata ayah dia sendiri? Kamu masih mentah, Alicia. Fikir baik-baik. Jangan asyik nak ikut kata hati kamu je." Nafas berat dihelakan Rama. "Sejak kematian pahlawan Zinn..."

   Cermin itu jatuh ke bawah lalu retak seribu. Alicia tergamam akan tindakannya sendiri. Cepat-cepat dia mengutip cermin poketnya sebelum dimasukkan ke dalam kocek seluarnya.

   "Papa mesti marah aku lepas ini." Alicia mengatur langkah menuju ke kem perkhemahan semula. Kepalanya didongakkan memandang ke arah bulan yang bersinar terang.

   Lama dia tidak dikelilingi suasana yang terang sebegini.

   Mata dia terdorong ke arah anak sungai di sebelahnya. Entah mengapa arunan sungai itu nampak pelik sahaja di hadapan matanya. Eh, tidak silap... Roza ada kata...

   "Eh, orang kata... dekat sungai perkhemahan kita nanti, ada satu roh namanya Wata. Wata ini katanya dia makan cyberhuman."

   "Tapi jangan risaulah. Dia cuma muncul waktu malam sahaja. Heh, cerita tu  pun dah 50 tahun lamanya."

   Alicia menggelengkan kepalanya, laju, cuba mengeluarkan ayat Roza dari kepalanya. "Ah, semuanya merepek je tu!"
  
    Alicia mempercepatkan langkahnya. Ah, rasa tidak sedap hati pula dadanya. Tanpa disedari, beberapa haiwan laju menyorok ke dalam rumah mereka semula. Malah, haiwan yang sepatutnya berkeliaran ketika langit gelap juga mula menyembunyikan diri.

   Seakan-akan takut pada sesuatu.

   "Kau mahu lari ke mana, Cyberhuman?" Kaki Alicia seakan tidak mampu lagi mengorak ke hadapan. Air sungai tadi menaik ke atas, membentuk manusia jantan separuh ikan dalam bentuk cecair.

   Lebih mengerikan, air sungai itu sendiri bertukar menjadi warna hitam.

  Alicia berdetik panik. 'Kenapa aku tak boleh bergerak ni?'

  "Tak sangka ada makhluk jijik sanggup datang ke sini. Tak apalah, bertambahlah lauk aku malam ni." Tidak sempat roh itu membelah Alicia kepada dua, Alicia sudah dapat mengangkat kakinya.

   Tanpa melengahkan masa, cepat-cepat Alicia melancarkan bebola magnet ke atas roh itu. Roh itu tertawa sinis apabila bebola itu menembusi tubuhnya yang berair itu.

   "Hahaha, kau ni bodoh ke apa? Kuasa kau itu tak berkesan pun pada..." Wata terdiam melihat gadis itu melarikan diri. "Macam ku agak."

   'Aku kena cepat sampai kat tapak perkhemahan tu. Atau lagi tepat, jauh dari air." Alicia merencanakan ideanya di dalam kepalanya. Namun, serentak dia memandang ke belakang, kakinya telah ditarik oleh roh itu.

   Wata menghadapkan Alicia memandang tepat matanya. "Kalau nak salahkan sesiapa atas kematian kau, salahkan orang-orang kau 50 tahun yang lalu!"

   Dada Alicia berombak laju. Dia cuba menolak-nolak jari Wata yang menggengam tubuhnya akan tetapi yang dia hanya pegang adalah air sahaja. Ergh, tak guna! Tak akan dia akan mati dekat sini?

  "Argh!" Alicia berteriak kesakitan tatkala kaki kirinya ditarik sehingga putus oleh roh itu. Darahnya meluncur jatuh bercampur air sungai di situ.

   "Sekarang menangislah! Oh, lupa. Kau tak boleh menangis, kan?" Wata mengukir senyum mengejek. Dia membuka mulut seluasnya sehingga menampakkan beratus gigi taringnya.

   Permandangan Alicia sudah samar-samar gelap. Dia rasa lelah untuk menjerit. Apatah lagi mahu melawan.

   Heh, kalau manusia di dalam situasinya... pasti akan menangis kesakitan, bukan? Tetapi dia tak boleh...

   "Hiyargh!" Objek berbentuk bulat muncul tiba-tiba di antara Alicia dan roh itu. Sesaat kemudian, mereka berdua tertolak antara satu sama lain gara-gara gelombang yoyo itu.

   Alicia tergolek beberapa kali ke tepi. Bibir Alicia sampai berdarah digigitnya kerana menahan rasa pedih pada pinggang kirinya. Kelopak matanya dibuka perlahan-lahan.

   "A... li?"

   Roh di hadapan Ali sudah menenggelamkan dirinya sendiri. Walaupun begitu, ada suatu perkara yang tertulis pada wajah roh itu ketika berkata kepada Ali.

   Yang pastinya, roh itu bukan menunjukkan riak yang marah atas lauknya diculik. Tetapi, emosi yang kecewa dan... sedih?

   Ali pantas menuju ke arah Alicia. Jelas nadanya panik melihat keadaan Alicia. "Kita kena bawa kau pergi hospital ini. Cepat, Comot!"

    Kenapa...

   "Kenapa kamu selamatkan Cyberhuman?"

  ... kenapa roh itu kata begitu?

      

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top