1 - Cyberhuman
C y b e r h u m a n
-------------------------
" Salah ke jadi manusia biasa? " - Ali
.
.
.
"TIIIT..." Pintu kayu itu terbuka apabila menerima cap jari Ali. Canggih betul rumah Ali. Maklumlah, ayahnya memegang jawatan penting dalam membangunkan kerajaan Cyberhuman ini. Bahkan kerajaan ini mencapai kemajuannya sendiri berbanding kerajaan fantasi yang lain.
"Ali dah balik." Kerana terlalu kalut, Ali tersepak bongkah lantainya sendiri. Cepat-cepat Comot yang sedang berehat mengeluarkan kepaknya dan menahan Ali daripada terjatuh. "Meow!"
Ali menahan tangannya pada dinding lantas kembali berdiri ke posisi asal semula. "Hehehe, sorry Comot." Ali tersenyum senget seraya tangannya menutup pintu.
Comot memandang ke arah bungkusan di tangan Ali sambil terbang mengelilingi Ali. Tuan dia beli makanan ke?
Ali menarik ke atas plastik itu saat Comot cuba mengambilnya. "Eh, tak boleh. Ini untuk ayah." Ali mencabut seliparnya, barulah dia masuk ke dalam. "Nanti aku bagi kau makanan, ya?"
'Ayah mesti tengah buat kerja,' duga hati Ali. Tepat sangkaannya, bertimbun-timbun kertas di atas meja ayahnya. Ali menyapa ayahnya. "Ayah buat kerja ke? Tadi Ali beli air dekat pasar ini. Takut-takut ayah nak ke..."
"Terima kasih. Tak apalah, letak sahaja kat situ." Ghazali menyuruh Ali tanpa memandang wajah anaknya. Tangannya sibuk menari pada kertas ajaib itu. Tidak perlu tulis pakai bulu pelepah, hanya gerakkan jari pada kertas sahaja.
Ali hanya akur meletakkan bungkusan itu di atas laci berdekatan meja ayahnya. Dia tidaklah terasa hati sangat memandangkan esok ayahnya kena menghadap raja. Namun, itu bukan tujuan utama dia masuk ke dalam bilik ayahnya.
"Ayah." Sehelai kertas ditunjukkan di hadapan Ghazali. Ali teruja bersuara. "Ayah, boleh tak Ali masuk pertandingan ini? Pertandingan uji kekuatan, sekolah yang buat. Ali kan Tekno, jadi mesti dapatlah menang hadiah ini." Ali menunjukkan beberapa kali ke arah tulisan berkenaan hadiah kepada ayahnya.
Tidak semena-mena, kertas itu dirampas oleh Ghazali. Ghazali menoleh ke arah anaknya, tajam. "Lupakan sahaja Ali. Masuk pertandingan ini, bukannya ada faedah pun." Ghazali menyimpan kertas itu di dalam laci.
Mata Ali membulat melihat tindakan ayahnya. "Kenapa pula? Pertandingan ini sekali dalam enam tahun kot. Lagipun boleh dapat empat ribu lebih wang emas kot!" Ali cuba menyakinkan ayahnya
Comot merangkak masuk ke dalam bilik Ghazali. Kenapa dia tak terbang? Mungkin sebab kucing itu rasa penat kot. Ali ini... kata nak bubuh makanan, ini sembang lagi kenapa?
"Ali, ayah kata tak boleh. Maknanya tak bolehlah. Kalau Ali masuk pun, Ali yakin ke Ali akan menang?" Ghazali memusingkan tubuh ke arah kertasnya semula. "Daripada kamu masuk, baik kamu betulkan prestasi kamu dulu."
Ali tidak mampu menahan perasaannya. "Tapi ini sekali sahaja. Selalu kalau ada pertandingan lain, mesti ayah tak bagi masuk. Apa gunanya kuasa Iris yang Ali ada kalau Ali tak gunakan?"
Ghazali sedaya-upaya tetap mengunci mulutnya. Dia tidak boleh beritahu Ali tentang rahsia itu. Dia mengeluh kecil. "Ali akan faham bila Ali dah besar nanti. Sudahlah, jangan kacau ayah. Ayah nak buat sambung tulis laporan pada tuanku ini."
"Tapi... Ali dah tahun terakhir pun, ayah. Sampai bila lagi?" Ali memandang kecewa ke arah ayahnya. Dia mengetap bibir, membuat keputusan tekad. "Ali akan buktikan yang Ali akan dapat hadiah itu."
Mata Ghazali terbeliak melihat Ali ingin memcabut cermin matanya. Cepat-cepat dia bangun dan menangkap tangan Ali. "Jangan pernah cabut cermin mata itu!"
Ali tersentak melihat tindakan Ghazali. Terangkat sedikit bahunya. Walhal dia membetulkan cermin matanya sahaja. "Ali betulkan spek mata sahaja." Perlahan nadanya.
"Maaf." Ghazali melepaskan tangan Ali lalu melabuhkan punggung ke kerusinya. Dia mengurut perlahan pelipis matanya. "Tetapi jangan pernah sesekali masuk pertandingan itu."
"Sorry, ayah. Tapi Ali tetap akan masuk juga." Ali tetap dengan keputusannya. Dia bercadang untuk beredar tinggalkan bilik ayahnya memandangkan ayahnya bertegas tidak membenarkan. Bahkan lain dari apa yang dia harapkan.
"Ayah tak akan benarkan! Lagipun Ali manusia. Manusia tak akan menang kalau lawan dengan Cyberhuman tu!"
Di luar, Bakar sudah teruja dengan bungkusan plastik di kedua belah tangannya. Fikirnya, Ali tinggal seorang diri di rumah... bolehlah dia lepak dengan anak buahnya. Kebetulan pintu tidak berkunci, selamba sahaja dia masuk.
"Apa maksud ayah yang kita... manusia?"
"Hey, Ali! Uncle bawa makanaaaa..." Terpinga-pinga Bakar melihat wajah tegang Ghazali dan air muka Ali yang keliru. Rasanya dia sudah tersalah masuk. Eh, betullah ini rumah anak buahnya.
"Uncle, betul ke mama dulu Tekno?" Ali memandang wajah Bakar meminta jawapan. Bakar yang mengangkat bungkusan plastiknya, perlahan-lahan dia membawa tangannya ke sisi.
Ghazali memberi isyarat bahawa Ali sudah mengetahui segalanya. Bakar kemudian beralih ke arah Ali yang masih menunggu mulutnya dibuka. "Tak, mama kau bukan Tekno, dia... manusia."
Ali menidakkan apa yang didengarinya. "Uncle gurau, kan? Jadi uncle pun manusia juga ke?"
Bakar memegang kedua belah bahu Ali. "Uncle tak tipu, Ali. Dan uncle tetap cyberhuman Kombat. Mak kau dengan uncle adik beradik sebapa. Ayah uncle manusia yang kahwin dengan mak kepada mak kau yang merupakan manusia juga."
"Tapi nenek kau meninggal dunia diserang pengganas. Dan ayah uncle kahwin dengan mak uncle. Mak uncle, Kombat... jadi sebab itulah uncle Kombat."
"Jadi ayah pun manusia juga ke?" Lambat-lambat Ghazali terpaksa anggukan pertanyaan Ali. Ghazali memohon maaf kepada Ali. "Ayah minta maaf sebab rahsiakan kepada kamu. Ayah tak nak Ali sama nasib dengan mama."
Ali mula mengeksyaki sesuatu. "Jadi mama tak meninggal sebab sakit?"
"Mama meninggal dekat pusat rawatan sebab diserang pengganas. Pengganas itu pun mencari manusia, jadi dia tamatkan nyawa mama." Ghazali menghembuskan nafas berat. Kelopak matanya juga sudah menanggung air mata memikirkan nasib isterinya. "Sebab itulah ayah palsukan identiti ayah jadi Neuro dan kamu Tekno."
"Semuanya untuk keselamatan kamu, Ali."
" So... sorry. Ali tak akan masuk pertandingan tu." Lidah Ali terkaku selepas itu, langsung tidak mengucapkan apa. Rasa terkilan? Rasa kecewa? Dia sendiri tidak dapat memproses maklumat yang diterimanya.
Comot sudah memegang kaki Ghazali, risau hati kucing itu. "Meow?"
"Uncle pun sebenarnya ada kerja. Makanan uncle letak dekat tikar, ya? Biarkan ayah kau bersendirian." Bakar menyuruh Ali memberi Ghazali masa untuk menenangkan diri. Lagipun sejak kematian Aliya, dia sebenarnya tidak berani lagi menghadap Ghazali.
"Jadi kalau bukan saya Tekno, ini apa?" Ali menunjukkan ke arah matanya. Dia tidak berani untuk membuka spek matanya, takut bahawa hakikat yang menyapa telinganya itu benar belaka.
Bakar menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar dengan perlahan. "Kuasa kau sebenarnya terletak dekat cermin mata itu atau dipanggil IRIS."
Ali sepertinya sudah menenangkan diri walaupun nadanya masih lagi berbunyi terkilan. Padanlah ayahnya larang dari menanggalkan cermin mata. "Jadi, kalau saya manusia, siapa yang cipta cermin mata... tak. IRIS ini?"
"Ma... errr... uh, uncle ada kerja ini. Uncle janji nak bagi makan dekat kucing jiran uncle. Pergi dulu, Ali." Bakar nampak sengaja melarikan diri. Risau pula mulut mengkhianati badan. Lagipun Ali tak patut tahu hal itu. "Uncle pergi dulu!"
Ali memandang menyampah ke arah Bakar yang sudah berlari dari situ. Dia memandang perlahan dedaun pintu bilik ayahnya sudah tertutup. Cermin matanya dibuang dari wajahnya dan permandangannya diperhatikan semula.
"Ergh!" Comot mengangkat kepaknya apabila Ali tiba-tiba memegang sisi dahinya, cuba memeriksa sesuatu. Ali akhirnya berputus asa. "Betullah aku bukan Tekno."
Kalau aku bukan Tekno?
Aku ini siapa?
Secara tidak sengaja, Ali menekan hujung cermin matanya. Cermin matanya berubah ke bentuk bulat dalam bentuk moden. "Eeeeeh!" Ali cepat-cepat menekan butang tengah IRIS. Tidak sampai lima kelip mata, IRIS itu tersarung sendiri pada wajahnya.
"Boleh buat macam itu ke selama ini?"
...
Nota Nooroo
Best ke setakat ini?
Kalau rasa tak best itu, maklumlah. Tulis masa kelas online memang hasil dia macam ini sikit 🤣 (Selalu tulis novel masa kelas sebelum Covid lagi)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top