The facts (Part 1)
Fakta mengenai cerita ini yang benar-benar berlaku dalam dunia nyata sebelum ia dibuat:
1. Kumpulan pelajar ini benar-benar tidak balik ke rumah semasa cuti semester dan hanya tinggal di asrama (Ada lagi beberapa orang yang tidak termasuk dalam cerita)
2. Pasal ketukan pintu itu, senior-senior mereka benar-benar memberi amaran jika ada orang mengetuk pintu sewaktu tengah malam, jangan dibuka dan abaikan sahaja
3. Watak Farra itu benar-benar pernah mengalami di mana pintu biliknya diketuk tengah malam semasa dia sedang tidur dan apabila dia buka pintu, tiada sesiapapun di luar
4. Part di mana watak Jyra tidur sendiri waktu maghrib dan nampak lembaga menyerupai Farra itu benar-benar berlaku padanya di dunia sebenar
5. Bilik Farra adalah bilik yang paling banyak menerima ketukan aneh pada tengah malam. Oleh kerana dia mengabaikan perkara itu, ketukan itu beralih ke tingkapnya yang mana biliknya berada di tingkat dua.
Boleh dikatakan majoriti daripada cerita ini berdasarkan kisah benar. Ini adalah salah satu hadiah untuk pembaca. Akan ada Part 2 nanti. :)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top