Part Last
"AAAAAAAAAAA!!!!!" serentak Malisa, Misrah, Jyra, Wani, Fiza, Mira, Aminah dan Farra menjerit.
Fadhli, Nasrul, Adi dan Azim turut terkejut tetapi tidak menjerit. Hassan, Sukarnain, Rezza, Hisham dan Faiz menutup telinga mereka akibat jeritan yang melampau itu. Syazani turut terkejut.
"Akhirnya kamu lengkap!" lembaga itu menyeringai. "Jumpa lagi kita wahai anak lelaki muda!"
"Kau..." Syazani teringat tentang lembaga yang masuk ke dalam badan Farra.
Lembaga itu menyeringai sekali lagi."Dah dapat apa yang aku nak?"
"Kami dah dapat!" pintas Farra.
Lembaga itu memandang Farra dengan pandangan yang mengerikan. Gadis itu hampir saja pengsan.
"Mana dia?!"
"Dengan syarat..." Farra menelan air liurnya. "Kau kena lepaskan kawan-kawan kami."
Lembaga itu memandang Farra. "Berundur!"
Farra dan Syazani tersentak. Tidak semena-mena kaca yang menjadi penghadang itu bertukar menjadi air dan membasahi mereka semua.
"Farra!!"
Mereka semua berpelukan. Rasa gembira tidak dapat diungkapkan.
"Sekarang..." lembaga itu bersuara keras. "Mana yang aku nak?!"
Farra memandang Syazani yang hanya mampu memberi semangat padanya. Dia segera mengeluarkan lima utas rantai yang berada di kocek seluarnya. Perlahan-lahan dia menghulurkan rantai itu.
Apabila lembaga itu sudah mencapai rantai itu, bilik itu bercahaya serta-merta membuatkan mereka semua tergamam.
"Apa yang dah berlaku?" tanya Malisa agak pelik.
"Tak tahu."
Lama-kelamaan cahaya itu mulai hilang. Apa yang mengejutkan mereka, lembaga yang kelihatan mengerikan tadi kini bertukar menjadi seorang perempuan pertengahan umur yang cantik dan tersenyum memandang mereka. Lima orang gadis muda turut berada di situ sambil tersenyum.
"Akhirnya semua selesai juga." gumam Fiza.
"Terima kasih kerana membantu kami." ucap perempuan pertengahan umur itu. "Kami tak akan lupakan jasa kamu."
"Terima kasih." ucap kelima-lima gadis itu serentak.
-----------------------------------
Jyra berdiri di hadapan bilik warden itu. Dia menjenguk ke dalam untuk melihat jika ada sesiapa yang boleh dipanggil.
"Nak apa, dik??"
"Nak buat aduan pasal kerosakan tombol pintu." Jyra bersuara sopan.
"Sekejap ya."
Warden itu segera beredar. Jyra menanti di situ sambil cuba memandang sekeliling. Dia mengetuk-ngetuk jari-jemarinya di dinding. Dia segera teringat peristiwa lalu. Di bilik itulah dia terjumpa 'benda' itu menyamar sebagai Sukarnain.
"Assalamu'alaikum."
Jyra tersentak mendengar ucapan salam itu. Dia segera menoleh. Sukarnain berdiri di belakangnya sambil tersenyum. "Wa'alaikumsalam."
"Buat apa di sini?" tanya Sukarnain sopan.
"Nak buat aduan kerosakan." jawab Jyra.
"Oh." Sukarnain mengangguk-angguk. "Mana kawan-kawan kau yang lain?"
"Di bilik kot."
"Baiklah!" Sukarnain tersenyum. "Saya pergi dulu."
----------------------------------
"Misrah!!"
Langkah Misrah dan Hadha segera terhenti. Serentak mereka menoleh ke belakang. Rezza berlari mendapatkannya.
"Kenapa?" tanya Misrah.
"Ada Hassan jumpa kau?" tanya Rezza agak tercungap-cungap.
Misrah mengerutkan dahinya cuba berfikir. "Rasanya tak ada. Kenapa.?"
Mendengar jawapan Misrah, Rezza juga kebingungan. "Kenapa dia belum jumpa kau??"
"Mesti ke dia jumpa aku?" tanya Misrah pula.
Rezza terdiam seketika. "Tak mengapalah. Saya pergi dulu."
"Okey."
Rezza segera beredar bagaimanapun berhenti seketika. Dia berpaling memandang Misrah sambil tersenyum. "Kirim salam dengan kawan-kawan kau yang lain."
Misrah tersenyum mendengar kata-kata Rezza. Hadha hanya kebingungan kerana tidak tahu apa-apa.
--------------------------------
"Tak mahu!!" pekik Wani ketika keluar dari kafeteria itu.
"Alah..." Adi mengejar Wani. "Janganlah macam tu."
"Aku dah kata tak mahu... Tak mahulah!" bentak Wani.
"Bukannya apa pun..." Adi bersuara. "Salman cuma minta nombor telefon kau je pun."
"Jadi??" Wani memandang Adi sambil mengangkat keningnya.
"Bagi je lah." pujuk Adi.
Wani berhenti berjalan kemudian memandang Adi. "Kenapa dia nak nombor aku?"
"Aku cerita kat dia pengalaman kita hari tu." jawab Adi jujur.
"Kenapa dia tak minta nombor Farra?" Wani agak pelik. "Dia kan yang jadi penyelamat."
"Dah dia berminat dengan kau..." ujar Adi selamba. "Apa lagi boleh aku buat."
Wani mencebikkan mukanya. "Tak mahu!!"
----------------------------------
"Fadhli!" pekik Nasrul.
Fadhli yang berjalan seorang diri sambil bermain dengan rambutnya berpaling.
"Fiza minat kau!"
"Hoi!!" Fiza yang berada di sebelah Nasrul segera memukul lelaki itu dengan bukunya.
"Bukan ke itu betul?" Nasrul mengusap-usap lengannya.
"Perlu ke kau beritahu dia?" gerutu Fiza.
Fadhli segera berjalan mendekati mereka. Nasrul tersengih-sengih, manakala Fiza menahan malu.
"Dia cakap dia minat lesung pipit kau." Nasrul bersuara lagi menyebabkan Fiza memukulnya sekali lagi dengan buku.
"Minat je kan?" Fadhli bersuara. "Bukannya salah."
Fiza tersenyum mendengar kata-kata Fadhli.
"Lagipun..." Fadhli memandang Fiza. "Kami sama-sama orang pertama yang hilang."
--------------------------------
Mira berjalan seorang diri di laluan pejalan kaki itu. Dia berjalan tanpa menghiraukan orang sekeliling.
TRUUT!!TRUUT!!
Langkah Mira terhenti. Dia segera mengeluarkan telefon bimbitnya yang bergetar. Nama Faiz tertera pada skrin hadapan. Mira segera menjawab panggilan tersebut.
"Hello?"
Tiada sebarang sahutan yang diterima.
"Hello?"
Tetap tiada suara.
"Janganlah main-main!!" bentak Mira.
Kedengaran suara Faiz ketawa dari dalam talian. "Takkanlah takut??"
"Jangan menyakat boleh tak?"
"Bertenanglah... Perkara tu dah berlalu pun."
"Ada apa ni?"
"Malam ni ada perjumpaan PRS. Khalid pesan dengan saya tadi. Beritahu yang lain."
"Okey!"
---------------------------------
Malisa berdiri di hadapan mesin ATM itu sudah hampir sepuluh minit. Barisan orang yang beratur terlalu panjang.
"Apa hal terlampau panjang ni?"
Malisa terkejut mendengar suara itu. Dia segera berpaling. Azim berdiri sambil tersenyum ceria.
"Tak tahu lah." gumam Malisa sambil tersenyum.
"Kawan-kawan kau yang lain mana?" tanya Azim.
"Di asrama kot." jawab Malisa.
"Ada lagi tak kamu diganggu ke apa ke?" tanya Azim lagi.
"Perkara tu kan dah selesai..." beritahu Malisa. "Mana ada lagi."
Azim mengangguk-angguk.
-------------------------------------
"Assalamu'alaikum."
Aminah terkejut mendengar sapaan yang tiba-tiba itu. Fail yang dipegangnya hampir terlepas. Hassan hanya berdiri memandangnya.
"Wa'alaikumsalam."
"Buat apa seorang diri kat kafe ni?" tanya Hassan sopan.
"Tunggu kawan." jawab Aminah selamba.
"Oh, ya!" Hassan menghulurkan satu risalah pada Aminah. "Minggu depan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar akan anjurkan satu aktiviti berbentuk misteri."
Aminah mencapai risalah itu.
"Kalau boleh..." Hassan bersuara lagi. "Saya nak kamu ikut serta untuk jadi penjaga nanti."
"Saya??" tanya Aminah untuk kepastian.
"Kamu lapan orang lah." jawab Hassan sambil tersenyum.
"Nanti saya tanya mereka." ujar Aminah.
"Tolong ya." Hassan bersuara lagi. "Terutama Farra."
"Tapi saya tak janji." Aminah hanya tersenyum. "Mereka tu nampak macam dah serik dengan misteri."
Hassan turut tersenyum. Dia faham dengan situasi itu.
------------------------------------------
Farra duduk di pondok berdekatan asrama perempuan itu seorang diri. Dia segera teringat tentang percutian mereka yang menakutkan. Walaupun begitu, ia satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Semua misteri mereka terpaksa selesaikan. Hanya tinggal satu lagi misteri yang masih bermain di fikiran Farra pada ketika itu. Kenapa dia dipilih untuk menjadi penyelamat?
Farra memandang orang yang lalu-lalang di situ. Pandangannya terhenti ke arah seseorang. Hisham berdiri di laluan pejalan kaki sambil melemparkan senyuman padanya. Di sebelah Hisham pula, Syazani turut tersenyum. Farra membalas senyuman mereka tanpa berkata apa-apa. Mereka seolah-olah sudah dapat memahami antara satu sama lain.
-------------------------------------
Fiza berfokus pada komputer riba yang diletakkan di atas meja itu. Misrah dan Aminah yang dari tadi menjerit-jerit kerana filem seram yang mereka sedang tonton itu. Malisa kini sedang baring di katil sambil mendengar lagu. Dia tidak mahu melihat cerita bertemakan seram seperti itu. Wani tidur-tidur ayam juga tidak mahu turut serta. Jyra dan Farra menutup mata bagaimanapun tidak menjerit. Mereka Nampak tenang berbanding yang lain. Mira pula bersembunyi di belakang Farra.
"Habis!" Fiza bersuara setelah filem itu selesai.
"Jom lah balik bilik!" ajak Jyra ketika menguap panjang agak mengantuk. "Dah jam satu ni."
Jyra, Fiza dan Farra sudah sedia untuk keluar. Masing-masing kelihatan letih. Misrah berusaha memujuk Mira agar menemaninya tidur di bilik. Aminah, Wani dan Malisa sudah bersedia untuk tidur.
TOK!!TOK!!TOK!!
Serentak mereka semua terdiam. Semua mata kini memandang ke pintu. Bunyi itu. Bunyi yang mengheret mereka ke mimpi ngeri sebelum ini. Bunyi ketukan pintu.
TOK!!TOK!!TOK!!
Kesemua mereka berhimpit berundur ke meja. Bulu roma mereka mulai meremang. Siapa yang datang pada jam sebegitu? Takkan peristiwa itu berulang lagi? Perlahan-lahan tombol pintu itu dipulas. Pintu terkuak tiba-tiba.
"AAAAAAAA!!!!!!!!"
_________________________________________________
A/n: Dah habis!!! Tak nak lah bagi tragik mati dalam cerita ni. Nama pun benda seram kat kampus. Payah lagi kalau nak bagi mati. Maybe ni mengarut. Harap buku kedua tu tak sekarut ini. Belum repair lagi. Dah buat kan. Nanti saya post k. Thanks for support this story. Leave me your feedback. :)
> VOTE & COMMENT <
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top