This Is My Family, Illis
Sejak terserempak di kedai buku seminggu lepas, Nash dan Amaryllis sering berhubung melalu chat.
Ada kalanya mereka akan bertanya khabar, bertanya sudah makan atau belum, atau pun berkongsi gambar aktiviti yang mereka lakukan tika itu. Tingkah mereka sudah seperti pasangan bercinta.
Sejak daripada itu juga, Amaryllis dapat tahu apakah pekerjaan Nash.
Selain daripada bermain piano sebagai hobi, Nash merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat yang terkemuka dan syarikat itu pula merupakan syarikat perusahaan keluarganya.
"Aku tengok kau sejak akhir-akhir ni asyik dengan telefon je. Lepas tu senyum-senyum sendiri. Kau chat dengan siapa?" Nora bertanya.
Amaryllis sekadar menggeleng.
Entah kenapa, sejak akhir-akhir ni Nora selalu saja datang ke pejabatnya. Wanita itu seolah-olah memantau setiap gerak-geri dan perbuatannya.
"Illis, kau marahkan aku ke? Aku ada buat salah ke?" Nora bertanya lagi memandangkan Amaryllis langsung tidak bercakap dengannya sejak dia tiba.
Amaryllis mnegeluh perlahan.
"Aku sibuk, Nora. Cuti sekolah ni terlalu sibuk untuk aku. Restoran ni selalu ramai dengan pelanggan dan aku kena pastikan pengurusan dalam keadaan yang baik," kata Amaryllis dengan nada mendatar.
Sejujurnya, Amaryllis sudah penat mahu melayankan kerenah Nora.
"Hmmm." Nora mencebik. Dia tidak dapat menerima alasan rakan kongsinya itu.
"Aku dengar ibu ayah kau akan balik ke sini hujung minggu ni. Betul ke?"
Amaryllis mengangguk perlahan.
Nora tiba-tiba menepuk tangan.
"Apa kata kita sekeluarga makan malam sama-sama?" Cadang Nora dengan terujanya.
Amaryllis diam sejenak. Dia cuba mengingat jadualnya pada hujung minggu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
"Boleh juga." Amaryllis memberi kata putus setelah yakin yang dia tidak mempunyai sebarang perancangan pada hari itu.
Nora tersenyum teruja.
"Aku akan beritahu pada mama dan papa." Nora segera berdiri dan berlalu keluar dari pejabat AMaryllis.
Amaryllis menghela nafas lega apabila wanita itu keluar meninggalkan dia sendirian.
Ting!
Notifikasi yang masuk membuatkan Amaryllis segera mencapai telefonnya.
Chat dari Nash dibuka.
Amaryllis tersenyum sendiri apabila melihat gambar Nash sedang menyuap makan Lorea.
Melihat dari sudut gambar itu, Amaryllis dapat meneka siapakah yang mengambil dan menghantar gambar Nash kepadanya. Siapa lagi kalau bukan Freya yang menghantarnya dengan menggunakan telefon Nash
*****
Hujung minggu itu, Amaryllis pergi ke lapangan terbang untuk menjemput orang tuanya.
"Illis." Seorang wanita dalam lingkungan awal 50-an segera mendapatkan Amaryllis dan memeluk erat tubuh wanita itu.
"Selamat pulang, ibu." Amaryllis membalas pelukan mesra itu.
"Kamu apa khabar?" Adriel, ayah kepada Amaryllis bertanya sambil mengusap kepala satu-satunya anak tunggal mereka suami isteri.
"Sihat je." Amaryllis menjawab dengan senyuman di bibir.
Sejujurnya, Amaryllis berasa sangat gembira kerana dia dikurniakan dengan ibu dan ayah yang sangat penyayang di kehidupannya sekarang.
Semua perhatian dan kasih sayang ibu dan ayahnya hanya tertumpu kepadanya dan dia tidak pernah berasa terabai seperti mana yang pernah dirasakannya dulu.
"Kita ada nak ke mana-mana ke, Illis?" Gloria bertanya kepada anak perempuannya.
"Oh, ya! Nora ajak kita sekeluarga makan malam dengan keluarga dia. Ibu ayah nak pergi ke? Kalau penat sangat, Illis boleh beritahu Nora untuk tukar ke hari lain." Amaryllis bertanya sambil memandang ibu dan ayahnya silih berganti.
"Tak apa. Lagipula, dah lama juga tak berjumpa dengan mereka sekeluarga."
Amaryllis mengangguk faham.
Orang tua Amaryllis dan Nora merupakan kawan baik sejak sekolah lagi dan disebabkan itulah Amaryllis dan Nora juga menjadi kawan sejak kecil lagi.
Mereka sekeluarga bergerak menuju ke restoran yang telah ditempah oleh keluarga Nora.
*****
Setibanya mereka di restoran itu, mereka dibawa ke sebuah bilik VIP.
Puan ILya, Encik Nathan, Nora dan Luke menyambut kedatangan keluarga kecil itu dengan sangat mesra.
Mereka dua keluarga melayan antara satu sama lain seperti keluarga. Bebual dan tertawa mesra.
Amaryllis tersenyum sendiri melihat ibu bapanya. Jika bukan disebabkan orang tuanya, wanita itu pasti tidak akan datang sertai makan malam itu. Ini kerana perhatian Luke terhadapnya sejak akhir-akhir ini semakin lain.
Lelaki itu selalu saja datang ke pejabatnya apabila dia mempunyai masa. Bukan itu saja, lelaki itu juga pasti akan membawa sejambak bunga bersamanya.
Disebabkan perbuatan lelaki itu, pekerja sekeliling mula bergosip mengatakan bahawa mereka adalah pasangan bercinta dan Amaryllis berasa tidak selesa dengan gosip itu.
"Illis, sayang." Suara Gloria membuatkan Amaryllis segera memandang ke arah ibunya.
"Hmm?" Amaryllis memandang wajah ibunya denga tanda tanya.
"Puan Ilya tanya kamu soalan tu."
"Soalan?" Amaryllis mengalihkan pandangannya pada Ilya pula.
"Mama tanya, apa pendapat kamu tentang Luke?"
Pertanyaan Ilya membuatkan Amaryllis hilang kata-kata.
Wanita itu memandang Luke dan lelaki itu tersenyum manis ke arahnya.
Amaryllis kembali memandang Ilya.
"Dia lelaki yang baik," jawab Amaryllis dengan jujur, tetapi tidak memaksudkan apa-apa yang tersembunyi. di balik pujiannya itu.
Dua keluarga itu tersenyum sesama sendiri apabila mendengar jawapan jujur wanita muda itu.
"Apa kata..."
Tanpa sempat Ilya menghabiskan kata-katanya, Amaryllis terus berdiri.
"Illis nak ke tandas sekejap." Amaryllis meminta diri untuk keluar dari bilik itu seketika
Semua di dalam bilik itu terdiam.
*****
Amaryllis berdiri di depan cermin tandas.
Wanita itu mengeluh panjang.
Amaryllis dapat mengagak yang makan malam mereka akan jadi begini. Namun memikirkan rasa hormatnya kepada keluarga satu lagi membuatkan wanita itu datang juga.
Beberapa ketika kemudian barulah Amaryllis keluar daripada tandas. Semasa dia berjalan keluar dari kawasan tandas itu, dia tiba-tiba terlanggar dengan seseorang.
Telefon orang yang dilanggarnya terjatuh ke lantai dan ia membuatkan Amaryllis panik.
Telefon itu segera diambil dan dihulurkan kepada orang itu.
Amaryllis menundukkan kepalanya.
"Maafkan saya! Saya tak perasan encik."
"Amaryllis?"
Suara itu memanggil dan Amaryllis terus mendongak, memandang wajah si lelaki yang dilanggarnya tadi.
"Nash."
Amaryllis terus berdri tegak.
"Apa awak buat dekat sini?"
"Saya ada makan malam dengan keluarga dekat sini," kata Nash, lalu menuding jari ke arah sebuah bilik VIP yang terletak di sebelah bilik makan yang dihuni oleh keluarga Amaryllis.
"Oh!"
"Awak dengan siapa dekat sini?" Nash bertanya sambil memandang tepat pada wanita di depannya itu.
"Dengan ibu ayah saya. Mereka baru balik dari luar negara atas urusan kerja."
Nash mengangguk faham.
"Saya kena masuk balik ke sana. Jumpa awak nanti."
"Oh! Maaf saya menganggu awak dan ambil masa awak."
Nash tersenyum.
"Tak apa, saya tak kisah pun kalau awak yang ambil masa saya."
Wajah Amaryllis tidak semena-mena memerah sedikit.
Sedar akan apa yang diperkatakan tadi, Nash terus menekup mulutnya dan berpaling. Muka lelaki itu turut memerah.
"Apa kata kita jalan sekali? Lagipun, bilik kita sebelah-sebelah je." Cadang Amaryllis yang sebenarnya mahu bersama dengan Nash dengan lebih lama lagi.
Nash mengangguk setuju.
Mereka berjalan beriringan menuju ke bilik makan masing-masing.
Apabila tiba di depan bilik makan mereka, mereka berbalas lambaian.
Ketika kedua-dua mereka mahu membuka pintu, tiba-tiba Amaryllis memanggil Nash.
"Nash."
Nash segera memandang Amaryllis.
"Boleh saya sertai awak sekeluarga makan?" Tanya Amaryllis dengan riak serba salah. Sejujurnya, dia tidak mahu masuk ke dalam bilik makan itu selepas apa yang terjadi sebentar tadi.
Nash terkejut mendegar pertanyan itu. Dia tersenyum sendiri dan terus menghulurkan tangannya.
"Boleh je kalau awak tak keberatan."
Amaryllis tersenyum gembira mendengar jawpan Nash. Tanpa teragak-agak dia menyambut tangan Nash.
Nash menggenggam erat tangan Amaryllis. Sentuhan itu membuatkan jantungnya berdegup dengan laju.
Pintu dibuka dan mereka bersama melangkah masuk ke dalam bilik itu.
Semua ahli keluarga Nash yang tadinya rancak berbual, terus terdiam apabila melihat lelaki itu masuk bersama dengan seorang perempuan yang tidak dikenali mereka.
"Nash, anak siapa yang kamu culik ni?" Seorang wanita dalam lingkungan seusia dengan Gloria bertanya.
Freya yang turut ada di dalam bilik itu tertawa sendiri apabila mendengar pertanyaan ibunya.
"Kenalkan, ni Amaryllis, kawan Nash. Illis, ni keluarga saya." Nash memperkenalkan wanita itu kepda keluarganya.
"Saya Amaryllis Izel." Amaryllis menunduk tanda hormat.
Wanita yang mengusik Nash tadi berdiri dan menghampiri pasangan itu. Dia memegang Amaryllis dan menyuruh wanita itu untuk berdiri semula.
"Nama mak cik Sylvia June. Ibu kepada Nash." Sylvia menarik Amaryllis mendekati meja makan mereka sekeluarga.
Sebuah kerusi kosong diambil dan ia ditempatkan di sebelah Nash.
"Illis, kenalkan, ni ayah saya, Calix Harris. Abang sulung saya, Mikael Flint. Adik kembar saya, Freya Nova dan suami dia Jonas Harp."
Freya sempat melambaikan tangannya ke arah Amaryllis dengan senyuman manis terukir di bibirnya.
"Dan terakhir sekali, adik lelaki saya, Eryx Erain."
Setelah memperkenalkan semua ahli keluarganya kepada Amaryllis, giliran keluarga itu pula bersuara, bertanyakan tentang Amaryllis.
"Akak teman wanita abang ke?" Eryx bertanya tanpa beralas.
"Ah, bukan. Kami cuma kawan biasa je. Kami baru kenal dalam sebulan macam tu." Amaryllis segera menjawab. Dia tidak mahu keluarga itu salah faham dengan hubunganya dan Nash.
"Ini pertama kali saya nampak Nash bawa perempuan berjumpa dengan keluarga kami. Betul ke tak ada apa-apa antara korang berdua?" Kini giliran Mikael pula bertanya.
Amaryllis tidak tahu mahu menjawab apa. Dia serta-merta menjadi sangat gemuruh apabila berdepan dengan keluarga Nash.
"Memang tak ada apa-apa antara kami. Jangan usik Illis lagi." Nash memarahi abangnya.
Keluarga itu sudah tersenyum masing-masing apabila melihat tingkah Nash yang mempertahankan Amaryllis.
Mereka sekeluarga bersembang mesra dengan Amaryllis.
Nash tersenyum sendiri melihat penerimaan keluarganya meskipun itu adalah pertama kalinya mereka bertemu dengan Amaryllis.
Sedang mereka rancak bersembang, tiba-tiba pintu bilik itu diketuk.
Seorang pelayan restoran membuka pintu. Sepasang suami isteri yang tidak dikenali oleh keluarga itu turut ada bersama dengan si pelayan.
"Ibu, ayah." Amaryllis berdiri dan segera mendapatkan kedua-dua orang tuanya.
"Kenapa kamu dekat sini? Risau ibu bila kamu tiba-tiba menghilangkan diri macam tu je." Gloria bertanya dengan nada cemas. Dia mengusap-ngusap wajah anak perempuannya.
"Maaf, ibu. Illis tak berniat nak buat ibu dengan ayah risau."
"Jangan buat benda ni lagi," pesan Adriel sambil mengusap kepala anaknya itu.
Amaryllis mengangguk faham.
"Siapa mereka semua ni, Illis?" Gloria bertanya.
"Oh! Perkenalkan, ni keluarga kawan Illis."
"Doktor Calix Harris?" Adriel tiba-tiba bersuara dan memandang tepat ke arah ayah Nash.
Adriel menghampiri Calix dan mereka berdua bersalaman.
"Saya Adriel Ryde. Saya tak pasti sama ada doktor ingat lagi atau tak, tapi doktor pernah rawat anak saya suatu masa dulu."
Calix memandang ke arah Amaryllis. Dia cuba mengingati kanak-kanak yang pernah dirawatnya dengan nama Amaryllis.
"Ah!" Calix bersuara. Lelaki itu baru teringat akan kanak-kanak yang dimaksudkan itu.
Dari perbualan ringkas itu, ia berpanjangan sehinggalah mereka bertiga duduk bersama dengan keluarga Nash.
Amaryllis mendapat tahu bahawa kelurga Nora terpaksa pulang dulu atas urusan lain beberapa minit selepas dia keluar dan ibu bapanya mengetahui keberadaannya atas bantuan seorang pelayan yang kebetulan ternampak dia masuk ke dalam bilik makan yang lain bersama dengan Nash
Amaryllis tidak semena-mena berasa serba-salah kerana membuat perangai di depan kelurarga itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top