The Wedding Day
Beberapa bulan kemudian, Nash dan Amaryllis selamat disatukan.
Perkahwinan mereka disambut dengan sangat meriah. Ramai tetamu dijemput hadir untuk memeriahkan majlis penyatuan dua hati itu.
Amaryllis kelihatan sangat cantik dengan gaun serba putihnya, manakala Nash pula sangat segak dan tampan dengan tuxedo putih hitamnya.
Pasangan itu kelihatan sangat serasi dan cantik apabila berada di atas pelamin yang indah dengan hiasan bunga.
Amaryllis memandang si lelaki yang kini bergelar suaminya. Memori lama bermain di dalam kepala.
Siapa sangka, lelaki yang dulunya kelihatan sedikit comot dan selekeh, kini kelihatan sangat segak, tampan dan mampu mencairkan hati mana-mana gadis yang memandangnya. Mengenangkan perkara itu membuatkan Amaryllis tertawa kecil.
Nash memandang si isteri. Dia tersenyum melihat kegembiraan yang terpancar di wajah Amaryllis.
"Apa yang kelakar sangat tu?" Nash berbisik di telinga Amaryllis.
Amaryllis menggeleng manja.
Nash memegang dagu Amaryllis dan mencium dahi isterinya itu.
Wajah Amaryllis memerah apabila Nash bertingkah seperti itu. Dia malu kerana para tetamu kini sedang memerhatikan mereka.
"Jangan buat aku cemburu dekat sini. Tolong hormat sikit." Mikael yang baru naik ke atas pelamin berkata sambil mencebik.
"Kalau tak nak cemburu pergi kahwin sana," kata Nash sambil memeluk pinggang Amaryllis dengan niat mahu menunjuk.
"Tch!"
Mikael memandang Amaryllis.
"Tahniah, Illis."
"Terima kasih, Mika." Amaryllis tersenyum manis.
"Ni hadiah dari saya sebagai abang ipar awak." Mikael menghulurkan sebuah sampul putih.
Amaryllis memandang Nash dan si suami mengangguk.
Sampul itu diambil dan isinya dikeluarkan.
Dua helai tiket penerbangan dengan nama Nash dan Amaryllis tertera.
"Hadiah bulan madu untuk korang berdua. Tentang perbelanjaan kau jangan risau, aku dah uruskan dengan keluarga kita." Tambah Mikael lagi.
"Terima kasih." Ucap pasangan itu.
Mikael senyum lebar. Dia gembira melihat si adik.
Mikael menghampiri Amaryllis dan menundukkan sedikit tubuhnya.
"Pastikan ada berita gembira lepas balik nanti." Bisik Mikael pada wanita itu.
Tidak semena-mena wajah Amaryllis berubah merah.
Mikael tertawa melihat reaksi adik iparnya itu.
Keluarga Amaryllis dan Nash kemudiannya naik ke pelamin.
"Tahniah, Illis." Freya memeluk erat tubuh Amaryllis.
"Terima kasih, Freya."
Jonas menghampiri isterinya, Freya.
"Hai, sayang." Amaryllis menyapa bayi lelaki yang didukung oleh Jonas.
Sebulan lepas, Freya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sihat dan dia diberi nama Izan Zora.
"Tahniah juga, Nash."
"Terima kasih, Freya."
Freya tiba-tiba mendekati abang kembarnya.
"Kalau kau buat Amaryllis menangis, siap kau aku kerjakan."
Nash menjeling isterinya. Dia kemudiannya menarik tubuh si isteri rapat dengannya dan mencium pipi Amaryllis.
"Jangan risau, aku tak akan kecewakan dia," kata Nash tanpa memandang si isteri yang sudah memerah wajahnya.
Selesai sesi menyapa pengantin, mereka sekeluarga kemudiannya bergambar bersama dengan pasangan pengantin baru.
Selepas sesi bergambar, pasangan itu kemudiannya turun dari pelamin untuk menyapa para tetamu yang hadir.
Sedang mereka menyapa tetamu yang ada, mereka tiba-tiba didatangi oleh ibu bapa Nora.
"Tahniah, Illis." Nathan mengucapkan kata tahniah sambil menghulurkan sebuah hadiah yang berbalut cantik.
Illis menerima hadiah itu dan memberikannya kepada pengiringnya.
"Terima kasih, pak cik." Ucap Amaryllis dengan senyuman.
Wanita itu kemudiannya memandang sekilas Slyvia, isterinya Nathan.
Wanita itu kelihatan cemberut wajahnya. Seolah-olah dia tidak mahu berada di dalam majlis perkahwinan itu. Dia juga langsung tidak memandang wajah Amaryllis.
Bukan itu saja, Amaryllis juga perasan kelibat Nora mahupun Luke langsung tidak kelihatan.
"Pak cik datang berdua je?" Nash bertanya.
"Ya. Nora minta maaf sebab tak dapat hadir. Dia ke lapangan terbang untuk hantar Luke sambung pengajian dia," kata Nathan.
Nash dan Amaryllis mengangguk faham.
Mereka bersembang untuk beberapa ketika sebelum Nathan berlalu untuk bertegur sapa dengan keluarga pengantin pula.
*****
JAM 2200
Majlis perkahwinan itu tamat pada waktu malam.
Semua tetamu mula beransur balik dan pasangan pengantin baru juga sudah naik ke bilik hotel mereka untuk berehat.
"Hah! Penatnya!" Nash berbaring di atas katil tanpa menukar pakaiannya terlebih dahulu.
Amaryllis duduk di sebelah suaminya.
"Mandi dulu, Nash," kata Amaryllis sambil menepuk lengan Nash dengan manja.
Nash kembali duduk. Dia menghampiri Amaryllis dan memeluk isterinya itu dari belakang. Leher Amaryllis dicium beberapa kali.
"Nash, geli!" Amaryllis tertawa kerana berasa geli.
Nash mencium pipi Amaryllis sebelum dia berdiri dan mencapai tuala, bersedia untuk mandi.
"Tak nak mandi sekali dengan saya?" Ajak Nash yang kini sedang berdiri di depan pintu bilik mandi.
Wajah Amaryllis memerah. Wanita itu menggeleng laju.
Nash tertawa kecil.
"Saya tak kunci pintu ya kalau awak ubah fikiran." Nash mengusik lagi.
Amaryllis menekup wajahnya.
Nash geli hati melihat tingkah isterinya itu. Dia kemudiannya masuk ke dalam bilik mandi dan seperti yang diperkatakannya, pintu bilik mandi itu langsung tidak dikuncinya.
"Haih~" Amaryllis menekup kedua-dua belah pipinya. Dia tidak tahu semerah mana sudah wajahnya kini.
Amaryllis kemudiannya merebahkan badannya di atas katil. Dia termenung seketika sambil mengenangkan kegembiraan yang dirasakannya sekarang. Dia kini mencapai kegembiraan dan kebahagiaan yang tidak pernah dicapainya di kehidupan lalu.
Hati Amaryllis tiba-tiba disapa dengan rasa sebak apabila dia terfikirkan ibunya di masa lalu.
"Ibu, Illis gembira sangat sekarang. Illis harap ibu juga menemui kebahagiaan yang selayaknya ibu terima," ucap Amaryllis di dalam hati dengan air mata mengalir perlahan di pipinya.
Amaryllis memejam matanya kejap. Beberapa saat kemudian, pintu bilik mandi kedengaran seperti dibuka.
Amaryllis berpura-pura tidur untuk melihat reaksi suaminya.
Nash menghampiri katil. Dia duduk di sisi Amaryllis dan kemudiannya mengusap kepala si isteri.
Segaris senyuman terukir di bibirnya apabila melihat wajah keletihan Amaryllis.
"Illis." Nash memanggil lembut.
"Illis, sayang."
Amaryllis membuka matanya perlahan-lahan.
"Mandi dulu, ya."
Amaryllis duduk dan mengangguk akur.
"Tolong bukakan zip belakang ni." Pinta Amaryllis lalu memusingkan tubuhnya, membelakangkan Nash.
Nash turutkan saja permintaan Amaryllis. Dia menarik zip gaun itu sehingga ia mendedahkan belakang badan Amaryllis yang putih.
"Apa ni?" Nash tertanya sendiri. Satu lakaran berbentuk bunga berada di belakang badan isterinya itu.
Tanpa teragak-agak, Nash menyentuh lakaran bunga itu.
"Ap-apa awak buat?"
"Ada sesuatu... Argh!" Kepala Nash tiba-tiba berasa sakit dan panas.
Amaryllis segera menoleh, mendapatkan Nash yang tertunduk seperti menahan kesakitan.
"Awak kenapa ni?" Amaryllis bertanya dengan nada cuak.
"Ergh!" Nash tidak mampu berkata apa. Dia hanya mampu mengerang kesakitan sambil memegang kepalanya yang terasa seperti mahu pecah.
"Nash! Tahan dulu, ya! Saya telefonkan ambulans sekejap."
Amaryllis mahu berdiri untuk mendapatkan telefonnya di dalam beg, namun tingkahnya dihalang Nash.
Lelaki itu menggenggam erat pergelangan Amaryllis.
"Amary."
Amaryllis terkejut apabila mendengar Nash memanggil nama timangannya yang pernah digunakan oleh Nash suatu masa dahulu.
Pandangan Nash semakin kabur sebelum semuanya berubah menjadi gelap.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top