New Life


Modern World

"Hiasan ni kami nak letak dekat mana?" Seorang pekerja bertanya kepada si pengurus yang kelihatan sibuk menguruskan pekerja-pekerja yang lain.

"Sangkut dekat atas sana. Minta tolong pada perkeja lelaki yang lain untuk gantungkan," kata si pengurus perempuan.

Perkerja itu mengangguk akur dan segera berlalu pergi untuk meneruskan kerjanya.

"Pengurus!" Seorang pekerja lelaki berlari mendapatkan si pengurus.

"Ada apa, Alfie?"

Lelaki itu kelihatan tercungap-cungap kepenatan.

"Saya baru dapat berita ni. Band yang akan hadir malam ni tak dapat datang. Salah seorang dari ahli mereka kemalangan pagi tadi." Beritahu lelaki itu dengan riak risau terlakar di wajahnya.

Pengurus perempuan itu mengeluh perlahan.

"Pengurus." Seorang pekerja lelaki menyampuk perbualan itu setelah dia terdengar apa diperkatakan oleh rakan sekerjana.

"Saya ada kenalan yang ada band juga. Kalau pengurus berminat, saya boleh hubungi mereka."

Si pengurus perempuan dan Alfie berbalas pandangan seketika.

"Hubungi mereka dan pastikan mereka datang setengah jam sebelum majlis bermula," kata si pengurus dengan tegas.

Pekerja lelaki itu tersenyum sendiri lalu mengangguk faham. Dia berlalu pergi untuk menghubungi rakan yang dikatakan tadi.

"Amaryllis!" Seorang wanita melompat dan memeluk erat si pengurus yang sibuk.

"Nora."

Si wanita bernama Nora meleraikan pelukannya. Dia mengukirkan senyuman buat rakannya itu.

"Apa kau buat dekat sini? Bukan ke sepatutnya kau tengah bersiap sekarang ni?" Amaryllis bertanya dengan nada risau.

Nora merupakan rakan kongsi Amaryllis dan juga merupakan pemilik restoran yang sedang dihias sekarang.

Restoran milik Nora itu adalah merupakan cawangannya yang ketiga dan Amaryllis adalah rakan kongsi serta pengurus restoran cawangan terbaru mereka.

"Kau pun sama. Kau tak sepatutnya ada dekat sini," kata Nora sambil mencebik.

"Aku kena pastikan majlis ni berjalan dengan lancar, Nora. Aku tak nak imej kau tercalar hanya disebabkan masalah kecil yang tak sepatutnya terjadi." Amaryllis berkata meluahkan kerisauannya.

"Jangan risau, Illis. Semuanya akan baik-baik je. Percayakanlah pekerja-pekerja kita."

Amaryllis menggeleng perlahan.

"Sudah! Aku datang ke sini bukan nak dengar bebelan kau." Nora menepuk tangannya.

Seorang lelaki datang menghampiri mereka berdua.

"Alan, pantau keadaan dekat sini. Pastikan semuanya siap sebelum majlis," arah Nora dengan tegas.

"Baiklah, cik." Alan menunduk akur.

Nora mencapai tangan Amaryllis dan menggenggamnya erat.

"Jom kita pergi bersiap!"

Nora terus menarik Amaryllis keluar dari restoran itu.

Amaryllis terpaksa ikutkan saja tingkah Nora. Dia tidak mahu rakan kongsinya itu berjauh hati jika dia menolak pelawaan itu.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta dan kereta terus dipandu laju meninggalkan kawasan itu.

*****

Jam 2030

Semua persiapan dan perhiasan dapat disiapkan tepat pada masanya.

Nora dan Amaryllis sangat berpuas hati dengan hasil kerja orang-orang bawahan mereka.

Ruangan dewan makan juga perlahan-lahan dipenuhi dengan tetamu jemputan.

"Wah, ramainya orang yang kau jemput." Amaryllis mulai berasa gemuruh untuk mengendalikan majlis pembukaan apabila melihat para tetamu yang mulai memenuhi ruang dewan makan.

"Jangan risau, aku yakin dengan kau," kata Nora sambil mengangkat ibu jarinya dan mengenyitkan sebelah mata.

"Tsk! Kau bolehla cakap. Aku yang kena uruskan yang lain." Amaryllis mencebik.

Tepat jam sembilan malam, majlis pun dimulakan.

Amaryllis mengambil nafas, cuba menenangkan diri. Dia kemudiannya melangkah keluar dari pentas sambil melambaikan tangan buat pada tetamu.

Tetamu yang hadir memberikan tepukan yang gemuruh buat wanita muda itu.

Nora yang  berada di kalangan para tetamu yang hadir turut memberika tepukan yang paling kuat.

Amaryllis memberikan sepatah dua ucapan tanda penghargaan buat tetamu yang sudi hadir memerahkan majlis pembukaan restoran yang bakal dikendalikan olehnya.

Usai memberikan ucapan, Amaryllis mengundurkan diri, memberi ruang untuk para tetamu yang hadir untuk menikmati makan malam mereka. Sekumpulan pemain musik juga mula naik ke atas pentas setelah Amaryllis selesai berucap.

"Tahniah, Illis!" Nora menyambut Amaryllis di belakang pentas. Dia menggenggam erat tangan Amaryllis.

"Hahaha. Tangan kau sejuk." Nora tertawa apabila dia dapat merasakan bertapa gemuruhnya rakannya itu.

"Jom ke depan. Ahli keluarga aku nak berjumpa dengan kau."

Amaryllis mengangguk.

Mereka berdua masuk ke ruang dewan makan dan berjumpa dengan ahli keluarga Nora.

"Terima kasih, Illis." Puan Ilya, ibu kepada Nora menyambut Amaryllis dengan mesra.

Tubuh Amaryllis dipeluk kejap.

"Terima kasih, puan."

"Tahniah Illis." Seorang lelaki muda muncul dengan sejambak bunga lili putih ditangan.

Bunga itu dihulurkan buat Amaryllis.

Nora dan Ilya tersenyum mengusik melihat tingkah si lelaki.

"Terima kasih, Luke." Amaryllis menerima pemberian lelaki itu dengan senyuman di bibir.

Beberapa ketika kemudian, makanan dihidangkan di atas meja mereka.

Mereka berempat bersembang mesra sambil menikmati makan malam mereka.

Setelah menikmati sedikit makan malam, Amaryllis mengambil keputusan untuk menyapa tetamu yang hadir.

Wanita itu bersembang mesra dengan para tetamu datang menyapanya.

Sambil bersembang dengan tetamu yang hadir, Amaryllis sempat menjeling kumpulan pemusik yang sedang memainkan alatan musik mereka.

Sedang Amaryllis memandang seorang demi seorang ahli kumpulan itu, matanya tertangkap satu susuk seorang lelaki yang sangat dikenalinya.

Amaryllis terpegun seketika.

Perhatiannya tertumpu penuh pada pemain piano kumpulan itu.

Si pemain piano yang kelihatan fokus dengan permainannya, tiba-tiba mengangkat kepala dan memandang ke arah tetamu yang berada di bawah pentas.

Tika itu, matanya bertemu dengan Amaryllis.

Amaryllis sekali lagi terpaku. Masa dirasakan terhenti seketika dan dunia terasa sangat senyap tika itu. Hanya melodi piano saja yang kedengaran saat itu.

Amaryllis memegang dadanya. Jantungnya berdegup laju dan terasa sakit dalam masa yang sama.

Hatinya tiba-tiba disapa dengan rasa sebak.

Kakinya terasa seperti bergerak dengan sendiri.

Amaryllis perlahan-lahan berjalan menghampiri pentas.

"Illis."

Amaryllis tersentak. Suara yang menyapa dengan sentuhan lembut pada bahunya membuatkan wanita itu tersentak dan sedar ke dunia nyata.

"Awak tak apa-apa ke"? Luke menyapa dengan pandangan risau.

"Saya tak apa-apa." Amaryllis menjawab dengan senyuman manis di bibir.

"Jom duduk dulu. Muka awak nampak pucat."

Amaryllis mengangguk akur.

Luke mengiringi Amaryllis ke meja mereka semula.

Sebelum berlalu pergi, Amaryllis sempat memandang semula ke arah pentas.

Matanya tercari-cari kelibat si pemain piano yang kini tidak lagi berada di depan piano.

Amaryllis menghela nafas berat.

'Mungkin khayalan aku je.' Amaryllis berbisik di dalam hati, cuba menenangkan rasa yang dialaminya kini.

*****

Jam 12 malam, kawasan restoran sudah kosong. Para tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing.

Amaryllis masih berada di restoran, memantau kerja-kerja mengemas yang masih berjalan.

Sejam kemudian, semua kerja-kerja mengemas selesai.

Pekerja restoran itu juga beransur-ansur pulang.

"Hah~ penatnya." Amaryllis meregangkan badannya di depan kereta miliknya.

Butang buka pada kunci ditekan.

Baru saja mahu melangkah masuk ke dalam kereta, Amaryllis terperasan keaadan tayar depannya yang kempis.

Pintu kereta ditutup semula dan dia menghampiri tayar keretanya yang kempis.

Dia mencangkung di sebelah tayar itu

"Siapa punya kerja ni!" Amaryllis merungut. Dia menekup wajahnya.

Dia kemudiannya memandang ke kiri dan kanan. Jalan itu sudah sunyi dan kelibat orang lalu lalang tidak lagi kelihatan.

Amaryllis buntu. Dia diam sejenak dalam keadaan masih mencangkung.

Sedang si gadis melayankan perasaannya, sebuah kereta tiba-tiba parkir di belakang keretanya.

Seorang lelaki keluar dari kereta itu dan datang menghampiri Amaryllis yang kaku.

"Cik? Cik tak apa-apa ke?"

Mendengarkan suara yang sangat dikenalinya itu, Amaryllis terus mengangkat kepalanya dan memandang ke arah empunya suara.

Si pemain piano yang dilihatnya semasa di dalam dewan makan tadi kini berada di depan matanya.

"Oh! Tayar kereta cik bocor. Cik ada masalah nak tukar tayar kereta ke?" Lelaki itu bertanya prihatin.

Amaryllis menggeleng.

"Saya tak ada masalah untuk tukar tayar sendiri. Cumanya, tayar ganti saya dah guna minggu lepas dan sekarang saya tak ada tayar ganti yang lain," jawab Amaryllis dengan suara yang bergetar seperti mahu menangis.

"Oh!"

Lelaki itu diam sejenak.

Dia berfikir untuk menawarkan diri untuk menumpangkan wanita itu. Namun dia berfikir beberapa kali untuk menawarkan diri memandangkan di depannya itu adalah perempuan dan mana mungkin seorang perempuan yang waras akan menerima tawaran untuk menumpang naik kereta seorang lelaki yang tidak dikenali.

Lelaki itu mengeluh perlahan.

"Cik nak tumpang saya tak?" Lelaki itu akhirnya meluahkan tawaran itu setelah melihat riak buntu Amaryllis.

Amaryllis memandang si lelaki dengan riak terkejut.

"Awak boleh tumpangkan saya ke?"

Lelaki itu segera mengalihkan pandangannya apabila wanita di depannya itu memandang ke arahnya dengan mata penuh berharap.

Lelaki itu mengangguk perlahan.

"Saya boleh tumpangkan cik kalau cik sudi."

Amaryllis terus berdiri.

"Sekejap, ya."

Amaryllis membuka pintu penumpang hadapan dan mengambil beg tangannya. Setelah mengambil barangnya, pintu ditutup dan dikunci terlebih dahulu.

"Jom!" Amaryllis mengajak dengan nada suara yang teruja.

Si lelaki kelihatan termangu melihat tingkah selamba Amaryllis.

Mereka berdua masuk ke dalam kereta si lelaki.

"Kereta awak macam mana?"

"Jangan risau. Esok saya akan telefon orang untuk tukarkan tayar kereta saya."

Lelaki itu mengangguk.

Kereta dipandu keluar dari kawasan parkir.

*****

Nash's POV

Sepanjang perjalanan itu, mereka berdua hanya mendiamkan diri saja.

Suasana sunyi itu membuatkan si pemandu berasa kurang selesa. Lagi-lagi selepas apa yang terjadi semasa berada di dewan makan sebentar tadi.

"Siapa nama awak?" Si wanita bertanya perlahan.

Nash menoleh sekilas.

"Saya Nash. Nash Orlen." Nash menjawab tenang.

"Nash." Wanita itu mengulangi nama Nash dengan suara yang perlahan dan lembut.

Tidak semena-mena Nash merasakan jantunganya berdegup laju apabila namanya disebut dengan nada mesra dari wanita yang tidak diketahui namanya.

"Nama awak?" Nash bertanya, cuba membuang perasaannya yang dirasakannya kini.

"Amaryllis Izel."

"Cantik nama awak." Nash memuji ikhlas.

Wajah si wanita tiba-tiba memerah.

Sedar akan perubahan pada wajah si wanita, Nash terus diam tidak lagi bersuara.

Entah mengapa, mulutnya bergerak sendiri dan suaranya juga mengeluarkan kata pujian buat wanita yang pertama kali berjumpa dengannya.

Perasaan Nash juga berasa berbolak-balik saat pertama kali dia bertemu mata dengan Amaryllis semasa dia membuat persembahan sebentar tadi.

"Masuk simpang depan sini." Suara Amaryllis memecahkan kesunyian.

Nash mengangguk faham.

Kereta dipandu masuk ke dawasan perumahan elit dan kemudiannya berhenti di depan sebuah rumah mewah yang berdiri megah.

"Terima kasih sebab sudi hantarkan saya." Amaryllis berkata.

"Sama-sama."

Amaryllis membelakangkan Nash dan bersedia untuk membuka pintunya. Namun secara tiba-tiba, wanita itu menoleh dan memandang tepat ke arah Nash.

Nash terkaku kerana sangat terkejut apabila matanya bertemu dengan mata milik Amaryllis.

Mata wanita itu kelihatan sangat cantik. Bekilau dan sangat memukau.

"Boleh kita berjumpa lagi?"

Pertanyaan wanita itu membuatkan Nash tersentak. Dia tertanya-tanya mengapa wanita itu mahu berjumpa dengannya lagi walhal mereka langsung tidak mengenali antara satu sama lain.

Apa yang diketahuinya hanyalah, wanita itu adalah orang yang membayarnya selepas persembahan yang disampaikannya tadi.

"Kalau cik tak kisah." Nash menjawab dengan ragu-ragu.

Amaryllis mengukirkan senyuman setelah mendengar jawapan Nash.

"Ni nombor saya." Amaryllis menghulurkan sekeping kad yang tertulis nama, nombor serta kerjanya.

Nash mengambil kad itu.

"Jumpa lagi." Amaryllis melambai mesra sebelum melangkah keluar dari kereta.

Wanita itu masih berdiri di depan pagar rumahnya, seolah-olah menuggu Nash berlalu pergi.

Nash menurunkan cermin bahagian penumpang.

"Awak masuk dulu."

Amaryllis mengangguk akur. Dia berjalan masuk dan menghilang dilindungi oleh pagar.

"Hah~" Nash menghelakan nafas. Dia merehatkan kepalanya pada stereng kereta.

"Kenapa dengan aku ni?" Nash memegang dadanya.

Jantungnya berdegup kencang dan terasa sakit apabila mengenangkan wanita tadi.

Beberapa ketika kemudian, Nash terus memandu keretanya meninggalkan kawasan perumahan itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top