Nash's Family
Dari perbualan Adriel dan Calix, Amaryllis mendapat tahu sesuatu yang sangat tak dijangkanya.
Seperti yang diketahui, Amaryllis pernah mempunyai kompilasi jantung semasa kecil dan keadaannya sentiasa dipantau oleh doktor. Setiap bulan Amaryllis akan ke hospital dan menetap di sana selama beberapa hari untuk dipantau keadaanya.
Calix merupakan seorang doktor yang bertanggungjawab untuk memantau keadaan Amaryllis.
Calix juga bukan saja merupakan seorang doktor biasa. Dia adalah seorang pakar jantung yang sangat terkenal dan juga pemilik hospital tempat Amaryllis dirawat.
Semasa Amaryllis menetap selama seminggu di hospital, dia bukan saja selalu didatangi oleh ibu bapanya yang datang melawat dan doktor yang memantau saja, tetapi dia juga didatangi oleh sepasang kanak-kanak yang tidak dikenalinya.
Di awal perkenalan, Amaryllis sangat pendiam dan tidak mahu bermain dengan pasangan beradik itu. Bukan itu saja, mereka juga kelihatan beberapa tahun lebih tua dari Amaryllis dan ia membuatkan si kecil itu berasa takut untuk bermain dengan mereka.
Namun, setelah beberapa kali diajak bermain, Amaryllis akhirnya ikut sertai mereka.
Sejak daripada itu, si pasangan kembar sering datang dan bermain dengan Amaryllis.
Hubungan mereka tiga sekawan terputus setelah Amaryllis menjalani pembedahan jantung da berpindah ke tempat lain.
Kini, tahulah Amaryllis siapakah gerangan pasangan kembar itu. Mereka adalah Nash dan Freya yang berada di depan matanya sekarang.
"Wah, siapa sangka budak perempuan yang selalu kita kacau dulu rupanya Illis sendiri." freya berkata dengan tawa kecilnya.
Amaryllis tertunduk malu.
"Mak cik gembira tengok keadaan kamu sekarang. Bukan saja sihat, tapi semakin cantik pula." Sylvia memuji kecantikan Amaryllis yang semamangnya sangat memukau sesiapa saja yang melihatnya.
Muka Amaryllis memerah apabila dipuji sebegitu.
Mikael yang diam saja sejak tadi hanya memerhatikan saja tingkah si adiknya, Nash.
Dari pemerhatiannya, dia tahu yang adiknya itu telah jatuh cinta. Adiknya itu langsung tidak mengalihkan pandangannya dan asyik saja memandang Amaryllis dengan senyuman di bibir.
Melihat tingkah Nash membuatkan Mikael mahu mengusik adiknya itu.
"Amaryllis." Mikael memanggil dengan lembut.
Amaryllis memandang Mikael dengan pandangan tanda tanya.
Nash turut memandang laju ke arah abangnya apabila lelaki itu memanggil nama Amaryllis dengan nada mesra.
Mikael menjeling sekilas pada Nash untuk melihat reaksi adiknya itu. Dalam diam, Mikael tertawa sendiri apabila melihat renungan tajam Nash.
"Awak dah berpunya ke?" Mikael bertanya selamba.
Disebabkan soalan itu, semua memandang tepat ke arah Amaryllis. Mereka seolah-olah menunggu jawapan dari wanita itu.
"Belum." Amaryllis menjawab dengan wajah yang memerah. Dia berasa malu kerana menjadi tumpuan semua.
"Ah~ Kebetulan saya pun tak berpunya lagi dan sedang mencari calon." Mikael berkata lagi.
"Oh!" Amaryllis tidak tahu mahu membalas apa lagi.
Mikael menyembunyikan senyumannya apabila melihat riak Amaryllis yang kelihatan tak keruan.
"Kau jangan nak berangan la bang. Kau tu tua lagi dari Illis." Nash menyampuk. Tidak senang dengan kata-kata Mikael sebentar tadi.
Mikael menjongket kening melihat Nash.
"Setakat lima enam tahun jarak, apalah sangat kan, Illis?" Mikael mengukirkan senyuman manis buat Amaryllis.
Semakin tidak senang duduk Amaryllis apabila lelaki itu memanggilnya sebegitu.
Pak!
"Jangan usik Illis macam tu. Kesian dia." Freya memukul lengan Mikael dan memarahi abangnya itu.
"Salah ke? Abang cuma tertarik dengan dia je," kata Mikael sambil mengusap lengannya.
"Erm."
Mikael dan Freya memandang Amaryllis.
"Maaf, saya tahu niat awak baik. Tapi..." Amaryllis kelihatan teragak-agak untuk menyambung kata-katanya.
Wanita itu kemudiannya terus memandang Mikael dengan penuh tekad.
"Maaf, saya tak tertarik dengan awak!" kata Amaryllis dengan penuh jujur.
Semua terdiam mendengar jawapan jujur Amaryllis.
Mereka semua kemudiannya tertawa.
"Hahaha! Kau kena tolak la bang. Dia tak suka kau." Freya tertawa, mengejek si abang.
Nash turut tertawa kerana gembira.
Amaryllis memandang pelik. Dia hairan apakah yang mencuit hati mereka semua walhal dia cuma menjawab soalan Mikael dengan jujur saja.
"Jadi, awak sukakan Nash?" Mikael bertanya lagi.
Amaryllis tidak menjawab apa. Dia hanya menunduk dengan muka yang memerah.
Pertanyaan dari Mikael itu membuatkan Nash berasa ingin tahu perasaan wanita itu terhadapnya. Tetapi tidak pula dia bertanya dengan lebih lanjut. Dia tidak mahu wanita itu berasa tidak selesa.
"Sudah. Jangan nak mengusik Amaryllis je. Kesian dia." Puan Sylvia membela Amaryllis. Kasihan dia melihat wanita itu tidak keruaan apabila diusik oleh anak-anaknya.
Dua keluarga itu makan malam bersama meskipun keluarga Amaryllis baru saja makan bersama dengan keluarga Nora.
Dalam pada itu, Gloria sempat melihat tingkah anak perempuan dengan Nash. Lelaki muda itu kelihatan sangat selesa melayankan Amaryllis. Lelaki itu ada kalanya akan bertanya jika Amaryllis mahukan sesuatu sebelum dia mengambil dan menghidangkannya di dalam pinggan anaknya.
Amaryllis juga kelihatan sangat selesa dengan layanan Nash. Dia langsung tidak kekok malah membiarkan saja dirinya dilayan Nash.
Tingkah pasangan itu bukan saja diperhatikan oleh Gloria, malah ahli keluarga yang lain juga.
*****
"Maaf sebab kami sekeluarga mengganggu makan malam awak sekeluarga."
"Jangan risau, Illis. Kami semua suka dapat berkenalan dengan awak." Freya menyampuk perbualan Nash dan Amaryllis.
"Betul tu, Ilis. Kalau kamu tak keberatan, datang la ke rumah pula." Sylvia menjemput dengan mesra. Dia berharap agar wanita muda itu setuju dengan jemputannya memandangkan dia mahu tahu tentang Amaryllis dengan lebih baik lagi.
Amaryllis tersenyum dan mengangguk setuju.
"Jumpa lagi nanti Sylvia." Gloria dan Sylvia bersalaman dan berpelukan.
"Awak sekeluarga pun jemputlah datang kalau tak keberatan." Sylvia turut menjemput ibu bapa Amaryllis ke rumahnya.
"Baiklah. Kami akan datang bila ada waktu lapang."
"Jumpa lagi, Illis." Mikael melambaikan tangannya.
Nash terus menekup wajah abangnya dan memaksa si abang untuk masuk ke dalam kereta.
Amaryllis tertawa kecil melihat telatah dua beradik itu.
Dua keluarga itu berpisah ke haluan masing-masing.
Semasa berada di dalam kereta, Adriel bersuara dan bertanyakan sesuatu kepada Amaryllis.
"Berapa lama dah kenal dengan budak lelaki tu?"
"Nash?"
"Ya."
"Baru sebulan dua," jawab Amaryllis dengan teragak-agak. Sejujurnya, dia berasa risau jika kedua ibu bapanya tidak suka dia berkawan dengan Nash dan melarangnya untuk berjumpa dengan lelaki itu lagi.
"Kamu suka dekat dia?" Gloria pula bertanya.
Kali ini, Amaryllis tidak tergak-agak untuk menjawab.
"Ya, Illis sukakan dia."
Adriel dan Gloria berbalas pandangan seketika.
"Baiklah."
Amaryllis terkejut mendengar jawapan si ayah.
"Ayah tak marah Illis berkawan dengan Nash?" Amaryllis bertanya kehairanan.
"Kenapa ayah nak marah kamu pula? Kalau dia yang kamu suka, ayah tak kisah pun."
"Tapi, Illis ingatkan ibu dan ayah nak padankan Illis dengan Luke?"
"Kebahagiaan kamu adalah kebahagiaan kami, Illis. Kami tahu yang kamu tak pernah suka pada Luke dan kami tak akan paksa kamu untuk bersama dengan dia kalau kamu tak mahu." Gloria berkata sambil mengusap kepada Illis.
"Lagipun, ibu suka tengok budak lelaki tu. Dia sangat ikhlas dan ibu nampak cara dia pandang kamu. Penuh dengan cinta dan ketulusan."
Wajah Amaryllis memerah.
"Bila kamu dah bersedia, bawalah dia berkenalan dengan kami." Cadang Adriel.
Amaryllis mengangguk.
"Terima kasih, ibu, ayah." Amaryllis mencium pipi kedua-dua ibu bapanya.
*****
"Ibu suka dengan Illis." Sylvia tiba-tiba bersuara.
Kata-kata si ibu membuatkan Nash terus menoleh, memandang si ibu yang duduk di tempat duduk penumpang di belakang.
"Ya, abang pun suka dekat dia." Mikael berkata dengan niat mahu mengusik.
Nash memandang tajam si abang yang sedang memandu.
"Bukan setakat cantik je, sopan pulak tu. Memang idaman akulah."
"Baik kau diam sekarang, Mika." Nash mengugut. Panas hatinya apabila nama Amaryllis asyik saja meniti di bibir si abang.
"Ayah pun suka dekat dia. Kalau ada masa, bawak la dia ke rumah."
Nash mengangguk.
"Nanti Nash tanya dia."
"Jangan lupa bagitahu aku bila kau nak bawak dia datang rumah rumah. Aku nak juga berjumpa dengan Illis lagi."
"Sekali lagi kau bercakap, mati kau, Mika." Nash berkata dengan perlahan.
Mikael tertawa sendiri. Suka dan rasa puas hati apabila dapat mengusik Nash.
Eryx yang duduk di belakang perhatikan saja telatah kebudak-budakan dua abangnya itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top