Insincere Apologize


Keesokan harinya, Adriel dan Gloria membawa Amaryllis ke rumah keluarga Luke untuk membincangkan perkara yang berlaku di antara Luke dan Amaryllis semalam.

Seperti kebiasaannya, kedatangan keluarga kecil itu pasti akan disambut mesra oleh Ilya. Kedatangan mereka sangat dialu-alukan.

Melihat dari tingkah Ilya yang mesra dengan senyuman manis di bibir, mereka sekeluarga dapat meneka bahawa wanita itu masih tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh anak lelakinya terhadap Amaryllis. Lagipun, Ilya juga tidak nampak wajah Amaryllis memandang wanita itu memakai penutup mulut.

Mereka masuk ke dalam ruamh itu dan duduk di ruang tamu.

"Tunggu sekejap ya, saya peergi sediakan minuman kejap." Ilya mahu meminta diri untuk ke dapur.

"Ilya, Nathan ada dekat rumah?" Adriel bertanya.

"Ada. Dia dekat belakang tengah uruskan kebun dia."

"Boleh panggilkan dia sekejap tak?"

Ilya memandang Adriel dengan perasaan hairan. Lelaki itu kelihatan sangat serius.

"Ya, sekejap saya panggilkan dia." Ilya berlalu ke belakang rumahnya dan memanggil si suami.

Nathan masuk ke dalam rumah dan menjengah tetamunya.

"Aku naik mandi kejap, Riel. Nanti aku turun," kata Nathan.

Adriel mengangguk faham.

Nathan naik ke biliknya dan memebrsihkan dirinya sementara Ilya pula berada di dapur, menyediakan minuman dan makanan ringan untuk tetamunya.

Beberapa ketika kemudian, pasangan suami isteri itu masuk ke ruang tamu dan duduk bersama dengan tetamunya.

"Ada apa kau datang pagi-pagi ni? Tak maklumkan aku pulak tu." Nathan memulakan perbualannya.

Jika kebiasaannya, Adriel akan menelefonnya terlebih dahulu jika sahabatnya itu mahu singgah ke rumahnya. Tetapi kedatangan Adriel di awal pagi tanpa maklumannya terlebih dahulu membuatkan dia diselubungi dengan tanda tanya.

"Anak-anak kau ada?" 

"Ada je. Dekat bilik masing-masing."

Nathan dan Ilya berpandangan sesama sendiri untuk beberapa saat. Mereka berasa hairan dengan tingkah keluarga kecil itu.

"Macam ni la, Nathan. Aku tak nak besar-besarkan perkara ni. Aku cuma nak Luke turun dan minta maaf pada kami sekeluarga. Itu je." Adriel berkata dengan tenang.

"Minta maaf? Apa yang anak kami dah buat sampaikan dia perlu minta maaf pada kamu sekeluarga?" Ilya bertanya.

Gloria memegang tangan Amaryllis.

Amaryllis membuka penutup mulutnya.

Nathan dan Ilya terkejut melihat keadaan Amaryllis.

"Apa yang terjadi pada kamu, Illis?" Nathan bertanya. Terkejut melihat kesan lebam membiru di pipi putih Amaryllis.

"Semalam ada pertengkaran antara Luke dengan anak kami. Aku tak kisah kalau mereka bergaduh mulut je. Tapi ni sampai cederakan anak aku, ibu ayah mana je yang tak marah dan sedih bila tengok satu-satunya anak mereka kena macam ni."

"Mana mungkin Luke buat Illis macam tu! Anak kami bukannya macam tu." Ilya tiba-tiba melenting. Dia menganggap Amaryllis menuduh anak lelakinya punca wanita itu jadi begitu.

"Masa bila tu?" Nathan bertanya dengan tenang.

"Tengah hari semalam." Amaryllis bersuara.

Nathan memejamkan matanya seketika.

"Sayang, awak percaya ke dengan tuduhan mereka ni? Awak percaya ke anak kita tu yang buat Illis ni macam tu?" Ilya memegang suaminya dengan erar.

"Sekejap saya telefon Jace dan tanyakan sesuatu." Nathan berlalu ke bilik pejabatnya, meninggalkan Ilya dengan keluarga kecil itu.

Ilya menjeling keluarga itu. 

"Kenapa kamu tuduh Luke buat kamu?" Ilya bersuara dengan lagaknya.

"Kenapa saya nak tuduh kalau memang itu yang terjadi pada saya." Amaryllis berkata dengan tenang meskipun dia berasa marah dengan kata-kata Ilya yang mahu mempertahankan Luke dan meletakkan kesalahan lelaki itu padanya.

"Ha! Entah-entah yang buat kamu macam ni, lelaki yang selalu keluar dengan kamu tu. Sebab nak lindung dia, kamu tuduh anak kami pula."

"Mak cik letak pengintip dekat saya juga ke? Macam apa yang Luke lakukan?" Amaryllis memandang tepat ke arah Ilya.

Ilya terus terdiam seribu bahasa.

Adriel dan Gloria terkejut menengar kata-kata Amaryllis. Mereka berdua langsung tidak tahu berkenaan pengintip yang diperkatakan itu.

"Saya tak tahu apa tujuan mak cik dan Luke intip kehidupan peribadi saya, tapi kalau saya laporkan hal ni kepada polis, saya boleh saman keluarga mak cik sebab mencerobohi privasi saya," kata Amaryllis dengan yakin. Dia tidak mahu kelihatan lemah di hadapan wanita sombong itu.

"Berani kamu ungut kami, ya?!" Ilya melenting sekali lagi.

Amaryllis tidak berkata apa lagi. Dia sudah sakit hati dan tidak mahu berbalah kerana risau kata-katanya yang keluar nanti hanyalah berdasarkan emosi, bukan akal rasionalnya.

Nathan masuk semula ke ruang tamu. Riak wajah lelaki itu menunjukkan yang lelaki itu menemui sesuatu dan dia berasa sangat kecewa.

Nathan duduk semula di sebelah isterinya.

"Aku minta maaf bagi pihak Luke." Nathan tiba-tiba meminta maaf.

"Kenapa awak tiba-tiba minta maaf ni?" Ilya memukul lengan suaminya.

Nathan membuka tablet miliknya dan memaparkan rakaman litar tertutup yang berada di dalam pejabat milik Amaryllis.

Dari rakaman itu saja, mereka dapat lihat dengan jelas apa yang dilakukan oleh Luke ke atas Amaryllis.

Ilya terdiam selepas melihat rakaman itu.

"Nathan, kau tak salah dan kau tak perlu minta maaf pada kami. Kami cuma nak Luke sendiri yang jujur dan meminta maaf dengan kami." Gloria bersuara.

Nathan mengangguk faham.

Dalam pada itu, Nora yang terdengar perbualan itu terus berlalu ke bilik adiknya. Pintu bilik itu diketuk beberapa kali.

"Kau nak apa?" Luke membuka pintu. Wajah lelaki itu kelihatan sangat serabut dan matanya sangat sembab.

Nora masuk ke dalam bilik Luke dan mengunci pintu bilik adiknya itu.

"Apa yang kau buat dekat Amaryllis?" Nora bertanya sambil duduk bersilang kaki di atas katil Luke.

"Tak ada apalah." Luke mengalihkan pandangannya.

"Ibu ayah dia ada dekat bawah sana. Aku dah dengar perbualan mereka."

"Bukan salah aku la! Kalau dia jujur dengan aku, aku tak akan buat dia sampai macam tu sekali. Lagipun, bukan niat aku pun nak cederakan dia sampai macam tu sekali." Luke masih tidak mahu mengaku salahnya.

"Kau berniat atau tak, kau tetap dah cederakan dia."

"Tapi dia pun cederkana aku juga! Dia siku, tumbuk muka aku lepas tu tendang dada aku."

"Ah! Nampaknya kelas judo  yang dia ambil dulu tak sia-sia." Nora berkata sendiri.

"Apa maksud kau kelas judo?"

"Tak ada apa-apa."

Mereka berdua diam seketika.

"Jadi, apa yang kau nak buat sekarang ni?"

"Entah la. Aku pun tak tahu," jawab Luke dengan selambanya.

Nora menepuk dahi.

"Keluarga dia tak minta apa pun. Mereka cuma nak kau minta maaf je. Pergilah turun sana sebelum ayah sendiri yang naik panggil kau."

"Tch!"

Belum sempat Luke membuka pintu biliknya, pintunya sudah dibuka luas.

Nathan berdiri di depan pintu dengan kunci pendua di tangan. Riak wajah lelaki itu sangat serius.

"Ayah." Luke terus cuak apabila melihat si ayah di depan mata.

"Turun sekarang," arah Nathan dengan nada suara yang serius.

Luke mengangguk akur. Dia berjalan di belakang Nathan sehingga ke ruang tamu.

Beberapa pasang mata memandang tepat ke arah Luke apabila lelaki itu jejak ke ruang tamu.

Melihat wajah Luke membuatkan Amaryllis mengeluh sendiri.

Lelaki itu kelihatan tidak terurus dan serabut.

"Melutut sekarang," arah Nathan.

Semua yang berada di ruang tamu itu terkejut dengan arahan Nathan.

"Sayang!" Ilya berasa marah dengan tindakan suaminya.

Nathan langsung tidak mengendahkan isterinya.

"Nathan, tak perlu sampai macam tu sekali. Kami cuma nak dengar dia minta maaf je." Adriel berkata dengan lembut. Dia  berasa kasihan setelah melihat keadaan Luke yang tidak terurus.

"Ni sebagai pengajaran buat dia. Kalau dia tak buat macam tu, dia tak akan minta maaf dengan ikhlas."

Adriel terdiam. Dia tidak mampu berkata apa dan hanya membiarkan saja Nathan mendidik anaknya. Lagipula, dia tidak mahu masuk campur dalam urusan keluarga itu.

"Melutut!" Desak Nathan lagi.

Wajah Luke sudah memerah. Egonya rasa tercalar kerana dimarahi di depan keluarga Amaryllis.

Luke akhirnya akur. Dia mulutut di depan keluarga itu.

"Saya minta maaf atas apa yang saya dah lakukan pada Amaryllis." Luke meminta maaf dalam keadaan tertunduk kepalanya.

Adriel dan Gloria memandang Amaryllis.

Amaryllis mengeluh perlahan. Dia tahu yang Luke langsung tidak ikhlas memohon maaf. Lelaki itu mempunyai ego yang tinggi seperti kakaknya.

"Baiklah, saya maafkan awak, Luke." Amaryllis terpaksa memaaafkan lelaki itu meskipun kata maaf itu hanya maaf yang kosong.

Setelah Luke meminta maaf, Ilya terus membantu anak lelakinya itu bangun dan membawa dia naik semula ke biliknya.

Nathan hanya mempu menggelengkan kepala melihat tingkah isteri dan anaknya itu.

"Aku minta sekali lagi, Adriel, Gloria. Pak cik minta maaf, Amaryllis."

"Sudah-sudah la tu minta maaf, Nathan. Kau tak bersalah pun dalam hal ni." Adriel berasa serba salah kerana sahabatnya itu tidak henti-henti memohon maaf atas kesilapan anak lelakinya.

Keluarga itu berbual seketika dengan Nathan sebelum meminta diri untuk pulang.

*****

Semasa di dalam kereta, Adriel bertanyakan sesuatu kepada Amaryllis.

"Jadi, apa yang kamu nak buat sekarang?" Adriel bertanya ingin tahu keputusan Amaryllis untuk menyelesaikan masalahnya.

Amaryllis melepaskan keluhan.

"Illis ingat nak letak jawatan sebagai pengurus restoran tu. Illis tak rasa nak tengok dan hadap Luke lagi."Amaryllis berkata jujur. Meskipun Luke sudah meminta maaf, Amaryllis tetap tidak mahu lagi bekerja untuk dua beradik itu.

Sebelum ini, Amaryllis setuju untuk menjadi rakan kongsi atas sebab Nora tiada masa untuk mengruskan restoran itu sendiri memandang dia seorang model yang terkenal dan sering sibuk. Luke pula tidak boleh mengendalikan restoran itu lagi memandangkan dia tiada masa dan sibuk dengan pengajiannya di tahun akhir.

Lagipula, nama Amaryllis sebagai rakan kongsi hanayalah nama di atas kertas saja. Dia langsung tidak mengeluarkan sebarang modal semasa mula-mula restoran itu dibina. Maka dia tidak teragak-agak untuk menarik diri memandangkan tidak berlaku sebarang kerugian di pihaknya.

Adriel mengangguk faham.

"Jadi, kamu nak uruskan apa?"

"Syarikat ayah?" 

Adriel diam sejenak. Dia sudah lama merancang untuk memberikan jawatan kepada Amaryllis di syarikat miliknya. Tetapi sebelum ini anak perempuannya sering menolak tawaran itu dengan alasan dia mahu berdikari sendiri.

"Baiklah, nanti ayah akan uruskan." 

Amaryllis tersenyum sendiri. Dalam masa yang sama, dia berfikir bagaimana dia perlu memberitahu Nora tentang keputusannya itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top