tiga

𝕷𝖔𝖛𝖊 𝕻𝖆𝖗𝖙𝖓𝖊𝖗 𝖎𝖓 𝕮𝖗𝖎𝖒𝖊
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 03


Tubuh sederhananya menggeliat kecil, lega dapat tidur tanpa rasa sengal-sengal pada belakang tubuh.

Setelah bingkas bangun dari pembaringan, situasi berhadapan dengan salah seorang kawannya mula terlintas dalam kotak fikiran.


....

"Kenapa aku beria-ria nak ragut dia? Walhal, aku tak berniat langsung. Jangan kata yang aku ni—"

"— cuba ragut hati dia" pantas Jimin mengangkat wajah, menghantar pandangan ke arah gerangan yang menyandarkan tubuh pada daun pintu sambil tersengih-sengih.

"Apa yang kau mengarutkan ni, Tae oi?" anak patung di sebelahnya diangkat, bersedia untuk dilemparkan pada rakannya, Taehyung.

"Karut apanya? Benda betul kan?" tutur Taehyung bernada usikan, suka dapat melihat Jimin tak senang duduk tatkala disakat begini.

"Mana adalah!" dalihnya berserta suara geram. Mujur tubuhnya masih lagi sakit, kalau tidak sudah lama dia kerjakan Taehyung.

"Selalunya tidak tu tandanya ya!"

Akibat geram, Jimin mencampakkan anak patung Chimmy ke arah Taehyung. Namun, jejaka bersenyuman petak itu sempat beredar dari kamarnya, jadi balingan objek comel itu dapat dielak.


....


"Jimin, ppaliwa! Ada benda nak kena bincangkan" tersentaknya setelah terdengar suara seseorang di balik pintu. Jadi, dia pun meninggalkan kamarnya lalu mengorak langkah ke sana.

"Hah, nak bincang pasal apa kali ini?" soalnya sebelum mengambil tempat bersebelahan Jungkook.

"Begini, aku pun dah siap atur rancangan kita seperti dibincangkan sebelum ni, cumanya aku nak minta kepastian dari kau orang lagi sekali" ujar Namjoon sebelum meletakkan cetak biru di atas permukaan meja kopi.

Mereka yang duduk mengelilingi meja itu fokus menatap cetak biru yang berilustrasikan peta sebuah bank.

"Memandangkan haritu kita dah sepakat nak merompak bank ni, jadi apa kita mulakan malam nanti, amacam okey tak?"

"OKEY!"

Serentak ibu jari mereka berenam diangkat ke udara, tanda bersetuju dengan usul yang dikemukakan Namjoon.

....


"Damn!" terhambur sumpah seranah dari belahan nipis Yoongi tatkala hujung tali kasutnya terkena pada sinaran halus inframerah yang mengundang bunyi loceng kecemasan.

"Dah tak ada masa ni, cepat buka pintu tu" kalut Hoseok memberi arahan sambil menjuih bibirnya ke arah pintu besi keselamatan di hadapan mereka, yang dilengkapi dengan peranti pembuka kod.

Jungkook yang merupakan pakar IT mula menghampiri pintu itu bersama beberapa kelengkapan dalam genggaman.

Setelah mengakses sistem keselamatan melalui kelengkapannya berupa telefon pintar, nafasnya dihela sedikit kasar, gugup tatkala terlihat panel yang menyatakan hanya lima kali percubaan sahaja untuk menyelongkar kod itu. Jarinya ligat menekan butang pada peranti itu, cuba memasukkan kod yang tepat.

Jungkook meramas kasar rambut ekoran dia meletakkan koordinasi nombor yang kurang tepat. Jadi, percubaan untuk pintu keselamatan tinggi ini berbaki empat kali.

Dengan darah gemuruh yang menyerbu pada wajahnya, kali ini Jungkook cuba untuk tidak terburu-buru seperti percubaan pertama tadi.

TING! TING!

Setelah berkali-kali mencuba, akhirnya pintu kawalan keselamatan tinggi akhirnya terkuak luas.

Jimin terlebih dulu memasuki bilik keselamatan yang dipenuhi wang tunai. Namun, dia terdengar bunyi aneh dari bilik kecil yang terletak di hujung ruang ini.

Dengan penuh debaran, Jimin melangkah mendekati bilik yang terkuak sedikit daun pintunya.

Dengan sekali tolakan, dia cuak berikutan terlihat satu figura yang sudah dalam bilik itu, ralit memasukkan wang ke dalam beg bimbit.

"Woi!" perbuatan gadis berambut ombre hitam keunguan terhenti setelah terdengar satu jerkahan.

Kali ini dia pula terkedu melihatkan Jimin yang tercegat berdiri.

"Kau?" serentak mereka menuding jari sesama sendiri.

Sejujurnya, kedua-dua mereka tidak menyangka akan terserempak di tempat begini.

Akibat ralit memerhatikan rupa paras tampan milik jejaka itu, gadis yang lengkap bertopeng mulut itu mula sedar dari mengelamun.

Beg bimbit yang ternganga luas dengan lambakan wang kertas lantas ditutup rapat. Langkahnya dihayunkan, namun Jimin sempat menggapai tangannya.

"Hei perempuan misteri, nama kau siapa?"

"Perlu ke kau tahu semua tu?" pautan tangan mula terlerai setelah gadis itu merentap kasar untuk dilepaskan.

"Yup, sebab aku nak mintak maaf pasal haritu. Aku sendiri tak tahu kenapa tangan ni gatal nak ragut kau." luah Jimin berserta sengihan meleret.

Dalam diam, gadis memuji jejaka itu melambung-lambung kerana sikapnya, terlalu comel untuk menjadi penjenayah.

"Hello?" bahunya ditepuk Jimin, hampir saja dia tenggelam dalam lamunannya tadi. Buat malu saja.

"Em, aku Airish. Pasal haritu, aku dah lama maafkan kau." membahang pipi gadis setelah mengungkapkan kata-kata sebegitu. Tidak, bukan itu dia mahu cakap sebenarnya.

Niatnya mahu berlagak ego di hadapan Jimin, namun terlepas pula bicara hati itu dari belahan bibir mungilnya.

Jejaka itu sekadar tersenyum sehingga tertutup matanya.

"Nama kau pulak?" sengaja Airish bertanya.

"Nama aku Jim—" Jimin menghentikan tuturnya lantaran terdengar derapan kaki yang menghala ke arah bilik mereka berada.

Disebabkan tidak mahu identitinya diketahui sesiapa, Airish mula berdesup keluar dari bank itu melalui lubang yang dibuatnya tadi.

"Yyah, ppaliwa! Tercegat apa lagi dekat situ? Cepatlah ambik mana yang patut!"

Jimin yang leka menghantar pemergian Airish mula tersentak setelah Seokjin terpekik-pekik mendesaknya. Jadi dia pun kalut mengambil sejumlah wang tunai sebanyak mungkin.


....


"Nah macam bos kau mahukan!" beg bimbit yang mampat dengan wang kertas aku lemparkan pada lelaki bertubuh sasa itu. Mujur dia sempat sambut.

"Lepas ni jangan sesekali kacau kawan aku." tuturku senafas sebelum melangkah pergi dari lorong belakang premis perniagaan.

Namun, langkahku yang seterusnya tergendala lantaran lengan sasa melilit erat pada pinggangku.

"Aku akan lepaskan kawan kau, tapi kau, tidak sama sekali." cuak aku dengan gerak geri lelaki itu.

"Tapi kenapa?" terketar-ketar aku menyoal ekoran batang leherku membahang dengan deruan nafas tak teraturnya.

"Aku nampak kau cukup berkaliber, nampak hot pulak tu. Aum, menepati citarasa aku."

Sebelum dia bertindak melebihi batas pergaulan, aku pun menggapai lengan jejaka itu lalu memusingkan tubuhnya ke udara.

Akibat seni pertahanan aku lakukan, dia meringis kesakitan setelah tubuh sasanya dihempas atas tar yang keras.

"Maaf, sejahat-jahat salah laku jenayah yang aku buat, aku takkan sesekali gadai kehormatan pada orang bernafsu binatang macam kau!" sepucuk pistol yang terselit pada pinggang aku gapai.

"Bagitahu aku, siapa bos kau? Cepat jawab!" desakku yang sudahpun mengacukan muncung pistol padanya yang terkulai terlentang.

Dia hanya membalas sengihan, cukup sinis aku memandang.

"Kau tembak sama sekali pun, aku takkan bukak mulut nak jawab soalan kau." bicaranya bersahaja, sengaja menggugat kewibawaan aku. Namun,  sengaja aku membalas bait-bait katanya dengan senyuman sinis.

"Ouh berani betul kau ye, sanggup mati daripada bocorkan identiti bos sendiri. Baik, dah itu kau nak, itulah yang kau dapat."

BAM! BAM!

Dua kelongsong peluru yang jatuh atas tar aku kerling seketika sebelum beralih pandangan pada kujur tubuh lelaki yang sudah tidak bernyawa.

Aku mula berduduk bertinggung berhadapannya, cuba memberikan sepatah dua kata buat kali terakhir.

"Sebenarnya, dah berkurun aku cari kau, tapi mujurlah kau tonjolkan diri dulu Jackson Wang oi. Tak dapat tahu bos pun, dapat anak buah pun jadilah."

Lantaran tidak mahu berbasa-basi di situ, aku pun akhirnya membawa diri dari lorong yang sempit dan berbau ini bersama beg bimbit yang dirompak tadi.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top