satu

Assalamu'alaikum dan hai, selamat hari raya Wauthormelon ucapkan. Harap raya sempena pkpb korang ikut SOP yang ditetapkan hehe.

Btw, Wauthormelon publish lima chapter sekaligus, dan sambungannya korang baca dekat buku Ash nrxsnow_ tau, so vomment puas-puas ye muehehehe 🤭

🍉🍉🍉🍉🍉

𝕷𝖔𝖛𝖊 𝕻𝖆𝖗𝖙𝖓𝖊𝖗 𝖎𝖓 𝕮𝖗𝖎𝖒𝖊
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 01

Langkahku diderap ke arah sebuah bangunan yang lenggang suasananya, seperti tiada sesiapa yang mengunjungi.

Disebabkan baru pertama kali berada di kawasan ini, aku terpinga-pinga. Jadi, aku pun cuba memberanikan diri untuk bertanyakan sesuatu kepada gadis yang berada di kaunter pertanyaan.

"Tumpang tanya, bukan disini ke konvensyen tu dianjurkan?" soalku penuh kesantunan. Kalau dah berada tempat lain, perlulah jaga adab.

"Haah." jawab gadis itu senafas sebelum merias semula kuku panjangnya, seperti malas nak tunjuk keramahannya padaku.

"Tapi di mana ya? Merata tempat saya cari lokasinya." ujarku bernada sedikit meninggi, benci apabila dilayan seperti tunggul kayu.

"Password." tuturnya sepatah mengundang kerutan pada dahiku.

"Hah?"

"Kalau nak ke konvokesyen tu, kena ada passwordnya, kalau tak ada, boleh berambus."

Rasa menyirap pula dengan gelagat manusia sebegini. Seperti tidak dapat menahan kesabaran menerima layanan sebegini, aku pantas menggapai sebilah pisau lipat yang dibawa bersama dalam kocek seluar.

Kepalanya aku rentap penuh kasar lalu aku acukan pisau pada leher jinjangnya.

"Password apanya? Aku langsung tak tahu menahu pun nak masuk tempat tu kena guna password!" bentakku.

"Cik itulah passwordnya." tercengang aku setelah mendengar gadis itu katakan.

'Password macam taik duhh.' aku mengutuk habis-habisan dalam hati.

Aku pun melepaskan jerutan pada leher gadis bongkak itu setelah dia berkata sebegitu.

Butang bersebelahannya ditekan penuh menggeletar, takut dengan tindak tanduk drastik aku tadi.

Tiba-tiba satu lif berbentuk silinder dan berdinding kaca jernih mula kelihatan di hadapanku.

"Cik masuk je dalam tu, nanti sampailah ke sana." tutur gadis itu bersama senyuman yang kekok. Takut aku bertindak di luar kawalan pula nanti agaknya.

Tanpa sebarang ucapan terima kasih, aku pun melangkah masuk ke dalam lif itu. Orang sepertinya tidak perlu aku berterima kasih, buat menyemak saja.

Serta-merta, lif itu menuruni ke tingkat bawah.

Aku menguap kecil, bosan bersendirian dalam lif yang berdesup turun. Setelah melepasi kawasan kereta api bawah tanah dan loji kumbahan, akhirnya aku tiba di konvesyen yang terletak di tingkat paling bawah.

Aku tak menyangka ada juga konvesyen di tempat sebegini.

'Baik buat dekat dalam kerak bumi, biar mampus semua hehe.' gumamku sendiri diselangi tawa kecil.

Sebelum menapak pergi dari lif, rambut ombre hitam keungu-unguan kurapikan sedikit lalu menyarungkan penutup mulut yang diambil dari dalam tas tangan, sengaja tidak mahu dikenali sesiapa nanti.

Langkahku dihayunkan menghampiri gerbang gergasi yang menarik perhatianku seketika. Perkataan yang tertera pada gerbang aku baca perlahan-lahan.

'Welcome to... Villain Cons.' gumamku sendirian sebelum melepasi masuk ke situ.

Termanguku dibuatnya setelah menapak ke arah tapak konvesyen yang asalnya merupakan pangkalan rahsia tentera ketika tercetusnya Perang Dunia Kedua.

Konvesyen ini tak ubah seperti konvesyen yang lain, cumanya kelainan di tempat himpunan ramai ini, semua pengunjung terdiri daripada penjenayah.

Jadi tidak hairanlah jikalau mereka saling membunuh dan merompak sesama sendiri di tempat begini. Kalau mereka yang mulakan, memang cari nahas dengan akulah jawabnya.

Sedang aku ralit memerhati keadaan sekeliling yang dipenuhi booth berkaitan jenayah seperti dadah dan senjata api, tiba-tiba tubuhku direngkuh kuat oleh seorang lelaki bertopeng penuh, sehingga jatuh terjelepok ke bawah.

Dia terus melangkah pergi, membiarkan aku terduduk dalam kerumunan khalayak.

"Eh mana beg tangan aku?" cemas aku mencari objek yang dibawa bersama.

Sejahat-jahat penjenayah pun, wanita pastinya tidak dipisahkan dengan ketrampilan yang menawan. Jadi, tas tangan antara item yang melengkapi buatku. Jika tiada, hilanglah seri aku sebagai wanita.

Biarpun ramai yang lalu lalang, aku mampu melihat gerangan mencuri tas tangan milikku yang berjenama Gucci itu.

"Woi!" aku mula terjerit menghilai hinggakan orang yang melanggar bahuku tadi tersentak di saat mengeluarkan dompetku dari tas tangan. Ya, dialah yang caras beg tangan Gucci aku edisi terhad itu.

Amarahku kian menyirap tatkala tas tangan dicampaknya begitu saja di hadapanku sebelum dia mula melarikan diri bersama dompet kepunyaanku.

Aku pun bingkas berdiri untuk mengambil semula tas tangan sebelum berdesup mengejarnya. Namun apakan daya, kudratku tidak mencukupi untuk memintasnya.

Jadi aku berhenti seketika lalu menekan butang kecil pada kasut but yang aku pakai. Sekelip mata, kasut but bertukar menjadi kasut beroda.

Aku pun kembali meluncur laju dengan menyelit ke sana sini agar tidak terlanggar kerumunan penjenayah lain. Sampai saja di belakang lelaki yang lengkap bertopeng itu, aku lantas melemparkan tas tangan Gucci ke arahnya.

Akibat balingan tadi tepat mengena pada belakang kepalanya, lelaki itu akhirnya jatuh tertiarap. Orang ramai yang lalu lalang di situ mula mengerumun, mengelilingi kami berdua.

Sebelum melangkah ke arahnya, aku menyahaktifkan mod kasut beroda terlebih dahulu dengan menekan semula butang kecil pada kasut tersebut. Serta-merta kasut beroda bertukar jadi kasut but.

Disebabkan perasaan geram mencanak naik, aku mula memijak-mijak tubuh belakangnya. Topeng yang menutupi wajahnya lantas aku tanggalkan, cuba ketahui gerangannya.

Secara drastiknya, aku terpana setelah menilik sekilas wajahnya. OMG, kacak betul pencuri dompet aku!

Namun, aku pantas menampar pipi sendiri agar kembali sedar dari mengelamun panjang. Tidak mahu berangan di hadapan khalayak, malu!

"Hei manusia rambut biru gelap! Kalau nak meragut sekalipun, fikir masak-masak dulu. Jangan tau nak caras barang orang, ergh!" dompet yang berada dalam gengamannya segera aku rampas.

Disebabkan dia, keinginan aku untuk bersiar-siar sekeliling tapak konvesyen mula hilang. Jadi aku pun berkira-kira untuk meninggalkan tempat ini secepat mungkin.

"Dahlah warna rambut dah macam seluar sekolah, ergh nyampah aku!" omelku tak berpuas hati sambil menguak geram rambut ombreku.

Dengan menebalkan muka, aku pun bersahaja melangkah pergi dari kerumunan manusia, meninggalkan lelaki berambut biru gelap yang masih terkulat-kulat. Biar dia tertiarap di situ seorang diri.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top