empat
𝕷𝖔𝖛𝖊 𝕻𝖆𝖗𝖙𝖓𝖊𝖗 𝖎𝖓 𝕮𝖗𝖎𝖒𝖊
𝕮𝖍𝖆𝖕𝖙𝖊𝖗 04
Helaian wang kertas yang tak terkira jumlahnya dicampak-campak penuh seronok ke udara.
"Kita kaya raya!" Taehyung meloncat-loncat keriangan dalam lambakan not Won itu. Hoseok yang baru menjengah masuk bilik itu pun turut serta.
Jungkook sedang duduk atas di atas timbunan berupa wang kertas itu tersengih-sengih, mula memasang angan-angan sendirian.
Gelagat pelik ketiga-tiga jejaka disambut telengan kepala Yoongi, entah apa-apa mereka ni.
"Ha Jimin. Tadi kau tercegat berdiri dalam bilik tu dah kenapa? Nampak kelibat hantu ke apa?" decitan kecil terluah dari bibir separa tebal milik Jimin, meluat dengan perangai Seokjin yang asyik menyakat.
"Ish, ke situ pulak hyung ni. Tak ada apa-apalah" Jimin menidakkan kenyataan Seokjin. Lagipun bukan kelibat hantu yang membuatkan dia terpana.
"Kalau bukan hantu, dah tu apa? Awek?" Namjoon mencelah, cuba menebak.
Termangu Jimin dengan jawapan Namjoon, sehingga darah gemuruh mula menyerbu wajahnya. Secara tiba-tiba, wajah Airish separuh ditutupi topeng mulut tu menerawang dalam benak fikiran, mengundang malu tak terhingga.
"Nampak sangat betul kan? Muka merah-merah je hyung tengok kau" usik Seokjin yang terbahak-bahak ketawakannya.
....
Tergelak Jimin sendirian mengingati dirinya disakat habis-habisan oleh hyung-hyung minggu lalu.
Dan pada yang sama, sisi wajah Airish yang cantik baginya turut terngiang-ngiang dalam kotak fikiran. Entah kenapa belakangan ini dia acapkali teringatkan gadis misteri itu, jantungnya turut sama berdegup kencang.
Namun cepat-cepat dia menggeleng, mahu hilangkan lamunannya. Takut-takut terlanggar orang tanpa sengaja di kawasan pejalan kaki.
Sepanjang berjalan berhampiran deretan premis perniagaan di Jalan Myeondong, perutnya keroncong seperti perlu diisi memandangkan dia tidak sertai makan malam bersama kawan-kawannya.
Jadi langkahnya diderapkan mendekati sebuah kedai serbaneka yang beroperasi 24 jam.
Ting ting!
Bunyi loceng digital itu kedengaran sebaik sahaja Jimin memasuki ruang dalam kedai itu.
Tanpa berfikiran panjang, derapannya dimajukan mendekati bahagian makanan segera. Dua mangkuk Maggie Pedas Giler dicapai sebelum dia mengubah langkah ke arah peti minuman.
Setelah dua kotak susu pisang diambilnya, Jimin pun menghampiri kaunter untuk membayar.
Sambil-sambil menunggu barangan dibelinya diimbas kod harga, mata tertancap pada teg nama penjaga kaunter itu, yang terteranya perkataan Sophea.
Bbuk!
Mahu saja dia mendongak kepala untuk menilik wajah gadis bernama Sophea itu, pandangannya teralih pada susunan kotak yang terabur jatuh dari troli besar itu.
"Kau ni kan, Wooyoung! Kan aku suruh susun siap-siap semua stok dari tadi. Dah nak tukar syif, baru tergedik-gedik nak buat.
Tengok apa jadi?" Jimin merenung wajah gadis berambut paras bahu yang memarahi rakan sekerjanya.
Suara gadis itu saling tak tumpah dengan suara seseorang yang dia kenali.
"Semuanya 9000 wo—" berbicara gadis berteg nama Sophea tergendala seraya melihat Jimin melangkah menuju ke tempat kotak-kotak itu terjatuh.
Membeliak mata gadis berambut pendek itu tatkala satu figura berambut biru gelap menghampiri mereka berdua.
"Kau kan Airish?" soal Jimin yang masih teragak-agak untuk meneka. Takut-takut tersilap orang.
....
Slurppp!
Seusai dia memperkenalkan diri, mi segera yang jejaka itu belanjakan aku hirup penuh berselera. Macam tahu-tahu saja aku ni kelaparan.
"Tak sangka sedap jugak perisa tomyam ni." akuiku sambil membelek sekilas mangkuk Maggie Pedas Giler.
"Eh eh takkanlah kerja dekat situ tak pernah cuba rasa sekali?" aku sekadar mengeleng kecil untuk membalas soalan Jimin.
"Kerja aku punggah dan susun stok pada rak, mana pernah menyempat nak curi-curi makan begini waktu kerja.
Curi choki-choki aku rajinlah hehe." tawa Jimin terhambur keluar mendengarkan peneranganku.
"Kau kerja situ dah berapa tahun?" suapan makanan segera ke dalam mulut tergendala seusai ditanya Jimin. Aigoo, jantan ni got no jams betullah.
"Adalah dalam setahun setengah." ujarku sambil mengapai susu kotak berperisa pisang. Sesekali aku menyedut minuman itu penuh nikmat.
"Dah tu kenapa kau terjebak dalam jenayah macam aku?" hampir tersedak aku disebabkan soalan cepumas daripada si jejaka.
Tanpa membalas secara bersuara, sengihan kecil aku hadiahkan padanya.
Sukar sebenarnya aku mahu terangkan sepenuhnya tentang alasanku melibatkan diri dalam situasi begini kepada Jimin, takut-takut dia tidak mahu berkawan dengan aku nanti.
"Em suka-suka je hehe." tuturku seringkasnya sebelum melemparkan pada suasana malam di bawah jambatan Sungai Han, yang agak lenggang waktu ini.
Itu saja yang mampu terluah dari alur bibirku. Harap dia tidak melanjutkan pertanyaan berkaitan itu lagi.
"Suka-suka? Sounds interesting. Mesti kau dah lama terjebak kan?"
"Haah lama jugaklah hehe" kekok aku membalas, tiba-tiba rasa gementar menerjah di saat lirikan mata Jimin menikam pandanganku.
"Em, mana rambut ombre kau? Ke tu rambut palsu?" soal Jimin yang tidak lekang dari merenung wajahku.
"Inilah rambut palsu, rambut ombr— hei!" terkedu aku seketika sebaik sahaja Jimin bersahaja menarik rambut palsuku dari kepala, sehingga rambut ombre hitam keunguanku melorot jatuh atas bahu.
Gelabahku kian menerpa lantaran jejaka itu mengelus lembut helaian rambut milikku.
"Airish," aku terdongak seusai ibu jarinya mengangkat wajahku.
"Aku nak bagitahu sesuatu dekat kau,"
Sejujurnya aku mahu katakan, dengupan jantung kian kencang di saat aku bertentangan mata sama si dia. Takkanlah aku mula jatuh cinta padanya?
"Yang sebenarnya, aku dah tercari-cari kau. Entah kenapa bila aku selalu sangat terbayang-bayangkan kau, ..."
Pandanganku tertikam pada perbuatannya yang mengambil sesuatu dari kocek seluar. Terbungkam aku dibuatnya melihatkan Jimin mula duduk melutut bersama huluran sebekas cincin merah baldu.
"Will you be—" ucapannya berjeda seraya menguak luas penutup bekas itu sehingga kelihatan sebentuk cincin.
Cincin emas bertakhtakan berlian berbentuk sepucuk pistol dibawa keluar dari bekas merah baldu itu.
"— my Bonnie?"
Secara spontan, aku tertekup mulut, mula rasa terharu dengan lamaran tidak diduga ini.
"Please, I just wanna be yours." lirikan sayu Jimin hadiahkan padaku. Sesekali tanganku digapainya penuh kelembutan untuk menyarungkan cincin.
Melihatkan keikhlasannya yang ingin memilikku, aku tidak teragak-agak untuk menuturkan...
"Sure I will your Bonnie, dear Clyde!"
Pelukan mula diciptakan Jimin setelah cincin itu berjaya disarungkan. Selepas itu, pelukan dileraikan dan mata kami mula berpandangan sesama sendiri.
"We're officially couple now. So, Airish sayang, kau free bila?"
"Esok, kenapa?"
"Nice!" tanganku digapai Jimin, seperti mahu meninggalkan tempat ini secepat mungkin.
"Eh nak pergi mana ni?" aku menyoalnya berkeadaan terpinga-pinga.
"Dah kau free esok, apa salahnya kita spend time sama-sama malam ni?" balasnya diselangi sengihan, comel!
"Tak salah pun. Tapi kau nak bawak aku ke mana sebenarnya?"
"Somewhere that you'll know it very soon hehe."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top