S2 ✿ eighteen

sudah seminggu sejak areum duduk di rumah seokjin. park jimin semakin tidak terurus, misai yang nipis mula kelihatan di mukanya. jimin banyak menghabiskan termenung melihat telefon pintarnya. malah di tempat kerja jimin selalu mengamuk.

sayang 😘❤

hi sayang . abang
rindukan sayang
bagai nak gila tau .

abang nak
sayang balik
plis .

sumpah abang tak
marahkan sayang
langsung.

areum tak
sayangkan
lagi ke ?

hm . iloveyou



areum menangis teresak-esak melihat pesanan yang diterimanya. areum keliru dan buntu, apa yang patut dia buat .

" abang areum pun rindukan abang. areum sayang abang hiks " air matanya diseka. dia menarik selimut dan tatap gambar suaminya. matanya mula menjadi berat, esakan areum terhenti. areum akhirnya tertidur.

seokjin buka pintu bilik areum dan mengeluh. " kau ego lah areum, haish " telefon dari poket seluar jeansnya dikeluarkan.

seokjin tekad, dia perlu masuk campur dalam hal ini. kalau tidak, sampai bila-bila masalah ni tak akan selesai. nombor namjoon didail.

" hyung, kenapa call aku ni? rindu ke? " namjoon dihujung talian tergelak halus. muka seokjin kemerahan, menahan marah.

" eh kau ni. cuba serious boleh tak? aku ada benda nak minta tolong " seokjin berjalan menuruni tangga dan menuju ke ruang tamu. bontotnya dilabuhkan di atas sofa.

" what if, aku tak nak tolong? "

" bodoh ini budak. tak kira kau kena tolong aku, areum. ni berkenaan areum " namjoon yang sedang gelak berhenti setelah mendengar nama areum.

" ehem, kenapa dengan dia? dia nak terjun bangunan ke? "

" aku pelik lah kau ni, iq kau tinggi kot. tapi tak boleh sekali nak serious, silap-silap aku yang terjun bangunan " seokjin melepaskan keluhan. namjoon sekali lagi tergelak . entah kenapa dia rasa seronok mengenakan hyung nya itu.

" okay sayang, aku serious ni. go on "

" sah! aku nak terjun bangunan sekejap lagi, jangan cari aku lagi "

" okay lah hyung, ey emo betul. ha teruskan encik seokjin " seokjin tersengih. finally!

" aku tak tahan dah tengok keadaan areum. dia, haish ego betul. aku nak kau cerita kat kawan kau yang kenal suami areum tu. then dia cerita kat suami areum tu, so aku kita akan jumpa si laki areum tu bawa areum. then pandai dia settle " seokjin meneguk secawan air oren dihadapannya. fuh letih berbual dengan budak namjoon.

" ouh okay " seokjin membesarkan matanya walaupun namjoon tidak akan nampak.

" what the fish joon, aku penat terangkan tu je reaction kau? wei benci betul aku- " belum sempat seokjin tamatkan bebelannya namjoon mematikan panggilan.

" tak guna! "

tting .


namjoon

iye hyung
sayang, kekanda
faham okay :3

kekanda kakek
lo ! 

ops gotta blast!



seokjin mengeluh, macam mana dia boleh berkawan dengan namjoon. remote tv digapai, tv dibuka.


🕝


" ya park jimin! kau nak jumpa bini kau dengan keadaan selekeh macam ni ke? tolong ye tolong pergi cukur misai kau tu " yoongi bercekak pinggang. baru sahaja dia terangkan keadaan areum, terus kelam kabut dia bersiap.

jimin mengeluh, dia masuk ke bilik air dan mula bercukur. segala jambang yang akan mula tubuh turut dicukur. yoongi di luar bilik air masih membebel.

" semalas-malas aku, tak adalah nak jumpa awek aku macam kau. ey silap-silap areum ingatkan kau orang gila menyamar jadi jimin. ey geli lah. tolong ye tolong- "

" diam lah yoongi. sebelum aku cabut gigi kau, baik diam. bising tahu tak, tolong ye tolong hotak anda. ey sejak bila kau bercakap lebih daripada 10 patah perkataan ha? " yoongi tersentak. dia tersengih malu, tengkungnya diusap.

yoongi memang sengaja bercakap banyak, biar rakannya sedar keadaan dia tu. dia tersenyum memandang jimin.

" kau dah kenapa? kau pula jadi gila ke? " jimin mengelap mukanya. segala rambut halus yang tumbuh di wajahnya, akhirnya hilang. fuh kacak!

" eh tidak, finally kau yang bercakap lebih 5 patah perkataan dekat aku. " yoongi mengangkat keningnya. jimin memandang yoongi jijik. main angkat-angkat kening pula.


" dah jom " ajak jimin. yoongi mendepakan tangannya sambil membuat muka judging terhadap pakaian yang dipakai oleh jimin.


" kepala lutut awak, kau nak keluar pakai macam ni ke? " yoongi memandang pakaian jimin dari atas ke bawah. dia menggelengkan kepalanya beberapa kali.


" okay apa pakai macam n- " jimin memandang pakaiannya. t-shirt lusuh bewarna kelabu yang dipakainya selama 2 hari dan juga seluar pendek yang longgar bewarna merah.

" okay mungkin kau betul " jimin mengarahkan yoongi untuk menunggunya sementara dia sedang bersiap.

jimin berjalan menuju ke almari biliknya. tee putih dan kemeja bewarna biru gelap dikeluarkan. seluar jeans biru gelap berjenama Levis turut diambil.

jimin menyarungkan seluar jeans dan tee putih dibiarkan didalam seluarnya. kemeja biru gelap itu pula disarungkan tanpa dibutangkan. rambutnya yang basah dikeringkan, jimin menyikat rambutnya. dahinya terdedah sedikit. pelembab bibir turut diletakkan dibibirnya. jimin keluar dari biliknya.

" okay, jom " yoongi memandang jimin dari atas hingga ke bawah. yoongi tersenyum.

" ha inilah park jimin yang aku kenal, bergaya " bahu jimin dirangkul. jimin tersengih, mereka berdua berjalan menuju ke kereta yoongi.

" lets win areum heart back! " bisik jimin sendirian.


○○○

areum berada di shopping mall bersama namjoon dan seokjin. entah kenapa tiba-tiba seokjin ajaknya keluar.

areum hanya mengenakan dress paras lutut bewarna putih bersama sneakers putih. rambutnya dilepaskan.

kini mereka duduk di sebuah restoran. seokjin dan namjoon meminta izin untuk ke tandas. areum hanya membiarkan sahaja.

seorang lelaki duduk dihadapan mejanya, tangan areum dirangkul dan membuarkan areum terkejut. baru sahaja dia ingin menarik tangannya terhenti apabila dia melihat wajah lelaki dihadapannya.

park jimin, suaminya. air matanya mula bergenang.

" sayang, ni abang. sayang, i miss you "


○○○

hi awak semua!
saya dah balik .
rindu tak ? okay
tak rindu takpe .
hiks .

sebab dah balik
semula menulis
ni , aku pun dah
repair cara
penulisan . cuma ,
ada certain yang
sama . aku still
suka taip in
lower cast . hihi

bai!!


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top