That's not him

Perlahan lahan Luhan membuka matanya, terasa seperti Ada cecair mengalir di dahinya.

Luhan terkejut besar.

Luhan : Da.. Darah?

Kepala Luhan di basahi dengan darah yang banyak, lalu dia cuba mengingati apa yang berlaku kepada dirinya.

Flashback

Luhan dan Sehun berlari selaju yang boleh, kerana "benda" tersebut masih mengejar mereka dengan hilaian yang menyeramkan.
Sehun : Hyung! Kita nak lari mana ni?!

Luhan : Kau ikut je aku!

Mereka berdua tidak mempunyai arah tuju, hanya berlari tanpa mempedulikan dahulu akibatnya.

Sehun : Hyung! Depan tu ada gaung!

Luhan menoleh ke arah Sehun yang sedikit jauh.

" Bi.. Biar betul? "

"Pukk "

Kaki Luhan tersandung sesuatu menyebabkan dirinya terhumban ke dalam gaung itu dan kepalanya terhantuk pada batu.

" Pak! "

Luhan : Aduh..

Sehun : Luhan? Luhan?!

Pandangan mata Luhan mulai kabur, perkara terakhir dia nampak ialah Sehun, dan bayangan hitam tersenyum di belakang nya.

End Flashback.

Luhan : Sehun? Sehun?! Kalau kau ada kat atas jawaplah!

Luhan memanggil Sehun namun seperti tiada respon . Seperti Sehun meninggalkan dirinya.

Sesuatu menepuk bahu Luhan.

Luhan : Arghh! Jangan bunuh aku!

" Kau kenapa? "

Satu suara yang amat Luhan kenali, Luhan dengan cepat membuka matanya.

Chanyeol terpacak di hadapannya.

Luhan : Ish kau ni! Buat aku takut je!

Chanyeol : Mian hyung.

Luhan : Asal kau kat sini?

Chanyeol : Kan lebih baik aku ada kat sini, daripada kau sorang"2 ? Hantu tu makan kau baru tahu!

Luhan mulai seram sejuk apabila teringat kan kejadian tadi.

Luhan : Yelah'2 . Macam mana kau boleh jatuh dalam gaung ni?

Chanyeol : Aku tersungkur.

Ringkas sahaja jawapan Chanyeol. Chanyeol tiba"2 bergerak mendekati Luhan dan memegang kepala Luhan yang berdarah.

Luhan : Sakitlah!

Chanyeol : Diamlah!

Bentak Chanyeol, dia hendak menghentikan pendarahan kot, fikir Luhan.

Chanyeol : Mesti darah kau ni sedap kan?

Ujar Chanyeol lalu tersenyum. Luhan mulai takut, serta merta Chanyeol ketawa.

Chanyeol : Main'2 je lah! HAHAHAHAHA

Luhan : Bodoh!

Luhan meluku kepala Chanyeol menyebabkan Chanyeol meraung kesakitan.

" Luhan? "

Luhan mendongakkan kepalanya, Sehun sedang memerhatikan dirinya.

Luhan : Sehun! Tarik aku jap!

Sehun : Lah.. Hidup jugak kau kan? Ingat dah mati.

Gurau Sehun, namun Luhan tidak ambil serius tentang itu. Baginya keselamatan dia dan Chanyeol yang perlu di utamankan.

Luhan : Cepat lah!

Sehun : Oky jap'2

Chanyeol yang berada di sebelah hanya diam. Dia hanya memerhatikan Sehun dan Luhan.

Luhan : Kau kenapa senyap je?

Chanyeol : Saja. Tak nak ganggu kau dengan maknae kesayangan kau tu!

Chanyeol buat mimik muka menyampah. Tidak lama kemudian, Sehun muncul kembali.

Sehun : Hyung! Jap eh.

Luhan pelik .

Sehun : Yah! Hyung! Thinilah tolong tarik Luhan ni!

" Yelah! Jap'2 !"

Sahut "hyung" itu.

Luhan : Siapa tu Sehun?

Sehun : Chanyeol hyung!

Serta merta Chanyeol muncul di sisi Sehun.

Chanyeol : Hah, cam mana kau boleh ada kat situ?

Dunia Luhan bagaikan terhenti, jantungnya berdegup kencang dan dada nya turun naik.

Luhan's Pov

" Kalau Chanyeol dari tadi ada dengan Sehun. Habistu, sebelah aku ni siapa? "

Perlahan lahan Luhan menoleh ke sisi, " Chanyeol" masih ada di situ. Lalu dia tersenyum ke arah Luhan lalu berkata

" Dah nak sampai giliran kau. Jangan risau, aku buat perlahan lahan"

Benda itu kemudian hilang dari pandangan mata Luhan.






Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top