Thankyou

" Tit....tit... Tit... "

" Aku.. Aku kat mana ni? "

Dengan perlahan lahan Suho membuka matanya, cahaya matahari membuatkan matanya silau.

Seorang lelaki tinggi menyapa dirinya.

" Morning hyung "

Suho mengecilkan matanya agar lebih mudah untuk dia mengecam lelaki itu.

Suho : C-chanyeol?

Chanyeol tersenyum. Suho melihat sekeliling, di sebelah kirinya ialah Chen manakala di sebelah kanan pula katil kosong.

Suho : Aku kat mana?

Chanyeol : Hospital.

Suho bertukar dari posisi baring ke posisi duduk, dan dia mula mencari Tao.

Suho : Tao pergi mana?!

Soal Suho cemas, takkanlah..

Chen : Relakslah hyung . Tao pergi beli makanan.

Chen tertawa sebelum sambung membaca buku.

Suho menghembuskan nafas lega, namun dia terlupa seseorang.

Suho : Sehun mana?

Chanyeol terdiam sebentar.

Suho : Chanyeol aku tanya! Sehun mana?

Perlahan lahan Chanyeol mengangkat kepalanya, lalu dia menunjuk ke arah balkoni wad itu.

Seorang lelaki memakai baju pesakit berdiri mengambil udara pagi, sambil'2 itu angin menampar lembut dirinya.

Dan menyebabkan rambutnya bertebangan..

Suho mengerling ke arah jam dinding, baru pukul 6.30 pagi. Dengan bantuan Chanyeol, Suho berjalan ke arah balkoni.

Suho : Sehun?

Suho menepuk bahu Sehun, Sehun menoleh.

Sehun : Ye hyung?

Suho memeluk Sehun dengan erat, Chanyeol tersenyum melihat mereka berdua.

Tidak lama kemudian pelukan di leraikan.

Suho : Tapi macam mana?

Sehun : Tanyalah Chanyeol hyung.

Chanyeol menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Chanyeol : Sebenarnya...

Flashback

Badan Sehun jatuh dengan sendirinya, betul'2 di hadapan lembaga itu. Chanyeol pelik, kenapa lembaga itu tidak mengambil Sehun.

Lembaga itu memandang ke arah Chanyeol dan Tao. Namun kini.. Wajahnya tidak seseram yang tadi. Yang kini lebih baik dan bersih.

Lembaga itu kemudian menangis. Rupanya dia seorang gadis..

" Aku tak sangka... ada orang yang sayang kawan dia sendiri seperti adik beradik "

Chanyeol dan Tao terkejut, tidak menyangka bahawa lembaga itu akan menangis dan bercakap dengan mereka.

" Selama ni.. Mangsa'2 aku semuanya pentingkan diri. Langsung tiada kasih sayang !"

Lembaga itu kemudiannya menyambung lagi.

" Terima kasih.. Sekarang aku dah tahu.. Apa maksud sahabat sebenar "

Perlahan lahan lembaga itu hilang dari pandangan. Hujan serta merta reda.

Chanyeol berlari untuk mendapatkan Sehun. Dia meletakkan kepala Sehun di pahanya.

Kemudian Sehun memeriksa nadi Sehun.

Chanyeol : Dia masih hidup!

Tao dan Chen berasa lega.

" Ni.. No.. Ni.. Noo "

Dua kereta polis berhenti di tepi mereka. Lalu polis itu menurun kan tingkapnya.

Polis : Apa kamu buat kat tepi jalan ni? Apa dah jadi dengan kawan kamu?

Chanyeol kemudiannya menerangkan apa yang terjadi termasuk jugaklah dengan kematian ahli yang lain dan mereka berlima terus di hantar ke hospital .

End Flashback

Suho tersenyum, akhirnya mereka berjaya keluar dari situ . Namun apabila melihatkan pakaian Chanyeol yang tidak di tukar.

" YAH! PARK CHANYEOL! KENAPA TAK TUKAR BAJU! "

Chanyeol : Alamak!

Baru sahaja Chanyeol ingin mengangkat kaki, Tao muncul di pintu dengan bungkusan makanan.

Tao : Aik? Sihat dah? Hah kau nak pergi mana Chan? Tak nak makan dulu ke?

Suho mengambil peluang itu untuk memulas telinga Chanyeol. Sampai tak sampai itu lain cerita.

Chanyeol : Aduh! Sakit!

Chen : Mula lah perangai mak dia datang..

Sehun tersenyum melihat gelagat mereka. Dia memandang langit biru.

Tao : Sehun! Marilah makan.

Sehun masuk sebaik sahaja Tao memanggilnya, Suho pula sibuk membebel Chanyeol manakala Chen sudah lama melantak bungkusan yang di bawa Tao.

Tao : Makan cepat sikit.. Nanti kita nak ke sana.

Chen : Sana mana?

Tao : Adalah! Nanti korang tahu juga tu.

Skip

Suho yang duduk di kerusi roda memandang sayu mayat'2 ahli exo yang terkorban.

Chen yang bertongkat di bantu Tao manakala Sehun pula menolak kerusi roda untuk Suho. Chanyeol pula setia berdiri di sisi Tao.

Satu persatu mayat yang di angkat di sebut.

" Lay "

" Kris "

" Kai "

" D.O "

" Xiumin "

Setelah itu mereka beralih pula ke tempat kemalangan mereka berlaku.

Van tersebut berjaya di keluarkan namun dalam keadaan kemek. Mereka berlima mendekati van tersebut.

Chanyeol : Baek..

Mayat Baekhyun di keluarkan. Wajahnya pucat dan dingin. Chanyeol mengambil rantai Baekhyun. Untuk di jadikan kenangan. Dan melihat Baekhyun buat kali terakhir.

Chanyeol sedaya upaya menahan air matanya. Chen, Tao dan Suho sudah lama menitiskan air mata

Kini...

Orang yang di tunggu Sehun di keluarkan.

Luhan.

Sehun mendekati mayat Luhan. Dia menggenggam tangan Luhan yang sudah dingin.

Sehun tersenyum.

Sehun : Thankyou for everything hyung.

-------------

Sabar ek, cerita ni belum habis lagi.. Tinggal satu chapter je lagi. Tunggu.. Jangan tak tunggu



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top