Epilogue
Kurogami Shiina
Pagi yang cerah seperti kebiasaan,matahari bersinar dengan terang. Cahaya dia memberikan hidupan hijau tumbuh segar,seseorang sedang berjalan sendirian. Kurogami Inui berjalan sambil memegang bunga,tidak lama seseorang muncul dan Inui berhenti lalu menghampirinya.
"Kaguya!" ujar Inui.
"Saya dengar Shiina-nee dah sedar?" soal Kaguya.
"Ya.. Saya dalam perjalanan ke sana!" kata Inui.
"Saya ikut sekali!" ujar Kaguya.
Inui tidak berkata apa-apa dan terus berlari,diekori oleh Kaguya dan sambil diperhatikan oleh Jun serta Hina. Mereka berdua berbalas pandangan,kemudian tersenyum sahaja. Inui berlari keluar dari perhentian Tokyo bersama Kaguya,dia telah beritahu perkara ini pada kakaknya iaitu Ushio yang ketika berada di luar negara.
Namun tiada balasan kerana sibuk,Ushio jarang bawa telefon ke tempat kerja. Inui dan Kaguya tiba di hadapan pintu pagar hospital,mereka berlari masuk dan Reina muncul dengan tiba-tiba.
"Hey jangan lari dalam hospital!" Reina menghalang Inui dan Kaguya dari terus mara.
"Oka-san! Shiina-nee!" kata Inui dan Reina mengusap kepala Inui.
"Cuba bertenang.. Kakak kamu sudah sedar... Mari ikut ibu.."
Inui dan Kaguya tersenyum sahaja,masing-masing sudah termengah-mengah kepenatan. Inui berdiri di hadapan pintu bilik wad yang menempatkan Shiina,Inui mula ragu-ragu untuk membuka tetapi Kaguya dengan tiba-tiba menyentuh tangannya.
"Jangan risau.. Saya ada dengan awak.." kata Kaguya.
Inui mulanya terkejut menjadi tersenyum,kemudian dia mengangguk dan terus membuka pintu bilik. Inui melangkah masuk ke dalam dan terkedu,seorang perempuan berambut putih sedang memandang ke luar tingkap.
Perempuan itu menoleh dan terkejut,dia memandang ke arah Inui. Tidak lama dia mula menangis,Inui mengetap gigi dan berlari ke arah perempuan tersebut.
"Shiina-nee!"
Dua beradik itu berpelukan,Kaguya mengesat air mata terharu. Reina memerhatikan dari luar,Raito tidak lama muncul dan menyedari kehadiran Kaguya. Dia hanya menjengah dari belakang Kaguya,manakala Kaguya yang terkejut disuruh oleh Raito supaya mendiamkan sahaja tanda jangan beritahu mengenai kehadirannya.
Shiina kemalangan ketika Inui berusia 15 tahun,koma selama 2 tahun dan akhirnya sedar tanpa ada sebarang masalah ingatan. Doktor memberitahu ini adalah keajaiban,tidak lama selepas sahaja Shiina sedar Ushio pulang ke negara Jepun beberapa hari kemudian.
Ushio tergamam melihat Shiina tersenyum kepadanya,dia mula mengalirkan air mata dan Shiina pula menggelengkan kepala.
"Nee-san.." ujar Ushio menangis.
"Ushio.. Hi.." sapa Shiina tersenyum.
Ushio memeluk Shiina dengan erat,tangisan Ushio jelas kedengaran. Daigo hanya berdiri menyandar di luar bilik wad,tidak lama lepas itu Raito dan Inui muncul. Daigo merenung tepat ke arah Raito,dia berjaga-jaga dan Raito hanya menghela nafas pendek.
"Cukuplah.. Aku nak jumpa kamu untuk minta maaf atas segala kesalahan aku.." ujar Raito lalu menundukkan kepalanya dan Daigo terkejut.
"Setiap manusia buat silap.." kata Inui dengan tiba-tiba,Daigo hanya mendiamkan diri.
"Tapi kalau orang itu benar-benar ingin berubah tidak salah bukan? Ni-sama?" soal Inui tersenyum,Daigo hanya mengeluh sahaja.
"Kau lebih matang daripada aku,Inui.." Daigo berkata sambil tersenyum.
"Ouh.. Ye ke?" soal Inui dan Daigo tersengih,Raito hanya menghela nafas lega.
Konflik antara keluarga Kurogami,telahpun selesai dan beberapa hari kemudian. Shiina dibenarkan pulang dan Raito meminta Inui untuk mengambil kakaknya,Raito hari tersebut amat sibuk dan sebenarnya kalau boleh dia juga ingin menjemput anak sulungnya.
"Oto-san dah berubah ya?" soal Shiina di atas kerusi roda yang ditolak oleh Inui.
"Ya.. Banyak yang terjadi semasa nee-san tidur.." kata Inui.
"Ceritakan pada kakak nanti.." ujar Shiina tersenyum.
"Boleh apa salahnya.." kata Inui tersenyum.
"Agak kecewa sebab Ushio tiada di sini.." ujar Shiina kerana selepas sehari Ushio pulang,dia mendapat panggilan kerja dan kena berangkat ke luar negara keesokan harinya pula.
"Dia sibuk mengejar impiannya yang dia tidak dapat kejar semasa ayah kita ego tinggi melangit.." kata Inui dan Shiina ketawa kecil,Raito pula terbersin.
"Ada orang mengumpat aku ke?" soal Raito sendirian.
Shiina dibawa ke rumah keluarga Kurogami,Raito mengejutkan Shiina apabila ayahnya menundukkan badan tanda memohon maaf atas kesilapan dirinya yang lalu. Tetapi Shiina telah lama maafkan ayahnya,tiada siapa lari dari membuat silap.
"Pelajar Kurogami.. Diminta ke bilik guru dengan segera.."
Inui kehairanan dan Kaguya menoleh ke arahnya,dia tersenyum dan bangun. Inui tersenyum kelat dan menghela nafas pendek,dia menghampiri meja Kaguya.
"Mari?" soal Inui dan Kaguya tersenyum lalu mengangguk serta beredar.
Mereka diperhatikan oleh Rumi serta rakan sekelas,Rumi hanya menggelengkan kepala sahaja melihat Inui dan Kaguya mula semakin rapat.
"Pelajar Kurogami dan pelajar Yagami semakin rapat,mereka ada apa-apa ke?" soal rakan Rumi,Chihiro sambil menggaru pipi.
Chihiro (bercermin mata) Rukako (berambut hitam)
"Apa salahnya,Kurogami tu kacak apa?" kata rakan Rumi seorang lagi,Rukako.
"Ayat yang berani,awak berani nak bertanding dengan Yagami?" soal Chihiro tersengih sambil menggelengkan kepala.
Tetapi pada masa yang sama sebenarnya,Inui dan Kaguya masih berada di luar. Inui hanya mampu tersenyum kelat,Kaguya pula memandang ke dalam dengan renungan menakutkan.
"Nak cuba rampas Inui saya? Jangan harap.." ujar Kaguya dan Inui hanya tergelak.
"Okay biarlah.. Saya nak ke bilik guru ni.." Inui menarik Kaguya pergi.
Inui dan Kaguya tiba di bilik guru,dia ternampak kehadiran Raito bersama guru kaunseling Akagi. Apa yang dibualkan oleh mereka,sebaik sahaja menyedari kehadiran Inui dan Kaguya mereka berhenti berbual.
"Sampai pun..maaf panggil kamu ke sini,eer.. Apa yang pelajar Yagami buat di sini?" soal Akagi.
"Tak apa Chizuru,aku tak kisah.." kata Raito dan Inui kehairanan,kerana ayahnya memanggil guru kaunseling dengan namanya.
Akagi Chizuru
Inui dan Kaguya dibawa ke bilik kaunseling,Akagi menghidang air minuman teh. Raito hanya menghela nafas pendek,Inui kehairanan dan apa yang ayah dia buat di sini.
"Ayah dengan Akagi-sensei adalah rakan lama.." jelas Raito dan Inui mula faham.
"Rakan sekelas.." Akagi mencelah.
"Sebab itu ayah panggil Akagi-sensei dengan nama dia?" soal Inui dan Raito terdiam kemudian dia menghela nafas pendek.
"Ya.. Itu tak penting sekarang ni.." kata Raito dan dia kelihatan segan.
"Ayah.. Cakap sahajalah.." Inui berkata dengan tersenyum.
"Ia pasal kakak kamu,Shiina.." kata Raito dan Inui kehairanan.
"Ada masalah lagi ke?" soal Inui.
"Ia bukan masalah.. Ia.." ujar Raito seperti sukar untuk menerangkan,Akagi mula menyampah dan menghela nafas pendek.
"Ayah kamu nak buat parti sempena kakak sulung kamu telah sedar dari koma.." jelas Akagi dan Raito hanya mendiamkan diri serta tertunduk segan.
"Ouhhh. Saya sedia membantu.." ujar Kaguya dan Inui memandang ayahnya dengan muka blur.
"You are really my father.. That personality is in me.." kata Inui dan Raito terkejut kemudian memandang Inui.
"I guess you right..I'm sorry.." kata Raito tersenyum sahaja.
Mereka sepakat dengan bantuan Chihiro,Rumi dan Rukako. Kamui dan Akagi untuk mengadakan parti sempena meraikan Shiina telah sedar dari koma,Reina turut bersetuju dengan cadangan Raito.
"Saya lega.." ujar Reina pada Raito.
"Kenapa?" soal Raito.
"Awak kembali kepada Raito yang dulu.." jelas Reina dan Raito hanya tersenyum kelat.
"Maafkan abang.." ujar Raito dan Reina terus memeluknya.
Raito membalas pelukannya dan hanya tersenyum kelat,dia mengingati bagaimana dirinya berubah. Pada masa yang sama,Jun dan Hina menyaksikan keadaan tersebut.
"Mereka lupa kita ada di sini?" soal Jun dan Hina baru lepas mengambil gambar dengan kamera digital.
"Shh.. Biarlah.. Saya dapat gambar yang cantik.. Hehe.." Hina berkata teruja dan Jun hanya menekup muka.
Inui dan Kaguya serta Rumi disusuli Kamui,Rukako dan Chihiro bekerjasama menyiapkan untuk majlis yang bakal diadakan khas untuk Shiina. Rakan sekelas lain turut membantu,Inui dan Kaguya melakukan kerja bersama-sama.
Akhirnya..
Mereka berjaya menyiapkan persiapan semua,tinggal tunggu Raito membawa Shiina ke dalam bilik ini. Inui sendiri mencadangkan perkara itu,dia memberi peluang pada ayahnya.
"Kita nak ke mana ni ayah?" soal Shiina berjalan mengekori Raito.
"Kamu ikut sahaja.." balas Raito berjalan mendahului Shiina.
Raito dan Shiina mendiamkan diri,suasana janggal berlaku dan Raito hanya menekup mukanya.
"Ayah sebenarnya masih malu untuk bercakap dengan kamu Shiina.." ujar Raito dan Shiina terkejut.
"Ayah paksa kamu hingga ke batasan kamu.. Tanpa fikirkan perasaan kamu,malah memaksa kamu berkahwin dengan seseorang yang kamu tidak suka.. Sedangkan kamu masih mahu menimba ilmu.." Raito berkata panjang.
"Ayah..." Shiina bagai tidak percaya,ayahnya mula berubah sedikit demi sedikit.
Raito berhenti di hadapan pintu bilik,Shiina kehairanan memandang kiri dan kanan. Tertanya-tanya bilik apakah itu,Raito memandang ke arah Shiina.
"Ayah?" soal Shiina melihat mata ayahnya,berkaca dan Shiina terkebil-kebil.
"Ayah bangga ada anak seperti kamu.. Sebabkan buta dengan maruah,ayah abaikan semua itu.. Ayah minta maaf.." Raito berkata dengan ikhlas.
"Tak apa ayah.." ujar Shiina tersenyum dan Raito terkejut.
"Asalkan ayah sudah sedar.. Itu sudah memadai..saya bangga ada ayah seperti ayah.." jelas Shiina dan Raito terus menerpa Shiina,memeluknya dengan erat.
Shiina terkejut sekali lagi,dia dipeluk oleh Raito setelah sekian lama. Saat waktu usia dia 5 tahun,itulah kali terakhir Raito memeluknya sebelum ayahnya berubah menjadi orang lain. Raito melepaskan pelukannya,kemudian dia menarik tangan anaknya dengan lembut. Pintu bilik dikuak,dan Shiina melihat ramai orang di dalam bilik tersebut.
"Surprise!" semua serentak berkata,Shiina terkejut kemudian tersenyum.
"Untuk meraikan kakak sedar dengan selamat dari koma.." Inui menyapa dan memberikan bunga ros pada kakaknya.
"Inui? Ini kerja kamu?" soal Shiina.
"Nah.. Ia cadangan ayah.." jelas Inui dan Shiina agak terkejut kemudian dua beradik itu ketawa bersama.
Mereka meraikan bersama-sama,Raito dan Reina manakala ibu bapa Kaguya iaitu Jun serta Hina berbual di sofa yang disediakan pada hujung bilik. Rumi berbual dengan Chihiro serta Rukako,Kamui pula hanya berdiri bersama Sanzo dan Pheara.
"Majlis yang meriah.. Kamu tak nak sertai mereka?" soal Sanzo.
"Nah.. Saya lebih selesa begini.." jawab Kamui.
"Kamu nampak matang Takagi-kun.." kata Pheara dan Kamui hanya tersenyum.
"Saya masih kebudak-budakan lagi puan.." balas Kamui dan Sanzo serta Pheara hanya ketawa sahaja.
Kamui hanya tersenyum kemudian menjeling ke arah satu pasangan,Inui dan Kaguya berdiri di balkoni luar. Malam ketika itu adalah malam bulan mengambang,begitu cantik dan mereka berbalas tenungan.
"Apa yang awak fikirkan?" soal Kaguya.
"Awak.." ujar Inui dan Kaguya mula merona merah mukanya sambil menyisir rambut lalu memandang ke arah lain.
"Jangan usik saya!" kata Kaguya dan Inui tersengih sahaja.
"Saya tak mengusik,jauh sekali bergurau.. Saya memang fikirkan awak,bagaimana saya melihat bulan yang terang itu." ujar Inui dan Kaguya perlahan-lahan memandang ke arahnya.
Inui mendekati Kaguya dan memeluknya,mereka berbalas tenungan dan perlahan-lahan juga bibir mereka bertaut. Sebaik sahaja bibir mereka terlerai,Inui dan Kaguya ketawa kecil.
"Lucu bukan.. Kita bertemu pertama kali,saya membenci awak.." ujar Kaguya.
"Mungkin personaliti saya?" duga Inui.
Inui dan Kaguya merapatkan dahi masing-masing,bulan purnama yang bersinar menyinari keadaan malam tersebut.
Memberi harapan cinta berkembang mekar selamanya...
Epilogue End
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top