Color 4 : He Doesn't Realise What He Do..
"SELAMAT PAGI KUROGAMI-KUN!!" Rumi memberi sapaan dengan muka yang penuh ceria.
"Pagi ketua kelas..." balas aku dengan muka mengantuk.
"Kenapa mengantuk pagi-pagi ni?"
"Ulang-kaji pelajaran sampai tak sedar dah pukul 3 pagi...."
"Pelajar terbaik.." perli Rumi.
"Diamlah..." balas aku dengan muka selamba.
Pintu Pagar utama sekolah..
Mulai hari ini kami berdua akan pergi ke sekolah secara saing,jika aku tidak bersetuju sekalipun dia akan tunggu aku di hadapan pintu pagar rumah aku. Cakap pasal kebolehan perempuan,membuatkan aku takut.
"Kenapa awak duduk sendirian Kurogami-kun? Ibu bapa awak tidak kisah ke awak duduk sendiri?" soalan Rumi membuatkan aku merenungnya dengan tajam.
"K-Kurogami-kun?" Rumi menelan air liur.
"Jangan tanya pasal hal ibu bapa aku.. Itu bukan masalah kau..." jelas aku memberi amaran.
"Hey,itu bukan cara bercakap dengan wanita..." Seseorang menegur kami dan aku menoleh ke arah suara tersebut.
Seorang pelajar tahun kedua berambut blonde,asli atau dia warnakan dan berdiri dengan muka megah. Terasa nak tumbuk pun ada juga,aku hanya menghela nafas pendek.
"Aku nak pergi dari sini..." ujar aku dan meninggalkan Rumi.
"Kau nak tinggalkan dia macam tu je?" soal pelajar lelaki itu.
"Apa masalah kau?" soal aku sebaik menghentikan langkah.
"Kau tak patut tinggalkan dia macam tu je..." ujar pelajar lelaki itu.
"Siapa kau ni?"
"Greetings.. My name is Gabriel Hawk,kelas 2-C hobi memikat gadis..." ujar pelajar bernama Gabriel itu menunduk hormat.
Pelajar luar negara dan bahasa jepunnya,aku segera mencapai tangan Rumi lalu beredar.
Sebaik dia mendongak aku dan Rumi sudah hilang daripada pandangannya,pada masa itu aku menarik tangan Rumi pergi dari situ. Aku tidak mahu terlibat dengan pelajar pelik seperti dia,Rumi hanya mengikut aku tanpa banyak soal.
"Baiklah.... Rasanya dia tidak akan ikut kita..." ujar aku sebaik hampir tiba di hadapan kelas.
"Err... Kurogami-kun,tangan awak..." Rumi menegur dan aku tersedar lalu melepaskan tangannya.
Senyap~~~~
Kami berdua memandang berlawanan arah,aku baru sedar memegang tangannya dengan erat tadi. Ini adalah kali pertama aku pegang tangan gadis,selain tangan ibu aku.
Namun saat imej ibu aku terbayang,aku segera menghentak dinding dengan kuat.
"Kurogami-kun?!"
"Maaf Rumi,aku tidak mahu ceritakan tentang keluarga aku..."
"Kenapa?"
"Aku ada sebab sendiri... Aku mohon jangan paksa sampai aku ceritakannya sendiri..."
Selepas mendengar penjelasan aku,Rumi hanya mampu mendiamkan diri dan menganggukkan kepalanya. Aku tidak berniat untuk memarahinya tetapi mengingati keluarga aku,hanya membuat aku marah.
Sebaik sahaja aku berkata begitu,kami berdua segera melangkah masuk ke dalam kelas. Hanya baru beberapa rakan sekelas yang baru sampai,aku segera ke arah tempat duduk dan menghela nafas pendek.
Aku menoleh ke arah Rumi dan sedar dia telah duduk di tempat duduknya,kemudian beberapa orang pelajar sekelas baru sampai. Tidak lama kemudian ada dalam tiga orang pelajar perempuan,menghampiri Rumi yang duduk bersendirian.
Aku dan Rumi berlainan dunia,aku keseorangan dan dia ada rakan serta keluarga yang membantu. Sebab itu aku harus pastikan dia tidak mendekati aku,seseorang datang dan aku memandang.
"Hi,selamat pagi..." Yagami Kaguya menyapa aku.
"Kau..."
♀️♂️♀️♂️♀️♂️♀️♂️
RUMI P.O.V
Aku duduk berbual dengan beberapa rakan sekelas aku,kami berbual dengan ceria diselangi ketawa namun perbualan kami terhenti apabila Kurogami Inui berjalan melepasi kumpulan kami.
Aura gelapnya jelas kelihatan dan riak wajahnya jelas nampak sedang marah,namun aku tahu dia bukan tengah kerana air mukanya natural memang seperti itu.
"Kurogami tu memang selalu marah ke?" soal salah seorang rakan sekelas aku yang bersama kami dikenali Yuzuru Chihiro.
"Biarkanlah dia,jangan kacau nanti kena makan.." ujar seorang lagi rakan sekelas aku,Tsugumi Rukako ketawa kecil.
"Haih korang,tak baik kata macam tu..." ujar aku mempertahankan Kurogami Inui atau Inui.
"Tapi ada sesuatu yang aku dengar..." ujar lagi seorang rakan sekelas aku,berkaca mata bernama Hibino Hina tersenyum.
"Apa maksud kau Hina?" soal Rukako.
"Kurogami,bukankah nama keluarga dia sama dengan keluarga ternama Kurogami?" duga Hina dan aku mula tertanya.
"Kurogami family? Maksud kau salah satu 3 keluarga yang mempunyai kuasa penuh atas bandar kita ni?" soal Chihiro.
"Kurogami,Yagami dan Kusanagi?" duga aku dan Hina mengangguk.
"Jika benar kenapa tuan muda keluarga Kurogami bersekolah di sini? Tidak mungkin Kurogami ini dari keluarga Kurogami itu.." kata Rukako.
Aku hanya mendiamkan diri dan persoalan mulai bermain di kepala,kerana teringat kata-kata Inui pagi tadi mengenai ibu-bapanya. Dia amat marah ketika aku bangkitkan hal mengenai keluarganya,adakah benar dia dari 3 keluarga itu?
"Hey sensei dah datang!!"
Perbualan kami terhenti dan tiga orang rakan sekelas aku,segera kembali ke tempat duduk masing-masing. Pembelajaran bermula dan aku sekadar menumpukan pada kelas,loceng sekolah berbunyi tanda tamatnya waktu pembelajaran dan waktu rehat telah tiba.
Aku menoleh ke arah Kaguya,dia menyedari tindakan aku kemudian dia menghadiahkan senyuman. Apa yang aku fikirkan apakah yang dibualkan oleh Inui dan Kaguya,kerana tadi sebelum Inui pergi keluar sebentar dari kelas aku sedar Kaguya menegurnya.
"Baiklah kelas,buka buku teks semalam..." guru yang mengajar memulakan kelas.
Aku harus menumpukan dulu mata pelajaran buat masa ini,aku boleh tanya Inui nanti dan terus memandang ke hadapan.
RUMI P.O.V END
♂️♀️♂️♀️♂️♀️♂️♀️
"Kurogami-kun!" langkah aku terhenti apabila kedengaran suara Rumi memanggil.
"Apa lagi kau nak... Huh?" soalan aku terhenti apabila Kaguya bersama Rumi yang berjalan ke arah aku.
Rumi berhenti betul-betul di hadapan aku,kemudian memandang Kaguya yang berwajah selamba. Aku rasa nak tampar muka dia,apa yang dia buat ikut Rumi sekali?
"Ada apa?" soal aku.
"Awak nak pergi makan tengahari bukan? Saya nak ikut sekali..." jelas Rumi.
"Perempuan di belakang tu?" soal aku.
"Tak apa la,lagi ramai lagi meriah..." ujar Rumi tersenyum.
"Aku nak makan bukan sampai berkelah.." jelas aku.
"Onegai?...." pinta Rumi.
Aku hanya menghela nafas pendek,Kaguya tersenyum sinis melihat reaksi aku. Malas nak halang sebab jika halang sekalipun,mereka tetap akan menyibuk. Aku kebiasaan ketika waktu rehat tengahari,akan makan di bumbung sekolah.
Tetapi jika kebiasaan aku hanya makan bersendirian,tetapi hari ini dua orang gadis turut serta makan tengahari bersama.
"Awak biasa makan seorang di sini?" soal Rumi.
"Ya,kenapa?" balas aku.
"Tidak rasa sunyi?" Kaguya mencelah.
"Buat apa nak rasa sunyi,aku lebih senang sendirian daripada bergaul dengan manusia yang penuh penipuan..." jelas aku tanpa berselindung.
"Hooo...boleh tahan kata-kata awak.." puji Kaguya sambil tersenyum.
"Kita patut makan bersama macam ni selalu.." Rumi memberi cadangan dan aku serta Kaguya hanya mendesah serentak.
"Jangan harap,aku tak nak diganggu..." kata aku selamba dan Rumi menjeling aku dengan tajam.
"Aku tidak mahu makan tengahari dengan berteman,aku lebih selesa makan seorang diri..tiada masalah jika makan sendirian.. Lebih tenang jika seperti itu..." jelas aku lagi dan Rumi hanya memandang aku dengan pandangan sayu.
"Sebab itu awak keluar dari keluarga?" soal Kaguya.
"Satu lagi ayat keluar,aku tidak akan teragak-agak tumbuk muka kau cik Yagami..." ujar aku merenung Kaguya.
"Heh... Menakutkan..." balas Kaguya tersenyum.
"Hey tolong hentikan..." ujar Rumi dan kami berdua menoleh ke arahnya,kemudian aku menghela nafas pendek.
"Okay... Kami hentikannya..." Kaguya berkata sambil tersenyum dan mengangkat tangannya.
"Gochisosamadeshita..." ujar aku sebaik sahaja baru menghabiskan makanan yang aku beli dari kafeteria.
"Cepatnya awak makan?" soal Rumi.
"Cuma beberapa keping sandwich,dan air kotak.. Memang la cepat.." jelas aku dan Rumi mengangguk sahaja,Kaguya hanya menjamah makanannya.
"Saya punya banyak,awak kalau tak kisah boleh tolong habiskan?" soal Rumi tersenyum.
Aku dan Kaguya berpandangan sebaik mendengar pelawaan Rumi,kepala aku garu seketika dan mengambil huluran daripada Rumi. Aku menjamah dan mengunyah beberapa kali,boleh tahan juga masakan Rumi.
"Bagaimana?" soal Rumi.
"Boleh tahan,kau yang masak ke?" soal aku pula dan Rumi tersengih.
"Yeah,tapi masih belum sebaik ibu saya..." ujar Rumi.
"Ia sudah memadai,kau boleh jadi isteri orang satu hari nanti.." balas aku sambil meneruskan makan tanpa melihat reaksinya.
Rumi terdiam dan Kaguya yang sedang mengunyah terkejut,kerana air muka Rumi menjadi merah padma dan Kaguya memandang aku.
"Apa?" soal aku kehairanan dipandang oleh Kaguya.
"Tak ada apa..." ujar Kaguya menggelengkan kepala dan aku menoleh ke arah Rumi.
"Ketua kelas? Kenapa muka kau merah? Sakit ke? Nak aku hantar ke infirmary?" soal aku.
"T-tak!! Saya okay,betul saya okay.." ujar Rumi berganjak jauh sedikit.
Aku kehairanan dengan tindakannya,apa kena dengan Rumi dan hanya menyambung menjamah makanan. Rumi menekan dadanya dan menghela nafas pendek,Kaguya pula hanya tersengih sahaja.
"Dia langsung tidak sedar huh?..."
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top