Color 3 : You Girls I Can't Understand At All
Sekali lagi hari yang sama di kelas 2-A,riuh-rendah begitu jelas kedengaran. Guru jelas atau guru yang mengajar mata pelajaran,belum masuk sebab itulah mereka menjadi cimpanzi.
Aku?
Sekadar berbantalkan kedua lengan di atas meja,dan memerhatikan gelagat rakan-rakan sekelas aku. Sedang aku ligat memerhatikan mereka,mata aku bertembung dengan mata seorang gadis.
Yagami Kaguya.
Semalam.
Perbualan di antara aku dan Rumi terhenti,apabila diganggu oleh bunyi hentakan buku tebal di hadapan kami berdua. Seorang gadis dan pelajar perempuan tahun kedua,siapa pula pelajar perempuan pula ni?
Lupakan dulu perkara itu sebab aku direnung tajam oleh gadis tersebut,Rumi pula menarik baju aku mungkin takut impak dari hentaman buku tebal.
"Boleh aku tanya siapa kau?" soal aku.
"Pelajar tahun kedua,penjaga perpustakaan sekolah.. Yagami Kaguya...kelas 2-A..." jelas gadis tersebut dan aku mengetap gigi.
Seriously?
Kenapa mesti sekelas juga yang menjadi penjaga perpustakaan?!
"Jadi apa yang boleh kami bantu?" soal aku dengan riak yang normal,hmm normal ke?
"Saya cuma mahu awak berdua diam,sini bukan tempat orang nak bercinta faham?" ujar gadis bernama Kaguya itu.
"Bercinta?" soal Rumi dan aku memandangnya,dia sedar tangannya masih memegang aku dengan segera dia lepaskannya.
"Hey perempuan..." ujar aku dan Kaguya menoleh ke arah ku.
"Saya ada nama okay?" Kaguya tidak berpuas hati dengan cara panggilan aku.
"Dengar sini baik-baik,aku dengan dia tidak bercinta kedua aku datang ke sini hanya nakkan ketenangan dan dia mengganggu aku..." jelas aku tanpa berselindung.
"Kurogami-kun?! Itu teruk!" kata Rumi tidak berpuas hati juga.
"Aku tidak terfikir untuk bersopan dengan awak ketua kelas..." ujar aku dan Rumi mengembungkan pipinya.
"Kurogami? Maksud awak,dia adalah Kurogami Inui?" soal Kaguya dan aku memandangnya.
"Ya itu aku,ada apa-apa yang boleh aku bantu?" soal aku dengan muka tidak berperasaan.
"Jangan nak berlagak sebabkan awak adalah berada di carta pelajar tertinggi!" kata Kaguya menghentam meja.
"Kau kata jangan bising,tapi kali ini kau pula yang membuat bising..." balas aku dengan selamba dan Kaguya tersentak,mukanya merah dan segera beredar.
"Saya akan ingat perkara ini!" kata Kaguya lagi memberi amaran.
"Serius... Apa masalah dia?" soal aku dan Rumi memandang aku dengan muka blur.
"Apa?"
"Awak tidak berbudi dengan perempuan,langsung tidak jaga hati kami..." jelas Rumi.
Aku hanya menghela nafas panjang,kemudian bangun dan menyimpan buku ke tempat rak yang asal. Rumi kehairanan dengan tindakan aku,Kaguya aku pandang dan dia perasan lalu merenung aku seperti kucing lindungi makanan dia.
"Aku hilang mood nak membaca..."
Selepas itu aku kembali ke kelas,Rumi sudah semestinya mengekori aku. Akhirnya semasa kelas guru ganti,aku tidur tanpa fikirkan apa yang diajarkan oleg guru ganti tersebut.
Tamat imbas kembali..
Sekali lagi dia merenung aku dengan anak mata kebiruan,entah kenapa aku seperti minat pada warna mata Kaguya. Puteri Bulan jika ditanya makna nama Kaguya,kalau tidak silap aku keluarga Yagami mempunyai latar belakang yang kuat.
Anak gadis dari keluarga ternama huh?
Macamlah aku kisah sangat dan kembali fokus dalam pembelajaran,aku memang tidak mahu bergaul dengan masyarakat tetapi yang penting adalah pembelajaran aku. Habiskan sekolah dan graduate,kemudian duduk berkurung dalam bilik.
Mencari kawan?
Perkara itu sudah lama aku tinggalkan,aku tidak kisah tentang perkataan persahabatan.
"Baiklah kelas... Topik kali ini,saya nak kamu lakukan dengan kawan sekelas kamu..." ujar guru yang mengajar.
Jahanam...
Semua pelajar dalam kelas kecoh mencari rakan masing-masing,sedang aku merungut seseorang meletakkan kerusi di sebelah meja aku. Aku menoleh dan terkejut,dia adalah Kaguya dan Rumi?
Pelajar-pelajar dalam kelas terkejut dengan keadaan itu,apa yang berlaku kali ini?
"Ketua kelas nak kerjasama dengan pelajar bermasaalah?!"
Pelajar bermasaalah?
Boleh tahan juga pandangan diorang kepada aku.
"Kenapa pelajar secantik Yagami-san nak berkumpulan dengan Kurogami?!"
"Pelajar-pelajar semua,bertenang.." guru perempuan atau dikenali Chizuru Akagi cuba meredakan keadaan.
Akhirnya mereka mengalah tetapi ada juga yang tidak berpuas-hati,Rumi aku tidak terasa ancaman tetapi Yagami Kaguya.
Apa yang dia ingin rancang dan kenapa dia ingin satu kumpulan dengan aku?
Akagi-sensei memulakan penerangannya,kami kembali fokus pada papan hitam. Setiap penerangan kami dengar dengan teliti,Akagi-sensei antara guru yang mengajar kami dengan bersungguh.
Dia yang sukarela mendidik aku secara peribadi,tapi jangan berfikir ke arah lain okay..
Dia memberi aku khidmat kaunseling,dia sahaja yang faham aku berbanding guru yang lain fikirkan aku pelajar bermasaalah. Sejak dari tahun pertama tiada siapa yang ingin menegur aku,Akagi-sensei adalah orang pertama yang menegur aku.
"Apa yang kau rancangkan Yagami?" soal aku memandang ke arahnya.
"Ara? Nampak sangat ke?" soal Kaguya.
"Semalam kau memberi amaran,kali ini nak berkumpulan? Aku tak bodoh Yagami-san..." ujar aku sambil memerli.
"Hoo..? Nampaknya hero kita mampu tahu segala-galanya...." balas Kaguya dan Rumi hanya mampu diam memerhatikan gelagat kami.
"Aku bukan hero tapi aku bukan jenis mudah masuk perangkap yang sedia nampak..."
"Macam tu,boleh tahan..."
"Yagami-san? Awak memang nak kenakan Kurogami-kun?" soal Rumi dalam keadaan takut-takut.
"Sudah tentu tidak!" ujar Kaguya dan aku terkejut manakala Rumi tersenyum kelat kehairanan.
"Apa maksud awak Yagami-san?" soal Rumi lagi.
"Saya ingin berkumpulan dengan kamu,sebab tidak mahu sesiapapun mengganggu saya...sebab status Kurogami dalam sekolah..." ujar Kaguya tersenyum dan aku hanya berwajah selamba,rupamya macam itu.
"Ya tak ya juga..!" Rumi mengetuk tapak tangannya.
"Huh?" aku kehairanan menoleh ke arahnya.
"Muka Kurogami-kun seperti muka pelajar bermasaalah,renungan dia dan penampilan dia.. Jadi sebab itu awak sekumpulan dengan kami?" soal Rumi tersenyum dan aku memandangnya dengan muka blur.
"Ingat aku ni apa? Samseng?" soal aku menoleh ke arah Kaguya.
"Mana saya tahu? Awak yang tentukan diri awak.. Samseng ataupun pelajar yang dihormati..." jelas Kaguya dan aku hanya menghela nafas panjang.
"Kamu orang perempuan aku langsung tidak boleh menduga..." ujarku sendirian.
"Awak cakap sesuatu?" Rumi menyoal dan aku hanya menggelengkan kepala sahaja.
🚸🚸🚸🚸🚸🚸🚸🚸🚸🚸🚸
BILIK KAUNSELING
"Bukankah ia perkara yang baik?" soal Akagi-sensei dan aku hanya menekan dahi.
"Tolonglah sensei,saya tidak mahu terlibat dengan sesiapa..." ujar aku dan Akagi-sensei hanya tersenyum.
"Lambat laun awak perlukan seseorang untuk mendengar masalah awak..."
"Sensei seorang sudah memadai..saya tidak mahu bebankan sesiapa..." Akagi-sensei hanya tersenyum kelat sebaik sahaja mendengar kata-kata aku.
"Kadang-kadang kita kena berkongsi masalah,kalau tidak kita akan kesakitan..." aku mendongak memandang ke arah guru itu,dia berjalan ke arah aku dan memegang kepalaku.
"Sensei?" aku kehairanan.
"Awak tidak keseorangan,akan ada seseorang bersama awak satu hari nanti.." ujar Akagi-sensei.
Aku memandang tepat ke arah mata Akagi-sensei,kemudian nafas aku helakan panjang dan bangkit lalu mengendong bag aku.
"Perempuan memang saya tidak faham.." ujar aku tersenyum kelat.
"Jangan risau,perempuan memang macam ni..." kata Akagi-sensei tersengih.
"Sensei,saya minta diri dulu..."
"Hati-hati bila pulang.."
Aku berjalan keluar dari bilik kaunseling,aku menunduk hormat sebelum menutup pintu bilik tersebut. Nafas dihelakan sekali lagi,langkah diorak dan masa untuk pulang.
Semasa tiba di rak kasut untuk menukar kasut biasa,kelihatan Rumi berdiri menyandar pada rak kasut. Apa yang dia buat di situ,aku menghampirinya.
"Ketua kelas?" soal aku dan dia tersentak.
"Kurogami-kun..." ujar dia perlahan.
"Apa yang ketua kelas buat di sini,kenapa tidak pulang lagi.."
"Saya tunggu awak..."
"Tunggu aku?"
"Ya.. Rumah kita berdekatan,jadi sebab itu saya tunggu awak untuk pulang bersama.."
Rumi memberi penjelasan yang panjang,ya aku baru perasan rumah kami berdua hanya bersebelahan. Sebab itu kami sering terserempak jika ingin ke sekolah,tapi kenapa kali ini dia ingin pulang bersama?
Aku langsung tidak faham apa yang difikirkan oleh perempuan..
"Tak boleh?" soalan Rumi membuatkan aku terkejut,kemudian menghela nafas pendek.
"Baiklah...." ujar aku lemah dan Rumi tersenyum girang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top