Color 2 : Myself Is Important
Bunyi burung berkicau menemani aku yang sedang mengelamun seorang diri,aku menguap panjang dan menjeling ke arah jam digital pada perhentian keretapi.
Masih lagi awal..
Para penumpang sila berdiri di belakang garisan kuning!
Nampaknya keretapi sudah sampai,sedang aku menunggu entah kenapa terfikir ingin menoleh. Rumi berada di belakang aku,dalam keadaan cuba ingin mencuit aku.
"Ketua kelas..." ujar aku.
"Selamat pagi Kurogami-kun..." sapa Rumi.
"Pagi..." balas aku dengan muka yang tiada berperasaan.
Tiada lagi perbualan selepas itu,sepanjang dalam keretapi kami hanya berdiri secara berhadapan antara satu sama lain. Namun hanya berdiam diri,aku sekadar menyumbat earphone pada telinga dan mendengar alunan lagu.
Suasana dalam keretapi memang berhimpit-himpit pada jam ini,lagi-lagi dengar si gatal suka meraba penumpang perempuan. Rumi hanya memerhatikan aku dengan terkebil-kebil,manakala aku hanya diam tidak menghiraukannya.
"Maaf...." katanya dan aku memandangnya.
"Kenapa minta maaf...?" soal aku kehairanan.
"Sebab tidak bantu awak semalam..." kata Rumi memandangnya.
"Itu je? Saya tidak kisah... Jangan risaukannya.." jelas aku.
"SAYA KISAH!" Rumi menjerit dan aku tergerak ke belakang sedikit.
"Saya betul-betul nak minta maaf,saya semalam memang ada hal keluarga... Mereka yang paksa supaya pulang segera..." jelas Rumi dengan panjang lebar.
"Sebab itu saya nak jumpa awak sebelum waktu sekolah... Ingin jelaskan apa yang berlaku..." jelas Rumi.
"Kenapa class rep ingin memberi penjelasan..?" soal aku tidak faham.
"Saya cuma tidak mahu awak bencikan saya.. Itu sahaja...." jelas Rumi serba salah.
Aku membeliakkan mata mendengar penjelasan daripada Rumi,gadis ini sanggup datang jumpa aku secara berhadapan untuk menerangkan apa yang berlaku?
Sejauh mana kenaifan gadis ini?
Jika orang lain yang dia minta maaf,akan ada yang mengambil kesempatan..
Serius aku langsung tidak faham,nafas aku helakan dan memandang Rumi yang merenung aku dengan pandangan naif.
"Dengar sini class-rep,aku tak ada masa nak bencikan orang... Jadi apa yang terjadi semalam aku langsung tak ada fikir..." jelas aku dengan muka selamba,Rumi hanya mendiamkan diri.
"Jadi class-rep tak perlu risau pandangan aku,kau boleh lakukan aktiviti harian macam biasa.. Okay?" sambung aku lagi dan Rumi tersenyum lega.
Aku hanya menghela nafas pendek sebaik memberi penjelasan panjang,serius aku kalau boleh tidak mahu terlibat dengan sesiapa. Aku sendirian sejak dari azali,jadi aku tidak kisah dengan pandangan orang lain.
Tetapi gadis bernama Fukami Rumi,berlainan dan berlawanan dengan aku. Dia mahukan dirinya kekal disukai oleh semua orang,tidak kira apa latar belakang orang itu.
Keretapi berhenti di perhentian yang dituju,aku segera melangkah keluar dari keretapi elektrik. Lengan baju aku ditarik oleh Rumi,lantas aku toleh ke arahnya.
"Terima kasih,dan apa kata kita mulai hari ini saing ke sekolah bersama?" pinta Rumi dan aku mendecih,kemudian menghela nafas pendek lalu ingin menjawab.
"Jangan harap.."
🚫🚫🚫🚫🚫🚫🚫
Kelas bermula sebaik loceng sesi pembelajaran yang pertama,berdering dan para guru telah bergerak ke kelas masing-masing. Aku hanya menongkat dagu memandang ke luar tingkap,bunyi kicauan burung masih jelas kedengaran. Aku memejamkan mata dan bunyi kicauan itu,memberi ketenangan aku dan bagaikan aku mampu terbang tinggi ke langit yang tinggi.
"Kelas,bangun!"
Jika tidak diganggu dengan bunyi itu,aku mungkin sudah lena namun waktu belajar adalah waktu belajar. Jika kau lemah dalam akademi dan subjek,tidak mungkin kau mampu memasuki kolej atau universiti yang kau pilih.
Hidup di dunia sekarang agak kejam kerana jika kita terlambat sedikit,ada sahaja yang cuba memintas atau pancung kita tanpa rasa was-was. Seperti ketua kelas aku,jika dia kekal dengan sifat naif. Sudah pasti dia akan ketinggalan,ataupun tenggelam ke dasar laut dan tidak mungkin akan timbul.
Ia adalah kiasan jika korang tidak boleh fikir atau bezakan,jangan nak berlagak pandai atau persoalkan.
Sebab dunia ini luas dan berbagai jenis 'pemburu' yang akan kita hadapi,ataupun lebih senang dikenali pesaing kita untuk terus maju.
"Hey!!"
Lamunan aku tersentak apabila mendengar seseorang menjerit,aku toleh dan memandang ke arah sekumpulan rakan sekelas aku berbual dengan ketawa girang.
Mereka mengetawakan aku kerana berbeza daripada mereka,tapi dalam tidak sedar aku sekadar simpati pada mereka kerana sama sahaja tiada perbezaan.
Aku berdiri dan melangkah keluar dari bilik kelas,aku terasa loya tekak melihat sifat yang penuh kepura-puraan. Tiada satu pun yang bersifat asli,semua hanya penuh dengan kepalsuan.
Sama seperti crayon alat mewarna,setiap warna dalam bungkusan kotak crayon mewakili sifaf kita. Ada yang merah,hitam,putih dan lain-lain lagi.
"Kurogami-kun!"
Sedang aku berfikir mengenai sesuatu,suara yang lembut menegur dan apabila aku toleh. Fukami Rumi berdiri di belakang aku,nampaknya dia kejar aku dari dalam kelas.
"Class-rep... Ada apa yang saya boleh bantu?" soal aku.
"Awak nak ke mana? Kelas akan bermula..sekejap lagi..." ujar Rumi.
"Tsukishiro-sensei ada kursus,jadi waktu mata pelajaran nanti adalah guru ganti... Jadi saya perlu ke perpustakaan..nak tenangkan fikiran..." jelas aku.
Sebaik sahaja habis memberi penjelasan,aku segera meneruskan langkah dan meninggalkan Rumi yang kaku berdiri memerhatikan aku pergi. Serius cakap aku lebih sukakan ketenangan,ketika guru ganti nanti mesti bising.
"Nanti!" Rumi menghentikan langkah aku dengan menarik lenganku.
"Apa yang ketua kelas mahukan?" soal aku menoleh ke arah Rumi.
"Saya nak sertai awak..." jelas Rumi dan aku terdiam.
"Eh?"
Perpustakaan Sekolah.
Suasana yang sunyi dan hanya kedengaran bunyi angin kipas penghawa dingin,ini baru betul dipanggil ketenangan yang sejati. Aku terus melangkah masuk menuju ke arah rak yang menyimpan jutaan buku yang menyimpan pengetahuan seluruh dunia.
Komik,novel dan biography
Semua itu penting untuk pengetahuan,aku mulakan bacaan tapi membaca dengan hati. Sebab ini adalah perpustakaan,jadi tidak dibenarkan menghasilkan bunyi.
Kita harus menghormati peraturan perpustakaan.
"Tidak hairan awak adalah pelajar terbaik..." kata Rumi dengan nada perlahan,malah dia betul-betul rapat dengan aku.
"Apa yang fikir?" soal aku tanpa memandangnya.
"Bukan apa,jangan marah.. Saya perhatikan awak jarang bergaul dengan mana-mana pelajar dalam kelas.. Bukan setakat itu sahaja,di dalam sekolah ini awak hanya buat hal sendiri sahaja..." ujar Rumi panjang lebar.
"Ha...." aku menutup semula buku.
"Kurogami-kun?" soal Rumi kehairanan.
"Pergaulan yang plastik hanya membuatkan aku letih..." ujar aku dan Rumi hanya menyengetkan kepala ke kiri.
"Saya tidak faham dengan kata-kata awak.."
"Sudah tentu kau tidak faham,sebab mereka semua pandai berlakon tidak menunjukkan diri mereka yang sebenar... Sebab itu aku tidak bergaul dengan mana-mana pelajar di sekolah ini..."
Aku hanya menghela nafas pendek,kemudian kembali membaca buku dan Rumi merenung. Apa lagi dia mahukan pada aku,apa yang aku mahukan hanyalah tempat untuk bersendirian.
"Sikap awak buatkan awak tiada kawan sampai awak dewasa..." ujar Rumi dan aku hanya menghela nafas pendek.
"Jadi,apa msalahnya tiada kawan?" soalan aku membuatkan Rumi terkedu.
"Apa?"
"Class-rep,semua itu tak penting..."
"Jadi apa yang penting?"
"Diri sendiri.."
PRAKK!!
Kami berdua terkesima apabila buku setebal kamus,dihempas di hadapan kami berdua dan aku mendongak melihat si pelaku. Seorang pelajar perempuan berdiri di hadapan aku dan Rumi,dengan gaya tangan pada buku tebal tersebut.
"Boleh tolong diam?"
Siapa pula pelajar perempuan ni?
Hello guys
Bagaimana penceritaan chapter kedua?
Siapa pelajar perempuan yang tegur diorang?
Watak utama ketiga?
Siapa ya?
Kita tunggu sama-sama..
Berikan komen ya dan vote juga
Ciao!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top