Chapter 9 : New Transfer Student


"Terima kasih tuan,kerana hantar cik muda kami pulang..." ujar Daichi kepada Inui,aku hanya melangkah masuk melepasi Daichi.

"Ia perkara kecil sahaja..." ujar Inui tersenyum.

Aku tidak percaya kerana ingin pertama kali melihat Inui tersenyum,sepanjang dia berada di sekolah tidak pernah dia senyum ataupun ketawa. Dia bergerak seperti lonely wolf,biarpun dikatakan pelajar bermasaalah akademi dia antara yang terbaik.

"Baiklah saya mohon beredar..."

Pada masa yang sama,seseorang memerhatikan dari sudut gelap tanpa melakukan tindakan.

Aku menoleh ke arah penjuru pagar,tiada sesiapa di situ. Aku hairan kerana tadi seperti ada orang perhatikan aku,atau cuma perasaan aku sahaja?

Aku berjalan sendirian kemudian tersedar,jauh juga aku berjalan kerana taman aku di seberang sana. Sedang aku berfikir sendirian,bunyi tapak kaki kedengaran.

Siapa pula yang merayau malam-malam seperti ini,baik aku mengaku tetapi aku watak utama.

Hantu ke?

Ada lagi ke zaman moden sekarang ini,aku percaya kalau di zaman semasa aku kanak-kanak. Semua cerita itu hanya dicipta untuk menakutkan kanak-kanak.

Aku hanya menelan air liur,sedikit demi sedikit aku perhatikan dan seorang remaja berhenti tidak jauh di hadapan aku. Siapa pula orang di hadapan aku,mukanya bagaikan tidak mempunyai emosi.

"Kurogami Inui?" soal remaja tersebut dan aku hanya mendiamkan diri.

"Nampaknya macam tu la..." ujar remaja itu lagi tanpa menunjukkan sebarang emosi.

Dang! I'm started to feel uncomfortable when he ask me like that!

Who the hell this person?

Highschooler?

Middel school?

Don't make me punch someone like this tonight!

"Kau siapa pulak? Tiba-tiba muncul,tiba-tiba tanya...kau ada masalah dengan aku ke?" soal aku sudah mula hilang sabar.

"Nama aku Kusanagi Takeru,anak kedua Kusanagi Soujiro..." remaja itu memberi pengenalan diri.

Aku hanya menghela nafas pendek,aku merenung dan perhatikan penampilan remaja itu. Seseorang yang seperti pelajar bermasaalah,adalah daripada keluarga Kusanagi?

Aku tidak sangka pula orang yang bernama Kusanagi Takeru,muncul dan berjumpa dengan aku secara berhadapan. Takeru hanya merenung aku tanpa berkerdip,aku menghela nafas pendek.

"Aku tak nak terlibat apa-apa,jadi minta diri dulu..." ujar aku segera meninggalkan Takeru.

"Aku dengar kau keluar daripada keluarga Kurogami..." Kata-kata Takeru membuatkan aku mula hilang sabar.

"Apa yang kau nak sebenarnya? Huh? KUSANAGI..." ujar aku sambil merenungnya.

"Menakutkan.. Nampaknya khabar angin itu betul la..." kata Takeru menghela nafas pendek.

Aku malas nak memberi apa-apa reaksi,aku dan Takeru berbalas pandangan kemudian segera aku membuka langkah untuk meninggalkan remaja tersebut. Aku langsung tidak pedulikan apa yang reaksi Takeru tunjukkan,segera meninggalkan dia dan memasuki kegelapan malam.

DAIMON HIGH SCHOOL

Aku memerhatikan papan tanda bertulis romaji itu,nafas aku helakan pendek kemudian melangkah masuk. Namun saat aku melangkah itu,jalan aku dihalang oleh tiga orang.

Jangan risau bukan musuh,tetapi lebih berat daripada musuh.

"Hai Kurogami-san..." sapa remaja lelaki berkaca mata,dua orang pelajar perempuan hanya tersenyum.

"Takagi Kamui-sama,apa yang kau mahukan dari aku?" soal aku tersenyum kelat.

"Apa lagi,aku nak kau join student council la.." jelas Kamui dan aku menekup muka.

"Aku dah cakap,aku tidak berminat..." ujar aku mengusap belakang kepala.

"Kau berbakat Kurogami! Sia-sia sahaja buang macam tu..!" ujar Kamui menuding jari ke arah aku,lupa nak beritahu Takagi Kamui adalah president student council.

Dia merupakan pengerusi yang dihormati,sikap mesra dan mahir dari segala kokurikulum. Dia sering mengejar aku tanpa berputus asa meminta aku menyertai persatuan perwakilan,kenapa tidak aku menerima tawaran?

Jawapan aku mudah,aku tidak mahu terlibat dengan apa-apa aktiviti. Ia memenatkan aku dan buatkan terasa meluat,aku ingin lakukan aktiviti yang aku minat bukan dipaksa seperti ini.

"Jadi... SERTAILAH STUDENT COUNCIL!" ujar Kamui merapatkan mukanya pada muka aku.

"Tetap tak nak.." balas aku.

"Sertai..." ujar Kamui.

"Tak nak..." bidas aku dan kami berbalas renungan.

"Jangan paksa dia boleh tak?" satu suara menegur dan kami semua menoleh.

Aku terkejut kerana Kaguya dan Rumi berdiri di hadapan kami,kemudian mereka berdua berjalan ke arah aku.

"Apa yang kamu buat?" soal aku.

"Waktu rehat dah nak tamat..." ujar Rumi.

"Jadi?" soal aku lagi.

"Ikut kami.." ujar Kaguya.

Kamui dan dua orang pembantunya,hanya mampu terkebil-kebil melihat aku diheret oleh mereka berdua.

"Kaichou,mereka berdua adalah top student.." ujar salah seorang pembantunya,Kisaragi Urara.

"Ya... Mereka berdua adalah top student,campur dengan Kurogami..pelajar yang menduduki tempat pertama sehingga ketiga mampu bekerjasama? Ini memang menarik!" ujar Kamui.

"Maaf,susahkan korang berdua..." ujar aku menekup muka.

"Tidak menjadi masalah,kita kawan bukan?" soal Rumi.

"Ya.. Ya.. Kawan mesti bantu satu sama lain.." jelas Kaguya pula sambil bermain kipas lipat.

Aku hanya menghela nafas pendek,kemudian masuk ke dalam kelas. Suasana kelas yang bising mulanya terus senyap dengan kehadiran kami,apa yang berlaku dan aku rasa tidak sedap hati. Mata rakan sekelas semua memerhatikan aku sehingga duduk di tempat aku,Rumi dan Kaguya turut kehairanan.

"Hey Kaguya,saya dengar awak dari 3 Sacred Family?" soal Rumi ingin tahu dan aku tersentak menoleh ke arah Kaguya.

Aku dan Kaguya berbalas pandangan,dia sekadar menggelengkan kepala tanda membiarkan dia menjawab. Baiklah Kaguya aku harap kau jangan tersalah cakap,Rumi pula sekadar tersenyum.

"Dari mana awak dengar,Fukami-san..." ujar Kaguya tersenyum.

"Sekolah ni ramai mulut kan,jadi saya terdengar perbualan-perbualan mereka...mengenai 3 Sacred Family.. Mengenai awak,dan oh ya! Nama awak pun ada disebut Inui..." ujar Rumi dengan panjang lebar.

"Hah?" aku terkedu dan merasakan tidak sedap hati.

"Baiklah saya memang dari 3 keluarga tu..." jelas Kaguya mengakui identitinya.

"Kaguya..." aku memandangnya dengan risau.

"Wah..." Rumi seperti kagum.

"Jika awak kagum,hentikannya sekarang.." ujar Kaguya memeluk tubuhnya.

"Eh... Kenapa pula?" soal Rumi kecewa.

"Memang saya datang daripada keluarga itu,tetapi jika bagi saya keluarga cuma sibuk dengan urusan perniagaan..." Kaguya memulakan bicara

"Apa yang awak bayangkan berlainan Fukami-san,ibu dan bapa saya langsung tidak ambil peduli pasal saya.. Apa yang mereka tahu,saya diberi cukup makan..." ujar Kaguya dan Rumi terus terdiam,Kaguya kemudian tersenyum.

"Yagami-san,saya minta maaf..." ujar Rumi.

"It's okay... Saya dah biasa dengan pertanyaan seperti itu..." jelas Kaguya.

"Baiklah kelas... Semua duduk tempat masing-masing..." guru kelas kami,Kitaguchi menyampuk sebaik memasuki kelas.

Semua pelajar kembali ke tempat masing-masing kecuali Rumi dan Kaguya,sebab tempat duduk mereka hanya berhampiran dan sekadar menjarakkan meja sahaja. Tetapi itupun sudah cukup membuatkan direnung tajam oleh pelajar-pelajar lelaki lain,aku hanya mampu menekup muka sahaja.

"Okay kelas,kamu ada pelajar pertukaran untuk tahun ini..." ujar Kitaguchi-sensei.

Pelajar pertukaran?

"Silakan masuk..." Kitaguchi-sensei memberi kebenaran kepada orang di luar untuk masuk.

Kenapa aku rasa tidak sedap hati pula?

Sebaik pelajar pertukaran itu melangkah masuk,aku terkejut dan tergamam kerana dia adalah remaja yang aku jumpa malam tadi.

"Salam perkenalan semua,nama saya Kusanagi Takeru... Moga kita dapat berkenalan dan berkawan dengan baik..." ujar remaja itu

Tidak salah lagi memang dia,Takeru menyedari aku di dalam kelas itu sekadar tersenyum sinis.

KUSANAGI TAKERU!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top